perak1
Selamat datang Ke Perak1 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Perak1 forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .anda juga boleh login forums ini dengan email FB anda danjangan lupa Like Fb perak1:KENALKAN DIRI ANDA:. Perak1 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada khalifah_alammaya2000@yahoo.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli perak1 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Perak1 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari Perak1 forum PASTI CERIA BERSAMA KAMI.
perak1


 
HomeCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Dapatkan Widget Ini Di Aku Punyer Lah! | Get RM100 A Week @ Blogger Tips


Share | 
 

 MAKANAN PENGARUHI SIKAP KITA

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
_deal0va_
senior
senior


Posts : 196
Join date : 2009-04-11
Age : 29
Location : Seri Iskandar,Perak

PostSubject: MAKANAN PENGARUHI SIKAP KITA   Mon May 11, 2009 3:58 pm



Ramai umat islam mengambil ringan tentang soal makanan di restoran
dan kopitiam yang bertanda halal. Nampak sahaja logo halal boleh
dimakan. Patutkah? Bagi aku logo halal boleh dibuat sendiri, pergi
sahaja kedai sticker. Dapatlah logo halal. Pikirkah kita tukang masak,
bahan apa dia gunakan, kuali, sudu, garpu bercampur dengan apa? Jangan
ingat “No Pork” ia halal. Tanpa kita sedari berapa banyakkah makanan
yang tidak disembelih dengan sempurna dan makanan haram yang memasuki
tubuh kita menyebabkan kita lalai melakukan ibadah kepada Allah
s.w.t.

<blockquote>FIRMAN Allah bermaksud: “Sesungguhnya Allah hanya
mengharamkan kepada kamu memakan bangkai dan darah dan daging babi dan
binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah. Maka, sesiapa
terpaksa (memakannya kerana darurat) sedangkan dia tidak mengingininya
dan tidak melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka
tidaklah dia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani.” (Surah al-Baqarah, ayat 173)
</blockquote>
Makan dan minum adalah suatu perkara yang harus sifatnya bagi
manusia. Oleh itu, ada suruhan dan larangan daripada Allah bagi aspek
pemakanan manusia. Ia adalah peraturan bagi memelihara daripada
terjebak dalam kemudaratan terhadap kesihatan fizikal dan rohani.

Makanan tidak halal secara maknawiyah amat memberi kesan kepada
pembentukan sahsiah diri dan ahli keluarga. Islam menganjurkan agar
umatnya berhati-hati dalam pengambilan sebarang bentuk pemakanan.

Begitu juga dengan sumber makanan atau rezeki yang disuapkan ke
dalam mulutnya. Unsur riba, rasuah, perjudian dan hasil haram lain
wajib dielakkan.

Allah membuat penegasan bahawa rezeki yang diperoleh dengan cara
yang tidak halal akan diberi balasan yang setimpal di akhirat nanti.

<blockquote>Firman-Nya bermaksud: “Dan juga (disebabkan) mereka
mengambil riba, padahal mereka telah dilarang melakukannya, dan
(disebabkan) mereka memakan harta orang dengan jalan yang salah (tipu,
judi dan sebagainya). Dan (ingatlah) Kami telah menyediakan bagi orang
yang kafir antara mereka, azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”
(Surah an-Nisa’, ayat 161)
</blockquote>
Rezeki daripada hasil haram akan menumbuhkan tubuh, darah dan daging
yang akan menjadi bahan bakar api neraka. Setiap suap makanan yang
tidak halal, diisi ke perut akan memberikan kesan kepada tindakannya.

<blockquote>Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Setiap daging yang
tumbuh daripada makanan (sumber) yang haram, maka api nerakalah yang
paling layak baginya.”
</blockquote>
Perilaku seseorang akan berubah dengan sikap atau perangai yang
buruk. Tindakannya akan menjurus kepada hawa nafsu dan mengikut
telunjuk syaitan.

