perak1
Selamat datang Ke Perak1 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Perak1 forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .anda juga boleh login forums ini dengan email FB anda danjangan lupa Like Fb perak1:KENALKAN DIRI ANDA:. Perak1 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada khalifah_alammaya2000@yahoo.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli perak1 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Perak1 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari Perak1 forum PASTI CERIA BERSAMA KAMI.
perak1


 
HomeCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Dapatkan Widget Ini Di Aku Punyer Lah! | Get RM100 A Week @ Blogger Tips


Share | 
 

 entah pape.

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
salju
senior
senior


Posts : 1063
Join date : 2009-04-12
Age : 32
Location : mesia

PostSubject: entah pape.   Tue May 12, 2009 3:35 pm

AMARAN: kalo rasa malas nak dengar masalah orang, jangan baca.

mak,

maafkan lina sbb tak ucapkan selamat hari ibu dengan serius kat mak aritu. yelah, lagipun kita semua sibuk kenduri arwah. lina pun tak tolong mak banyak kat dapur masa tu. skit2 je lina buat. entahlah... lina tahu lina nih bukan anak yang rajin tolong ke dapur dan buat keje2 rumah semua. lina tahu, mak banyak buat keje2 rumah tu, tak mintak pun bantuan lina. kain baju lina pun mak gosok, lipat. makanan pun mak masakkan. dapur pun mak kemas. lina nih mmg anak pemalas kan mak?

mak,

lina pun nak mintak maaf banyak2, sbb lina tak mampu nak belikan pape hadiah untuk mak. siap mintak mak duit beli beg lagi. entah pape lina ni. mengaku umo dah suku abad, tapi masih bergantung harap dgn mak. semua nak mak. itu mak.. ini mak. entah pape.. semua nak kat mak je.

mak,

lina tahu, lina banyak sangat susahkan mak. terutama sejak lina sakit... sampailah sekarang. tak abes2 buat mak susah hati. mak menanges hari2 mengenangkan nasib lina. hari2 mak berdoa, solat di sepertiga malam.. hanya untuk lina. lina yang empunya diri pun tak mampu beribadat, berdoa dan bermunajat seperti mak hari2, tapi mak hari2 buat camtu untuk lina.

mak,

lina sebenarnya susah hati nak terima scooter abah beli tu. sbb tu lina selalu bagi alasan tak mo motor. tapi dah abah beria2 nak sangat bagi lina motor. lina terima jelah. dah tak reti nak lawan cakap mak abah lagi dah. hati rasa terguris mak, sakit.. sbb lina nih bukan anak mak yang baek. lina pun banyak menyusahkan mak. mungkin mak kata... itu citer lama. tapi baru2 ni, biler dengan selamber mak sebut. "kamu anak yang paling degil. sedegil2 adik bongsu kamu... kira ok lagi. tak macam kamu. nama je cahaya kelembutan.. entah mana lembutnya kamu."

mak,

berderai dalam hati lina nanges biler mak cakap camtu mak! masa tu lina tak cari pasal, tak berdebat, tak cakap pape pun dgn mak. entah kenapa mulut mak laju je cakap camtu. apa lagi label yang mak tak pernah bagi kat lina?

anak pempuan paling menggedik, menggatal dgn lelaki?
anak paling degil?
anak pemalas?
anak yang paling menyusahkan mak abah?

apa lagi stetmen mak nak bagi kat lina mak???? apa lagi lencana yang perlu lina pakai, hadiah dari mak?

adakah mak nak cakap lina anak yang paling degil dalam family, sbb lina tolak mentah2 lelaki pilihan mak tu? adakah sbb tu je mak?

cuba mak pikir...

saper yang nak masuk utp mak? lina tak mo.. lina nak masuk UIAM. tapi mak dan abah mintak soh masuk utp. akhirnya lina masuk gak, mak. sbb kesiankan mak abah. anak degil ker tuh, mak?

saper yang nak lina masuk uitm, mak? lina tak bersedia lagi nak belajar... lina rasa belum cukup sihat. tapi disebabkan lina dah tengok usaha mak beria2 nak masukkan lina belajar semula kat uitm.. jadi lina masuk gak mak. anak degil ker tu mak?

lepas tu lina sakit balik. lina dok dalam rumah. depressi lagi. sedih, terkilan... SAKIT! menanges dalam hati hanya Allah je yang tahu. setan mula membisik soh salahkan mak dan abah. tapi hati tak mo. lina tetap cakap ni semua ujian Allah s.w.t. pastu hari2 mak pujuk.. supaya lina sambung belajar. tapi lina buat bodo je. malas nak sambung, malas nak keje. mak pujuk.. pujuk.. dan pujuk! akhirnya dengan takdir Allah s.w.t, lina sendiri kata nak belajar kat dar al-hikmah. sejak tu mak dan abah ceria balik. anak yang sakit dah masuk kolej. sekali lagi cakap.. anak degil ker tu, mak?

