perak1
Selamat datang Ke Perak1 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Perak1 forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .anda juga boleh login forums ini dengan email FB anda danjangan lupa Like Fb perak1:KENALKAN DIRI ANDA:. Perak1 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada khalifah_alammaya2000@yahoo.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli perak1 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Perak1 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari Perak1 forum PASTI CERIA BERSAMA KAMI.
perak1


 
HomeCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Dapatkan Widget Ini Di Aku Punyer Lah! | Get RM100 A Week @ Blogger Tips


Share | 
 

 Di Sebalik Kebakaran Kilang terbongkarnya RAHSIA

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
sriteddy™
Site Admin
Site Admin


Posts : 1157
Join date : 2009-04-20
Location : a place called heart

PostSubject: Di Sebalik Kebakaran Kilang terbongkarnya RAHSIA   Fri May 15, 2009 11:30 am

Dah brapa banyak makanan yg kotor nih masuk dlm perut kite…. Patutlah mengaji susah nak masuk kat otak…..Sabar jelah…..

Kg Baru Sg Buloh
Sg Buloh
Selangor
18 April, 2009

Saya menerima maklumat mengenai kebakaran ini kira-kira jam 5 petang, kira-kira setengah jam selepas kebakaran bermula.

Seperti yang dibayangkan sebelum ini, kawasan perindustrian Kg Baru Sg Buloh adalah sebuah kawasan yang amat luas

Kes kebakaran agak senang untuk dikesan kerana asap boleh kelihatan dari jauh.
Tetapi, walaupun asap boleh kelihatan ketika memandu, untuk tiba di lokasi adalah sesuatu yang amat sukar walaupun mengikut panduan dari asap tebal.

Dengan keadaan jalannya yang amat tidak terurus, berlopak, berlubang, sempit dan beratus-ratus simpang yang jika salah masuk, anda akan memasuki jalan mati.

Maka terperangkaplah anda untuk berpatah balik kerana mungkin anda secara tidak sengaja telah memasuki dalam kawasan kilang DRH atau kilang VTF.

Mana lagi dengan berpuluh-puluh anjing liar, berkurap dan kotor serta berpenyakit yang berkeliaran.

Untuk bertanya laluan, dengan membuka tingkap kereta, mungkin anjing akan melompat ke arah anda...

Belum lagi kalau turun dari kereta, ada anjing kurap yang baik hati nak berkenalan untuk cuba menghidu, menjilat anda...!!!

Keadaan kotor dan penuh dengan sampah sarap, tak perlu dicerita, kerana anda boleh alami sendiri.

Dan anjing-anjing ini pula, macam mengenali samada kita adalah pengguna laluan ini, atau tak pernah lalu sebelumnya.

Mana lagi berselisih dengan treler-treler panjang, besar dan kenderaan-kenderaan yang dipandu laju (walaupun jalan sempit)

Kawasan perindustrian ini merupakan antara yang terbesar di di Selangor, dan merupakan kawasan perindustrian yang paling tidak terurus, tidak mengkiut standard, tidak menepati standard sebuah kawasan pendustrian yang mengeluarkan pelbagai barangan utama di negara ini dan untuk eksport.

Di sinilah antara pusat segala penipuan dan penyelewengan barangan pengguna di mana banyak manapun serbuan dilakukan, mustahil untuk mengesan semuanya di celah-celah ratusan bangunan kilang.

Di sinilah, di mana, di dalam kilang, ada kilang, dan di dalamnya pula, ada kilang lain pula.

Antara serbuan yang pernah saya sertai sepanjang lima tahun lalu di kawasan ini ialah:

1-Rampasan dan penyitaan kilang membuat mee bersama JAKIM Kementerian Kesihatan dan KPDN HEP di mana keadaan kilang yang amat kotor dan berlendir serta pekerja yang langsung tidak pentingkan kebersihan. Mee yang dibuat banyak dijual di pasaraya, hipermarket, bapak market terkenal dengan jenama-jenama berbau keIslaman/keMelayuan.

