perak1
Selamat datang Ke Perak1 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Perak1 forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .anda juga boleh login forums ini dengan email FB anda danjangan lupa Like Fb perak1:KENALKAN DIRI ANDA:. Perak1 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada khalifah_alammaya2000@yahoo.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli perak1 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Perak1 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari Perak1 forum PASTI CERIA BERSAMA KAMI.
perak1


 
HomeCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Dapatkan Widget Ini Di Aku Punyer Lah! | Get RM100 A Week @ Blogger Tips


Share | 
 

 jangan terlalu sweet.. okiess....

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
peace™
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 1529
Join date : 2009-04-11
Location : slgr

PostSubject: jangan terlalu sweet.. okiess....   Mon May 11, 2009 10:22 am

.Jangan terlalu baik, saya akan merindui awak. Jangan terlalu mengambil
berat, saya mungkin menyukai awak. Jangan jadi terlalu 'sweet' saya
mungkin jatuh hati kepada awak. Seseorang yang membuatkan awak jatuh
hati padanya sebenarnya menyayangi awak lebih daripada awak menyayangi
dia.

Jika seseorang yang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian
daripada hidup kamu, tetapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa
pergi, jangan terlalu sedih...terimalah kenyataan itu dan
sekurang-kurannya dia pernah membahagiakan kamu. Masa akan menentukan
segala-galanya. Jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali.
Kembali pada kamu.

Penyesalan terbesar dalam hidup ialah apabila risiko yang tidak kita
ambil. Jika anda merasakan sesuatu itu tidak akan membuatkan anda
bahagia, maka teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini
hanya sekali, mungkin tiada peluang kedua. Bererti masa tidak menunggu
kita. Jika anda merasakan anda telah bertemu dengan orang yang sesuai,
maka hargailah dia, jangan biarkan is berlalu begitu sahaja. Jangan
tertangguh kerana takut kelak jika dibiarkan berlalu maka anda akan
menyesal sebgitu sahaja.

Tiada sesiapa pun yang simpati kepada orang yang sengaja membiarkan
peluang pergi begitu sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkannya atau
mempertahankan. Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir
atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita.

Terdapat bintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu
menyerlah sehingga dapat menarik perhatian anda. Dari kalangan yang
anda
pilih untuk diabaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda
walau di mana anda berada. Ini bermakna orang yang bersama anda ketika
ini mungkin bukanlah orang yang benar-benar anda sayangi dan pada masa
yang lain ada orang yang tahu dia tidak bersama kamu ketika ini tetapi
masih menyayangi kamu sepenuh hatinya.

Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda akan
kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takut risiko atau cabaran
yang bakal mendatang. Jangan putus asa apabila terdapat saingan dalam
percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya, anda mungkin akan
kehilangan orang yang anda sayangi selamanya.

Jangan takut untuk meluahkan isi hati anda kepda orang yang anda
sayangi dan cintai. Beritahu mereka dan biarkan mereka buat keputusan
di pihak mereka. Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ialah
memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan
istimewanya mereka kepada anda. Anda akan rasa lebih yakin dan puas.
Malah.......

korang wat la.. pastu tau la...
hehehhehe...

_________________________________________________




Back to top Go down
View user profile
sriteddy™
Site Admin
Site Admin


Posts : 1157
Join date : 2009-04-20
Location : a place called heart

PostSubject: Re: jangan terlalu sweet.. okiess....   Wed May 13, 2009 10:56 am

dah 2 hr post..br ari ni dpt baca..