pastu lina cakap, lepas abes diploma.. lina rasa macam nak keje, pastu buat part time degree. sekali lagi mak nasihatkan lina, seeloknya buat degree fulltime. sbb mak kata, kalo kawen, nanti taklah pening sangat. stadi + kawen je. kalo keje nanti, susah. keje + kawen + stadi.

kawen.. kawen.. kawen!!!!!

itu saja mak sebut hari2. rasa dah sesak pale lina kalo mak sebut pasal kawen.. kawen! kononnya pempuan nih bahagianya dengan berkawen. patut umo camnih orang dah masuk minang, sbb pempuan nih kalo tak kawen rugi. dah menopaus takleh nak dapat anak lagi. kalo dah tua nanti tak laku, sbb tu ramai pempuan berpangkat besar tak kawen2 pasal memilih sangat, konon nak stadi ler apa ler.. lama2 melepas jodoh. abah pun sama2 setuju dgn mak.

mak..

kalo atas dasar lina tak mo pk pasal kawen nih, mak nak kata lina anak yang paling degil.. lina dah tak tau ler nak cakap pe mak.

cubalah mak kenang... berapa kali je lina betoi2 lawan cakap mak abah? mmg selama nih lina ada gak biadab, kasar... tapi lepas menjawab cakap mak abah biasanya lina ikut gak. lina turutkan jugak permintaan mak abah. cuma kali ni je rasanya.. mak. lina betoi2 tentang mak abah. lina betoi2 jadi degil.

mak..

kawen bukan sehari mak. lina dah mengalami trauma yang pelbagai dalam idup ni mak. mak ingat senang ker orang lelaki nak terima anak mak yang pelik, ada sejarah lama, depressi, dan kompleks ni mak? selamber mak abah cakap, calon tu tahu ada penyakit macam lina, dan dia pun paham. ok kalo kata dia paham, pernah ke mak abah uji kesabaran dia? sejauh mana dia sabar dengan karenah lina yang pelik2 nih mak? pernah ke mak abah tengok apa yang dia tahu tentang sakit histeria ni mak? reti ke dia nak handle lina, nak kawal lina kalo lina sakit, mak? dan yang paling utama... lalu ke dia idup dgn orang macam anak mak nih.. mak?

anak yang mak kata paling degil?
paling menyusahkan?
paling menggedik dan menggatal dgn lelaki?
pemalas dan tak pandai buat keje2 rumah, dapur dan sebagainya?

mak..

lina tau lina tak macam yong. yong tu cantik, bijak, solehah, hebat, berbakat! serba boleh. semua boleh. dia cemerlang SPM, pastu rajin belajar sambung.. dan terus sambung. sekarang tengah buat PhD lagi. yong tu solehah, solat wajib tak pernah tinggal, sunat pun hari2 buat. al-Quran hari2 baca. tak macam anak mak nih, nama je ambik aliran agama.. tapi soal ibadat lum tentu boleh macam yong yang cuma aliran akaun. yong serba boleh! ye..! mmg yong hebat. dialah satu2nya anak mak yang sambung belajar piano sampailah ke grade 8. tak macam lina, pemalas. belajar piano pun sampai grade 5. pastu selalu fail.. selalu abeskan duit mak abah pergi tusyen piano dan duit exam piano, tapi tak boleh nak lulus pun piano tu. yong pun serba boleh! dia boleh berpidato, ada ciri2 kepimpinan, lasak, cekal, tabah! dia sama sakit macam lina.. kena histeria semua... tapi dia masih boleh survive! sampai sekarang.. elok je belajar, keje lagi... tak macam lina yang lembik ni mak. dia pun rajin buat keje2 rumah, rajin masak, mengemas.. semua bolehlah! mmg dia super woman, sama macam mak.

lina tak macam tu kan mak? lina nih lembik.. semua benda tak boleh buat. lina cuma tahu menanges, menanges dan menanges. hari2 nanges sampai kering dah mata nih mak. hari2 meratap sedih. rasa diri hampeh sangat. dah ler selalu buat mak sedih, selalu biadab dgn mak, selalu lawan cakap mak. terasa nak berikan mak seribu satu kemewahan, tapi masih tak mampu. tu pun nak melawan jugak cakap mak yang sebenarnya dah makan garam lama... dah lagi berpengalaman dari lina yang masih mentah ni.

mak..