2. Kilang membuat cincau di mana cincau-cincau yang diproses oleh Bangla-bangla, diletak di atas lantai dan meja tanpa berlapik, dipotong dengan pisau, kemudian dijirus air, dan dibungkus. Jenama juga berbau Islam/Melayu - juga anda sendiri pernah terbelinya.

3. Kilang membuat tauhu, yang sebelumnya pernah diarah tutup dan dibatalkan sijil halal, tetapi membuat semula proses yang sama. Tauhu ini dijual di seluruh Malaysia, di mana pembuatannya langsung membuatkan anda tidak akan memakan tauhu lagi jika melihat keadaan kilang, di mana baldi-baldi yang diletakkan di atas lantai yang berlendir, dan penuh dengan anjing, akan dicelupkan bersama dengan tauhu yang baru diproses, kemudian dibungkus untuk dijual kepada anda.

4. Kilang yongtaufu, taufoofar, (dan segala yong dan far yang anda tau dan pernah makan) yang digaul dengan daging babi cincang oleh pekerja warga Indonesia (yang mendakwa beragama Islam) , dan ditampal pula dengan logo Halal Jakim. Semua produknya dilanggan oleh banyak hotel berbintang-bintang berpandukan invois yang dirampas. Pengusaha juga mengaku, barangannya amat laku dibeli oleh peniaga Islam yang sudah tentunya mereka tidak berpeluang melihat proses pembikinan yong-yong itu.

5. Kilang yang membekalkan krim-krim malam yang akhirnya diuji mengandungi 'sibutramin' yang diimprt bertong-tong dari China, untuk banyak syarikat Bumiputera yang melekatkan label macam-macam nama wanita, dan akhirnya anda tempelkan di muka anda yang dah memang berjerawat, menggerutu itu. Alasannya, kerana ia jenama Bumiputera, nak tolong bangsa, dan nak cantik...

6. Di sinilah juga terdapatnya kilang-kilang VCD/DVD yang jika anda bukan pakar mencarinya, mati 18 kali pun, anda tak akan jumpa kerana ia dibina dalam kilang, di dalam kilang, di dalam kilang (kilang 3 in 1).

7. Di sini jugalah diproses kopi-kopi duda, kopi dara, kopi tongkat bedul, kacip bedah yang dibeli oleh anda, yang dicampur dengan pelbagai bahan terlarang tanpa anda mengetahui, ia sebenarnya hanya diblender atau digaul oleh mat-mat Bangla, minah Indon yang tak tau apa-apa pun apa yang mereka buat.

8. Senarai ini amat panjang yang memerlukan saya membuat entry lain di lain kali beserta dengan bukti foto sekali.


Last edited by sriteddy on Fri May 15, 2009 11:51 am; edited 1 time in total
Back to top Go down
View user profile
sriteddy™
Site Admin
Site Admin


Posts : 1157
Join date : 2009-04-20
Location : a place called heart

PostSubject: Sambungan   Fri May 15, 2009 11:50 am


Dah setelah bersimpang, berpusing, akhirnya saya tiba juga di lokasi kebakaran ini setelah kereta melalui laluan berlubang, berbukit dan berlopak serta tidak bertar (jalan berbatu-batan) dan berdebu.

Kebakaran berlaku kira-kira jam 4-30 petang.

Kilang membuat sarung tangan ini musnah samasekali.

Seorang pekerja warga Bangladesh cedera ringan ketika menyelamatkan diri.

Dan, bagi anggota bomba, kesukaran paling mencabar bagi mereka apabila banyak dari kilang-kilang ini tidak mempunyai pili bomba dan terpaksa meminjam suumber dari kilang lain.

Di kawasan ini, adalah menjadi tanggungjawab pengilang mendirikan pili bomba mereka sendiri.

Kerugian dianggarkan berjuta ringgit.

Dan beberapa kilang di kiri-kanan dan belakang kilang yang terbakar, juga mengalami kerosakan.

tulah sahaja laporan saya mengenai kebakaran kilang ini yang tak berapa menarik sebenarnya
untuk disiarkan...
Back to top Go down
View user profile
lipanx_laut
Police
Police


Posts : 970
Join date : 2009-04-12
Location : taiping--> ipoh---> kajang ---> taiping

PostSubject: Re: Di Sebalik Kebakaran Kilang terbongkarnya RAHSIA   Fri May 15, 2009 12:14 pm

dan macam bese jugak...serbuan tak selalu dia buat di sebab kan mesti ada rasuahhhhhhhhhhhhhhhhhhh..ohh yeahhhh...

