perak1
Selamat datang Ke Perak1 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Perak1 forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .anda juga boleh login forums ini dengan email FB anda danjangan lupa Like Fb perak1:KENALKAN DIRI ANDA:. Perak1 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada khalifah_alammaya2000@yahoo.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli perak1 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Perak1 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari Perak1 forum PASTI CERIA BERSAMA KAMI.
perak1


 
HomeCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Dapatkan Widget Ini Di Aku Punyer Lah! | Get RM100 A Week @ Blogger Tips


Share | 
 

 cuba lihat anda di nombor berapa?

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
miss-lady
Admin
Admin


Posts : 1280
Join date : 2009-04-10
Age : 28
Location : sabah & perak

PostSubject: cuba lihat anda di nombor berapa?   Mon Apr 13, 2009 6:02 am



CUBA LIHAT ANDA DI NOMBOR BERAPA? :->: :->: :->: :->:

ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮ ﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋ ﻢﻼﺴﻠﺍ
Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1

Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2

Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3

Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4

Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5

Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6

Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7

Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8

Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9


no.1
----
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda.
Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2
----
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em...bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no.3
----
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no.4
----
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni.
Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5
----
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan.
Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan.
Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no.6
----
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7
----
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

no.8
----
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no.9
----
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental.
Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka.
Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain.
Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.



_________________________________________________
Kebanyakan dari kita tidak mensyukuri apa yang sudah kita miliki, tetapi kita selalu menyesali apa yang belum kita capai
Back to top Go down
View user profile
_megatron_
root_admin
root_admin


Posts : 151
Join date : 2009-04-10
Age : 30

PostSubject: Re: cuba lihat anda di nombor berapa?   Wed Apr 15, 2009 1:57 pm



Informasi Yg Bagus
Back to top Go down
View user profile
dila_L.e.O
junior
junior


Posts : 15
Join date : 2009-04-13

PostSubject: Re: cuba lihat anda di nombor berapa?   Wed Apr 15, 2009 3:40 pm

Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini.
acu xrse nikmat pn ma..
Back to top Go down
View user profile
miss-lady
Admin
Admin


Posts : 1280
Join date : 2009-04-10
Age : 28
Location : sabah & perak

PostSubject: Re: cuba lihat anda di nombor berapa?   Wed Apr 15, 2009 7:30 pm

acu tak baik ckp cmtu
mama tak ajar acu mcm tu

_________________________________________________
Kebanyakan dari kita tidak mensyukuri apa yang sudah kita miliki, tetapi kita selalu menyesali apa yang belum kita capai
Back to top Go down
View user profile
lipanx_laut
Police
Police


Posts : 970
Join date : 2009-04-12
Location : taiping--> ipoh---> kajang ---> taiping

PostSubject: Re: cuba lihat anda di nombor berapa?   Thu Apr 16, 2009 5:32 am

aku no2..tapi ayat ni " Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga " <<-- : ssh nye nak caya
Back to top Go down
View user profile
miss_fara_dilla
senior
senior


Posts : 62
Join date : 2009-04-11
Age : 29
Location : sitiawan,perak.

PostSubject: wah..   Thu Apr 16, 2009 10:42 am

saye di nombor berikut..
n si die di nombor berikut...
cam kene je..
wakakakaka
Back to top Go down
View user profile http://biuti-secret.blogspot.com
:syira:
Moderator
Moderator


Posts : 103
Join date : 2009-04-12
Age : 27
Location : sitiawan,perak

PostSubject: Re: cuba lihat anda di nombor berapa?   Thu Apr 23, 2009 1:36 pm

yeah sy yg no 1

Back to top Go down
View user profile
maya
junior
junior


Posts : 71
Join date : 2009-05-04
Age : 29
Location : ipoh

PostSubject: Re: cuba lihat anda di nombor berapa?   Tue May 05, 2009 9:48 am

no 9 la hehhe..
hrp btl la hehehehe
tabah ke hehe
Back to top Go down
View user profile
luvfama
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 297
Join date : 2009-04-30
Age : 31
Location : Negi 9

PostSubject: Re: cuba lihat anda di nombor berapa?   Tue May 05, 2009 10:23 am

no.3
----
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.




luv all
Back to top Go down
View user profile
sriteddy™
Site Admin
Site Admin


Posts : 1157
Join date : 2009-04-20
Location : a place called heart

PostSubject: Re: cuba lihat anda di nombor berapa?   Tue May 05, 2009 10:32 am

Quote :
no.4
----
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni.
Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.
hmm..no komen la...ade yg btul...byk yg tak btul tp akan dtg mngkin btul kut apa aku merepek ni lol!
Back to top Go down
View user profile
macan_sparrow
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 742
Join date : 2009-04-12
Age : 38
Location : klang

PostSubject: Re: cuba lihat anda di nombor berapa?   Fri May 08, 2009 10:52 pm

macan no 8........

*******Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah*********yg ni je mcm x brpa nk betul....ermmmmmm tah la salju tlg komen yg ni psl aku rokok dulu
Back to top Go down
View user profile
salju
senior
senior


Posts : 1063
Join date : 2009-04-12
Age : 32
Location : mesia

PostSubject: Re: cuba lihat anda di nombor berapa?   Sat May 09, 2009 5:15 am

miss-lady wrote:
:

no.8
----
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

1. personaliti yang agak kuat - mmg pun. ko nih banyak sangat watak.. sampaikan aku kena selak kitab teori psikologi personaliti sbb nak mendalami personaliti ko yang agak kompleks.