kali ni lina terpaksa jadi Jebat mak. terpaksa lawan cakap mak. lina ada masa depan lina, lina ada perancangan dan hala tuju lina sendiri. lina tak mo pk pasal jodoh, pasal kawen semua mak. kalo pk nanti sakit ati je. setakat nih takde yang betoi2 berani nak cakap secara terus terang nak peristerikan lina. lina tak nasib baik macam yong, umo 25 tahun, yeop terus nak masuk meminang. Allah dah temukan jodoh mereka berdua dgn cara yang unik, mak. lina tahu, mak tertekan biler lina takde calon lagi. sbb bagi mak, umo 25 tu umo kritikal seorang pempuan. sepatutnya dah ada calon suami masa ni, tapi lina bayang2 pun belum lagi.

cuma pernah ke mak terpk.. kalo mak tertekan tengok lina yang tak kawen2 lagi.. apa pulak perasaan lina? kalo mak tertekan lina lambat dapat degree, lambat keje... apa pulak perasaan lina mak? lina masih boleh berlakon selamber... kenapa mak tak mampu nak berlakon selamber, mak? mak ingat lina nak kehidupan yang pelik daripada adik-beradik lina yang lain ni? lina pun tak mo mak.... lina perlukan sokongan dari mak. bukannya kerisauan, ketakutan.. dan label2 dari mak lagi.

lina sayang mak sangat2 tau! lina mmg sayang mak.

sbb lina sayang mak lina kurang cakap dgn mak. lina lagi banyak cakap dgn lappy, dgn blog, dgn forum, dgn sms.. sbb lina tak mo biadab lagi dgn mak. nanti ada je isu nak berbahas, nak berdebat, nak menjawab semua cakap mak. dah menggunung dosa lina kat mak.

sbb lina sayang mak, lina selalu mengadu masalah kat tuan haji je. bukan pasal lina tak caya dgn mak, tapi sbb lina takot nanti bertekak lagi mak. nanti bertekak.. bertekak.. dan bertekak lagi! kita hidup zaman berbeza, mak. pandangan dan pilihan kita lain. lina tak mo nanti jadi bertekak lagi. sbb tu lina banyak mengadu kat tuan haji. bukan pasal lina nak pinggirkan mak. tapi tuan haji sebagai kaunselor dia nampak apa yang boleh lina kembangkan dalam idup lina ni mak. potensi dan kelebihan lina.. yang mak dan abah sekat2 semata2 lina tak ikut pemikiran mak abah.

mak..

dengan rasa rendah diri lina mohon ampun dan maaf kat mak sbb cuma berani nak siarkan dalam forum je. tak berani nak print semua nih dan bagi kat mak. lina tak mo tengok mak nanges lagi. cukuplah lina sorang je menanggung kesedihan nih hari2 mak. lina tanggung keperitan kerana dilema perasaan antara nak jadi anak solehah dgn nak mengejar impian lina sendiri.

mak..

lina sayang mak sangat2! kalo boleh.. nyawa pun lina serahkan sbb lina terlalu sayang mak. cuma ada masanya..

lina nak minta difahami..
diselami...
diterokai...

itu je mak. lina tak mintak scooter, lina tak mintak duit topup, lina tak mintak hp baru..

lina nak tiga tu je mak.
difahami,
diselami,
dan diterokai.....

luahan rasa,
anakmu.....
Back to top Go down
View user profile
peace™
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 1529
Join date : 2009-04-11
Location : slgr

PostSubject: Re: entah pape.   Tue May 12, 2009 4:09 pm

mele2, nak cakap takleh dgr... baca leh..
camner ek nak ckp dgn kehidupan salju ni...
sedih gak dengar kisah salju..
orang tua memang susah nak memahami kita..
ape tah lagi ibi bapa kita..
mereka kadang2 asyik memikirkan masa depan kita..
hala tuju kita.. walaupun kadang2 mereka sedar..
ape yang mereka buat kat kita tu,membuat kita rasa terkongkong..
terseksa.. macam2 ter lagi..
sebenarnya salju, istilah degil ni banyak.. walaupun kita ikut cakap diaorang, tetapi mula2 kita asyik lawan cakap tu la yang boleh kita bergaduh dengan ibu bapa kita..
memang salju ikut sume cakap mak n ayah salju..
tetapi seblum salju ikut salju berdebat dulu kan..
mungkin tak kasar.. mungkin kadang2 kata2 kita membuat mereka terluka.. dan simpan dalam hati..
cuma pasni jgn lah bercakap balik apabila mak n ayah cakap.. diam dulu.. dengar ape dia kata sampai diaorg abis cakap..
bagi diaorg lepas kan sume..
pastu baru nak tanye ape2, tanye dgn baik..
peace rasa salju mesti selalu menjawakan..
kalau salah tlg betulkan...
bukan nak salahkan salju sorg je..
memang betul, kedua2 kurang memahami masing2...
penyakit yang salju ade ni.. keluarga salju pon ade jugak ke..

p/s: kadang2 tak paham ape aku tulis ni.. sory kalau berbelit..

