perak1
Selamat datang Ke Perak1 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Perak1 forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .anda juga boleh login forums ini dengan email FB anda danjangan lupa Like Fb perak1:KENALKAN DIRI ANDA:. Perak1 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada khalifah_alammaya2000@yahoo.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli perak1 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Perak1 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari Perak1 forum PASTI CERIA BERSAMA KAMI.
perak1


 
HomeCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Dapatkan Widget Ini Di Aku Punyer Lah! | Get RM100 A Week @ Blogger Tips


Share | 
 

 keindahan solat subuh

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
maya
junior
junior


Posts : 71
Join date : 2009-05-04
Age : 29
Location : ipoh

PostSubject: keindahan solat subuh   Tue May 05, 2009 2:01 pm

Keindahan Solat
Subuh





RASULULLAH SAW bersabda
maksudnya: “Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan
Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu
(selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi
ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.” (Hadis riwayat
Muslim)

Muhammad Abdur Rauf al-Munawi dalam kitabnya at-Ta’arif
menegaskan, as-Subhu atau as-Sabah adalah permulaan siang hari, iaitu ketika
ufuk berwarna merah jingga di langit tertutup oleh tabir matahari. Adapun solat
Subuh ibadat yang dilaksanakan ketika fajar siddiq dan berakhir pada waktu
matahari terbit.

Solat Subuh memiliki banyak daya tarikan kerana
kedudukannya dalam Islam dan nilainya yang tinggi dalam syariat. Banyak hadis
mendorong untuk melaksanakan solat Subuh serta menyanjung mereka yang menjaga
dan mengerjakannya.

Rasulullah SAW mengetahui waktu Subuh adalah waktu
yang sangat sulit dan payah untuk bangun dari tidur. Seorang Muslim bila
dibiarkan begitu saja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai
terjaga hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh, atau ‘Subuh gajah’,
iaitu dikerjakan solat Subuh tidak pada waktunya yang betul.

Rasulullah
SAW mengkhususkan solat subuh dengan beberapa keistimewaan tunggal dan sifat
tertentu yang tidak ada pada solat lain. Banyak keutamaan dan kelebihan yang
didapati di waktu subuh.

Salah satu keutamaannya adalah Rasulullah SAW
mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana
disebutkan dalam hadis: “Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun
subuh (iaitu mengerjakannya).” (Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu
Majah)

Jika Rasulullah SAW yang berdoa, maka tidak ada hijab di antara
Baginda dengan Allah SWT kerana Baginda sendiri adalah orang yang secara
jasadiyah paling dekat dengan Allah SWT.
Waktu Subuh adalah waktu yang paling
baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah SWT. Allah SWT berfirman
maksudnya: “Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru
Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah
kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi,
dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada
mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu
melampaui batas.” (Surah al-Kahfi, ayat 28)


Keutamaan solat Subuh
diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana
disebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Termizi: “Dari Aisyah telah bersabda
Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan
seisinya.”
Begitulah keistimewaan solat Subuh. Apakah yang menghalang kita
untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh?
Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya
dibandingkan dunia dan seisinya?

Diriwayatkan Muslim daripada Usman bin
Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“Barang siapa yang
solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang
siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam
satu malam penuh.” (Hadis riwayat Muslim).

Solat Subuh adalah sumber
daripada segala cahaya di hari kiamat. Di hari itu, semua sumber cahaya di dunia
akan padam. Matahari akan digulung, ibadat yang akan menerangi
pelakunya.
Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah
SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin,
maka akan masuk syurga.” (Hadis riwayat Bukhari). Dua waktu yang dingin itu
adalah solat Subuh dan Asar.

Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar
dijanjikan kelak di syurga akan melihat Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud: “Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan
purnama. Baginda berkata, “Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana
kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu,
janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat
sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah.” (Hadis riwayat Bukhari dan
Muslim)

Rasulullah SAW memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan,
maka Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya seharian penuh.
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang menunaikan solat
Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat
Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan
solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan
mukanya ke dalam neraka.” (Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn
Majah)

Semoga kita tetap menjaga dan memelihara solat Subuh seperti
dijanjikan Allah. Bergegas bangun tidur apabila terdengar laungan azan
berkumandang untuk segera mengerjakan solat Subuh.
Back to top Go down
View user profile
 
keindahan solat subuh
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
perak1 :: .::INFORMASI::. :: ::SUDUT AGAMA:: .::RELIGION SITE::.-
Jump to:  
Top posters
peace™ (1529)
 
miss-lady (1280)
 
sriteddy™ (1157)
 
salju (1063)
 
lipanx_laut (970)
 
macan_sparrow (742)
 
kuyie (668)
 
raffey-sama (509)
 
arb_mtq (432)
 
luvfama (297)
 
LATEST MOVIE TODAY
.:Sila click pada gambar dibawah untuk download boxoffice movie perak1 semoga terhibur :.