perak1
Selamat datang Ke Perak1 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Perak1 forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .anda juga boleh login forums ini dengan email FB anda danjangan lupa Like Fb perak1:KENALKAN DIRI ANDA:. Perak1 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada khalifah_alammaya2000@yahoo.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli perak1 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Perak1 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari Perak1 forum PASTI CERIA BERSAMA KAMI.
perak1


 
HomeCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Dapatkan Widget Ini Di Aku Punyer Lah! | Get RM100 A Week @ Blogger Tips


Share | 
 

 haid

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : 1, 2  Next
AuthorMessage
salju
senior
senior


Posts : 1063
Join date : 2009-04-12
Age : 32
Location : mesia

PostSubject: haid   Wed May 20, 2009 6:52 am

aku tak tahu nak post kat mana bahagian ni. jadi aku post kat sini jelah ek. khas untuk kaum adam supaya lebih mengenali kaum hawa ni camner..

Menjadi seorang wanita

Apa itu haid?

Haid juga dikenali sebagai menstruasi. Ia menunjukkan anda kini menjadi seorang wanita.

Apabila haid berlaku, anda akan mengalami pendarahan dari faraj. Haid yang berlaku adalah berbeza dari seorang wanita dengan wanita lain.

Setiap kitaran haid adalah selama 3-7 hari. Tempoh antara sebuah kitaran haid ke kitaran seterusnya adalah berbeza iaitu di antara 21-35 hari.


Haid saya yang pertama

* Kanak-kanak perempuan akan mula mengalami haid semasa berumur 8-16 tahun

* Purata umur seorang kanak-kanak perempuan mengalami haid adalah pada umur 12 tahun

* Menstruasi bermula apabila sistem pembiakan telah matang

* Ia berlaku hasil daripada tindak balas hormon yang berinteraksi dengan tubuh badan anda


haid

Anda mengalami masalah dengan haid anda?

Ada masanya masalah mungkin akan timbul, contohnya:

Sindrom Pra-Menstruasi (PMS)

* Ia mungkin berlaku beberapa hari sebelum anda didatangi haid

* Anda mungkin mengalami cepat marah, rasa sedih dan kecewa serta keinginan yang kuat terhadap sesuatu

* Anda juga akan merasa sebu dan sembap, sedikit sakit pada payudara dan jerawat mula timbul

* Ini hanyalah untuk sementara sahaja dan anda akan berasa lebih baik sehari dua selepas anda didatangi haid


Senggugut

* Ianya adalah perkara biasa semasa hari-hari awal haid anda

* Ia juga dikenali sebagai dysmenorrhoea

* Anda akan berasa sakit pada bahagian bawah abdomen atau pada bahagian bawah belakang pinggang dan kaki

* Senggugut boleh dilegakan dengan mengambil ubat tahan sakit seperti parasetamol

* Jika sakit anda amat teruk dan berpanjangan, berjumpalah dengan doktor anda


Haid yang terlalu banyak

Mungkin berlaku akibat ketidakseimbangan hormon.
Apabila anda mendapat haid yang terlalu banyak, anda akan mengalami:

* Pendarahan yang berpanjangan

* Senggugut

* Haid yang kerap dalam tempoh yang pendek

* Sila berjumpa doktor anda jika anda mengalami haid yang terlalu banyak


Tidak datang haid

* Jangan risau, ia adalah perkara biasa bagi tahun pertama haid

* Ia mungkin disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon yang menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur

* Sekiranya seseorang wanita itu mengamalkan seks secara aktif, tidak datang haid boleh menandakan beliau mengandung

* Sila rujuk doktor anda untuk nasihat lanjut


Haid yang tidak teratur

Haid yang tidak teratur adalah haid yang tidak tetap:

* Haid mungkin berlaku terlalu awal atau terlalu lewat

* Ia juga mungkin disebabkan oleh gangguan hormon yang menjadi punca haid yang tidak teratur


Jika masalah ini terjadi, anda dinasihatkan:

* Menyimpan catatan dalam diari tentang kitaran haid anda setiap bulan

* Mencatatkan tempoh masa setiap haid anda

* Mencatatkan sama ada anda mengalami senggugut semasa haid


Apa yang harus dilakukan semasa haid?