_________________________________________________




Back to top Go down
View user profile
salju
senior
senior


Posts : 1063
Join date : 2009-04-12
Age : 32
Location : mesia

PostSubject: Re: entah pape.   Tue May 12, 2009 4:18 pm

peace.. time kasih sbb respon..

menjawab tu pun bersebab peace. rasa dah tak mampu diam... tunduk.. dan ikut je. salju melawan pun bersebab, sebab dah kenal sangat dengan perangai mak abah. nasihat daripada mulut dia orang tu sebenarnya umpama arahan. arahan yang mesti dipatuhi. dia orang sekarang dah cantikkan istilah arahan tu dgn nasihat dan cadangan, tapi sebenarnya jauh di sudut hati mereka.. mereka nak salju ikut semua permintaan mereka tu peace.

kalo salju diam.. bagi dia orang luahkan pun, ia takkan terhasil. dia orang nak gak salju ikut kata2 dia orang. sama je peace.. cara yang peace cakap tu salju dah pernah buat. dia orang tetap nak aturkan semua tentang salju dan adik beradik, peace. kecuali dgn kak yong, sbb kak yong dah nikah. maka mak abah kata yong wajib patuh pada suami, bukan dgn dia orang lagi.

adik beradik salju semua sakit macam salju, peace. lelaki, pempuan.. semua kena. yang buat salju menci diri sendiri ialah.. adik beradik lain sakit camner pun leh survive lagi. tak macam salju.. terus collapse, depressed, dan jammed. rasa diri macam tak berguna je dalam family. terasa menyusahkan. salju cuba melawan.. tapi setakat nih masih belum mampu nak pulih. baru nak pulih, ada masalah lain plak datang. jatuh balik.. sakit balik.. pastu biler ok balik... ada tekanan skit.. sakit balik. camtulah lebih kurang.

adoi...entahlah. entah biler nak tabah, nak kuat semangat, nak jadi anak solehah pun entahlah...
Back to top Go down
View user profile
sriteddy™
Site Admin
Site Admin


Posts : 1157
Join date : 2009-04-20
Location : a place called heart

PostSubject: Re: entah pape.   Tue May 12, 2009 4:50 pm

salam salju.. sri tak pandai menasihati tp sri ingin berkongsi rasa..
mmg susah utk memuaskan hati semua org terutama ibu kita krn mereka yg rapat ngn kita..sri fhm..ssh nak elak dr menjawap krn kita dan ibu kita dilahirkan zaman berbeza..kita dibesarkan dlm zaman yg penuh kepalsuan yg memerlukan kekuatan mental utk menghadapinya sdngkan ibu kita di zaman yg masih ada kejujuran..
jodoh bkn soal kita..ibu mana yg tak nak anak dia bahgia wlupun kdg2 mereka pun silap..tp dh dr azali lg sifat ibu tu menjaga..jadi wlupun kita dh rasa cukup berdikari..mereka tetap memandang kita seperti anak kecil.
adakala kita rasa kita dh cukup buat itu ini pada org tp sebenarnya tidak..mungkin kita terlalu kasar hingga menyebabkan ibu kita menekan kita atau mungkin kita perlu menggunakan kelembutan utk meraih hati mereka..kita sangka kita dah kenal mereka tapi sebanrnya tak..
semua ibu akan rasa susah hati bila anak gadis mereka masih solo ketika usia meningkat senja krn di zaman mereka seusia lewat ni dah bertemu jodoh dan berkeluarga, paling cikai pun dah ade teman hidup
tapi sapa lah kita utk menentukan Takdir kita.. adakala kita dah bertemu right person tp Allah lbh sygkannya..ada ketika kita dihampiri lelaki yg kita sayang tp dlm ms yg sama dia akan dimiliki oleh insan lain ada lelaki yg amat amik berat hal kita tapi hati kita menolaknya..itulah tak semua yg kita hendak kita akan dapat krn Allah lbh mengetahui apa yg baik utk kita..
semoga apa yg salju lalui ni membuat salju lbh kuat dan tabah sehungga satu hari nnt..salju dah lali dgn masalah ni..jgn terlalu menekan diri dgn keinginan..ini akan buatkan salju lbh lemah..jaga kesihatan salju ye.. berdoalah seikhlasnya..jgn lakukan sesuatu dgn mengharapkan balasan..Allah maha Mendengar.. setiap ujian yg dtg memberi kita kekuatan..sblm sri akhiri catatan sri ni..sri mohon maaf klu kiranya ada ayat2 yg mnguris rasa salju.. jgn sedih2 ye.. nanti sakit lain plk yg dpt.. hirup dn tempuhi lah mslh ni dgn sabar dn rasa rendah diri..sri doakan salju kuat dan tabah..
Back to top Go down
View user profile
peace™
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 1529
Join date : 2009-04-11
Location : slgr

