perak1
Selamat datang Ke Perak1 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Perak1 forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .anda juga boleh login forums ini dengan email FB anda danjangan lupa Like Fb perak1:KENALKAN DIRI ANDA:. Perak1 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada khalifah_alammaya2000@yahoo.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli perak1 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Perak1 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari Perak1 forum PASTI CERIA BERSAMA KAMI.
perak1


 
HomeCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Dapatkan Widget Ini Di Aku Punyer Lah! | Get RM100 A Week @ Blogger Tips


Share | 
 

 Ramai guru sakit jiwa, kesian

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
lipanx_laut
Police
Police


Posts : 970
Join date : 2009-04-12
Location : taiping--> ipoh---> kajang ---> taiping

PostSubject: Ramai guru sakit jiwa, kesian   Mon May 04, 2009 3:07 pm

BEBANAN kerja sebagai guru semakin kompleks kerana selain mengajar, mereka juga terpaksa menyediakan soalan-soalan peperiksaan dari semasa ke semasa, mengisi buku kedatangan, buku disiplin dan ringkasan mengajar, borang kesihatan dan rekod kemajuan murid, kelab dan persatuan, serta mengendalikan persiapan hari sukan.

Justeru, guru-guru dikatakan terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami tekanan sehingga boleh membawa kepada penyakit mental yang serius seperti bipolar, kebimbangan melampau dan kemurungan.

Kajian oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendapati 70 peratus daripada 9,000 guru di seluruh negara tertekan bukan sahaja kerana beban tugas tetapi juga terpaksa berdepan dengan kerenah pengetua, kerani, ibu bapa dan juga pelajar.

Bagi Noreha (bukan nama sebenar), selain terpaksa berdepan dengan masalah rumah tangga, dia turut tertekan dengan kerenah pengetua sekolah tempatnya bertugas.

Guru berusia 46 tahun itu yang ditemui di Wad Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berkata, dek kerana tekanan, dia sering diketepikan dalam pelbagai aktiviti sekolah.

"Sebelum ini saya memang sudah mengalami tekanan. Pengetua pula selalu mempertikaikan cuti yang saya pohon sedangkan surat daripada doktor disertakan.

"Bila kerja semakin bertambah, dicampur pula dengan tekanan daripada orang atas dan kerenah anak-anak, saya semakin runsing," katanya.

Noreha yang merupakan penanda kertas peperiksaan Matematik untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) memberitahu, dia sebenarnya seronok menjadi guru.

"Saya memang suka mengajar, lebih-lebih lagi apabila murid banyak bertanya dan cemerlang dalam peperiksaan. Tetapi keadaan sekeliling seperti pengurusan sekolah dan rakan sejawatan banyak memberi tekanan.

"Ada juga yang faham keadaan saya, tetapi lebih ramai yang mengatakan saya gila. Mereka tidak faham mengapa saya perlu cuti untuk pergi berjumpa pakar psikiatri. Mereka juga anggap saya terlalu ikutkan perasaan," jelasnya

Noreha yang berasal dari Pulau Pinang tidak menafikan pihak sekolah ada memberi pelepasan kepadanya tetapi apa yang menyesakkan fikirannya ialah cutinya sering menjadi buah mulut orang.

Ada yang mendakwa Noreha sengaja menjadikan tekanan yang dialaminya sebagai alasan untuk bercuti.

"Secara fizikalnya saya memang sihat, tetapi dalaman saya berkecamuk. Saya bukan buat-buat sakit. Ikutkan hati, saya tak mahu masuk hospital dan tinggalkan keluarga dan kerjaya saya," katanya.

Ibu kepada dua orang anak ini juga memberitahu, dia cuba untuk mengawal perasaannya daripada terus tertekan, tetapi adakalanya semakin dia cuba untuk tenang, semakin agresif pula jadinya.

"Kadang-kadang saya tak rasa tertekan. Saya rasa sihat, tetapi orang sekeliling tak anggap begitu, mereka mula sorokkan pisau. Kebelakangan ini saya kerap dimasukkan ke wad berbanding dulu," katanya.