Ingatlah, haid adalah satu kejadian normal dalam kehidupan wanita.

* Anda masih boleh bersenam dan melakukan perkara-perkara yang anda gemari

* Menjaga kebersihan dan menukar tuala wanita dengan kerap

* Anda boleh mengambil ubat penahan sakit seandainya mengalami senggugut

* Menggunakan tampon dengan baik. Patuhi arahan yang diberikan


Note:Sekiranya anda mengalami demam, muntah-muntah, pening kepala mahupun rasa kurang sihat semasa menggunakan tampon, segeralah berjumpa dengan doktor anda. Anda mungkin mengalami keadaan serius yang dikenali sebagai Sindrom Kejutan Toksik.

Perlu kah anda mengambil ubat bagi haid yang tidak teratur atau haid yang terlalu banyak?

* Ia perlu bagi memperbetulkan haid anda

* Jangan mengambil ubat tanpa nasihat doktor

* Sila rujuk doktor anda untuk nasihat lanjut


Perlukan bantuan dengan haid anda?

Seandainya anda mengalami masalah, dapatkan nasihat daripada:

* Ibu

* Doktor atau jururawat

* Guru



# diambil dari: http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/remaja_content.jsp?lang=remaja&sub=0&bhs=may&storyid=1186544524662
Back to top Go down
View user profile
peace™
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 1529
Join date : 2009-04-11
Location : slgr

PostSubject: Re: haid   Wed May 20, 2009 7:04 am

thanks salju..
aku tau gak skit2 pasal dtg haid ni..
klu dtg tak menentu jek haid tu..
kadang2 di sebabkan tekanan..
btul tak salju..

ade cara tak klu segugut tu teramat sakit..
g jumpe doktor kompem die bagi ubat jek...
ne tau kot ade sesape ade cara tuk kurang kan..

_________________________________________________




Back to top Go down
View user profile
macan_sparrow
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 742
Join date : 2009-04-12
Age : 38
Location : klang

PostSubject: Re: haid   Wed May 20, 2009 8:33 am

pemakanan harian kita pn x kena jga gak klu kuat senggutnya...jgn bnyk minum air sngt...eh betul ke aku ckap ni merokok jap sambil nk tnya bini aku petua2 nk kurangkn sengugut

_________________________________________________


hidup mesti mau appy
Back to top Go down
View user profile
salju
senior
senior


Posts : 1063
Join date : 2009-04-12
Age : 32
Location : mesia

PostSubject: Re: haid   Wed May 20, 2009 8:48 am

Quote :
klu dtg tak menentu jek haid tu..
kadang2 di sebabkan tekanan..
btul tak salju..


betoi! aku setuju dengan kenyataan ini. ni berdasarkan pengalaman aku sendiri. kalo aku tengah hepi, kitaran haid aku normal. tapi kalo aku tengah bersedih, depressi, haid aku lambat giler nak datang.

tapi tu bukan salah satu je punca peace. ada masanya masalah hormon dan kesuburan. kalo lambat beberapa hari, leh tahan lagi. kalo dah lambat sampai berbulan2, kena buat check kat doktor.

erm.. dulu masa aku check kat doktor.. selamber je doktor pempuan tu jawab.

"adik jadi macam ni sbb adik gemok. kalo kurus nanti ok ler. lagi satu masalah ni biasa. kalo dah kawen nanti oklah haid tu." tertekan aku dgn stetmen doktor pempuan tu.

dan biler aku dah dewasa skit, aku buat pemeriksaan kat klinik swasta ni. doktor yang hensem dan alim (tu pun nak masukkan ker? adoi..) cuma balas..

"lain kali kalau haid datang
lebih daripada dua minggu, adik kena jumpa doktor. doktor akan bagi hormon untuk hentikan pengeluaran darah haid lagi. kalau tak datang berbulan-bulan tu kira takde masalah sangat. kalau darah kuar tak henti2 ni masalah, sbb nanti adik kekurangan darah."