PostSubject: Re: entah pape.   Tue May 12, 2009 5:26 pm

maybe sakit salju ni sakit keturunan kot..
salju ade ke tanye adik bradik lain.. camne diaorg atasi penyakit tu.. pasal penyakit ni susah la nak cakap.. sebab kita tak tak tau kan camne penyakit nye..
ape pon harap salju jgn berputus asa..
camni lah salju.. salju blaja sambil cuba2 cari calon..
ke nak kami wat temuduga..

gurau2 jek.. kasi appy...

salju cube2 la jgn melawan cakap.. biar diaorang abis cakap dulu..
dah diorang abis cakap baru salju bercakap dengan nada yang lembut.. walau pun tak puas hati.. salju sendiri pon tau kan..
nak sebut "ahhh" pon dah kira derhaka.. memang kita akan selalu memberontak apabila apa yang tak sama dengan apa kita nak..
kadang2 kita terpikir tak.. kalau orang bukan dari keluarga kita..
kita tak melawan pon kan.. orang tu cakap ape pon kita wat bodo je kadang tu.. tapi kalau family kita lain lak.. tak puas hati je melawan.. benda kecik pon kita leh melawan gak..

ape pon.. sebelum wat sesuatu tu.. pikir2 la dulu..
takut nanti ape yang kita wat kat mak n bapak kita akan berlaku balik kat kita.. jangan menyesal di kemudian hari.. sayangi mereka sepenuh nya semasa mereka masih ada bersama kita...


_________________________________________________




Back to top Go down
View user profile
salju
senior
senior


Posts : 1063
Join date : 2009-04-12
Age : 32
Location : mesia

PostSubject: Re: entah pape.   Tue May 12, 2009 5:52 pm

thanks seri...

sebenarnya salju dah mati akal sri. sejak kecik sampai besar ikut kebanyakan arahan dan permintaan mak abah. masa kecik dulu salju menjawab dalam diam je. mak abah bebel pape salju cuma nanges je. tak berani nak menjawab depan2. memberontak dalam karya, dalam novel, dalam cerpen, dalam sajak! camtu je salju lepaskan rasa terbuku dalam diri salju.

sejak akhir2 nih baru salju berani nak menjawab, nak berdegil.. nak biadab! sejak salju sakit, salju sedar... salju perlu menyatakan kepada mak abah apa yang terbuku di hati.

kenapa?

disebabkan salju terlalu tertekan dulu, masa salju sakit.. salju tak mampu nak cakap pape pada sesiapa. salju cuma menanges je. sampaikan mak abah, adik beradik dan saudara mara semua rindu nak dengar suara salju. salju cuma mengunci diri dalam bilik, tak mo cakap dgn sesiapa, kecuali dalam YM dan mirc. mak abah selalu pujuk, cakaplah.. cakaplah! apa yang lina rasa cakaplah! kalo tak cakap.. tak tau.

tapi camni plak..

biler salju cakap, salju bagitau, salju nak bagi dia orang paham.. dia orang kata plak salju nih anak yang degil.

erm.. peace....sakit keturunan? mungkin jugak. entahlah. salju pun tak tau apa puncanya. malas nak cari punca, lebih baik cari cara mengubat je. camner adik beradik lain bleh handle? dia orang masih sakit lagi sebenarnya, masih belum betoi2 pulih. cuma dia orang leh control. caranya kena kuat melawan. sakit camner pun, kena baca gak ayat-ayat al-Quran dan pelindung diri. dan salju mengaku, salju tak kuat dalam melawan... sbb salju pk panjang. kalo dibuatnya 'meletup' kat kolej nih menyusahkan orang lain plak. cukup2lah apa yang dah jadi kat salju kat kolej nih. kalo histeria lagi nanti entah2 ada lagi surat layang konon salju nih mengganggu ketenteraman awam.

adoi.. tu lah. selalu pk pasal orang lain.

erm, sebenarnya ada gak sbb mak soh kawen cepat tu. sekurang2nya salju ada sistem sokongan, support system. kiranya mende tu takleh kaco sangat. tapi salju tak percaya dengan kenyataan tu. kalo nak support system, kat kolej pun boleh nak ada support system.. iaitu kawan2. tapi dia orang pun tak mampu nak handle salju. siap tambah lagi masalah adalah. mak abah dan adik beradik pun takleh sepanjang masa nak handle salju. lama2, balik kepada diri salju sendiri. sejauh mana salju leh control dan tawakal, iktikad pada Allah s.w.t tu kuat. mungkin iman dan azam dalam hati masih lemah.. sbb tu jadi camtu. tapi tu ler.. biler menjawab camni dgn mak.. dikatakan degil dan biadab plak.

tiba2 terkenang plak kata2 pensyarah melayu, antara dilema melayu ialah apabila anak2 tak boleh melakukan perubahan dalam hidupnya, kerana nanti dituduh anak derhaka.

