perak1
Selamat datang Ke Perak1 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Perak1 forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .anda juga boleh login forums ini dengan email FB anda danjangan lupa Like Fb perak1:KENALKAN DIRI ANDA:. Perak1 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada khalifah_alammaya2000@yahoo.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli perak1 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Perak1 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari Perak1 forum PASTI CERIA BERSAMA KAMI.
perak1


 
HomeCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Dapatkan Widget Ini Di Aku Punyer Lah! | Get RM100 A Week @ Blogger Tips


Share | 
 

 luahkan perasaan anda

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
peace™
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 1529
Join date : 2009-04-11
Location : slgr

PostSubject: luahkan perasaan anda   Mon Apr 13, 2009 7:14 am

Meluahkan apa yang anda rasa boleh mengurangkan tension.
Meluahkan perasaan boleh membantu anda sentiasa memahami perasaan anda. Ia juga boleh meredakan tension/tekanan yang anda alami. Kadangkala apabila seseorang itu tidak memahami apa yang mereka rasa, perasaan tersebut akan meledak dalam situasi atau cara yang memalukan atau tidak sewajarnya.

Setiap orang memerlukan masa untuk dirinya sendiri bagi merenung, membayangkan perasaannya sendiri. Keupayaan untuk meluahkan apa yang anda rasa boleh membantu anda membuat keputusan yang lebih baik terhadap apa yang betul dan sesuai untuk anda.

CARA MELUAHKAN PERASAAN
Kenalpasti cara yang terbaik untuk anda meluahkan perasaan merupakan suatu kelebihan. Anda akan berasa seronok meluahkan perasaan dengan cara yang tertentu, seperti melukis, bersukan, menyanyi, memukul dram, ataupun melakukan sesuatu seperti menendang bola atau menjerit pada pokok. Jika anda tidak tahu apa yang sesuai untuk anda, cuba cadangan di bawah ini.

TULIS TENTANG APA YANG ANDA RASA
Menulis mungkin cara yang berguna untuk anda mengenalpasti perasaan sendiri. Ada orang menyimpan diari, ada yang hanya menulis apa saja yang terbayang di kepala. Anda mungkin boleh menulis cerita tentang apa saja yang berlaku dalam hidup anda sekarang cuba bayangkan ataupun buat satu kisah berdasarkan peristiwa yang pernah berlaku dalam hidup anda. Menulis puisi berkesan kepada sesetengah orang, jadi mungkin anda boleh mencubanya.

BERSUKAN
Bersukan membantu anda meluahkan perasaan secara fizikal. Anda berpeluang untuk menjerit atau berasa girang apabila mencapai kejayaan. Sukan berpasukan membolehkan anda meluahkan perasaan dan bergabung tenaga dengan ahli sepasukan yang lain secara verbal dan tidak verbal.

MELUKIS ATAU MEWARNA
Walaupun anda tidak membayangkan diri anda sebagai seorang yang artistik, melukis dan mewarna berguna untuk meluahkan perasaan anda. Tiada orang lain perlu melihat apa yang anda buat. Anda boleh mencuba dengan melukis garisan, lakaran, warna dan sebagainya (cuba untuk mewarnakannya).

MENYANYI, BERMAIN MUZIK ATAU MENJERIT
Ikut menyanyi lagu yang anda gemari atau bermain alat muzik adalah antara cara lain untuk meluahkan perasaan anda. Menyanyilah di dalam bilik air atau di taman. Jika anda selalu bermain alat muzik atau menyanyi, anda akan mendapati yang anda sebenarnya telah berjaya menulis lagu anda sendiri atau muzik untuk meluahkan perasaan.

MENARI
Menari adalah satu bentuk ekspresi diri. Mainkan muzik di rumah atau pergi ke luar dan menarilah.Tapi ingat, pastikan apa yang anda lakukan di atas ini tidak mengganggu orang lain. Menjeritlah di tempat yang tidak ada orang, pasanglah muzik yang tidak terlalu kuat (atau gunakan fon kepala (headphone) dan jangan gunakan peralatan orang lain tanpa kebenaran!
Back to top Go down
View user profile
salju
senior
senior


Posts : 1063
Join date : 2009-04-12
Age : 32
Location : mesia

PostSubject: Re: luahkan perasaan anda   Mon Apr 13, 2009 1:28 pm

aku nak tambah satu lagi...