<blockquote>Ingatan ini turut dirakamkan menerusi firman-Nya
bermaksud: “Wahai sekalian manusia! Makanlah daripada apa yang ada di
bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah
syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh kamu yang terang
nyata bagi kamu. Ia akan menyuruh kamu melakukan kejahatan dan
perkara-perkara yang keji, dan (menyuruh) kamu supaya berkata (dusta)
terhadap Allah, apa yang kamu tidak ketahui (salah benarnya).” (Surah
al-Baqarah, ayat 168-169).
</blockquote>
Makanan yang halal menjadi syarat utama bagi kesucian amal yang akan
diterima oleh Allah. Orang yang beriman digesa agar segala amalnya
bersih, jiwa dan hatinya digerakkan oleh kekuatan darah yang bersih.
Sumbernya pula mestilah halal dan tubuh badannya dijauhi daripada
hiasan pakaian yang bersumberkan yang haram.

<blockquote>Menurut sebuah hadis yang diriwayatkan oleh at-Tabrani
dari Ibn Abbas, katanya: “Pernah aku membaca di sisi Rasulullah ayat
al-Quran (bermaksud): Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang
ada di bumi, yang halal lagi baik.” (Surah al-Baqarah ayat 168).
</blockquote>
Kemudian Saad Bin Abi Waqqas bangun seraya berkata: “Ya Rasulullah!
Aku memohon kepada Allah supaya dijadikan aku orang yang diperkenankan
doanya. Lantas baginda bersabda : “Wahai Saad! Baguskanlah (Makanlah)
makanan engkau, nescaya engkau adalah orang yang diperkenankan doa
(permintaan). Dan demi diri Muhammad di tangannya, sesungguhnya seorang
hamba yang menyuapkan sesuap makanan haram ke perutnya, Allah tidak
menerima amalnya 40 hari. Dan sesiapa di kalangan hamba Allah yang
tumbuh dagingnya dari makanan yang haram, maka api neraka yang lebih
layak baginya.”

Menurut riwayat yang lain, Saad Bin Abi Waqqas yang terkenal sebagai
sahabat Baginda yang diperkenankan doanya. Beliau berkata: “Bahawa aku
tidak pernah mengangkat sesuap makanan ke mulutku melainkan aku tahu
dari mana datangnya dan dari mana keluarnya.”

Sabda Rasulullah daripada Abu Hurairah bermaksud: “Sesungguhnya
Allah itu baik, Dia tidak menerima melainkan yang baik. Dan
sesungguhnya Allah memerintahkan orang mukmin apa-apa yang Dia
perintahkan kepada Rasul.

<blockquote>Maka, Allah berfirman bermaksud: “Wahai Rasul-rasul,
makanlah dari benda-benda yang baik lagi halal dan kerjakan amal-amal
yang soleh. Dan Dia berfirman: Wahai orang yang beriman! Makanlah dari
benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu.
</blockquote>
Kemudian ia menyebutkan seseorang lelaki yang jauh perjalanan, yang
kusut rambutnya lagi berdebu mukanya, lalu ia menadah kedua-dua
tangannya ke langit (berdoa):

<blockquote>Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Padahal makanannya haram,
minumannya haram dan pakaiannya haram, dan (mulutnya) disuapkan dengan
yang haram. Maka bagaimanakah akan diperkenankan doanya?” (Hadis
riwayat Muslim)
</blockquote>
Faktor lain yang menjurus kepada aspek penting dalam mengambil
makanan yang halal juga bersangkut-paut dengan pembentukan kesempurnaan
iman. Iman amat berkait rapat dengan hati atau jiwa. Sekiranya sesuap
makanan itu tidak halal ia memberi kesan langsung terhadap peningkatan
iman dan takwa seseorang itu kepada Allah. Jika hatinya dicemari dengan
unsur-unsur yang boleh melemahkan keimanan dan keyakinan yang menjadi
dasar kehidupan umat Islam.

Sabda Nabi yang diriwayatkan daripada Anas bermaksud: “Tidak lurus
iman seseorang hamba hingga (lurus dulu) hatinya.” Iman yang mantap
akan menggerakkan kepada amal kebaikan dan sebaliknya.

Kebaikan dan kejahatan amat bergantung kepada hatinya sebagai pusat
menggerakkan arahan. Hati dan jiwa perlu dipelihara dan disuburkan
dengan iktiqad yang benar, kepercayaan yang luhur dan keyakinan yang
bersih daripada sebarang kekotoran.

