perak1
Selamat datang Ke Perak1 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Perak1 forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .anda juga boleh login forums ini dengan email FB anda danjangan lupa Like Fb perak1:KENALKAN DIRI ANDA:. Perak1 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada khalifah_alammaya2000@yahoo.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli perak1 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Perak1 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari Perak1 forum PASTI CERIA BERSAMA KAMI.
perak1


 
HomeCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Dapatkan Widget Ini Di Aku Punyer Lah! | Get RM100 A Week @ Blogger Tips


Share | 
 

 KAUM HAWA:Ingin Cantik??Solatlah!!

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
wcx_yamaha
Moderator
Moderator


Posts : 228
Join date : 2009-04-26
Age : 27
Location : kuala lumpur

PostSubject: KAUM HAWA:Ingin Cantik??Solatlah!!   Wed May 06, 2009 12:39 pm

Subhanallah, Maha Suci ALLAH yang mengetahui setiap suruhan dan laranganNya. Adakah anda sebagai seorang wanita pernah terfikir betapa banyak kelebihan-kelebihan yang terkandung dalam pergerakan solat yang dilakukan setiap hari? Percaya atau tidak setiap gerakan dalam solat telah mendahului kepercayaan orang tua-tua dalam memberi petua turun-temurun kepada generasi yang akan datang?

Mereka menemui bahawa gerakan yang dikenali sebagai senaman dapat mengekalkan kecantikan dalaman seorang wanita. Bahkan dari segi sains, solat dapat mengalirkan aliran darah dengan begitu sempurna. Di kesempatan ini, ana ingin berkongsi persamaan antara pergerakan solat dan pergerakan senaman dari petua orang dahulu kala. Kebesaran dan kebijaksanaan ALLAH perlu dikaji oleh setiap insan kerana ada sebab dan musabab kenapa ALLAH menjadikan begini? kenapa tidak begitu? begitu mengapa tidak begini?

Ada sedikit ilmu yang ana ingin kongsikan bersama setiap insan yang bergelar hawa yang bakal melahirkan pejuang-pejuang islam yang bakal menegakkan AGAMA ISLAM dimuka bumi.

SENAMAN-SENAMAN YANG MENYAMAI PERGERAKAN SOLAT.

1. Faedah Halus Pandangan:
Menurut petua orang tua-tua Melayu, senaman mata ini mengelakkan diri anda dari mudah pusing mata dan dapat menajamkan fokus mata.
Gerakan: Apabila terjaga dari tidur, pejamkan kedua mata. Baring terlentang dalam keadaan santai tenang. Gerakkan bola mata seolah-olah anda memandang ke arah kepala anda, kaki, kiri dan kanan. Kemudian pusingkan bola mata itu mengikut arah jarum jam. Ulangi perkara yang sama tapi kali ini melawan arah jarum jam.

Perasan atau tidak kedudukan itu sama seperti kedudukan kita sewaktu berdiri tegak mengadap ALLAH. Cuma dalam senaman ini kita berada dalam keadaan berbaring. Manakala mata kita sama gerakan seperti memberi salam ke kanan dan kiri dalam solat.

2.Faedah Angin Tunggal:
Gerakan ini membantu mengeluarkan angin dari dalam perut, mengurut dan menyengkak rahim serta menyempitkan anggota sulit wanita.
Gerakan: Baring terlentang, lunjurkan kedua-dua kaki. Tarik nafas. Kemudian angkat kaki kanan lurus ke udara. Bengkokkan lutut anda dan bawa ia ke arah dada sambil anda lepaskan nafas. Selepas itu, dalam keadaan nafas biasa, paut lutut yang dibengkokkan menggunakan kedua-dua tangan anda ke arah dada dan tahankan posisi ini selama 7 saat. Tukar kaki dan ulangi proses yang sama.

Keadaan ini sama seperti kedudukan sewaktu kita sujud mengadap ALLAH,ada sebab mengapa sujud yang panjang didalam solat itu lebih baik berbanding dari tergopoh gapah.