Kerja tujuh hari seminggu

Berbeza dengan Norehan, akibat terbeban dengan kerja sebagai guru JQAF, Zaimah Mishan, 42, pernah mengalami sakit jiwa.

Dia yang mengajar sekolah aliran agama tidak mampu untuk menanggung beban tersebut lebih-lebih lagi banyak masa dihabiskan di sekolah berbanding bersama keluarga.

"Saya pernah mengalami masalah jiwa iaitu kecelaruan bipolar sehingga saya tidak mampu mengajar. Enam bulan saya dirawat dan direhatkan.

"Ramai melihat guru JQAF tidak banyak kerja memandangkan mereka hanya mengajar agama tidak seperti sekolah aliran kebangsaan. Namun, mereka juga dibebani dengan komitmen luar," katanya.


NOR ZURAIDA



Zaimah yang pernah mengajar di beberapa buah sekolah berkata, ada pengurusan sekolah yang memahami tanggungjawab guru JQAF namun ada juga sekolah yang menyamakan guru JQAF seperti guru-guru lain.

"Semasa saya mengajar di sekolah A, saya pernah bekerja tujuh hari seminggu, dari pagi hinggalah petang sampaikan tiada masa untuk suami dan anak-anak.

"Hari Isnin hingga Jumaat, saya mengajar seperti biasa. Kadang-kadang saya diminta menggantikan guru lain mengajar subjek bukan aliran JQAF.

"Hari Sabtu pula, ada kegiatan kokurikulum yang mana semua guru terlibat dan hari Ahad pula saya selaku guru JQAF diwajibkan terlibat dalam Kem Bestari Solat," katanya.

Menurut Zaimah, beban terlalu berat yang tidak dipantau oleh pegawai yang sepatutnya itu ternyata memberi kesan kepada guru-guru JQAF.

"Kami terbeban, tersepit, letih, dan hampir kena mental block. Masa yang ada untuk berehat ialah waktu malam, itu pun kami terpaksa bawa pulang buku latihan murid-murid untuk ditanda.

"Itu tidak termasuk kursus atau kertas kerja yang perlu dibereskan untuk aktiviti gerak kerja," katanya.

Zaimah yang baru lima bulan mengajar semula selepas bercuti panjang menjelaskan, keadaan dirinya ketika 'sakit' dahulu bertambah teruk lebih-lebih lagi apabila suaminya berkahwin lain dan anak-anak enggan berjumpa dengannya.

"Bila saya tertekan dengan kerja, suami kata dia nak kahwin lain dengan alasan saya terlalu sibuk dengan kerja. Keadaan saya bertambah teruk waktu itu.

"Bila sakit saya datang, anak-anak tidak mahu dekat dengan saya. Hanya keluarga saya yang datang memberi sokongan untuk saya jalani terapi dan rawatan di hospital.

"Selepas bercuti lama, saya mengajar di sekolah lain. Alhamdulillah, selepas menjalani rawatan dan sesi kaunseling, saya sudah boleh mengawal tekanan di tempat kerja. Suami dan anak-anak pula sudah kembali pada saya," katanya.

Berisiko mendapat penyakit kritikal

MENURUT Pakar Perunding Kanan Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Nor Zuraida Zainal, setiap tahun dianggarkan 22,000 pesakit mendapatkan rawatan di klinik dan wad psikiatri hospital berkenaan. Kira-kira 10 peratus daripada mereka terdiri daripada golongan guru.

“Guru sekarang tidak seperti guru zaman dahulu. Guru sekarang terbeban kerana banyak tugasan baru yang perlu dilaksanakan selain mengajar.

“Di samping sibuk dengan aktiviti persatuan, panitia, kelab, rumah sukan, kursus dan gerak kerja luar sekolah, guru-guru juga perlu berdepan dengan tekanan lain.

“Mereka turut berhadapan dengan perangai pelajar dan kerenah ibu bapa serta pengetua yang sentiasa menaruh harapan tinggi untuk melahirkan pelajar cemerlang dalam peperiksaan,” katanya.

Ramai ibu bapa, tidak kira di bandar atau di luar bandar, masih menganggap bahawa sekolah dan pusat tuisyen ialah tempat untuk mendidik anak mereka dan menyerahkan tanggungjawab itu sepenuhnya kepada guru.

