perak1
Selamat datang Ke Perak1 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Perak1 forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .anda juga boleh login forums ini dengan email FB anda danjangan lupa Like Fb perak1:KENALKAN DIRI ANDA:. Perak1 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada khalifah_alammaya2000@yahoo.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli perak1 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Perak1 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari Perak1 forum PASTI CERIA BERSAMA KAMI.
perak1


 
HomeCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Dapatkan Widget Ini Di Aku Punyer Lah! | Get RM100 A Week @ Blogger Tips


Share | 
 

 REMAJA MENCEMARKAN MASJID?? APA DAH JADI??

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
wcx_yamaha
Moderator
Moderator


Posts : 228
Join date : 2009-04-26
Age : 27
Location : kuala lumpur

PostSubject: REMAJA MENCEMARKAN MASJID?? APA DAH JADI??   Tue May 19, 2009 12:20 am

REMAJA MENCEMARKAN MASJID?? APA DAH JADI??

YAN,11MEI:Sepasang remaja berusia 16 dan 17 tahun dicekup siak masjid ketika sedang nyenyak tidur di ruang solat Masjid Al-Falah di Kampung Sungai Daun Atas,dekat sini, kira-kira jam 5 pagi kelmarin.

PETIKAN:AKHBAR HARIAN METRO

Apakah perasaan anda bila membaca petikan akhbar diatas?? Marah? Geram? Malah ada yang gembira??Nauzubillah..Walau apapun perasaan anda,inilah salah satu masalah kronik remaja masa kini.Perbuatan mereka bukan sahaja memalukan jemaah di kampong tersebut malah mencemari kesucian rumah ALLAH tambahan pula dilakukan di ruang solat.Ini menunjukkan segelintir remaja sekarang sudah hilang nilai murni dan semakin kurang ajar hingga sanggup menjadikan masjid sebagai tempat pasangan bukan mahram tidur bersama sedangkan masjid tempat beribadah dan dihormati.

MATLAMAT TAK MENGHALALKAN CARA!

Menurut akhbar terbabit,ketika ditemui pasangan berkenaan lengkap berpakaian tetapi dalam keadaan badan bersentuhan walaupun mereka tidak berpelukan.Selepas disoal siasat,remaja berkenaan mendakwa dia menemui kawan perempuan tersebut sedang berjalan seorang diri dengan membawa topi keledar di jalan utama Guar Chempedak ke Kampung Banggol Sanai yg jaraknya kira-kira 7 kilometer awal pagi kelmarin.Difahamkan ketika menunggang motosikal remaja lelaki itu mendakwa terlalu mengantuk dan pergi ke masjid untuk singgah bagi melelapkan mata.

Jika kita lihat n selami dakwaan remaja tersebut,apa yang dapat kita simpulkan? Remaja lelaki itu mungkin berniat baik untuk membantu remaja perempuan tersebut TETAPI jalan penyelesaian yang diambil adalah TIDAK WAJAR! Mengapa tidak dihantar terus ke rumah remaja perempuan tersebut? Satu lagi persoalan,apa yang dilakukan oleh remaja tersebut di awal pagi?Hanya ALLAH S.W.T YANG MAHA MENGETAHUI..
Kita kena jelas disini bahawa berdua duaan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram di kategorikan sebagai KHALWAT dan HARAM disisi agama Islam.Walaupun remaja terbabit berniat baik tetapi cara yang diambil mestilah selari dengan hokum syarak.MATLAMAT TAK MENGHALALKAN CARA.

PENGERTIAN MASJID..FAHAMILAH!

Masjid merupakan bahagian terpenting dalam membentuk peribadi yang ideal.Solat berjemaah bukan sekadar memperbanyakkan pahala solat bahkan ALLAH S.W.T memperbanyakkan pahala solat berjemaah agar kita tertarik untu melangkahkan kaki ke masjid.Masjid juga menjadi asas kepada peribadi dan masyarakat muslim.Kalau ditanya kepada setiap muslim,majoriti pernah ke masjid atau surau walaupun sekali.Kalau bukan Hari Raya Puasa,Hari Raya Korban atau setidak tidaknya Solat Jumaat bagi kaum lelaki.Cukupkah hanya sekadar seminggu sekali atau setahun sekali atau seumur hidup sekali menjejakkan kaki dan beribadat didalam masjid??Fikirkanlah!


Mereka yang mendekatkan diri dengan masjid akan memeliki darjat iman dan taqwa yang tinggi.ALLAH S.W.T berfirman:

“Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid ALLAH,orang orang yang beriman kepada ALLAH dan Hari kemudian.(At-Taubah[9];18)”

Oleh itu ALLAH S.W.T menjanjikan kepada orang yang menjaga solat jemaah di masjid dengan pahala yang besar.Solat yang sama dan cara yang sama namun pahala berjemaah di masjid jauh lebih besar berbanding kita menunaikan di rumah.

