perak1
Selamat datang Ke Perak1 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Perak1 forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .anda juga boleh login forums ini dengan email FB anda danjangan lupa Like Fb perak1:KENALKAN DIRI ANDA:. Perak1 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada khalifah_alammaya2000@yahoo.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli perak1 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Perak1 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari Perak1 forum PASTI CERIA BERSAMA KAMI.
perak1


 
HomeCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Dapatkan Widget Ini Di Aku Punyer Lah! | Get RM100 A Week @ Blogger Tips


Share | 
 

 PAKAIAN REMAJA: Dimana Silapnya?? Meh Kita Fikirkan..

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : Previous  1, 2
AuthorMessage
salju
senior
senior


Posts : 1063
Join date : 2009-04-12
Age : 32
Location : mesia

PostSubject: Re: PAKAIAN REMAJA: Dimana Silapnya?? Meh Kita Fikirkan..   Wed May 20, 2009 6:37 am

wah... bestnyer.. sonok aku tengok perkembangan kawan2 aku kat sini.

sesungguhnya perdebatan ini adalah cara untuk mencambahkan ilmu pengetahuan. taklah sesaper main cakap je tanpa ada isi, makna yang sebenar.

tahniah buat arb, peace, panx, raffey, macan, dan tuan punyer topik ni.

takleh jadi nih.. pasni aku pun kena bukak buku baca banyak nih.. tetiba aku teringat plak kat dr alinor (pakar matematik nih). dia pesan sepatutnya kita nih kena baca paling kurang 80ms sehari. (bab ni aku paling lemah.. pasal aku malas membaca)


p/s kalo ada ramai lagi kawan2 camni kan best.
Back to top Go down
View user profile
macan_sparrow
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 742
Join date : 2009-04-12
Age : 38
Location : klang

PostSubject: Re: PAKAIAN REMAJA: Dimana Silapnya?? Meh Kita Fikirkan..   Wed May 20, 2009 8:13 am

tahniah kwn2 ku semua kerana korg dh terbukak mindanya... sekurang2nya aku yg jahil bab2 agama ni tau la gak serba sedikit pengatahuan tentang agama islam ngan lbh mendalam lg tp mn tuan kedaung topik ni...x kn diam je kot org lain duk berdebat smpi urat kentut dh hampir putus ni btg idung dia x nmpk2 lg....nk merokok jap la

_________________________________________________


hidup mesti mau appy
Back to top Go down
View user profile
sriteddy™
Site Admin
Site Admin


Posts : 1157
Join date : 2009-04-20
Location : a place called heart

PostSubject: Re: PAKAIAN REMAJA: Dimana Silapnya?? Meh Kita Fikirkan..   Wed May 20, 2009 8:44 am

salam..hangat gak topik ni.. erm selama ni sri baca je, mls nak komen pape sbb sri rasa artikel yg di ambil hnya copy paste dr mn2 tp alhamdullilah kan wlupun di 'copy paste' kita dpt ilmu dr kwn2 kita yg mmg sedia tahu dan kwn kita yg slama ni kita nilai dia tak baik tp rupanya memberi ilmu dan pertanyaan yg baik..dan kta gak tertanya2 kemana hilang si pembuka topik tanpa ade pape komen, mcm sri kata mula td.. kita ni ada bermcm cara utk menyampaikan..ada yg menyampaikan dr pembacaan, ada dr amik mana2 dan ada dr pengalaman..yg penting ilmu tu disampaikan.. wlupun sebaris ayat kerana kita digalakkan berpesan2 sesama Islam dan kiranya ada ilmu yg tak betul disampaikan tentu org yg terdahulu dah dpt tahu.. mengenai hadis yg disiarkan disini..bkn kah ada tertulis surah mana ayat berapa kan.. kalau tak salah la..jadi tanggungjawap si penyiar dah selesai so skg tanggungjawap si pembaca plk mencari maklumat tu, sama ada btul atau tidak..bertanya pada yg arif.. paling cikai pun masjid ada imam tempat bertanya..jgn di persoal imam tu dr mana, baik or whatever sbb kita dilahirkan dh tertulis apa kita akan jadi so andai kata imam tu dulu tak serupa org, itu kisah lampau dia.. Allah dah memberi dia hidayah maka jadi lah dia skg ni.. bg yg masih seksi, seksa atau sebagainya bkn sbb tiada atau kurang didikan agama tapi belum mendapat hidayah.. seseorang tu kan berubah bila dia sendiri nak mengubah.. tak guna kita bagi risalah mengenai agama,hukum hakam, dan seangkatan dgnnya klu hati dia taknak..tp setidak2nya kita dah berusaha. kekadang tak perlu sume tu..tp inisetif dia sendri nak berubah, jadi dia berubah..kdg2 dia brubah sekelip mata je..mngkin slps baca artikal yg di copy paste tu..sapa tau.. ok la..sri pn tak pandai berhujah dan harap sri tak kuar topik ek..sama2 lah kita berkongsi dan berdebat semoga dgn perkongsian dan perdebatan kita ni menambahkan kemesraan, jgn sampai menguris perasaan
Back to top Go down
View user profile
peace™
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 1529
Join date : 2009-04-11
Location : slgr