(perhatian: haid melebihi dua minggu adalah istihadah, iaitu darah penyakit. wanita yang mengalami haid lebih dari dua minggu, anda diwajibkan untuk mandi hadas dan solat. dan sebaiknya segeralah berjumpa dgn doktor supaya darah haid anda boleh diberhentikan segera).


haid juga menentukan kesuburan wanita. kalau wanita ada masalah haid, kemungkinan besar dia ada masalah dari segi kesuburan. kilang pemprosesan telur dia ada masalah, sbb itu kitaran haid dia tak normal.

senggugut tu aku tak pasti sangat. aku mmg ada sakit senggugut, tapi alhamdulillah aku leh tahan. ada sesetengah orang yang tak tahan tu.. dia orang seterika perut.

ha.. jangan terkejut plak.

ni cara moden.. sbb cara lama gunakan kaedah tungku.

dia orang panaskan seterika, balut dgn kain.. pastu seterika perut dia orang. biler perut dah panas, ketulan darah haid yang besar2 tu akan pecah dan mudah untuk kuar.

tapi aku biasanya sapu minyak angin je kalo senggugut. alhamdulillah setakat ni ok.

kawan2 pempuan lain mana? kongsi ler sama2 kawan lelaki kita ni...

biorlah deme paham kiter plak.. selalu kiter je nak paham deme..
Back to top Go down
View user profile
peace™
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 1529
Join date : 2009-04-11
Location : slgr

PostSubject: Re: haid   Wed May 20, 2009 9:01 am

ooo.... baru aku tau kenape klu senggugut tu sakit sgt..
makna nye letak benda macam bertungku tu pon leh..
padan la ade satu produk ni mak aku jual, kata nya kalau sakit sgt letak kat perut..
alhamdulillah leh kurangkan skit.... nama die tungku moden..
die guna kan ape ek dalam tu.. aku tak pasti.. air garam kot..
tul lenguh2 badan, leh gak pakai.. benda ni guna letrik..
malam ni aku postkan gambar die.. bukan nak promote sekadar informasi..
ne tau nanti terjumpe kat mana2 ke.. nak bli kat aku pon bleh..

_________________________________________________




Back to top Go down
View user profile
sriteddy™
Site Admin
Site Admin


Posts : 1157
Join date : 2009-04-20
Location : a place called heart

PostSubject: Re: haid   Wed May 20, 2009 9:07 am

erm nak cite bab sengugut ke bab haid nih
amik satu2 ek..sal haid ni..sri ade gak terbaca klu haid tak betul kitaran atau 2,3 bln skali dtg blh menyebabkan ketumbuhan..apa pun refer kat doktor klu ada mslh kitaran haid ni, kekdg doktor bg ubat perancang utk membetulkannya tu bg yg dah kawin ;)) kaedah urut pun ade utk membetulkan kitaran haid ni..mslh senggugut yg keterlaluan ni btul la cam kata salju..bertungku dan lg satu byk minum air panas suam..supaya dpt melancarkan perjalanan darah..cara lain lak cari la ubat2 herba di pasaran tp kene hati2, takut tiruan
Back to top Go down
View user profile
salju
senior
senior


Posts : 1063
Join date : 2009-04-12
Age : 32
Location : mesia

PostSubject: Re: haid   Wed May 20, 2009 9:11 am

peace....

sengugut tu boleh terjadi atas banyak sebab. antaranya ialah ketulan darah yang nak kuar tu besar sangat. sbb tu kena bertungku/seterika untuk memanaskan rahim. biler dah panas kat rahim, ketulan darah tu akan mencair.. senang skit nak kuar.

tapi ada gak kes senggugut sampai pengsan2. ni kena check doktor. kot2 ada masalah lain gak. antara masalah wanita ialah fibroid, iaitu ketumbuhan pada rahim. biler banyak fibroid, darah haid nak kuar menuju faraj pun susah.. tu pasal jadi sengugut. sodih

pape pun, kalo dah kritikal, kena jumpa doktor. kalo tungku pun tak jalan... dah kritikal tu. nampak cam simple je.. tapi benda nih leh efek. kalo fibroid peringkat awal leh dibuang. kalo dah peringkat kritikal.. rahim pun kena buang sekali.

