perak1
Selamat datang Ke Perak1 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Perak1 forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .anda juga boleh login forums ini dengan email FB anda danjangan lupa Like Fb perak1:KENALKAN DIRI ANDA:. Perak1 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada khalifah_alammaya2000@yahoo.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli perak1 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Perak1 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari Perak1 forum PASTI CERIA BERSAMA KAMI.
perak1


 
HomeCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Dapatkan Widget Ini Di Aku Punyer Lah! | Get RM100 A Week @ Blogger Tips


Share | 
 

 sapuan roti - seri kaya & coklat cair.

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
salju
senior
senior


Posts : 1063
Join date : 2009-04-12
Age : 32
Location : mesia

PostSubject: sapuan roti - seri kaya & coklat cair.   Sun May 17, 2009 5:37 pm

aku tak tahu nak letak tajuk pe. tapi lebih kurang camtu ler yang aku nak maksudkan. tentang cara2 nak buat penyedap roti. resepi yang aku nak bagi kali ni ialah.

seri kaya

coklat cair


a) seri kaya

bahan2:

3 biji telor ayam
3 cawan gula
3 cawan santan (bajetlah.. tak mo cair sangat, tak mo pekat sangat)

cara2 memasak:

1. 3 biji telor ayam dan 2 cawan gula dipukul. (takyah guna mesin, guna tangan pun boleh. agak2 dah bercampur, oklah tu).

2. ambik secawan gula yang tinggal tu, panaskan dalam periuk. masak sampai hangus. (buat gula hangus ler kiranya).

3. biler semua gula dah cair, dan gula tu jadi hangus (warna coklat) baru masukkan santan. kacau campuran ni dalam periuk. (peringatan, api sebaiknya sederhana. kalo nak kuatkan api boleh, tapi kena kacau selalu untuk mengelakkan santan 'pecah'. kalo rasa malas nak kacau selalu, kecikkan api.. tapi lambat ler masak).

4. biler santan dah mula sebati dgn gula hangus, dan juga dah mula menggelegak.. masukkan campuran gula dan telor tadi.

5. kacau lagi. teruskan mengacau sehinggalah seri kaya anda likat dan pekat. setelah mendapat kepekatan yang dikehendaki, tutup api. (makin lama masak, makin pekat. jangan masak lama sangat lepas pekat tu.. nanti jadi dodol plak. takleh nak sapu kat roti).

6. sejukkan. pastu boleh ler makan. sedap dimakan dgn roti, dan jugak lemang.. (adoi.. tetiba lapor plak nih).


b) coklat cair

bahan2:

1/2 cawan susu cair
3 sudu gula
2 sudu serbuk koko

cara memasak:

1. masukkan gula dan susu cair dalam periuk. kacau. (lebih kurang macam seri kaya tadi. kena kacau selalu).

2. bila agak2 dah cair gula tu, masukkan serbuk koko. (kalo nak coklat lebih gelap, masukkan banyak serbuk koko. kalo tak mo itam sangat.. leh kurangkan serbuk koko tu).

3. kacau selalu... sampailah mencapai tahap kepekatan/kelikatan yang dikehendaki... pastu leh tutup api. sejukkan, kemudian simpan dalam peti ais. sedap dimakan dengan roti, ataupun kalo ada strawberi leh cicah kat coklat nih. (tetiba teringat siti dgn dato K plak..adoi..)


selamat mencuba.
Back to top Go down
View user profile
miss-lady
Admin
Admin


Posts : 1280
Join date : 2009-04-10
Age : 28
Location : sabah & perak

PostSubject: Re: sapuan roti - seri kaya & coklat cair.   Tue May 19, 2009 10:23 am


dap dap dap
nak cube la nanti
thanks for sharing akak

_________________________________________________
Kebanyakan dari kita tidak mensyukuri apa yang sudah kita miliki, tetapi kita selalu menyesali apa yang belum kita capai
Back to top Go down
View user profile
sriteddy™
Site Admin
Site Admin


Posts : 1157
Join date : 2009-04-20
Location : a place called heart

PostSubject: Re: sapuan roti - seri kaya & coklat cair.   Tue May 19, 2009 10:27 am

suka2 main nama aku.. SERI kaya tak kaya2 pun lol!
Back to top Go down
View user profile
miss-lady
Admin
Admin


Posts : 1280
Join date : 2009-04-10
Age : 28
Location : sabah & perak

PostSubject: Re: sapuan roti - seri kaya & coklat cair.   Tue May 19, 2009 10:30 am

adeh sri wakakaka
ade je ko ni nak wat aku tergelak
opss opocot
>>BACK TO THE TOPIC<<

_________________________________________________
Kebanyakan dari kita tidak mensyukuri apa yang sudah kita miliki, tetapi kita selalu menyesali apa yang belum kita capai
Back to top Go down
View user profile
salju
senior
senior


Posts : 1063
Join date : 2009-04-12
Age : 32
Location : mesia

PostSubject: Re: sapuan roti - seri kaya & coklat cair.   Tue May 19, 2009 1:28 pm

try ler... takyah korang sebok2 beli seri kaya kat kedai lagi. leh je masak sendiri. coklat cair tu pun sama. aritu takde strawberi.. aku buat makan dgn pisang je. sedap gak.. nyam nyam
Back to top Go down
View user profile
macan_sparrow
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 742
Join date : 2009-04-12
Age : 38
Location : klang

PostSubject: Re: sapuan roti - seri kaya & coklat cair.   Tue May 19, 2009 1:35 pm

salju klu beli roti pas tu letak sri tu kat umah kita mmg sentiasa roti tu akan sedap je sri jdi bahan lak lariiiiiiiiiiiiiiiii lari tajuk....nk g merokok

_________________________________________________


hidup mesti mau appy
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: sapuan roti - seri kaya & coklat cair.   Today at 9:48 am

Back to top Go down
 
sapuan roti - seri kaya & coklat cair.
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» KaYa go on romantic a dinner date - SBS (video)
» Videos : Reporters Onlocation ( KaYa get kidnap & more)
» BOOM Shaka Laka
» The little known Dynaco PAS-3 Series II - photo
» Iss Pyaar Ko Kya Naam Doon Ek Baar Phir -Written Update- 18th September 2013

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
perak1 :: .::INFORMASI::. :: .::SUDUT RESEPI DAN MASAKAN::. .::RECEIPE AND COOKIES SITE::.-
Jump to:  
Top posters
peace™ (1529)
 
miss-lady (1280)
 
sriteddy™ (1157)
 
salju (1063)
 
lipanx_laut (970)
 
macan_sparrow (742)
 
kuyie (668)
 
raffey-sama (509)
 
arb_mtq (432)
 
luvfama (297)
 
LATEST MOVIE TODAY
.:Sila click pada gambar dibawah untuk download boxoffice movie perak1 semoga terhibur :.