_________________________________________________
~BESAR ~ KERAS~ TEGANG~ PANJANG~
Back to top Go down
View user profile
arb_mtq
senior
senior


Posts : 432
Join date : 2009-04-13

PostSubject: Re: Di Sebalik Kebakaran Kilang terbongkarnya RAHSIA   Fri May 15, 2009 2:29 pm

sampai tahap camni pon tak kantoi,, ini menunjukkan statement panx tu btul,,, lagi baik kte bli brg yg kte tau mai dr mane wlu pon brg tu mahal,dr kte bli brg yg konon bumiputra tp kte taktahu kepala punca,,, sbenarnye mnde2 camni byk jadi dah,,, ni aku nak kongsi ngan korang satu kesah yg mane aku taktau la korg pedulik atau tidak,,, ader sorg mmbe abg aku nih,, die pompuan,,, die penah keje kat pizza hut dlm jaya jusco ipoh, die cter penah skali tu rakan sekerja die tensen ngan pengurus,pelanggan lak ramai time tu,lagi naik la bengkak2 die,,, beliau yg tensen tu adalah india,,, pastu utk melegakan tekanan yg bertong2 kat kpala die,, die pon meludah dlm kuah mushroom yg besa kte tgk tu la,,, sebab die yg bancuh kuah mushroom tuu,,, agak2 korg la,,, leh lagi ke kte percaya tmpt2 camni,,, slu org ragu sal kfc ayam die sembelih ke tak,,, adooyaaaiiii!! pein kpale teman,, macan!! okok sebatang
Back to top Go down
View user profile
peace™
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 1529
Join date : 2009-04-11
Location : slgr

PostSubject: Re: Di Sebalik Kebakaran Kilang terbongkarnya RAHSIA   Fri May 15, 2009 3:08 pm

good info...
aku pon ade dgr...
pasal kopi2 tongkat ali ni..
bercambah2... byk dah kat kedai2..
mcam2 jenama...
rupenye ade antara jenama tu..
tempat yang sama je yang buat..
pack lain2 jek.. dah la yang buat tu cina..
bela anjing lak kat kilang..
pastu jemur kat luar tak jaga..
anjing2 duk main kat2 tempat die jemur..
kencing la.. ape la... pastu masuk dalam adunan..
jual.. jenama2 sume jenama melayu..
tapi aku kurang ingat jenama dia apa...

_________________________________________________




Back to top Go down
View user profile
raffey-sama
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 509
Join date : 2009-04-14
Age : 31
Location : tmn desa manjung point,manjung...huhu

PostSubject: Re: Di Sebalik Kebakaran Kilang terbongkarnya RAHSIA   Fri May 15, 2009 9:47 pm

lipanx_laut wrote:
dan macam bese jugak...serbuan tak selalu dia buat di sebab kan mesti ada rasuahhhhhhhhhhhhhhhhhhh..ohh yeahhhh...

AKU STUJU NGAN PANX...HUHU..

_________________________________________________

KIPASSUSAHSUSAHMATI
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/ruffeykun
Sponsored content




PostSubject: Re: Di Sebalik Kebakaran Kilang terbongkarnya RAHSIA   Today at 10:17 pm

Back to top Go down
 
Di Sebalik Kebakaran Kilang terbongkarnya RAHSIA
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
perak1 :: .::MEMBER SHARED PICTURE::. :: .::SHARE PIC MENARIK::. .::SHARING INTERESTING PICTURES::.-
Jump to:  
Top posters
peace™ (1529)
 
miss-lady (1280)
 
sriteddy™ (1157)
 
salju (1063)
 
lipanx_laut (970)
 
macan_sparrow (742)
 
kuyie (668)
 
raffey-sama (509)
 
arb_mtq (432)
 
luvfama (297)
 
LATEST MOVIE TODAY
.:Sila click pada gambar dibawah untuk download boxoffice movie perak1 semoga terhibur :.