perak1
Selamat datang Ke Perak1 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Perak1 forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .anda juga boleh login forums ini dengan email FB anda danjangan lupa Like Fb perak1:KENALKAN DIRI ANDA:. Perak1 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada khalifah_alammaya2000@yahoo.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli perak1 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Perak1 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari Perak1 forum PASTI CERIA BERSAMA KAMI.
perak1


 
HomeCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Dapatkan Widget Ini Di Aku Punyer Lah! | Get RM100 A Week @ Blogger Tips


Share | 
 

 Hadis 2 dari Hadis 40- Islam,Iman,Ihsan

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
arb_mtq
senior
senior


Posts : 432
Join date : 2009-04-13

PostSubject: Hadis 2 dari Hadis 40- Islam,Iman,Ihsan   Wed May 06, 2009 6:05 am

Daripada Saiyidina 'Umar juga, r.a. beliau berkata:
Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami
seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya. Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau. Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya. Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman. Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk. Lelaki itu berkata: Benarlah engkau. Dia berkata lagi: Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan. Baginda bersabda: Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu. Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: (Antara tandatandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kamibng berlumba-lumba memibna bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya). Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai 'Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.
Hadis riwayat al-lmam Muslim
Back to top Go down
View user profile
peace™
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 1529
Join date : 2009-04-11
Location : slgr

PostSubject: Re: Hadis 2 dari Hadis 40- Islam,Iman,Ihsan   Wed May 06, 2009 6:24 am



_________________________________________________




Back to top Go down
View user profile
arb_mtq
senior
senior


Posts : 432
Join date : 2009-04-13

PostSubject: Re: Hadis 2 dari Hadis 40- Islam,Iman,Ihsan   Wed May 06, 2009 6:39 am

sape2 nak tanye sal hadis ni tanye la
kot2 tak paham ke pe ke?
dgn hadids ni la kite kenal nabi kita kan?
Back to top Go down
View user profile
salju
senior
senior


Posts : 1063
Join date : 2009-04-12
Age : 32
Location : mesia

PostSubject: Re: Hadis 2 dari Hadis 40- Islam,Iman,Ihsan   Thu May 14, 2009 5:33 pm



(tukar watak jap.. jadi dak baek kat sini).

erm.. nak kongsi maklumat dgn kawan2 semua. jika diperhatikan topik ni bermula dengan Islam, pastu iman dan ihsan.

Islam - 5 rukun.
iman - 6 rukun
ihsan - 1 rukun.

muslim yang sejati mempunyai ketiga2 ini, iaitu Islam, iman, dan ihsan.

tahap tertinggi muslim itu apabila dia menguasai ihsan, iaitu beribadat seolah2 melihat Allah s.w.t melihatnya, dan kalaupun dia tidak mampu melihat Allah s.w.t, sesungguhnya Allah s.w.t itu melihat dirinya.

ihsan adalah tahap yang paling sukar untuk dicapai. tak semudah itu untuk menguasai ihsan. jika kita solat cukup 5 waktu, semua rukun Islam tercapai pun.. lum tentu kita mampu menguasai ihsan.

sesungguhnya orang yang menguasai ihsan, takut untuk melakukan sebarang dosa. ini disebabkan dia merasakan Allah melihatnya. orang yang menguasai ihsan juga menjalankan semua amanah yang ada padanya, bukan sahaja ibadat, tetapi amanah2 yang lain juga.

sekiranya semua umat Islam menguasai ihsan, takdelah kejadian yang tidak diingini berlaku, seperti yang heboh dikatakan pada hari ini.

wallahualam.

Back to top Go down
View user profile
arb_mtq
senior
senior


Posts : 432
Join date : 2009-04-13

PostSubject: Re: Hadis 2 dari Hadis 40- Islam,Iman,Ihsan   Fri May 15, 2009 12:14 am

aku suke penerangan tue
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: Hadis 2 dari Hadis 40- Islam,Iman,Ihsan   Today at 10:16 pm

Back to top Go down
 
Hadis 2 dari Hadis 40- Islam,Iman,Ihsan
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Promotion of Islam?
» Gaara is from Uzumaki clan
» Mangrove bonsai
» what Some Muslim Phrases used in Qubool Hai means
» Do You think George Clooney and Amal Almuddin are an Item?

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
perak1 :: .::INFORMASI::. :: ::SUDUT AGAMA:: .::RELIGION SITE::.-
Jump to:  
Top posters
peace™ (1529)
 
miss-lady (1280)
 
sriteddy™ (1157)
 
salju (1063)
 
lipanx_laut (970)
 
macan_sparrow (742)
 
kuyie (668)
 
raffey-sama (509)
 
arb_mtq (432)
 
luvfama (297)
 
LATEST MOVIE TODAY
.:Sila click pada gambar dibawah untuk download boxoffice movie perak1 semoga terhibur :.