jadi kaum adam.. fahamilah wanita! sesungguhnya wanita ini adalah ciptaan Allah s.w.t yang unik... hiasan dan penghibur di dunia.. dan insan yang penuh dgn kasih sayang.
Back to top Go down
View user profile
salju
senior
senior


Posts : 1063
Join date : 2009-04-12
Age : 32
Location : mesia

PostSubject: Re: haid   Wed May 20, 2009 9:14 am

pembetulan sri.. ubat perancang tu bukan untuk yang dah kawen je. yang bujang pun boleh makan.. untuk membetulkan hormon.

aritu aku ada masalah haid, doktor bagi aku makan hormon. dan doktor tu mengaku, tu hormon untuk merancang. bukan untuk merancang kehamilan je fungsi dia.... jgn antara fungsi lain ialah untuk membetulkan kitaran haid, sistem hormon pada tubuh wanita.

jadi kawan2 yang doktor mintak makan ubat perancang tu jangan maki hamun doktor plak. sbb masalah kitaran haid nih takde ubat. yang ada hanyalah hormon pembantu.

wallahualam..

Back to top Go down
View user profile
sriteddy™
Site Admin
Site Admin


Posts : 1157
Join date : 2009-04-20
Location : a place called heart

PostSubject: Re: haid   Wed May 20, 2009 9:19 am

ubat perancang tu seeloknya elakkan dr org belum kahwin makan..itu yg sri tahu..memang nak membetulkan hormon..tak dinafikan..tp kesan sampingan lain kita tak pasti..doktor mmg akan bg ubat perancang atau ubat tahan sakit..
Back to top Go down
View user profile
lipanx_laut
Police
Police


Posts : 970
Join date : 2009-04-12
Location : taiping--> ipoh---> kajang ---> taiping

PostSubject: Re: haid   Wed May 20, 2009 12:35 pm

kita haid deret 5 bulan..cam ne ..abeh duit tau dok beli pad jek ..sbb tu la tak kawen2 lagi ni ..salju help...help....

_________________________________________________
~BESAR ~ KERAS~ TEGANG~ PANJANG~
Back to top Go down
View user profile
salju
senior
senior


Posts : 1063
Join date : 2009-04-12
Age : 32
Location : mesia

PostSubject: Re: haid   Wed May 20, 2009 1:25 pm

mmg ler kena elakkan makan sri oi.. kalo takde pape buat pe nak makan...

ni dah sampai tumpah darah sebulan setengah pe ke citernyer...

salju pernah dulu darah haid turun lebih dari sebulan. tu pun takot sangat nak jumpa doktor. mak soh jumpa doktor kat klinik yang kami dah biasa pergi nih.. tapi salju tak mo. sbb doktor tu hensem.. opss... sbb takot nanti kata kena bukak kaki.. uwaaa...

biler sampai kat sana.. doktor tanya..

"adik, berapa lama dah tumpah darah ni?"

salju jawab..

"dah lebih sebulan."

doktor tanya lagi,

"sehari berapa tuala pakai? maksud doktor sampai lenjun, baru ganti."

salju jawab..

"dalam dua tiga tuala."

doktor terus tapi dia tak marah salju ler.. kalo doktor lain terus kena laser, maki hamun semua.. sbb salju muka dah takot2.. dengan lembut dia cakap... ayat yang salju taip kat atas tadi.

"lain kali kalau haid datang lebih daripada dua minggu, adik kena jumpa doktor. doktor akan bagi hormon untuk hentikan pengeluaran darah haid lagi. kalau tak datang berbulan-bulan tu kira takde masalah sangat. kalau darah kuar tak henti2 ni masalah, sbb nanti adik kekurangan darah."

pastu salju dah takot nak nanges je.. mak pun mula pok pek..