Imam Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Abdullah bin Amr R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

“Solat berjemaah dilebihkan pahalanya dari solat sendiri 27 dajat kali ganda”



Hadith lain yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah R.A,bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

“Barangsiapa yang di waktu pagi dan petang pergi ke masjid,ALLAH S.W.T menjanjikan syurga setiap pagi atau petang itu”

Maka,sama-samalah kita mengimarahkan masjid dan melipatgandakan ibadat kepadaNYA.Kalau bukan kita,siapa lagi..Wallahualam

AYUH ANAK MUDA! BANGKITKAN SEMANGATMU!
Back to top Go down
View user profile
sriteddy™
Site Admin
Site Admin


Posts : 1157
Join date : 2009-04-20
Location : a place called heart

PostSubject: Re: REMAJA MENCEMARKAN MASJID?? APA DAH JADI??   Tue May 19, 2009 4:39 am


Back to top Go down
View user profile
salju
senior
senior


Posts : 1063
Join date : 2009-04-12
Age : 32
Location : mesia

PostSubject: Re: REMAJA MENCEMARKAN MASJID?? APA DAH JADI??   Tue May 19, 2009 6:36 am

apsal dalam kes nih empati aku terlebih2 ek?

aku rasa empati, leh rasa apa perasaan remaja nih.

tapi bagi aku.. ni ler orang melayu kita.. suka sangat nak cari salah orang. bukannya nak selidik apa yang terjadi.

mungkin remaja ni dalam keadaan jahil. dia pun tak tau kalo berdua dalam masjid tu dikatakan khalwat.

cuba amati kata2 dalam petikan berita tersebut.
Quote :

Menurut akhbar terbabit,ketika ditemui pasangan berkenaan lengkap berpakaian tetapi dalam keadaan badan bersentuhan walaupun mereka tidak berpelukan.

yerlah, dalam kes tu... mungkin remaja pempuan yang dijumpai merayau tengah2 malam tu dalam keadaan sedih ker.. apa ker.. yang lelaki tu mungkin nak tenangkan dia. dalam keadaan dia terlalu mengantuk.. dia pun tido ler.

aku rasa, remaja ni jahil je. tak semestinyer mereka betoi2 nak buat maksiat. mungkin dia rasa tak salah dok kat masjid. dan dia pun kebetulan mengantuk..

tapi tu ler orang melayu kita.. bukannya nak menolong. kalo menghukum tu laju je..

sedangkan rasulullah s.a.w. pun, masa baginda hendak menghukum pun, baginda lebih banyak memaafkan. macam kes wanita berzina tu, dan mengandung. rasulullah s.a.w. meminta dia tunggu sehingga lahir. lepas lahir... sehingga umur bayi dua tahun (dah putus susu).



camner nak buang budaya menuding salah orang lain nih ek? budaya menghukum, mencari salah orang ek?
Back to top Go down
View user profile
arb_mtq
senior
senior


Posts : 432
Join date : 2009-04-13

PostSubject: Re: REMAJA MENCEMARKAN MASJID?? APA DAH JADI??   Tue May 19, 2009 7:41 am

btui2..... kite ken cuba ubah pemikiran org mlayu kita nih,,,, amik yg positif,, tinggalkan negatif..dan majulah sukan utk negara
Back to top Go down
View user profile
luvfama
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 297
Join date : 2009-04-30
Age : 31
Location : Negi 9

PostSubject: Re: REMAJA MENCEMARKAN MASJID?? APA DAH JADI??   Tue May 19, 2009 11:01 am

Quote :

Menurut akhbar terbabit,ketika ditemui pasangan berkenaan lengkap
berpakaian tetapi dalam keadaan badan bersentuhan walaupun mereka tidak
berpelukan.Selepas disoal siasat,remaja berkenaan mendakwa dia menemui
kawan perempuan tersebut sedang berjalan seorang diri dengan membawa
topi keledar di jalan utama Guar Chempedak ke Kampung Banggol Sanai yg
jaraknya kira-kira 7 kilometer
awal pagi kelmarin.Difahamkan ketika
menunggang motosikal remaja lelaki itu mendakwa terlalu mengantuk dan
pergi ke masjid untuk singgah bagi melelapkan mata.

tepuk dada, tanya iman...(macam2 dak2 remaja skunk ni,sabor jela)

Quote :

yerlah, dalam kes tu... mungkin remaja pempuan yang dijumpai merayau tengah2 malam tu dalam keadaan sedih ker.. apa ker..

salju, luv rasa agaknyer kena tinggal boypren pompuan ni..mcm2 peel la depa2 ni..

Back to top Go down
View user profile
raffey-sama
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 509
Join date : 2009-04-14
Age : 31
Location : tmn desa manjung point,manjung...huhu

PostSubject: Re: REMAJA MENCEMARKAN MASJID?? APA DAH JADI??   Tue May 19, 2009 6:05 pm

hmmmm...mcm2 la dak2 ni...ape tade umah ker...kua mlm2 mg la...ntah wat per ntah...babab montot kang...

_________________________________________________

KIPASSUSAHSUSAHMATI
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/ruffeykun
Sponsored content




PostSubject: Re: REMAJA MENCEMARKAN MASJID?? APA DAH JADI??   Today at 1:15 pm

Back to top Go down
 
REMAJA MENCEMARKAN MASJID?? APA DAH JADI??
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Streblus Asper (Serut in Indonesia dialect)

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
perak1 :: .::INFORMASI::. :: ::SUDUT AGAMA:: .::RELIGION SITE::.-
Jump to:  
Top posters
peace™ (1529)
 
miss-lady (1280)
 
sriteddy™ (1157)
 
salju (1063)
 
lipanx_laut (970)
 
macan_sparrow (742)
 
kuyie (668)
 
raffey-sama (509)
 
arb_mtq (432)
 
luvfama (297)
 
LATEST MOVIE TODAY
.:Sila click pada gambar dibawah untuk download boxoffice movie perak1 semoga terhibur :.