walhal zaman dah berubah, dan sepatutnya orang melayu berubah menjadi lebih dinamik, pro aktif. tetapi ibu bapa bersikap tradisional dan rigid. tak membantu dalam perkembangan kehidupan anak2.

tapi yelah.. nak salahkan dia orang pun takleh gak. dia orang buat camtu sbb sayang. takperlah.. aritu tuan haji soh jumpa dia lagi. dia kata nanti dia tunjuk camner nak integrasikan nilai salju yang berbeza dengan nilai pada mak abah. harap2 pasni salju akan lebih tenang.. insya Allah.
Back to top Go down
View user profile
sriteddy™
Site Admin
Site Admin


Posts : 1157
Join date : 2009-04-20
Location : a place called heart

PostSubject: Re: entah pape.   Tue May 12, 2009 6:27 pm

dulu sri sll bersedih..rasa dunia ni dh x bermakna buat sri..
buat mcm salju..kurung diri..rasa rendah diri yg amat sgt..
sri benti keje..duduk dlm bilik..kuar bila di paksa mkn dan mandi..
klu tak sehari suntuk dlm bilik..stiap pg..sri buka tingkap dan bercakap ngn alam..'sp bila aku mcm ni?' 'aku nak happy..aku tak nak ibu menangis sbb aku..' 'tolonglah aku'.. stiap hari sri cmtu..Allah maha mendengar..dia berikan sri seorg sahabat yg sri kenal hnya utk beberapa bulan..sblm sahabat sri hilang..dia berikan sri sebuah buku 'jgn bersedih keluaran Al-Hidayah' mula2 dpt buku sri hnya peluk buku tu.. dah la kwn hilang..sri pun blm pulih lg..sri sedih kembali..tp satu hari Allah gerakkan hati sri utk buka buku tu..lembaran pertama sri dpt satu nota dr sahabat sri tu..kata2nya ' mira..baca la dgn mata hati..jgn paksa diri..insyaallah mira takkan sedih lagi' tu la kata2 akhir dia..sri baca dr lembaran demi lembaran tnpa sri fhm satu apa pun..yg ada tika itu hnya gmbaran sahabat sri dan airmata..sri bina kekuatan dr sebuah buku tu dan jadi la sri skrg..mungkin x sepenuhnya tp alhamdullilah..sri blh tersenyum.. dan klu kata sri menutup mata nnt..sri hrp ibu sri tak menangis lg sbb sri.. salju..cuba la cari buku tu..mst ade kan..salju kan rajin membaca..bina la kekuatan dlm diri krn xde org lain yg dpt ubah kita hanya diri kita.. salam kasih dr sri
Back to top Go down
View user profile
salju
senior
senior


Posts : 1063
Join date : 2009-04-12
Age : 32
Location : mesia

PostSubject: Re: entah pape.   Wed May 13, 2009 2:40 am

kalau buku itu yang sri katakan, mmg itulah kitab yang salju pegang sampai sekarang. salju banyak pulih pun disebabkan salju disedarkan semula dengan ayat2 yang ada dalam buku tu. buku itu tulisan dr aidh al-Qarni, bertajuk "jangan bersedih" dan ia merupakan buku terlaris jualannya di indonesia dan juga banyak negara lain.

itulah sri, Allah duga kita sebagai manusia nih macam2. masa salju sakit teruk dulu Allah anugerahkan salju sahabat yang sangat baik. tapi kami terpaksa berpisah sbb dia pun dah nak bernikah, dan tak manis kalo salju terus menempel dalam idup dia.

masalah redha itu masih belum wujud. kekuatan masih belum kukuh. saban hari muak dgn kata2 manusia yang hanya tahu melabel, menyalahkan dan menuduh, sedangkan hanya Allah s.w.t yang tahu betapa diri ini sanggup menelan segala kedukaan demi setiap insan yang tersayang. tak pernah meminta untuk memahami 100% kehendak salju, sekadar meminta untuk memahami isi hati salju. mungkin yang buat salju terlalu sedih kerana kata2 itu keluar daripada ibu kandung salju sendiri.

jika redha Allah terletak pada redha ibu bapa, adakah disebabkan salju suka sangat menjawab dan bertekak dgn mak abah... menyebabkan salju selalu tidak tenang begini? andai benar... redha Allah terletak pada redha ibu bapa, mengapa Allah s.w.t tidak redha salju belajar di utp dan uitm dulu.. sedangkan itu adalah permintaan dari mak abah salju yang salju turuti?

terlalu banyak persoalan demi persoalan yang menerjah dalam kepala salju.

adakah anak itu dikatakan anak derhaka semata2 dia menyatakan pendapatnya dan menetapkan hala tuju hidupnya?

adakah anak itu dikatakan anak yang degil hanya kerana berselisih pendapat mengenai satu2 isu sahaja?

apakah kayu ukur tentang anak solehah dan anak yang degil?