"doktor tahu kan anak saya ni, bukannya senang nak ajak ke sini. ni pun sbb dia sendiri nak datang, katanya tak tahan sangat... sbb darah banyak kuar."

doktor tu senyum je.

mmg doktor tu ada cakap, kalo makan perancang nih, efek kepada kesuburan. dan orang pempuan yang ada masalah kitar haid nih, ada masalah kesuburan. tapi tu nanti.. leh pk masa merancang nak dapat anak nanti. buat masa ni, doktor kata.. salju perlu makan ubat perancang tu, untuk memberhentikan darah. dan dia pun tak bagi pil perancang sampai 9 bulan. dia cuma bagi untuk seminggu je.

alhamdulillah pastu ok.

pada kawan2 pempuan yang ada masalah camni, jangan plak segan silu nak jumpa doktor. doktor lelaki ke.. pempuan ker... takper. jumpa je. nanti melarat baru nak jumpa, takot nanti sakit tu dah takleh nak diselamatkan lagi. lagi parah jadinya.


p/s masa salju kata tak mo jumpa doktor pasal takot kena bukak kaki, mak salju cuma jawab "kalo dah bersalin nanti... ko tak terpk pape pun. masa tu bukan setakat kena bukak kaki.. kena tengok, seluk pun ada." erk... camtu yer orang nak bersalin?
Back to top Go down
View user profile
salju
senior
senior


Posts : 1063
Join date : 2009-04-12
Age : 32
Location : mesia

PostSubject: Re: haid   Wed May 20, 2009 1:27 pm

panx...

panx nih mmg.. sejak mula kenal dulu tak abes2 kata dia ni peyed sampai 5 bulan...

panx.. bukan panx pakai kotex wing ker? naper.. dah abes stok ker panx?
Back to top Go down
View user profile
lipanx_laut
Police
Police


Posts : 970
Join date : 2009-04-12
Location : taiping--> ipoh---> kajang ---> taiping

PostSubject: Re: haid   Wed May 20, 2009 3:38 pm

salju wrote:
panx...

panx nih mmg.. sejak mula kenal dulu tak abes2 kata dia ni peyed sampai 5 bulan...

panx.. bukan panx pakai kotex wing ker? naper.. dah abes stok ker panx?

cakap senang la...yang menanggung ni ssh tau dulu je pakai kotex wing..skang pakai koteks overnight je..jimat

_________________________________________________
~BESAR ~ KERAS~ TEGANG~ PANJANG~
Back to top Go down
View user profile
peace™
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 1529
Join date : 2009-04-11
Location : slgr

PostSubject: Re: haid   Wed May 20, 2009 4:51 pm









ni la tungku moden yang aku cakap tu.. tapi yang ni kecik skit...

:group: :group:

_________________________________________________




Back to top Go down
View user profile
luvfama
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 297
Join date : 2009-04-30
Age : 31
Location : Negi 9

PostSubject: Re: haid   Fri May 22, 2009 11:01 pm

adoyai..senggugut!!! sakit giler...x thn..kdg2 mcm nak ptong2 perut...
lemah badan....petua mak (minum air suam) lagi satu yg slalu aku wat sapu minyak ngn gelek perut ngn botol yg diisi air panas suam...aku x penah amalkan mkn ubt thn sakit atau pe2..takut kesan sampingan...

lagi satu ubat dia, ni org ckp lau pmpuan senggugut truk ni, ubt paling mujarab.....
(kawin jer) mesti x sakit dah...
(contoh terdekat kakak aku sndiri) dulu time dia sakit tu...kami x brani nak ckp ngn dia...mau kena hamun nati...mmg smpai amek mc x pi keje..pastu makan ponstan..lepas kawen sakit x la ilang trus...cume kurang n jarang2 kena sakit tu...
(kesan ubt tu...dia agak susah nak pregnant) tapi alhamdulillah...skunk ni nak masuk anak ke 2 dah...i'allah bln 11 dpt anak buah ag.. suker2...
Back to top Go down
View user profile
lipanx_laut
Police
Police


Posts : 970
Join date : 2009-04-12
Location : taiping--> ipoh---> kajang ---> taiping

PostSubject: Re: haid   Sat May 30, 2009 12:24 pm

adehh..saket perut..rasa cam nak mai je bulan ni... brb..beli koteks jap..