Apabila ada anak yang gagal, sesetengah ibu bapa terus menuding jari kepada guru sedangkan kejayaan para pelajar tidak hanya bergantung kepada pengajaran di sekolah.

Bercakap mengenai gejala tekanan yang sering dialami oleh pesakit-pesakitnya yang juga guru, Nor Zuraida memberitahu, kebanyakan mereka menghidap kecelaruan bipolar iaitu kewujudan pelbagai karakter yang berlawanan dengan keadaan guru terbabit sebelumnya. Ini diikuti kebimbangan melampau dan kemurungan.

“Mereka yang mengalami kecelaruan bipolar nampak sihat seperti biasa, malah pada tahap hipoaktif, mereka menjadi rajin dan produktif dalam melakukan sebarang kerja walaupun tidak mempunyai waktu rehat yang cukup.

“Tetapi kerja yang dilakukan tidak pernah habis dan ini yang mendatangkan sangsi kepada orang di sekeliling mereka,” katanya.

Tiga faktor utama yang menyebabkan tekanan ialah keturunan, faktor sekeliling seperti kerja dan jaringan sosial seperti keluarga, rakan-rakan dan masyarakat.

Sekiranya terdapat keturunan yang mempunyai masalah jiwa, risiko untuk guru mendapat tekanan menjadi lebih tinggi.

Malah, jelas Nor Zuraida, guru yang tertekan berisiko empat kali ganda lebih tinggi untuk mendapat penyakit kritikal seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan buah pinggang.

“Tanda-tanda awal penyakit ini bermula dengan kemurungan. Guru akan mula hilang tumpuan mengajar, bosan, pendiam dan jika berlarutan mereka tidak mampu lagi untuk mengajar dan melakukan aktiviti harian.

“Sekiranya wujud keadaan-keadaan seperti ini, pihak pengurusan sekolah perlu memahami dan membantu guru berkenaan dengan mengurangkan waktu dan kelas mengajar serta memberi kelonggaran untuk menjalani terapi dan kaunseling,” jelas Nor Zuraida.

* kalau aku cikgu pun aku dah mentel..dok cc pun dah mentel dgn budak2 bising

_________________________________________________
~BESAR ~ KERAS~ TEGANG~ PANJANG~
Back to top Go down
View user profile
miss-lady
Admin
Admin


Posts : 1280
Join date : 2009-04-10
Age : 28
Location : sabah & perak

PostSubject: Re: Ramai guru sakit jiwa, kesian   Mon May 04, 2009 3:14 pm

erk
garang nye siggy

_________________________________________________
Kebanyakan dari kita tidak mensyukuri apa yang sudah kita miliki, tetapi kita selalu menyesali apa yang belum kita capai
Back to top Go down
View user profile
salju
senior
senior


Posts : 1063
Join date : 2009-04-12
Age : 32
Location : mesia

PostSubject: Re: Ramai guru sakit jiwa, kesian   Tue May 05, 2009 5:58 am

panx......... tetiba rasa nak fluk ko plak... hehehe..

time kasih sbb kongsi pasal isu ni. mmg aku tak nafikan, keje guru berlambak2. (bukan sekarang je tau? sejak aku kecik lagi aku tengok mmg mak abah aku tak renti2 keje camtu). tekanan perasaan timbul di kalangan guru apabila mereka dibuli dan dibebani dengan kerja yang banyak. pihak pengurusan yang suka lepas tangan akan membuli guru2 muda, ataupun guru2 yang rajin untuk buat keje.

sbb tu kiter masa kat sekolah boleh nampak, ada guru yang keje tak henti2.. ada gak yang sembang tak henti2.. siap buat jualan langsung lagi kat bilik guru. yang baik dan rajin dibuli dan dibebani, yang malas dibiarkan camtu je.

ingatkan kalo dah jadi bahagian pengurusan, (jawatan tinggi sekolah macam pengetua dan penolong kanan) boleh ke jadi rileks? tak gak.. ditakdirkan guru2 berkenaan ditempatkan kat sekolah di mana guru2 bawahan kat sana banyak kes... pening gak jadinya!