adakah anak solehah itu adalah anak yang menuruti semua kata2 ibu.. tetapi dalam diam mengadu dgn yang lain tak tahan dgn sikap ibu?

kadang2 orang yang kita sayang tak tahu pengorbanan jiwa dan raga yang kita buat semata2 untuk mengukir senyuman di bibir mereka. ada masanya dah tak reti nak cakap pe lagi dah. salju tanggung risiko semua demi mereka, tetapi mereka masih tak nampak semua tu.

kadang2 terasa dunia ini lebih indah dengan orang yang bukan keluarga kita. di situ banyak kata2 semangat diberikan. mereka boleh nampak potensi dan keindahan salju di sebalik hanya kelemahan yang dilontarkan oleh keluarga sendiri. salju unik, salju tak macam adik beradik yang lain. sukar sangatkah mak abah redha dgn diri salju yang camni. bukan ini menunjukkan salju anak derhaka... tapi salju ada cara salju sendiri. itu je.

pape pun terima kasih kat sri.. kat peace... korang selalu bagi semangat kat salju. dan mintak ampun maaf sbb selalu menyesakkan pale korang dgn masalah peribadi salju sendiri.

wassalam..
Back to top Go down
View user profile
arb_mtq
senior
senior


Posts : 432
Join date : 2009-04-13

PostSubject: Re: entah pape.   Wed May 13, 2009 3:13 am

salju,,, ingat tak aku penah citer sal ayah aku,, dllu mmg byk la mnde yg kau kurg berpuas hati la ngan ayah aku ni,, tak memahami la,,tlalu tegas la,, tp bile bapak aku da takder,, ak ubru tau die wat sume tu demi anak2 sayangnye die kat anak2 die,, bg sape yg ader mak yah tu berbakti lah slagi mereka masih hidup,, aku smpe kan penah terpk klu aku de anak2,, mmg aku takkan wat cam bapak aku wat,, aku nak baik sama anak2,,, aku nak wat dior gni kawan,, aku nak curahkan segala kasih sayang aku,, t ppas bpak aku meninggal bru aku sedar,, dan aku pon memilih tu kwat cam bapak aku wat la,, tp takla sebijik sbb aku ni bukan jenis garang pon,, kang anak2 aku glak ramai2 la plak,,,
kasih sayang yg sbenar adalah mngikut alQuran dan sunnah... klu kite berikan kasih sayang mengikut ati naluri dan prasaan belas kasih,, pasti nya wayang anakku sazali kan berulang kembali,,, akir kata,,

majulah anak utk mak ayah
Back to top Go down
View user profile
lipanx_laut
Police
Police


Posts : 970
Join date : 2009-04-12
Location : taiping--> ipoh---> kajang ---> taiping

PostSubject: Re: entah pape.   Wed May 13, 2009 5:56 am

walaupun aku ni jenis nak gelak je...tapi kesah salju aku sedeh beb ...nak tahu tak kenapa mak abah salju buat cam tu?..sbb depa tu takut salju jadi apa2..cuba kalau salju nt dah keje kan..cuba JARANG balik umah...maksud pan jgn selalu balik umah supaya mak abah salju dapat tgk...Ooo anak aku ni boleh hidup sendiri la..buktikan kat depa yang salju boleh hidup sendiri..kalau keje nt jauh kan diri sikit dari depa...bukan nye jauh kan diri tu merajuk ke ape..jauh kan diri tu tuk buktikan salju boleh hidup sendiri...benda..baju..kereta..umah..hp..laptop..apa2 semua nt semua salju beli sendiri...org tua ni selagi anak depa tu rapat ngan depa..selagi tu la depa ni akan anggap anak depa tu tak tau berdikari...selagi tu la depa ingat anak depa tu masih perlukan depa..ye mmg betui kita perlukan org tua..tapi stgh2 benda tu kita nak jugak hidup sendiri kan...tu laa pan leh cakap...kalau tak mo teseksa kene ikut arahan...dapat keje nt dengan selamba je jauh kan diri..tuk buktikan aku leh hidup sendiri..tu la apa pan buat dulu.... waaahhhhhh pan bg kaunseling kat kaunselor ...kaunseling atas pengalaman hidup jek

_________________________________________________
~BESAR ~ KERAS~ TEGANG~ PANJANG~
Back to top Go down
View user profile
salju
senior
senior


Posts : 1063
Join date : 2009-04-12
Age : 32
Location : mesia

PostSubject: Re: entah pape.   Wed May 13, 2009 6:40 am

arb.... panx.... tetiba rasa nak fluk korang. selalu rasa nak tampo je.