aku selalu luahkan perasaan dengan menanges. aku ada baca satu buku, dengan menanges, ia boleh meredakan stress dan membuang racun terhasil disebabkan tekanan perasaan. biler kiter tensen, badan kiter mengeluarkan racun, dan nak membersihkannya.. salah satu cara ialah nanges.

lelaki ke... pempuan ker.. jangan malu2 nak nanges. kalo rasa sedih.. nanges je. ia akan tenangkan diri korang. insya Allah...
Back to top Go down
View user profile
peace™
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 1529
Join date : 2009-04-11
Location : slgr

PostSubject: Re: luahkan perasaan anda   Mon Apr 13, 2009 1:53 pm

kalau yang susah nak nangis lak camne..






Back to top Go down
View user profile
salju
senior
senior


Posts : 1063
Join date : 2009-04-12
Age : 32
Location : mesia

PostSubject: Re: luahkan perasaan anda   Mon Apr 13, 2009 2:17 pm

tengok cara mana yang selesalah.. untuk korang luahkan perasaan. kalo lelaki, biasanya susah nak menanges sbb dari kecik lagi, mereka akan dimarah dan dimalukan kalo mereka nanges. biasanya lelaki akan diperli "eee... lelaki pun nanges ker? tak malu ker?" sbb tu lelaki tahan air mata mereka.

masalah takleh nanges tu psikologi je. manusia semuanya boleh menanges sbb ia adalah perasaan semulajadi manusia. tapi disebabkan dari dulu lagi menanges tu macam satu pantang larang untuk lelaki.. sbb tu lelaki menanges.

tak kisah ler cara camner pun, yang penting korang lepaskan perasaan korang dengan cara yang boleh diterima. macam aku, aku jenis suka menaip, blogging, chatting, menari, menyanyi, menanges.... macam2 caralah aku guna. kalo takleh lepas gak, aku bercakap sorang2 ker.. tak pun hasilkan sajak, macam2 lah. janji leh lepas tekanan aku.

biler dah lega skit tekanan perasaan, leh ceria skit idup. nak solat pun tenang.. takde rasa terganggu. ni kalo tengah tensen, solat pun lupa berapa rakaat. (aku pernah sampaikan dah solat.. aku leh lupa.. aku nih dah solat ke belum? sampai aku tanya mak aku.. mak.. lina dah solat ker?)

sbb tu penting kiter redakan tekanan perasaan kiter. ye.. aku tak nafikan, setiap orang ada masalah, setiap orang pun tensen. tapi pape pun, kiter kena bijak kawal keadaan, kawal emosi. camner nak kawal? lepaskan tekanan pada perkara yang boleh diterima dan tak membahayakan diri dan orang lain. pastu.. biler dah tenang... baru leh pk jalan nak selesaikan masalah..

wallahualam...
Back to top Go down
View user profile
_megatron_
root_admin
root_admin


Posts : 151
Join date : 2009-04-10
Age : 30

PostSubject: Re: luahkan perasaan anda   Wed Apr 15, 2009 1:33 pm

lol!
Back to top Go down
View user profile
acap
junior
junior


Posts : 4
Join date : 2009-04-15
Location : Kg Gajah

PostSubject: Re: luahkan perasaan anda   Wed Apr 15, 2009 6:36 pm

assalamualaikum...
kalo aku la kan, aku slalu meluahkannyer dengan bercerite....
agak best la cara ni...
dan org yg slalu dengo cite aku, MY MOM...
mak, angah sayang mak....
Back to top Go down
View user profile
en.izz
junior
junior


Posts : 12
Join date : 2009-04-16
Location : sempadan ngan negeri melaka, selangor n pahang

PostSubject: Re: luahkan perasaan anda   Fri Apr 17, 2009 4:11 am

tp aku nye tensen cam nak bakar je rmh dia,..

hehe
Back to top Go down
View user profile
sriteddy™
Site Admin
Site Admin


Posts : 1157
Join date : 2009-04-20
Location : a place called heart

PostSubject: Re: luahkan perasaan anda   Tue Apr 28, 2009 5:20 am

klu aku happy..biasanya aku share ngn bestfren aku
bila aku marah..aku lbh suka diam diri.. sbb klu aku cakap..rasanya bahasa aku tu lbh kasar dr perangai aku kut
bila aku berada di lain2 perasaan di atas.. perasaan apa tu ek
aku akan layan tenet n menulis la lol!
Back to top Go down
View user profile
seri__
Site Admin
Site Admin


