perak1
Selamat datang Ke Perak1 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Perak1 forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .anda juga boleh login forums ini dengan email FB anda danjangan lupa Like Fb perak1:KENALKAN DIRI ANDA:. Perak1 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada khalifah_alammaya2000@yahoo.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli perak1 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Perak1 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari Perak1 forum PASTI CERIA BERSAMA KAMI.
perak1


 
HomeCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Dapatkan Widget Ini Di Aku Punyer Lah! | Get RM100 A Week @ Blogger Tips


Share | 
 

 Sifat romantik Nabi Muhammad s.a.w

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
peace™
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 1529
Join date : 2009-04-11
Location : slgr

PostSubject: Sifat romantik Nabi Muhammad s.a.w   Mon Apr 13, 2009 2:13 pm

" Sifat Romantik Nabi Muhammad

Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik seorang suamiyang mengamalkan sistem Poligami. Baginda romantik kepada kesemua isterinya. disebutkan satu kisah pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul dihadapanbaginda lalu bertanya siapakah diantara mereka (isteri-isteri) baginda yang paling disayangi". Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata, "Saya akan beritahu kamu kemudian."

Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap seorang daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda berpesan supaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain . Lalu suatu hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama. Rasulullah SAW lalu menjawab "Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya". Isteri-isteri baginda tersenyum puas kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa diri mereka tidak terasing.

Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat suasana romantik ini Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: "Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka".

Rasulullah SAW selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah. Baginda acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak salah seorang dari isteri baginda pergi musafir (mengikut undian) untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka.
Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah SAW agar dapat kita
tauladani dan praktikkan dalam kehidupan berumahtangga. Pada suami-suami yang budiman selepas ini peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap masa dan setiap saat begitu juga pada isteri-isteri solehah peganglah tangan suami anda bagi menghapuskan segala dosa-dosa.
ada yang belum berumahtangga tu cepat-cepatlah mendirikan rumahtangga kerana dengan perkahwinan itu boleh menjamin anda ke syurga.
"Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah SAW, tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah
orang-orang beriman...." Aaaammmmmiiiiin Ya Rabbal 'Alamin
Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi
kebaikan, Insya Allah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya
Back to top Go down
View user profile
salju
senior
senior


Posts : 1063
Join date : 2009-04-12
Age : 32
Location : mesia

PostSubject: Re: Sifat romantik Nabi Muhammad s.a.w   Sun Apr 26, 2009 11:34 pm

di sini aku ingin kongsi dengan korang tentang indahnya keperibadian nabi muhammad s.a.w. yang tidak dapat dinafikan, salah seorang yang bertanggungjawab membentuknya ialah saidatina khadijah, isteri baginda yang pertama. di saat baginda bersama dengan saidatina khadijah, baginda tidak mengamalkan poligami. dalam usia yang agak muda, iaitu semasa baginda 25 tahun, baginda bernikah dengan wanita yang merupakan saudagar yang kaya, khadijah binti khuwailid.

setelah bernikah dgn saidatina khadijah, akhlak baginda semakin diperhalusi dan dibentuk oleh khadijah. sesungguhnya wanita yang bernama khadijah ini bukan sahaja cantik paras rupa, tetapi bijaksana dalam urusan rumahtangga. khadijah banyak berkorban untuk baginda serta memberikan baginda ramai anak, iaitu sebanyak enam orang. khadijah terlalu memahami baginda rasulullah s.a.w. khadijahlah tempat baginda bermanja, berkongsi kisah suka dan duka bersama. di saat orang lain tidak mempercayai baginda, khadijah tetap utuh cintanya pada nabi muhammad s.a.w. khadijah adalah manusia pertama memeluk Islam atas dasar dia terlalu mengenali peribadi dan hati budi nabi muhammad s.a.w.

disebabkan inilah, di saat baginda kehilangan khadijah, baginda berasa sangat sedih, sehinggalah baginda diperintahkan untuk memperisterikan saidatina aishah, anak kepada sahabat karibnya sendiri, abu bakar assiddiq. pada ketika ini, baginda sudah pun dilantik menjadi rasul dan mula menyampaikan tanggungjawab baginda yang telah diamanahkan oleh Allah s.w.t untuk membawa Islam ke seluruh alam.

di sini ingin aku ungkapkan pada sahabat kalian, pentingnya pemahaman terhadap konsep lengkap-melengkapi di dalam rumahtangga. memang tidak dinafikan, lelaki itu adalah ketua keluarga. namun itu tidak bermaksud wanita tidak mempunyai peranan dalam mendidik dan membantu suami mereka. seperti contohnya, bagaimana baginda rasulullah s.a.w. itu menjadi suami yang romantis? ini adalah kerana, baginda cuba memahami isteri-isteri baginda, sama seperti yang dilakukan oleh saidatina khadijah terhadap baginda sebelum itu.

kesimpulan yang aku boleh katakan di sini ialah, jika inginkan suami yang berakhlak, romantis, bertanggungjawab, tegas dalam mendidik dan sebagainya... kita sebagai wanita haruslah meneladani sifat saidatina khadijah yang ikhlas menyayangi, mencintai, memahami, dan berkorban harta benda, jiwa dan raga kepada suami tercinta.

janganlah mencebik apabila suami kurang melayan anda seperti yang anda minta. mungkin ada sesuatu yang membebani fikirannya, menyebabkan beliau agak dingin ataupun berkasar dengan anda. selami hati lelaki, fahami jiwanya, pikatlah hati suami dengan keikhlasan anda untuk bersama dengannya. kelebihan yang ada pada diri suami dijadikan kekuatan untuk memperbaiki diri, dan kelemahan yang ada pada suami memerlukan kekuatan pada isteri untuk membantunya menjadi lebih baik lagi.

inilah konsep lengkap-melengkapi di dalam perkahwinan yang dianjurkan oleh Islam.

wallahualam.
Back to top Go down
View user profile
_deal0va_
senior
senior


Posts : 196
Join date : 2009-04-11
Age : 29
Location : Seri Iskandar,Perak

PostSubject: Re: Sifat romantik Nabi Muhammad s.a.w   Mon Apr 27, 2009 4:49 am

betul betul betul

Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: Sifat romantik Nabi Muhammad s.a.w   Today at 2:47 am

Back to top Go down
 
Sifat romantik Nabi Muhammad s.a.w
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» George Clooney at Muhammad Ali's 70th birthday?
» Uttaran Written update 18th February 2014
» Jodha Akbar 269: Todar Mal's triumph! JA 272:Tangled skeinsP5 JA 274:Depths of follyP10 JA 276:Pg 22

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
perak1 :: .::INFORMASI::. :: ::SEKSOLOGI::-
Jump to:  
Top posters
peace™ (1529)
 
miss-lady (1280)
 
sriteddy™ (1157)
 
salju (1063)
 
lipanx_laut (970)
 
macan_sparrow (742)
 
kuyie (668)
 
raffey-sama (509)
 
arb_mtq (432)
 
luvfama (297)
 
LATEST MOVIE TODAY
.:Sila click pada gambar dibawah untuk download boxoffice movie perak1 semoga terhibur :.