3. Faedah Angin Kembar:
Membantu mengeluarkan angin serta mengurut pinggul serta merampingkan pinggang wanita. Gerakan: Baring terlentang. Angkat kedua-dua kaki anda tegak ke udara. Tarik nafas. Kemudian bengkokkan kedua-dua lutut anda itu ke dada sambil lepaskan nafas. Dalam keadaan nafas biasa pula, pautlah kedua lutut itu ke arah dada dengan kedua-dua tangan anda. Tahankan posisi ini selama 7 saat.

Sewaktu mengangkat kedua-dua kaki ke atas keadaan ini pula hampir menyamai kedudukan sewaktu rukuk di dalam solat,kemudian apabila kaki dibengkokkan ke dada itu sama seperti kedudukan kita bangun daripada rukuk dan terus sujud.

Semoga apa yang ana kongsikan ini sedikit sebanyak menyedarkan kita bahawa pemikiran manusia dan sains sebenarnya telah dikabarkan oleh ALLAH TAALA dalam 'bahasa indahnya' kepada semua manusia. Terpulang kepada manusia samada akal yang ALLAH kurniakan ini digunakan ke arah kebaikan atau keburukan. Wallahu' alam.

p/s :
- Allah menerangkan di dalam al-quran bahawa manusia sentiasa dihinggapi rasa gelisah, bakhil dan sifat keji yang lain. Solat adalah satu cara untuk menghilangkan sifat-sifat keji ini. Firman Allah SWT yang bermaksud ;


Sesungguhnya manusia dijadikan bertabiatkan resah gelisah(lagi bakhil kedekut). Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah. Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut. Kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang. Iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya.
(al-Ma'arij 19-23)
Back to top Go down
View user profile
salju
senior
senior


Posts : 1063
Join date : 2009-04-12
Age : 32
Location : mesia

PostSubject: Re: KAUM HAWA:Ingin Cantik??Solatlah!!   Thu May 07, 2009 12:57 pm

pada pendapat peribadi aku ler, daripada buat senaman2 camtu, baik banyakkan solat. (dah alang2 kata pergerakkannya menyamai solat).

pergerakan solat lebih teratur, indah, dan penuh doa dan bacaan yang menenangkan jiwa raga jika diselami setiap maksudnya.

wallahualam..




kawan2 lain rasa camner plak?
Back to top Go down
View user profile
paklong_baek
senior
senior


Posts : 250
Join date : 2009-05-02
Age : 31
Location : perak-->putrajaya

PostSubject: Re: KAUM HAWA:Ingin Cantik??Solatlah!!   Thu May 07, 2009 2:05 pm

mengaji pn leh wat muka jd muda..mcm awet muda la katakan... tp kene la selalu...
Back to top Go down
View user profile
salju
senior
senior


Posts : 1063
Join date : 2009-04-12
Age : 32
Location : mesia

PostSubject: Re: KAUM HAWA:Ingin Cantik??Solatlah!!   Thu May 07, 2009 2:21 pm

setuju dgn paklong

erm, aku nak kongsi pengalaman ler.

aritu kat kolej, ustazah mengajar aku dan kawan2 untuk membetulkan bacaan ayat-ayat al-Quran. barulah aku sedar, selama ni sebutan yang aku selalu baca tu kurang tepat.

sebenarnya, kalo kita baca al-Quran menggunakan kaedah yang tepat, cara hembusan nafas, pergerakkan lidah dalam mulut, cara angin keluar dan masuk setiap kali perkataan disebut tu sebenarnya membolehkan muka kita bersenam.

jadi tak perlu ler buat senaman wajah ker, pergi kursus nak buat senaman wajah ker apa ker. cukup sekadar belajar membaca ayat al-Quran dengan makhraj huruf yang tepat, dan tajwid yang betoi.

pernafasan juga sangat dititikberatkan dalam membaca ayat-ayat al-Quran. ini melatih kita menyusun pernafasan yang betoi supaya memperolehi ketenangan dan juga ketenteraman.

ha.. nak kongsi satu citer lucu. masa ustazah aku mengajar cara sebutan makhraj huruf yang betoi dalam kelas, aku rasa lama kelamaan pipi aku jadi kebas. mula2 ok ok lagi, tapi dah lama2.. tak lalu nak baca lagi. aku pun cakap dgn ustazah,

"ustazah, pipi saya rasa kebas ler. sakit plak rasa. selalu baca tak rasa camni."

dengan senyuman, ustazah itu membalas, "agaknya pipi lina tu bulat sangat. tu pasal rasa kebas."

hehehe.. masa ni ler aku baru sedar, memang benar ayat-ayat al-Quran buat wanita indah pada wajahnya. .....kerana wajahnya selalu bersenam lantaran mengalunkan ayat-ayat dari Yang Maha Pencipta.