Quote :
Jangan terlalu baik, saya akan merindui awak. Jangan terlalu mengambil
berat, saya mungkin menyukai awak. Jangan jadi terlalu 'sweet' saya
mungkin jatuh hati kepada awak. Seseorang yang membuatkan awak jatuh
hati padanya sebenarnya menyayangi awak lebih daripada awak menyayangi
dia.
buat baik berpada2 la ni lol! dah terkena ni...
Quote :
Jika seseorang yang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian
daripada hidup kamu, tetapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa
pergi, jangan terlalu sedih...terimalah kenyataan itu dan
sekurang-kurannya dia pernah membahagiakan kamu. Masa akan menentukan
segala-galanya. Jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali.
Kembali pada kamu.
dia baik dan membahagiakan tp dia tercipta bkn utk ku.. dia prgi jua
Quote :
Penyesalan terbesar dalam hidup ialah apabila risiko yang tidak kita
ambil. Jika anda merasakan sesuatu itu tidak akan membuatkan anda
bahagia, maka teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini
hanya sekali, mungkin tiada peluang kedua. Bererti masa tidak menunggu
kita. Jika anda merasakan anda telah bertemu dengan orang yang sesuai,
maka hargailah dia, jangan biarkan is berlalu begitu sahaja. Jangan
tertangguh kerana takut kelak jika dibiarkan berlalu maka anda akan
menyesal sebgitu sahaja.
Kenangan itu kdg kala teramat pahit utk diredah. tetapi ia terlalu manis utk dikenang..
Quote :
Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda akan
kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takut risiko atau cabaran
yang bakal mendatang. Jangan putus asa apabila terdapat saingan dalam
percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya, anda mungkin akan
kehilangan orang yang anda sayangi selamanya
andainya hadir cinta itu sekadar mengecewakan, lbh baik cinta itu tak pernah hadir
Back to top Go down
View user profile
salju
senior
senior


Posts : 1063
Join date : 2009-04-12
Age : 32
Location : mesia

PostSubject: Re: jangan terlalu sweet.. okiess....   Thu May 14, 2009 7:22 pm

Quote :
Jangan terlalu baik, saya akan merindui awak. Jangan terlalu mengambil
berat, saya mungkin menyukai awak. Jangan jadi terlalu 'sweet' saya
mungkin jatuh hati kepada awak. Seseorang yang membuatkan awak jatuh
hati padanya sebenarnya menyayangi awak lebih daripada awak menyayangi
dia.


takde bilanya! aku tengok manusia nih, kiter buat baek camne pun.. lum tentu leh pikat ati dia. kadang2 orang tu buat jahat, cakap kasar, maki hamun.. tapi awek/balak tu sayang je kat dia. naper yer?


Quote :
Jika seseorang yang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian
daripada hidup kamu, tetapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa
pergi, jangan terlalu sedih...terimalah kenyataan itu dan
sekurang-kurannya dia pernah membahagiakan kamu. Masa akan menentukan
segala-galanya. Jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali.
Kembali pada kamu.


aku nak sedih gak.. tak kira. setiap titis air mata yang mengalir akan menimbulkan satu keazaman yang kental dalam hati aku. menanges tak bermaksud aku naif dan lemah, tetapi itu cara aku nak kumpul kekuatan. ditakdirkan bersama? PODAH! kalo aku terlupa, tolong ingatkan aku k? bagi aku.. masa kami dah abes. sepatutnya masa aku ada, jangan sia2kan aku. kalo aku dah takde..nangeslah air mata darah pun... salju akan terus membeku!


Quote :
Penyesalan terbesar dalam hidup ialah apabila risiko yang tidak kita
ambil. Jika anda merasakan sesuatu itu tidak akan membuatkan anda
bahagia, maka teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini
hanya sekali, mungkin tiada peluang kedua. Bererti masa tidak menunggu
kita. Jika anda merasakan anda telah bertemu dengan orang yang sesuai,
maka hargailah dia, jangan biarkan is berlalu begitu sahaja. Jangan
tertangguh kerana takut kelak jika dibiarkan berlalu maka anda akan
menyesal sebgitu sahaja.


aku seorang risk taker. aku mmg ambik risiko. tapi orang yang tak berani ambik risiko untuk bersama dgn aku.