_________________________________________________
~BESAR ~ KERAS~ TEGANG~ PANJANG~
Back to top Go down
View user profile
Mr.rainzz
Moderator
Moderator


Posts : 72
Join date : 2009-06-26
Age : 32
Location : ^subang+KL+manjung^

PostSubject: Re: haid   Wed Jul 01, 2009 7:37 am

cian tgk pompuan kalo dtg haid...kadang2 sampai berguling2 bile sengugut...kadang2 rilek pun ade...ape sebab die ye salju...ada setgh perempuan kalo dtg haid..sakit yg teramat...ade setgh plak rainz tgk rilek je... lagi satu dulu2 rain slalu tanye awek rain kalo haid bgtau kt rain...nk tau sbb ape??? sbb kalo dorg haid...mood jd x ok...kalo bwk jln pun susah...cepat mara...perut sakit...kan x best kalo g datink cam tuh... :
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/rainloves4eva
sriteddy™
Site Admin
Site Admin


Posts : 1157
Join date : 2009-04-20
Location : a place called heart

PostSubject: Re: haid   Wed Jul 01, 2009 8:06 am

pempuan kene pandai kawal emosi time piyet...klu tak sian kapel diorang kene marah je
Back to top Go down
View user profile
lipanx_laut
Police
Police


Posts : 970
Join date : 2009-04-12
Location : taiping--> ipoh---> kajang ---> taiping

PostSubject: Re: haid   Sun Jul 05, 2009 1:54 pm

huh legaaaaa...dah abeh period dah semalam.... rasa macam 'memerlukan' la pulak...

_________________________________________________
~BESAR ~ KERAS~ TEGANG~ PANJANG~
Back to top Go down
View user profile
enni
junior
junior


Posts : 171
Join date : 2009-07-18
Age : 28
Location : ::kota bharu::manjung::petaling jaya::

PostSubject: Re: haid   Fri Jul 31, 2009 7:44 pm

nk kongsi gak petua hilangkn senggugut..

adik ak yg bwh ak ni..mmg truk tul kalo senggugut..mmg stiap kali dtg haid je..msti makan postan..sbb die kate sakit sgt..

last2..ayh ak amek kunyit hidup tu...then tumbuk2..pastu rndam dgn air suam..dlm bape minit..bleh la diminum..alhamdulillah sakit adik ak tu kurang sket...




Last edited by enni on Fri Jul 31, 2009 10:09 pm; edited 1 time in total (Reason for editing : testing2)
Back to top Go down
View user profile
salju
senior
senior


Posts : 1063
Join date : 2009-04-12
Age : 32
Location : mesia

PostSubject: Re: haid   Fri Jul 31, 2009 9:24 pm

takleh nak kata ler rainz... pempuan nih tak sama. biasanya yang sakit senggugut tu, kalo biasa2 je takper. kalo teruk sangat sampai guling2 tu baek check dgn doktor. riso ada sakit len plak.. sodih sbb ada sesetengah sengugut tu tanda ada ketumbuhan dalam rahim..

macam aku.. alhamdulillah... tak sakit sangat. tapi mood mmg terok giler2 lah.. mmg semua orang pun aku hangin je.... adess... kesian plak kat saper2 yang rapat dgn aku.. :-S: tak pasal2 je kena sembor..

petua yang best enni.. mekasih banyak2... kawan2 len ada petua lagi ker? aku tak tau sangat.. pasal aku jenis tak terok sangat sengugutnyer.. jadi tahan camtu jelah..


Last edited by salju on Mon Sep 07, 2009 5:09 pm; edited 1 time in total
Back to top Go down
View user profile
sriteddy™
Site Admin
Site Admin


Posts : 1157
Join date : 2009-04-20
Location : a place called heart

PostSubject: Re: haid   Tue Aug 18, 2009 6:15 am

10 Perkara Lelaki Harus Lakukan KetikaAwek Sedang PERIOD....

1. Hadiah coklat kepadanya. pasti si gadis gembira menerimanya. sesungguhnya pemberian kamu itu menjadi ubat kepada emosi gadis kala itu

2.Nyatanya kehadiran PMS bukan waktu memutuskan hubungan. peranan lelaki perlu lebih memahami pasangannya. ikut rentak si dia dan layanlah dia sebagai seorang puteri sepanjang seminggu itu

3. Lelaki sering terkena leteran tentu mendapati kedatangan period teman wanita bukanlah hari yang paling indah. Cuba tumpukan perhatian lebih kepadanya dan jangan mendatangkan marahnya. ucapkan cinta dan pujinya cantik lebih-lebih.

