perak1
Selamat datang Ke Perak1 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Perak1 forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .anda juga boleh login forums ini dengan email FB anda danjangan lupa Like Fb perak1:KENALKAN DIRI ANDA:. Perak1 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada khalifah_alammaya2000@yahoo.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli perak1 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Perak1 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari Perak1 forum PASTI CERIA BERSAMA KAMI.
perak1


 
HomeCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Dapatkan Widget Ini Di Aku Punyer Lah! | Get RM100 A Week @ Blogger Tips


Share | 
 

 Warkah Untuk Mu

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
sriteddy™
Site Admin
Site Admin


Posts : 1157
Join date : 2009-04-20
Location : a place called heart

PostSubject: Warkah Untuk Mu   Tue May 12, 2009 7:36 am

Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan
menumpahkan cahaya dibawah kaki langit khirmizi,
tiba-tiba aku terkenangkan
eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua.
Kehadiranmu bersama
molekul-molekul hidrogen menerjang
segala kekusutan yang membelit tali perutku.

Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti
rindu gelora dan shahdu. Kau juga
mengajarku erti cinta, singa laut,
beruang kutub, penguin, kambing salji,
mee rebus, cendol, kalkulator,kotak pensil,
tali kasut dan pasu bunga. Kala itu, kita
bagaikan Nobita dan Sizuka.
Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang
tidak dapat dipisahkan.

Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga
ke planet Ziku itu telah mengundang perpisahan
yang akhirnya telah mengecewakan
seluruh penternak lipan di Burma.
Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang
bersiap sedia menjadi tuan rumah Sukan SEA 2001.

Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan
pokok getah secara besar-besaran di Lembah Klang.
Pemergianmu menyebabkan aku
menghidap penyakit selesema burung dan
siflis secara mengejut.

Ketiadaanmu memaksa
aku memakai topi keledar setiap masa
sebagai langkah keselamatan.Aku seperti
tidak percaya dengan apa yang telah terjadi.
Aku bagaikan tergelincir dari orbit
bumi dan terpelanting ke ruang angkasa,
apabila daya tarikan graviti terhadapku
tiada lagi fungsi setelah aku tersungkur dalam
percintaan yang berlarutan hingga
ke rubber-set.

Seluruh perjalanan hidupku
menjadi gelita bagaikan terperangkap
di dalam gua yang gelap dan ditemani
stalagtit dan stalagmit yang bagai sembilu.
Kondominium cinta yang kita
bina dari makgat basikal dan kipas helikopter
akhirnya musnah setelah kau
berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila
Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT- 1 ke ruang
angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila
terserempak dengan abang iparku.

Akhirnya aku menyedari bahawa
diri ini tidak diperlukan lagi. Sejak kau tiada,
aku sering menyendiri berbual-bual dengan
pokok betik untuk mengisi masa
lapang.Kadang-kadang aku mengikat
botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih
cantik.

Saban hari aku termenung di dalam peti sejuk
mengenangkan dirimu yang
entah kemana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil
makan mi hailam untuk melupakanmu(RADJA), tetapi aku tak berdaya.
Lalu aku membakar mesin basuh dan
membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak
bersalah. Mengapa? Mengapa sayang?
Mengapa ini semua bisa terjadi?
Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak
cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau
terbunuh dalam kemalangan cinta
yang ngeri.

aku bagaikan terhimpit dan
dihimpit oleh guni-guni batu yang kau
timpakan di atas belakangku. Derita yang
kau timpakan itu adalah bebanan yang
terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan
mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor
anak beruk. Dan kini segala harapanku
hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari
Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh
Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut
di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis
pula keretapi Komuter hingga aku
hancur berkecai.

Oh! terlalu berat
dugaan yang kutempuhi kini.Kini segalanya
telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku.
Aku hanya insan biasa yang suka makan
mi segera. Aku bukan McGyver, McDonald's, Superman
atau Kesatria Baja Hitam. Aku
juga bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-idamkan.
Aku menyedari kekurangan
diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri.
Tak perlu dikesali lagi
kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin
yang ku genggam ini telah pun
luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan
semua hadiah pemberianmu
termasuk enjin kapal selam telah pun aku
cincang untuk dibuat makanan lembu.
Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini,
diatas pokok getah ini aku tetap
menunggu kau akan kembali.

Selagi ada nafas ini,
selagi ada kompleks membeli-belah KOMTAR,
selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi
kumpulan Metallica tidak berpecah,
aku tetap menunggumu sehinggalah mentari
terbelah lapan.

Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka.
Akhirnya aku mengambil keputusan muktamad untuk
menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah.
kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan
buahnya kepadamu. Nak tak?..
Back to top Go down
View user profile
peace™
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 1529
Join date : 2009-04-11
Location : slgr

PostSubject: Re: Warkah Untuk Mu   Tue May 12, 2009 7:58 am

bagi sape warkah ni sri..
panx ke..

_________________________________________________




Back to top Go down
View user profile
macan_sparrow
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 742
Join date : 2009-04-12
Age : 38
Location : klang

PostSubject: Re: Warkah Untuk Mu   Wed May 13, 2009 4:15 am

ya allah sri pnjngnya warkah ko ni ..... macan x leh nk baca warkah ni smpi abis bab bru baca sekerat je dh pening pale ...jap ye sri macan nk merokok jap jap lg mcm smbung baca lg

_________________________________________________


hidup mesti mau appy
Back to top Go down
View user profile
arb_mtq
senior
senior


Posts : 432
Join date : 2009-04-13

PostSubject: Re: Warkah Untuk Mu   Wed May 13, 2009 6:32 am

dri,,, ak uni posmen,,, camne aku nak bg surat ni klu ko tak gtau namenye sape dan alamat nye pe,,, jd pe kate mko bg jer ak ubutiran2 lengkap penerima tersebut

Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: Warkah Untuk Mu   Today at 9:01 am

Back to top Go down
 
Warkah Untuk Mu
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» VALAVANIS AUTUMN TOKONOMA DISPLAY
» The Bazar
» die grinder, tools question
» Vietnam International bonsai show
» Ixora chinensis -"santan"

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
perak1 :: .::KOPITIAM::. :: .::CERITA LUCU::..::FUNNY STORIES::.-
Jump to:  
Top posters
peace™ (1529)
 
miss-lady (1280)
 
sriteddy™ (1157)
 
salju (1063)
 
lipanx_laut (970)
 
macan_sparrow (742)
 
kuyie (668)
 
raffey-sama (509)
 
arb_mtq (432)
 
luvfama (297)
 
LATEST MOVIE TODAY
.:Sila click pada gambar dibawah untuk download boxoffice movie perak1 semoga terhibur :.