perak1
Selamat datang Ke Perak1 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Perak1 forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .anda juga boleh login forums ini dengan email FB anda danjangan lupa Like Fb perak1:KENALKAN DIRI ANDA:. Perak1 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada khalifah_alammaya2000@yahoo.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli perak1 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Perak1 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari Perak1 forum PASTI CERIA BERSAMA KAMI.
perak1


 
HomeCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Dapatkan Widget Ini Di Aku Punyer Lah! | Get RM100 A Week @ Blogger Tips


Share | 
 

 Rahsia Tapak Tangan Lelaki

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
maya
junior
junior


Posts : 71
Join date : 2009-05-04
Age : 29
Location : ipoh

PostSubject: Rahsia Tapak Tangan Lelaki   Thu May 07, 2009 4:30 pm


Rahsia Tapak Tangan
Lelaki


Gusar dengan sikap mahupun identiti diri si dia yang
diketemu beberapa hari lalu? Atau masih mencari kebenaran dalam perhubungan yang
baru terjalin? Itu antara masalah yang melanda segelintir kaum wanita hari
ini.

Tidak perlu bersusah payah untuk mengorek
rahsia dirinya dengan memaksa si dia berterus-terang dengan setiap tindakannya.
Cuba amati rahsia telapak tangannya secara diam-diam.

Menurut pakar
palmistry (membaca garis tangan) dan penulis buku Read His Hands, Know His
Heart, Marion Gale, dengan hanya melihat telapak tangan lelaki, seseorang boleh
mengetahui rahsia hati seorang lelaki.

"Jika ingin mengetahui karakter
lelaki sebelum kamu menjalinkan hubungan serius, terokalah telapak tangan
kanannya," ujar Gale.

Earth
hand


Sekiranya si dia mempunyai telapak tangan dengan bahagian
tengahnya berbentuk bujur dengan ukuran jari-jemari yang pendek, ini membawa
erti si dia tergolong dalam kumpulan earth hand.

Lelaki ini kebiasaannya
bersifat konservatif. Ia juga mempunyai pemikiran yang tinggi dan kestabilan
dalam hidup.

Jika kamu berjaya menemui lelaki earth hand di tengah-tengah
kota metropolitan, kemungkinan besar mereka memiliki rumah yang besar dengan
halaman yang cukup luas untuk menyalurkan hobinya dalam aktiviti berkebun. Dia
juga seorang lelaki yang gemar memasak dan bijak menyediakan sesuatu
hidangan.

Water
hand


Telapak tangan berbentuk segi panjang, dengan saiz jarinya
berukuran panjang. Lelaki ini tergolong sebagai lelaki yang baik hati, sabar dan
gemar menelaah bahan-bahan bacaan.

Bahkan, dia amat cenderung dengan
panggilan ulat buku. Lelaki water hand juga mempunyai keperibadian yang
tenang.

Kamu lebih banyak menemui mereka di acara-acara kebudayaan
daripada bersosial di kelab-kelab malam atau bar.

Air hand

Lelaki air hand memiliki
telapak tangan berbentuk bujur tetapi dengan jari-jari tangan yang panjang.
Lelaki jenis ini mudah mempelajari hal-hal yang baru dan berwawasan dengan
melakukan aktiviti mengembara ke kota atau negara lain.

Disebabkan dia
mempunyai hobi yang ekstrem, lelaki ini sangat teratur dalam setiap perjalanan
hidupnya.

Dia juga senang mendalami hobi baru. Hanya dengan sebuah
perbualan yang bijak, lelaki ini mudah tertarik kepada kamu.

Fire hand

Lelaki dengan telapak tangan
berbentuk segi panjang dengan jari-jari tangan pendek, kebiasaannya cepat berasa
gelisah apabila duduk dalam suatu jangka masa yang lama.

Dia sangat
menyukai perkara-perkara berbaur tentangan, sehingga tenaga lelakinya akan
disalurkan.

Meskipun begitu, si fire hand ini sebenarnya berkeperibadian
tingi dan seorang yang mudah bergaul. Tidak hairanlah, kerana dia mempunyai
ramai teman yang begitu mengambil berat terhadapnya.

Sekiranya kamu tidak
bersikap bossy terhadapnya, dia pasti akan 'menenggelamkan' dirinya dalam
hubungan yang penuh keterujaan bersama kamu.
Back to top Go down
View user profile
peace™
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 1529
Join date : 2009-04-11
Location : slgr

PostSubject: Re: Rahsia Tapak Tangan Lelaki   Thu May 07, 2009 4:36 pm

aku tak tau camne tapak tangan aku ni..
tak reti nak nengok nye..
huhu...


_________________________________________________




Back to top Go down
View user profile
maya
junior
junior


Posts : 71
Join date : 2009-05-04
Age : 29
Location : ipoh

PostSubject: Re: Rahsia Tapak Tangan Lelaki   Thu May 07, 2009 4:51 pm

2 la maya pn sbnr nye x tau gak la mcm mana nk tgk
x fhm klu fhm kn best leh gak tgk..
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: Rahsia Tapak Tangan Lelaki   Today at 1:17 am

Back to top Go down
 
Rahsia Tapak Tangan Lelaki
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
perak1 :: .::INFORMASI::. :: .::RUANGAN INFORMASI DAN MAKLUMAT::. .::INFORMATION::.-
Jump to:  
Top posters
peace™ (1529)
 
miss-lady (1280)
 
sriteddy™ (1157)
 
salju (1063)
 
lipanx_laut (970)
 
macan_sparrow (742)
 
kuyie (668)
 
raffey-sama (509)
 
arb_mtq (432)
 
luvfama (297)
 
LATEST MOVIE TODAY
.:Sila click pada gambar dibawah untuk download boxoffice movie perak1 semoga terhibur :.