Posts : 12
Join date : 2009-04-15
Location : somewhere were all pretty girl are naked

PostSubject: Re: luahkan perasaan anda   Tue Apr 28, 2009 6:35 am

ah wa pun nak sebok gak...wa kalo wa marah wa makan...kalo wa sedey wa makan...kalo wa lapa wa makan...kalo wa saket perot wa makan cume kalo wa ngantuk je wa tido
Back to top Go down
View user profile
jimbet_______.sin4
Site Admin
Site Admin


Posts : 206
Join date : 2009-04-12
Age : 32
Location : tmn astakona

PostSubject: Re: luahkan perasaan anda   Tue Apr 28, 2009 7:50 am

yargh lol! idop makan !!! :group: wa pon makan jer yg wa tau bende lain wa xtau

makan is my life
Back to top Go down
View user profile http://www.klgc-3.forumotion.com
peace™
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 1529
Join date : 2009-04-11
Location : slgr

PostSubject: Re: luahkan perasaan anda   Tue Apr 28, 2009 8:02 am

@seri__ wrote:
ah wa pun nak sebok gak...wa kalo wa marah wa makan...kalo wa sedey wa makan...kalo wa lapa wa makan...kalo wa saket perot wa makan cume kalo wa ngantuk je wa tido
sory admin, wat spam jap..
juzz aku nak tanye kat seri ni...
aku cam kenal je ko ni..
ko duk kledang ek...
lol! lol! lol!
Back to top Go down
View user profile
uncle
junior
junior


Posts : 155
Join date : 2009-04-30

PostSubject: Re: luahkan perasaan anda   Thu Apr 30, 2009 8:35 pm

agak2 kalo uncle luahkan kat sini... blh settle ke..??
Back to top Go down
View user profile
salju
senior
senior


Posts : 1063
Join date : 2009-04-12
Age : 32
Location : mesia

PostSubject: Re: luahkan perasaan anda   Thu Apr 30, 2009 9:14 pm

uncle.. kalo tak setel pun.. sekurang2nya leh lega skit perasaan tuh... hehehe
Back to top Go down
View user profile
uncle
junior
junior


Posts : 155
Join date : 2009-04-30

PostSubject: Re: luahkan perasaan anda   Thu Apr 30, 2009 9:18 pm

issskkk x yah arrr...
biar perasaan tu uncle tetak dlm peti besi... kunci buang dlm sungai...
Back to top Go down
View user profile
salju
senior
senior


Posts : 1063
Join date : 2009-04-12
Age : 32
Location : mesia

PostSubject: Re: luahkan perasaan anda   Thu Apr 30, 2009 9:19 pm

terpulang pada uncle.. asalkan uncle dapat cari jalan untuk legakan perasaan uncle...
Back to top Go down
View user profile
uncle
junior
junior


Posts : 155
Join date : 2009-04-30

PostSubject: Re: luahkan perasaan anda   Thu Apr 30, 2009 9:32 pm

perghhh... salju...
cm motivator lah ko ni...
Back to top Go down
View user profile
salju
senior
senior


Posts : 1063
Join date : 2009-04-12
Age : 32
Location : mesia

PostSubject: Re: luahkan perasaan anda   Thu Apr 30, 2009 10:54 pm

alhamdulillah.. terima kasih atas pujian uncle. eh.. nanti orang ingat salju buat spam plak. hehehe.... admin.. jangan mara ek? saje nak usik2 uncle nih...

buat kawan2 kat forum ni, biler tensen, elok amalkan tips yang telah disediakan oleh saudara peace nih. bagus untuk redakan tekanan perasaan yang kita alami. tekanan perasaan nih umpama udara dalam belon. kalo dah banyak sangat udara dalam belon, belon boleh meletup. tu yang akhirnya jadi weng weng plak.. nauzubillah.. mintak dielakkan sampai ke tahap neurosis iaitu tahap yang memerlukan pemulihan daripada psikiatri ataupun psikologi klinikal.

jadilah pro-aktif, positif tentang hidup, ceria selalu. kalo sedih? jangan risau.. luahkan perasaan anda supaya boleh redakan tekanan perasaan anda.... dan anda mampu untuk menjalani hidup yang lebih ceria selepas itu, insya Allah...

