perak1
Selamat datang Ke Perak1 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Perak1 forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .anda juga boleh login forums ini dengan email FB anda danjangan lupa Like Fb perak1:KENALKAN DIRI ANDA:. Perak1 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada khalifah_alammaya2000@yahoo.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli perak1 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Perak1 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari Perak1 forum PASTI CERIA BERSAMA KAMI.
perak1


 
HomeCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Dapatkan Widget Ini Di Aku Punyer Lah! | Get RM100 A Week @ Blogger Tips


Share | 
 

 fantasi cinta VS realiti cinta

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
salju
senior
senior


Posts : 1063
Join date : 2009-04-12
Age : 32
Location : mesia

PostSubject: fantasi cinta VS realiti cinta   Thu May 14, 2009 7:51 pm

kadang2 aku pelik.. kenapa orang baca novel cinta ek?

kenapa orang suka sangat tengok citer hindustan?

walhal kita tahu, citernya hampir sama. hepi ending. hero menang, yang jahat kalah. aman damai. masalah abes. benarkah idup camtu?

adakah dunia cinta itu sebegitu?

wakakaka

aku akan tertawa setiap kali melihat remaja perempuan menghabiskan masa dengan novel2 cinta. sejak aku sekolah lagi aku camtu. aku tak suka pempuan buang masa baca novel2 cinta.

bukan bermaksud aku tak baca langsung novel cinta. aku baca gak.. tapi aku pilih novel. tak semua novel cinta aku baca. tapi yang jenis giler baca novel cinta nih. lepas satu.. satu novel dia baca.

aku pun jiwang, aku akui semua tu. tapi realiti dunia cinta tak seindah novel-novel hasil karangan si penulis. penulis yang mengarang dengan pengalaman, kisahnya nampak lebih realistik, akan menikam sanubari kita.. dan kisahnya bukan dibuat2.

mungkin disebabkan aku terlalu jujur dalam berkarya, kawan2 aku tak beberapa suka sangat aku mengarang novel cinta. mereka kata.. citernya tak best. ye ke tak best? aku cuba gak buat citer happy ending. pun kawan2 aku kata.. "bolehlah". tak pun.. "erm.. macam ada yang kurang?"

diamlah

aku mengaku, sebenarnya aku tak pernah betoi2 bercinta. semuanya cinta tenet, sbb idup aku dalam lingkungan tenet je. aku tak boleh kata cinta tenet nih takleh nak dipercayai, penipu dan sebagainya. sbb aku caya, yang kat luar pun.. ramai gak penipu. cuba tanya orang yang tak bercinta dalam tenet.. adakah sekali bercinta terus kawen? tak gak kan? ada gak kes putus cinta sambung cinta cari orang len.. etc.. kan?

sama jelah kesnya tu.

tapi aku yang tak pernah bercinta nih pun, rasanya lebih tahu apa itu sebenar-benar cinta berbanding dgn orang yang dok mabok asmara kat luar sana.

cinta realiti bukanlah seperti karangan novel cinta! mmg itu pegangan idup aku dari dulu lagi. dan satu lagi falsafah cinta aku, yang aku pegang masa sekolah lagi ialah, 'cinta boleh dipupuk'. itu yang kawan2 aku masa dia orang belajar kat KUSZA selalu sebut. biasanya dia orang sebut kalo ada pempuan tak suka sorang lelaki, dgn nada bergurau dia orang akan sebut, "ingat tak lina cakap, cinta boleh dipupuk?"

tapi kedegilan orang zaman sekarang.. lebih berminat mengejar cinta yang menggebu dan berbunga2 dalam hati, daripada memupuk rasa cinta kepada insan yang tampak bersungguh, bertanggungjawab dan ikhlas menyayangi. sanggup mengejar cinta hati, berkorban jiwa raga untuk orang yang dicintai.. serta dalam tak sedar, mengabai insan yang terlalu menyayangi di sisi.

alasan?

ada plak falsafahnya. "cinta takleh dipaksa." ya! aku tak pernah menafikan itu. tapi bagi aku, "cinta boleh dipupuk." cinta itu boleh dipupuk, asalkan kena pada gayanya. itu juga kata2 kaunselor aku. kerana kaunselor aku kata, yang penting dalam perhubungan ialah penerimaan antara satu sama lain, bagaimana seseorang jujur dengan seseorang yang lain. melengkapi antara satu sama lain. intim, itu istilah dalam kaunseling. intimate relationship, maksudnya kita mempunyai hubungan dari hati-ke-hati. (heart to heart relationship).

ah...! diamlah

kalo aku cakap banyak, dikatakan plak aku sendiri tak pernah berjaya dalam percintaan.