Maha Suci Allah s.w.t. yang meletakkan hikmah yang sangat banyak pada setiap suruhanNya.

wallahualam.
Back to top Go down
View user profile
arb_mtq
senior
senior


Posts : 432
Join date : 2009-04-13

PostSubject: Re: KAUM HAWA:Ingin Cantik??Solatlah!!   Fri May 08, 2009 3:35 am

kaum adam ni klu solat ngan bc quran lak nnti jd cantik ke hensem?
Back to top Go down
View user profile
salju
senior
senior


Posts : 1063
Join date : 2009-04-12
Age : 32
Location : mesia

PostSubject: Re: KAUM HAWA:Ingin Cantik??Solatlah!!   Fri May 08, 2009 12:37 pm

arb.....

lelaki yang selalu baca quran, solat ni.. nanti jadi lelaki siqah yang ko katakan tu ler. lelaki idaman tu... adoi..

wajahnya bersih, tenang. tutur katanya bersahaja dan penuh hikmah. pandangan matanya hanya pada yang berhak, yang bukan ajnabi takkan mampu melihat keindahan dan keikhlasan yang terpancar dari anak matanya....

tapi tu ler, orang baek hanya untuk orang yang baek. orang mengom2 dgn aku hanya untuk yang mengom2 gak...
Back to top Go down
View user profile
arb_mtq
senior
senior


Posts : 432
Join date : 2009-04-13

PostSubject: Re: KAUM HAWA:Ingin Cantik??Solatlah!!   Fri May 08, 2009 3:27 pm

btul tu... pasai tu Allah de cter lam Quran, mafhum die camni la, lelaki yg baik tuk pompuan yg baik,camtu gak sbaliknya, maknenye klu kte nak jodoh kte tu elok, kte la kene elokkan diri kte dulu,ni tak... bini nak perfect, awak tu tak brubah2 jugak..umpamanya bgitu.
em mungkin salju nyer istilah saling lengkap melengkapi tu lebih tepat,
zaman nabi dlu kan penah saidatina aishah@saitina fatimah g kerumah sorg wanita ni, wanita ni lawa gila babas... diorg sembg2 la,pastu laki die lik,laki die ni tak hensem,org kulit itam...trang tang2 tak ensem,
upenye laki die ni org yg taat pada Allah, dan isteri die ni seorg pelacur yg paling cantik, tgk camne Allah tunjukkan kuase Nya didunia lagi,sbbkan perbuatran kejpompuan ni die dpt laki muke tak careng,laki yg taaat dpt lak pompuan paling cun,Allah tu mmg Maha Adil..
cter ni aku ingat tak ingat jer,,salah kome btuikan yek
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: KAUM HAWA:Ingin Cantik??Solatlah!!   Today at 5:27 pm

Back to top Go down
 
KAUM HAWA:Ingin Cantik??Solatlah!!
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» RANGRASIYA FEB 7th:THE LESSONS OF LIFE...RANG JEEVAN KE ..

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
perak1 :: .::INFORMASI::. :: ::SUDUT AGAMA:: .::RELIGION SITE::.-
Jump to:  
Top posters
peace™ (1529)
 
miss-lady (1280)
 
sriteddy™ (1157)
 
salju (1063)
 
lipanx_laut (970)
 
macan_sparrow (742)
 
kuyie (668)
 
raffey-sama (509)
 
arb_mtq (432)
 
luvfama (297)
 
LATEST MOVIE TODAY
.:Sila click pada gambar dibawah untuk download boxoffice movie perak1 semoga terhibur :.