Quote :

Tiada sesiapa pun yang simpati kepada orang yang sengaja membiarkan
peluang pergi begitu sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkannya atau
mempertahankan. Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir
atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita.

ye ke? aku tengok orang yang tinggalkan aku tu semua hepi je dia. aku gak berendam air mata. mana dia nak terasa kehilangan aku pun.. sbb aku pun pada hakikatnya tak pernah wujud dalam hati dia orang.



Quote :

Terdapat bintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu
menyerlah sehingga dapat menarik perhatian anda. Dari kalangan yang
anda
pilih untuk diabaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda
walau di mana anda berada. Ini bermakna orang yang bersama anda ketika
ini mungkin bukanlah orang yang benar-benar anda sayangi dan pada masa
yang lain ada orang yang tahu dia tidak bersama kamu ketika ini tetapi
masih menyayangi kamu sepenuh hatinya


ye ke? kalo sayang apsal dok jauh2? kalo sayang.. usahalah nak dekatkan diri. (maksud aku rajin contact ler). biler dah jarang contact.. leh ker kata sayang lagi? mungkin sayang tu ada.. tapi macam dah tak dipedulikan je? ataupun wujud lagi ker manusia yang contact pakai doa je. adesss.. teringat kisah bodoh aku dulu.. aku contact bf pakai doa..

Quote :
Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda akan kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takut risiko atau cabaran
yang bakal mendatang. Jangan putus asa apabila terdapat saingan dalam
percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya, anda mungkin akan
kehilangan orang yang anda sayangi selamanya.


aku berani mencintai, sbb bagi aku, rasa cinta ini adalah anugerah Allah s.w.t yang tidak terharga nilainya. tetapi aku akan putus asa dalam mengejar cinta aku. (serik beb.. pengalaman kejar cinta yang sampai sudah tak dapat). bagi aku, daripada kejar cinta manusia yang fana, baik kejar cinta Allah s.w.t. aku tak mo nanti dituduh terhegeh2. karang kalo tengah gado, tetiba je dia sebut "aku dulu bukannya nak dgn ko. ko yang terhegeh2." mana nak letak air muka masa tu? mmg betoi pun.. aku terhegeh2? ha.. jawab2.. wakakaka


Quote :
Jangan takut untuk meluahkan isi hati anda kepda orang yang anda
sayangi dan cintai. Beritahu mereka dan biarkan mereka buat keputusan
di pihak mereka. Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ialah
memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan
istimewanya mereka kepada anda. Anda akan rasa lebih yakin dan puas


aku tak pernah takot nak luahkan isi hati aku. tetapi orang yang takot biler aku ngaku aku sayang dia. sbb aku nih scary, menakutkan, pelik, rare species, high tempation, melalut, perasan, tak tau malu.. apa lagi label nak kasi kat aku? wakakaka orang takut sbb kalo aku sayang tu.. mmg sayang separuh nyawa. pasal tu orang takot..
ewww... salju is sooooooo scarrryyy....!
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: jangan terlalu sweet.. okiess....   Today at 9:01 pm

Back to top Go down
 
jangan terlalu sweet.. okiess....
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» HQ sweet 16
» Sweet Potato Salad with Toasted Pecans & Dried Cranberries (TNT)
» Ant's 'Sweet' Quote challenge!
» Sweet & Sour Cod
» Home Sweet Home (Kt)

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
perak1 :: .::KOPITIAM::. :: .::CAKAP-CAKAP::..::TALKING PLACES::.-
Jump to:  
Top posters
peace™ (1529)
 
miss-lady (1280)
 
sriteddy™ (1157)
 
salju (1063)
 
lipanx_laut (970)
 
macan_sparrow (742)
 
kuyie (668)
 
raffey-sama (509)
 
arb_mtq (432)
 
luvfama (297)
 
LATEST MOVIE TODAY
.:Sila click pada gambar dibawah untuk download boxoffice movie perak1 semoga terhibur :.