4. Harap teman lelaki lebih memahami dan tidak mengemukakan apa-apa persoalan atau masalah dalam waktu begini. kejutan perlulah yang bermanfaat dan benar-benar menggembirakan.

5. kala si kekasih mula bertanyakan tentang badannya, jangan pula menambah bara dengan mengungkit dia makan kek brownies semalam.

6.sebaik-baiknya tarik kekasihmu dan bawa dia bersiar-siar. Udara segar
mampu mengubah moodnya. jangan sekali-kali mengingatkan dia mengenai
ketidakselesaannya.

7. jangan bangkang jika dia mengutarakan masalah kami masih merokok walaupun sudah berjanji mahu berhenti, atau baju kamu bertaburan di lantai, kerana saat begini memungkinkan dia meninggikan suara

8. Adakah lebih baik kamu pelajari kehadiran period wanita kerana kamu akan sehidup semati dengan isteri atau bakal isteri. barulah bahagia dan serasi hidup.

9. bagi suami, belailah isteri jika dia dalam kesakitan. dodoi isteri agar dia lebih tenang. Manakala sang kekasih pula, bisikan kata-kata manis di
telingannya menerusi telefon jika dia rasa kurang selesa.

10.Dengan kehadiran kamu wahai lelaki yang sangat memahami, ia bakal
meringankan lagi tekanan wanita. Hadiahkan wanita Kotex soft &
smooth Overnight kerana ia pilihan tepat..
Back to top Go down
View user profile
lipanx_laut
Police
Police


Posts : 970
Join date : 2009-04-12
Location : taiping--> ipoh---> kajang ---> taiping

PostSubject: Re: haid   Tue Aug 18, 2009 8:16 pm

10.Dengan kehadiran kamu wahai lelaki yang sangat memahami, ia bakal
meringankan lagi tekanan wanita. Hadiahkan wanita Kotex soft &
smooth Overnight kerana ia pilihan tepat.


koteks slim boleh? semalam tgk kat tv iklan dia...

_________________________________________________
~BESAR ~ KERAS~ TEGANG~ PANJANG~
Back to top Go down
View user profile
salju
senior
senior


Posts : 1063
Join date : 2009-04-12
Age : 32
Location : mesia

PostSubject: Re: haid   Wed Aug 19, 2009 2:44 am

panx... adoi... kalo kotex slim tu untuk aliran biasa. kalo aliran tenat (kuar darah haid banyak sangat) takleh pakai slim.. nanti bocor plak... adeh sbb tu kena pakai overnight... takdelah tembus plak kain nanti..
Back to top Go down
View user profile
sriteddy™
Site Admin
Site Admin


Posts : 1157
Join date : 2009-04-20
Location : a place called heart

PostSubject: Re: haid   Wed Aug 19, 2009 7:12 am

kotex slim ms ujung2 piyed blh la abg panx
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: haid   Today at 10:51 pm

Back to top Go down
 
haid
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 2Go to page : 1, 2  Next
 Similar topics
-
» Italeri & HobbyBoss Mi-24 hinds

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
perak1 :: .::INFORMASI::. :: ::SEKSOLOGI::-
Jump to:  
Top posters
peace™ (1529)
 
miss-lady (1280)
 
sriteddy™ (1157)
 
salju (1063)
 
lipanx_laut (970)
 
macan_sparrow (742)
 
kuyie (668)
 
raffey-sama (509)
 
arb_mtq (432)
 
luvfama (297)
 
LATEST MOVIE TODAY
.:Sila click pada gambar dibawah untuk download boxoffice movie perak1 semoga terhibur :.