Untuk menjadi umat yang kuat dari segi mental dan fizikal, pemakanan
yang berkualiti dan seimbang wajar dibudayakan sebaiknya. Fitrah
kejadian manusia menghendaki setiap apa yang diterima oleh tubuh badan
mestilah yang terbaik.

Tubuh yang baik akan mencerna kehidupan yang produktif dan progresif, seterusnya menjadi umat yang terbaik.
Kesejahteraan hidup haruslah diusahakan oleh tangan manusia,
sekiranya manusia lalai dan alpa, maka akan lahirlah masyarakat yang
lemah dan tidak bermaya.
Back to top Go down
View user profile
salju
senior
senior


Posts : 1063
Join date : 2009-04-12
Age : 32
Location : mesia

PostSubject: Re: MAKANAN PENGARUHI SIKAP KITA   Tue May 12, 2009 3:25 am

ha... biler baca topik ni saje nak kongsi dgn kawan2 semua.

sesiapa yang suka sangat minum kopi dan nescafe (ataupun apa2 bahan berkafein) sebaiknya kurangkanlah. sbb apabila jumlah kafein tinggi dalam badan, seseorang itu akan jadi mudah marah, dan terganggun psikologinya. percaya atau tidak, kafein yang terlalu tinggi dalam badan akan bawak kesan kepada psikologi dan fisiologi di mana sistem badan terganggu dan jugak perasaan menjadi tidak tenang.

sekadar berkongsi maklumat.
Back to top Go down
View user profile
arb_mtq
senior
senior


Posts : 432
Join date : 2009-04-13

PostSubject: Re: MAKANAN PENGARUHI SIKAP KITA   Thu May 14, 2009 11:35 am

rokok camne lak salju,,,, nikotin rendah tak sedap lak,, tak rase pe2 pon,, boh p la 8 btg pon,,,x rase,,tp klu dpt nikotin 2.0,, tar 1.5,, perggghhh
Back to top Go down
View user profile
salju
senior
senior


Posts : 1063
Join date : 2009-04-12
Age : 32
Location : mesia

PostSubject: Re: MAKANAN PENGARUHI SIKAP KITA   Thu May 14, 2009 12:18 pm

rokok mukan makanan ok?

rokok tu pandai2 ler korang.. kalo lagi sedap.. lagi cepat dapat penyakit... kalo falsafah idup korang idup biar sedap... sedap2kanlah idup korang...

wallahualam...



p/s cakap lebih2 nanti kena banned plak aku.
Back to top Go down
View user profile
arb_mtq
senior
senior


Posts : 432
Join date : 2009-04-13

PostSubject: Re: MAKANAN PENGARUHI SIKAP KITA   Thu May 14, 2009 3:07 pm

aku nak syarah skit jer sal Allah suwh kite makan makanan yg halal lagi baik,,,,, korg pon taukan pedie,,, bnde2 yg besa kte makan tu la,, tp klu lebih gula ke garam ke kan da jadi tak baik sebab leh dtg darah tinggi kencing manis sakit jantung sakit buah pinggang kentut berdarah,, dan macam2 lagi la,,, mnde ni ustaz aku yg citer,,, tenQ dea,,, aku suke info2 yg ko bg tu,,,, akal yg sihat adalah melalui tubuh badan yg sihat

majulah sukan utk negara
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: MAKANAN PENGARUHI SIKAP KITA   Today at 12:15 am

Back to top Go down
 
MAKANAN PENGARUHI SIKAP KITA
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Kita will be coming to Excel CS at JCube on 1st October 2011
» A-ano.... K-konichiwa... watashi no namai wa... K-kita desu

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
perak1 :: .::INFORMASI::. :: ::SUDUT KAUNSELING:: .::COUNSELING SITE::.-
Jump to:  
Top posters
peace™ (1529)
 
miss-lady (1280)
 
sriteddy™ (1157)
 
salju (1063)
 
lipanx_laut (970)
 
macan_sparrow (742)
 
kuyie (668)
 
raffey-sama (509)
 
arb_mtq (432)
 
luvfama (297)
 
LATEST MOVIE TODAY
.:Sila click pada gambar dibawah untuk download boxoffice movie perak1 semoga terhibur :.