buat arb, aku bukan tak sayang mak abah aku. aku sedar dia orang terlalu sayangkan aku. dan dari ikut sejarah idup aku, mungkin disebabkan aku anak bongsu perempuan, dan dalam cucu opah aku, ketika itu aku cucu pempuan bongsu (sebelah mak). ini menyebabkan mak dan abah jadi overprotective. semua benda, serba serbi dia orang nak kawal. aku tak salahkan dia orang pun kalo dia orang nak kawal semua, dah itu tanggungjawab serta kasih sayang dia orang.

tapi bab melabel tu arb...

dah puas aku kena label sejak kecik lagi. padahal aku anak yang paling ok sebenarnya. (tolak akak aku ler.. dia mmg perfect!). dari segi disiplin kat sekolah, dari segi result exam, dari segi aktif ko-kurikulum.. mmg aku antara yang paling ok. adik beradik lelaki aku yang lain... dia orang lagi bermasalah sebenarnya.

cuma rasa terlalu terkilan sbb sering dibandingkan dgn akak yang terlalu sempurna. mmg aku tak nafikan, akak tu hampir semua ada. dia contoh terbaek. elok serba serbi. takde pe cacat celanya dia. apabila jadi adik seorang yang sangat bijak dan hebat ni terasa diri kecik je. (walhal salju dua kali ganda badan dia sebenarnya).

panx.. time kasih bagi nasihat kat aku.. dan itu jugak nasihat tuan haji kat aku, iaitu belajar menjauhkan diri dari dia orang. bukan pasal merajuk.. tapi nak tunjukkan kat dia orang yang salju nih boleh berdikari, idup dgn sendiri.

kalo panx nak tahu, aritu aku balik teluk intan.. cadangnya nak naik keretapi. punyerlah dia orang riso.. dok call aku dari pagi. setiap sejam call... ada kat mana? naik keter pe? naik teksi dengan saper? semua ditanya. kadang2 rasa nak menjerit je menjawab...

"lina dah besarlah mak!"

aku pun sampai pernah cakap dgn mak, yang dulu masa aku stadi di uitm perlis, aku pernah gak balik sorang2. ok je. alasan mak,

"manusia sekarang nih jahat2. nanti entah pe jadi kat anak mak."

hadoi! kalo camtu baek takyah soh aku belajar. dok je kat rumah, kurung aku je. kompem aku tak kena buat jahat dgn saper2. biler aku tanya soklan nih plak,

"dengan yong mak bagi je dia kuar mana sorang2?"

mak balas..

"yong kamu lain. dia confident, pandai bertanya, muka selamber dan tak menggelabah. kamu tu muka takut2.. kalo sorang2 mula macam menggelisah je. kalo orang nampak nanti orang buat pape... camner?"

aku rasa macam nak..

mmg ler aku tak biasa.. sbb tak pernah dibiasakan! aku cuba nak belajar berdikari. kalaupun aku jatuh, kalaupun aku sakit.. terluka dan sebagainya.. itu adalah pengalaman dan pengajaran dalam idup. pastu mak jawab lain plak..

"nanti kalo sakit2 balik ke mak gak. pape nanti mak abah gak yang tanggung. sbb tu mak tak mo jadi pape kat ko."

haish!!!!

ni ler masalahnyer apabila dua orang pendebat berdebat.

(untuk pengetahuan, mak salju mmg aktif dalam pertandingan perbahasan masa di sekolah dulu. mungkin darah berdebat nih mewarisi bakat dan kebijaksanaan mak).

aritu tuan haji ada bagi nasihat, mungkin sbb dia orang rasa bersalah dengan apa yang terjadi masa kat utp dan uitm. jadi dia orang nak tatang, nak manjakan bagai minyak yang penuh. dia orang terlalu takut tengok salju sakit balik. dia orang takleh bayangkan kalo salju sakit balik.. sbb tu dia orang mengawal camtu.



ni bab sambung belajar degree pun kalo boleh nak kat area2 sini je. USIM, UKM boleh. mak dah siap beli rumah lagi kat area sini, senang katanya. tapi salju ada cakap dgn mak, kalo boleh izinkan salju dok dgn orang lain.. sbb nak belajar bersosial. lepas dan bincang, mak kata OK. tapi salju tahu sangat mak abah nih, ok tu bersyarat. takperlah.. janji dia orang dah kata ok.

thanks semua... sbb prihatin dengan salju...
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: entah pape.   Today at 7:24 pm

Back to top Go down
 
entah pape.
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
perak1 :: .::KOPITIAM::. :: .::LUAHAN PERASAAN::..::HEARTS FEELING::.-
Jump to:  
Top posters
peace™ (1529)
 
miss-lady (1280)
 
sriteddy™ (1157)
 
salju (1063)
 
lipanx_laut (970)
 
macan_sparrow (742)
 
kuyie (668)
 
raffey-sama (509)
 
arb_mtq (432)
 
luvfama (297)
 
LATEST MOVIE TODAY
.:Sila click pada gambar dibawah untuk download boxoffice movie perak1 semoga terhibur :.