bagi aku, perasaan cinta yang menggebu, cinta romantis itu tidak kekal lama. sampai biler kita nak berperasaan romantis seperti itu? setahun? dua tahun? 10 tahun? adakah setiap kali kita melihat wajah pasangan .... dalam dada itu akan mempunyai debaran yang sama? masa berganti masa, usia semakin bertambah. semakin lama, semakin banyak cacat celanya yang kita lihat.

ah sudah! mula rasa naik rimas. entah pape lah dia tu. macam2 hal lagi. dah tak seindah masa mula2 bercinta. pastu mula rasa nak cari lain dan sebagainya.

cinta itu lengkap melengkapi.

cinta itu memerlukan pengorbanan.

cinta itu juga memerlukan didikan yang tegas.

kalau rasa tak mampu memberi ketiga2 itu, janganlah rasa berangan nak bercinta, apatah lagi nak berumahtangga. kalian hanya akan terus hidup dalam fantasi dan tidak berpijak dalam realiti yang nyata. biler realiti yang terjadi sebegitu, mulalah rasa nak menyalahkan semua orang. walhal tak tahu nak menyalahkan diri sendiri yang terlalu taksub dengan fantasi cinta. fantasi cinta yang sama sekali tak pernah dapat diterjemahkan pun dalam alam nyata.

jadi apakah jenis cinta anda?

realiti? ataupun fantasi?


Back to top Go down
View user profile
arb_mtq
senior
senior


Posts : 432
Join date : 2009-04-13

PostSubject: Re: fantasi cinta VS realiti cinta   Fri May 22, 2009 9:35 am

uik,,, takde org komen lagi laa,, aku nak komen la,,, cinta aku spesis realiti kot salju,, sbb klu cinta fantasi cam industan tu nmpk sgt mengarutnye,,,, sat2 tuka baju,,guling2 skit da tuka sluar len plak dah ,, aku stuju la ko ckp yg cinta leh dipupuk,, hati ni mmg camtu,, kite yg nak punya jd tpulanglah pada kita nak didik die jadi kaler ape kan,,, awek aku yg skang ni mmg aku sendiri yg pilih sbb aku tfall in love ngan prangai die yg agak srasi ngan prangai aku ni ha,,,ala cik jah,, malu la i nak citer,,huhuhu,,,, asal2nye mmg aku rase die nih takde la lawa mane,, tp ble aku da suke kat die bru pasan yg die nih comel sesgt2,, dan aku sendiri yg memupuk hati aku suke dgn apa yg ada pada die,kuterima seadanya,, so sedikit sebyk da byk merubah prangai aku yg agak kasar sedikit ni mnjadi lemah lembut,,auw auw,,, wakakaka taklah camtu,, mksudnya aku ni yg kuat cemburu ni leh kawal la cemburu tu dr mmkn diri aku..sbb die, kirenye aku jadi lebih open minded pon sbb die gak, lagipon die ni kasih petama aku,, aku ni jenis klu da suke aku kejar sampai dapat,,,klu aku tak suke aku lari la,, dulu ramai gak budak yg aku suke tp bukan nak citer aku nih ngorat tak dapat,tp ble time ngorat tu aku da rase menyampah dah,, len la awek aku ni ha,, die nih mmg kawan aku asl2nye,,dan aku tak penah rase die lawa pon,, tp aku aku da tsuke ngan akhlak die tu,, tu yg aku pupuk kasi nmpk lawa tu,, tgk2 mmg lawa pon,, ramai lak org ngorat die,, inilah realiti,, sabo je la,, dlu aku pk bialah aku suke kat die nih,, wlupon tak lawa tp aku suke prangai die,lagipon klu awek tak lawa tak de sape nak kaco,, skali lawa la plak,, ramai lak tu yg nyibuk,,sabar je lah cik jah oiii.. pasal 3 mnde yg ko sebut tu insyaAllah stakat nih aku masih mampu lagi wat,, dan saling faham memahami tu amatlah pnting dlm sesuatu perhubungan,perlu ada pro dan kontra,,klu positif ngan positif kan belaga tu,camtu gak sbaliknya,, perbykkan toleransi,, dan pasti anda akn berjaya dalam percintaan realiti,,, tak caya tanye la macan,,, buktinya anak die da 3 dah...huhuhu
Back to top Go down
View user profile
 
fantasi cinta VS realiti cinta
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Laura Speaks CD

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
perak1 :: .::KOPITIAM::. :: .::LUAHAN PERASAAN::..::HEARTS FEELING::.-
Jump to:  
Top posters
peace™ (1529)
 
miss-lady (1280)
 
sriteddy™ (1157)
 
salju (1063)
 
lipanx_laut (970)
 
macan_sparrow (742)
 
kuyie (668)
 
raffey-sama (509)
 
arb_mtq (432)
 
luvfama (297)
 
LATEST MOVIE TODAY
.:Sila click pada gambar dibawah untuk download boxoffice movie perak1 semoga terhibur :.