tekanan jadi pemeriksa kertas mmg aku leh nampak. takleh lupa masa abah jadi pemeriksa kertas peperiksaan STPM untuk subjek kesusasteraan melayu. kalo dia buat keje tu janganlah kaco. tak pasal2 kena marah nanti.

satu lagi dilema masyarakat kita, mereka semua tak faham gejala masalah tekanan perasaan. ada yang mengatakan masalah tekanan perasaan ni orang lemah, selalu ikutkan rasa hati, manja sangat, dan paling teruk tuduhan orang tu gila.

ini menyebabkan orang yang mengalami masalah tekanan jiwa sukar untuk pulih disebabkan keadaan sekeliling tak memahaminya. kalo dalam kes panx sebut tu, suami kawen lain, kawan2 perli, pengetua pun perli.. mmg naik tensen ler. kalo aku jadi camtu... bukan setakat depressi dan bipolar.. mau aku jadi skizo, alih2 semua orang aku tembak.



baru puas hati aku... hahaha!



adess.. tetiba rasa sebak plak.. sbb aku pun mengalami perkara yang sama.



kalo ada di antara kawan2 rapat kita, dan juga saudara mara yang ada simptom masalah sakit jiwa nih, fahamilah mereka. janganlah bagi tekanan perasaan lagi. mereka tu tak sihat, perlukan terapi, rawatan, mungkin perlukan ubatan. dan dalam masa yang sama.. mereka memerlukan perhatian dan kasih sayang daripada anda semua.



dan jangan plak tuduh orang yang ada sakit jiwa ni gila. tak sebenarnya.. mereka sebenarnya sakit. cuma sakitnya berbeza daripada sakit orang lain. orang lain sakit fizikal, boleh nampak. tapi sakitnya mereka.. lebih perit! sbb belum tentu ubat yang dimakan boleh membantu untuk menyembuhkan penyakitnya. mereka perlu menjalani terapi, kaunseling dan dalam masa yang sama masyarakat sekeliling perlu memberi semangat dan membantu mereka untuk hidup normal.



menurut pengalaman aku, biasanya insan yang mengalami sakit jiwa nih insan yang terlalu istimewa. mungkin itu adalah dugaan yang Allah s.w.t berikan pada mereka dan orang-orang sekeliling mereka. aku pernah berjumpa dgn seorang pensyarah yang sakit bipolar. walaupun sakit bipolar, apabila dia normal.. dia merupakan seorang pensyarah yang hebat dan pekerja yang sangat tekun serta berdedikasi.. jauh lebih baik daripada orang normal yang lain. dan ada sorang bekas pesakit skizofernia mendapat anugerah nobel kerana hasil kajiannya mengenai ilmu matematik dalam ekonomi.

jadi aku harap.. pada yang membaca ni... bukalah minda anda semua, k?

tak salah untuk jumpa psikiatri untuk mendapatkan rawatan, dan berjumpa dengan kaunselor untuk berkongsi masalah juga bukan sesuatu yang mengaibkan.

itu sekadar satu cara untuk membantu anda supaya menjalani hidup dengan normal dan ceria, macam orang lain juga..

wallahualam..



Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: Ramai guru sakit jiwa, kesian   Today at 5:11 am

Back to top Go down
 
Ramai guru sakit jiwa, kesian
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Guru Ram Das Ashram in LA
» GURU LIED TO MEGHA
» Ceruli, guru of dark world
» SBB Guru-Shishya Ki Kahani!! - Mahabharat - 12th Nov 2013
» Adaa Khan recites the Guru Granth Sahib in Life OK's Amrit Manthan

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
perak1 :: .::KOPITIAM::. :: .::CAKAP-CAKAP::..::TALKING PLACES::.-
Jump to:  
Top posters
peace™ (1529)
 
miss-lady (1280)
 
sriteddy™ (1157)
 
salju (1063)
 
lipanx_laut (970)
 
macan_sparrow (742)
 
kuyie (668)
 
raffey-sama (509)
 
arb_mtq (432)
 
luvfama (297)
 
LATEST MOVIE TODAY
.:Sila click pada gambar dibawah untuk download boxoffice movie perak1 semoga terhibur :.