Back to top Go down
View user profile
uncle
junior
junior


Posts : 155
Join date : 2009-04-30

PostSubject: Re: luahkan perasaan anda   Thu Apr 30, 2009 11:15 pm

tip ni pis ke yg bagi....
hahahaha.... pis pun tension jer...

yer... ceriakan hari anda dengan forum...
uncle pun nk suffle jugak arrr....

Back to top Go down
View user profile
arb_mtq
senior
senior


Posts : 432
Join date : 2009-04-13

PostSubject: Re: luahkan perasaan anda   Fri May 08, 2009 2:21 am

ati aku lagi arar..tak penah tenang pon,
ati aku ni mati kot,paling sopan pon koma gamaknye,
sbbnye aku je yg tau,jalan nak selesai pon aku tau,
tp last2 pi mai pi mai tang tu gak

arrrgggghhhh!!!
Back to top Go down
View user profile
peace™
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 1529
Join date : 2009-04-11
Location : slgr

PostSubject: Re: luahkan perasaan anda   Fri May 08, 2009 5:10 am

ape kono ko arb..
ape masalah ko..
cite skit...

_________________________________________________




Back to top Go down
View user profile
arb_mtq
senior
senior


Posts : 432
Join date : 2009-04-13

PostSubject: Re: luahkan perasaan anda   Fri May 08, 2009 5:19 am

sebenarnye takla besar cam salju tu peace...

tapi klu bia mau jd besar

masalah yg samer mlanda cam kat intim tue

smangat lebuh cam lebuh raya jerk

dulu time keje rase cam rugi jer blaja men2

ni ble da sambung wat lagi prangai dulu

agak2 nye la...

da besa kot sejak kecik suke tangguh2 keje ni

tue yg malas tak abih2 nie
Back to top Go down
View user profile
peace™
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 1529
Join date : 2009-04-11
Location : slgr

PostSubject: Re: luahkan perasaan anda   Fri May 08, 2009 5:30 am

huhuuhuhu...
perkara biasa la tu..
bile mendapat keseronokan..
sume jadi malas nak wat..
jadi, cara tak nak malas..
anggap benda tu satu advanture bagi kamu..
benda tu sronok di belajar..
macam crita kite sronok dngar..
cth la.. tgk katun conan, khusyuk dgr cara penyelesaian dia camne..
satu demi satu di bongkarkan... kita pon rasa sronok nak tgkk..
blajar pon camtu gak.. rasa kan benda tu sronok..
dapat kat feel dia.. bila tak tau cube mencari..
jadikan benda tu sronok di kaji..
di baca... baru kitatak jadi malas..
bila kita pikir tak best la matapelajaran ni..
mula la kita jadi malas..
lagi satu.. bila dapat je keje rumah..
trus buat.. jangan tangguh2..
klu tangguh2 tu yang jadi mals tu..
sebab dah jumpe perkara lain yang lagi best dari buat kerja...



_________________________________________________




Back to top Go down
View user profile
arb_mtq
senior
senior


Posts : 432
Join date : 2009-04-13

PostSubject: Re: luahkan perasaan anda   Fri May 08, 2009 6:06 am

btul2....

camtu la org ngah rase skunk ni

s.jibeng toi...

tgk la

i will try

insya Allah
Back to top Go down
View user profile
paklong_baek
senior
senior


Posts : 250
Join date : 2009-05-02
Age : 31
Location : perak-->putrajaya

PostSubject: Re: luahkan perasaan anda   Fri May 08, 2009 6:53 am

btoi..btoi..btoi..
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: luahkan perasaan anda   Today at 5:40 pm

Back to top Go down
 
luahkan perasaan anda
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
perak1 :: .::KOPITIAM::. :: .::LUAHAN PERASAAN::..::HEARTS FEELING::.-
Jump to:  
Top posters
peace™ (1529)
 
miss-lady (1280)
 
sriteddy™ (1157)
 
salju (1063)
 
lipanx_laut (970)
 
macan_sparrow (742)
 
kuyie (668)
 
raffey-sama (509)
 
arb_mtq (432)
 
luvfama (297)
 
LATEST MOVIE TODAY
.:Sila click pada gambar dibawah untuk download boxoffice movie perak1 semoga terhibur :.