PostSubject: hikmah bertudung   Wed May 20, 2009 9:58 am

aku harap artikel bawah ni terjawab la pasal topik ni...

Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, nur annisa, seorang gadis yang baru
menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya
mencecah 17 tahun, perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu.

Moga kisah yang dipaparkan oleh seorang saudara dari Indonesia ini, dapat dijadikan iktibar
khususnya buat kaum hawa..

Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al_Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran- pertengkaran kecil antara mereka. Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras, "cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan ani kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!" Ibu hanya mampu mengelus mendengar kata-kata adik. Kadang kala saya terlihat ibu
menangis di akhir malam. Dalam qiamullailnya. Terdengar lirik doanya "Ya Allah, kenalkan annisa dengan hukumMu".

Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami. Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas desus mengenai isteri
Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli. Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik. Dia bertanya kepada saya, "abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?" Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri". Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri.

Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi...... entah apa yang dah berlaku? Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh...... lengan panjang pula tu... saya sendiri jadi bingung.. bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib.. ya, saya katakan ajaib kerana dia berubah seratus peratus! Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah... saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri.. tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunat nya.. dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan.. Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya..

Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di Kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah (rumah saya di Madiun). Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik diberi kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan. Ketika saya sampai di rumah.. di depan pintu sudah ramai orang.. hati berdebar-debar, tak dapat ditahan..... saya berlari masuk ke dalam rumah.. saya lihat ibu menangis .. saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya.. ...... dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah di akhir hidupnya".. air mata ini tak dapat ditahan lagi... Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari. Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai... hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini.. Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu Khoiri.. di situ tertera soaljawab antara adik dan isteri jiran kami itu.

Butirannya seperti ini:

Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)

Annisa : aku hairan, wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari "mak cik.. wajah
mak cik sangat muda dan cantik"
Isteri jiranku : Alhamdulillah ..sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati

Annisa : tapi mak cik kan dah ada anak enam ..tapi masih kelihatan cantik

Isteri jiranku : Subhanallah. . sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah
SWT berkehendak. . siapakah yang boleh menolaknya?

Annisa : Mak Cik.. selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung.. tapi saya
selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung
asalkan saya berkelakuan baik. Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung
tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai.. sampaikan saya tak pernah rasa
nak pakai tudung.. pendapat mak cik bagaimana?

Isteri jiranku : annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini
perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh
kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan dipertanggung
jawabkan di hadapan Allah SWT nanti, tudung adalah perlindungan untuk
wanita ..

Annisa : tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok..

Isteri jiranku : Tudung hanyalah kain, tapi hakikat atau makna di sebalik tudung itu sendiri
yang harus kita fahami

Annisa : apakah hakikat tudung?

Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari
memandang lelaki yang bukan muhrim kamu, lindungi lidah kamu dari
mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia sia ..sentiasalah lazimi lidah
dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara
yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat, lindungi
hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan
kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari
melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang
mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari
sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu
pakai akan menyinari hati kamu.. tulah hakikat tudung

Annisa : mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung... mudah mudahan saya
mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?

Isteri jiranku : Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang
datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat, bila kamu mensyukuri
rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan
'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT.

Duhai nisa ..ingatlah akan satu hari di mana seluruh manusia akan dibangkitkan.. ketika ditiup sangkakala yang kedua, pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya, anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya, ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis.. menangis kerana hari itu Allah SWT murka.. belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu. Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT di padang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab.. Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita ditanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar, Yang Maha Kuat, Yang Maha Agung.. . . . Allah SWT.

Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya.. Subhanallah. Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil di bawah tulisan itu "buta, tuli dan bisu.. wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya, wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT, wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia"

Tak tahan airmata ini pun jatuh ... semoga Allah SWT menerima adikku disisinya..Amin
Subhanallah ..saya harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi kita semua.
Wassalam...

_________________________________________________






Last edited by sriteddy on Wed May 20, 2009 10:30 am; edited 1 time in total (Reason for editing : peace suh tuka kaler..)
Back to top Go down
View user profile
lipanx_laut
Police
Police


Posts : 970
Join date : 2009-04-12
Location : taiping--> ipoh---> kajang ---> taiping

PostSubject: Re: PAKAIAN REMAJA: Dimana Silapnya?? Meh Kita Fikirkan..   Wed May 20, 2009 12:21 pm

arb_mtq wrote:
panx,,,, aku jumpe dah,,, dlm kitab sohih muslim,bab 65(bab menerangkan mulanya islam itu plik dan kembali plik),hadis ke 232,m/s 106 dan 107,,, huhuhu,,seronok giler aku,,,
tenQ panx... klu ko tak tanye camtu, ntah bler bru nak bukak kitab,,huhuhu,, meh aku nak flux skit

haaa..ni la maksud aku..aku bukan nye ape..byk siot hadis palsu lepas nabi wafat...aku tak mau la diri aku terkeliru ..sbb tu aku tya... lol! ... arb

_________________________________________________
~BESAR ~ KERAS~ TEGANG~ PANJANG~
Back to top Go down
View user profile
raffey-sama
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 509
Join date : 2009-04-14
Age : 31
Location : tmn desa manjung point,manjung...huhu

PostSubject: Re: PAKAIAN REMAJA: Dimana Silapnya?? Meh Kita Fikirkan..   Wed May 20, 2009 6:47 pm

HMMMM....BGSLA KALAU SMUA DA TAWU...JZ IGT ONE THING...WASIAT NABI PD UMAT NYA YG DITINGGAL KN PD HR NI/UMAT AKHIR ZAMAN IALAH>>>AL-QURAN & SUNNAH NYA<<<...SESIAPA IKT SUNNAH MAKA DPT GANJARAN PAHALA 100 MATI SYAHID,E2 UTK UMAT AKHIR ZAMAN SPT KITER NI...TP PARA SAHABAT DLU KNE PENGGAL PALE,BRU DPT PAHALA MATI SYAHID.??SO..SLALU LA MUHASABAH DRI JER...XNAFIKN...SMUA KITER NI DAIF...XDPT WAT BYK..WAT LA SKIT..ASALKN ISTIQAMAH...NK BERSERBAN XDAYE,NK BERLABUH PON XBESE..DPT ZIKIR,SLALU DOA DLM HT,IGT SLALU PD TUHAN,WAT AMAL BAIK PON OK PE...PRINSIP AKU SNG JER...NK WAT JAHT OR BAIK BLEH TP AKU WAT DGN ADE >>BATASAN<<..CKUP BG AKU...
YA,ALLAH...AKU CKP NI UTK DRI AKU..BKN UTK DORG...YG BAIK DTG DR MU,YG BURUK DR KU JUA...


_________________________________________________

KIPASSUSAHSUSAHMATI
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/ruffeykun
Sponsored content




PostSubject: Re: PAKAIAN REMAJA: Dimana Silapnya?? Meh Kita Fikirkan..   Today at 1:21 am

Back to top Go down
 
PAKAIAN REMAJA: Dimana Silapnya?? Meh Kita Fikirkan..
View previous topic View next topic Back to top 
Page 2 of 2Go to page : Previous  1, 2
 Similar topics
-
» Kita will be coming to Excel CS at JCube on 1st October 2011
» A-ano.... K-konichiwa... watashi no namai wa... K-kita desu

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
perak1 :: .::INFORMASI::. :: ::SUDUT AGAMA:: .::RELIGION SITE::.-
Jump to:  
Top posters
peace™ (1529)
 
miss-lady (1280)
 
sriteddy™ (1157)
 
salju (1063)
 
lipanx_laut (970)
 
macan_sparrow (742)
 
kuyie (668)
 
raffey-sama (509)
 
arb_mtq (432)
 
luvfama (297)
 
LATEST MOVIE TODAY
.:Sila click pada gambar dibawah untuk download boxoffice movie perak1 semoga terhibur :.