2. takde orang paham ko - ni aku kurang setuju ler. aku rasa ada orang paham ko.. cuma susah nak paham pasal personaliti ko kompleks. bukannya tak faham langsung

3. kepakaran menunding jari pada sesuatu benda - kalo tak silap aku ayat ni ko mmg suka mencari kekurangan dan kesilapan kat mana2. dan aku rasa mmg betoi, sbb ko pandai nak cari punca kepada masalah yang berlaku.

4. pelbagai dugaan dalam hidup, menjadikan anda tabah - ko mmg tabah. kalo ko ada problem takde saper yang tahu.. sbb ko hepi je selalu sambil merokok.

5. anda memperjuangkan keadilan. - sikap ko yang suka lawan arus, memberontak tu menunjukkan ko suka perjuangkan hak ko. ada masanya orang atasan ataupun orang lebih tua perlu diberi penerangan bahawa mereka tak semestinyer betoi.

6. kebanyakan habes masa dgn kawan2. - yelah, ko kan jenis suka lepak2 dgn kawan? sekarang ko lepak depan lappy plak.

7. disiplin, tak putus asa dan berani. - disiplin ni betoi, sbb kadang2 ko tegor perangai aku yang kurang berdisiplin. tak putus asa, aku tengok ko jarang buat keje separuh jalan. susah camner ko nak setel gak. berani? ko mmg berani.. sbb ko berani datang rumah aku bawak GSK jumpa mak abah aku semua... dan selama ni cuma sorang je kawan chat aku berani nak datang rumah aku jumpa mak abah aku dan keluarga aku.

8. puncak kejayaan? - tu masa depan, jadi aku no comment.

9. ahli keluarga, ahli pasukan dan pejuang yang bagus. - aaa.. yang ni aku tak nampak sangat. kalo ahli pasukan mmg nampak sbb ko komited dgn GSK. pejuang ni sbb ciri2 keberanian ko tu ler.

macan, sepanjang aku kenal ko aku rasa dah nak masuk 7 bulan ni... ko mmg ada ciri2 seperti yang dinyatakan tu. cuma pasangan ideal tu aku susah nak caya, pasal isteri ko nombor 2 kan?
Back to top Go down
View user profile
salju
senior
senior


Posts : 1063
Join date : 2009-04-12
Age : 32
Location : mesia

PostSubject: Re: cuba lihat anda di nombor berapa?   Sat May 09, 2009 5:21 am

miss-lady wrote:


no.9
----
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental.
Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka.
Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain.
Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.


kejuruteraan tak sesuai ok? jgn sbb tu aku tak boleh habeskan pengajian dalam bidang kejuruteraan. perbankan pun tak sesuai ek? pasal aku malas nak tengok nombor banyak2. diamlah

aku suka kaunseling, sbb aku suka bercakap dan jugak aku suka mendengar orang bercakap.

masa usia muda aku taat pada mak abah. dah tua nih plak banyak melawan cakap. degil. uwaaaa.... anak durhaka aku nih.


Last edited by salju on Sat May 09, 2009 1:27 pm; edited 1 time in total
Back to top Go down
View user profile
macan_sparrow
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 742
Join date : 2009-04-12
Age : 38
Location : klang

PostSubject: Re: cuba lihat anda di nombor berapa?   Sat May 09, 2009 6:28 am

ye ke salju segan lak pas aku baca komen2 ko salju ...kwn2 meh merokok
Back to top Go down
View user profile
salju
senior
senior


Posts : 1063
Join date : 2009-04-12
Age : 32
Location : mesia

PostSubject: Re: cuba lihat anda di nombor berapa?   Sat May 09, 2009 1:21 pm

mengadalah ko macan.. tadi mintak komen pastu segan plak. nah ambik. len kali kalo segan jangan soh aku komen.

tapi yelah, aku baru kenal ko 6-7 bulan je. banyak lagi yang aku tak tahu. aku cuma tengok ko dan apply teori yang aku belajar je. lagipun manusia nih kompleks.. makin nak paham biasanya makin tak paham. yang boleh paham manusia tu cuma Allah s.w.t je.

kawan2 yang lain camner? korang setuju ker dgn apa yang anis post tu?
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: cuba lihat anda di nombor berapa?   Today at 2:50 am

Back to top Go down
 
cuba lihat anda di nombor berapa?
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Gerry attended the Malibu Inn Grand Opening
» City Lights
» My bonsai space
» Latest Naruto Shippuden episode's Naruhina moment
» Cuban silkscreen film posters

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
perak1 :: .::INFORMASI::. :: .::RUANGAN INFORMASI DAN MAKLUMAT::. .::INFORMATION::.-
Jump to:  
Top posters
peace™ (1529)
 
miss-lady (1280)
 
sriteddy™ (1157)
 
salju (1063)
 
lipanx_laut (970)
 
macan_sparrow (742)
 
kuyie (668)
 
raffey-sama (509)
 
arb_mtq (432)
 
luvfama (297)
 
LATEST MOVIE TODAY
.:Sila click pada gambar dibawah untuk download boxoffice movie perak1 semoga terhibur :.