perak1
Selamat datang Ke Perak1 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Perak1 forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .anda juga boleh login forums ini dengan email FB anda danjangan lupa Like Fb perak1:KENALKAN DIRI ANDA:. Perak1 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada khalifah_alammaya2000@yahoo.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli perak1 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Perak1 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari Perak1 forum PASTI CERIA BERSAMA KAMI.
perak1


 
HomeCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Dapatkan Widget Ini Di Aku Punyer Lah! | Get RM100 A Week @ Blogger Tips


Share | 
 

 Ibu curang seterika anak

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
lipanx_laut
Police
Police


Posts : 970
Join date : 2009-04-12
Location : taiping--> ipoh---> kajang ---> taiping

PostSubject: Ibu curang seterika anak   Mon May 04, 2009 3:04 pm

KUALA LUMPUR: Seorang ibu sanggup menjadikan anak perempuannya yang berusia 12 tahun sebagai tempat melepaskan geram terhadap suami, termasuk menekap seterika panas ke anggota tubuhnya hingga melecur.

Mangsa yang menuntut di sekolah agama di Klang turut dibelasah dengan menggunakan batang penyapu bertalu-talu di kaki hingga lebam.

Sumber polis menyatakan tindakan kejam si ibu berusia 28 tahun itu disebabkan dia mengesyaki mangsa membocorkan rahsia hubungan sulitnya dengan lelaki lain kepada suaminya.

Katanya, kejadian terbabit dibongkar seorang ustazah sekolah terbabit yang sangsi terhadap kesan kecederaan teruk dialami mangsa.

Ustazah berusia 32 tahun itu mendapati kedua-dua tangan mangsa melecur kira-kira jam 3 petang Khamis lalu.

“Mangsa turut menunjukkan kesan melecur di belakang leher, lebam di paha dipercayai dipukul dengan objek keras.

“Selepas dipujuk berulang kali, mangsa yang ketakutan akhirnya membuat pendedahan memeranjatkan dengan mendakwa didera ibu kandungnya sendiri,” katanya.

Mangsa menyatakan ibunya menggunakan seterika panas untuk melecurkan kedua-dua belah tangannya selain leher.

Dia yang menjerit kesakitan akibat ditekap seterika panas tidak dipedulikan ibunya.

Selain itu, sumber itu berkata, mangsa dibelasah dan dipukul dengan batang pencuci lantai menyebabkan kakinya lebam.

Difahamkan ustazah berkenaan yang bersimpati terhadap nasib mangsa segera membawanya ke Hospital Tunku Ampuan Rahimah Klang (HTAR) untuk rawatan sebelum membuat laporan di Balai Polis Klang.

Hasil siasatan mendapati, mangsa yang juga anak sulung daripada tiga beradik itu didera ibunya Selasa lalu di rumah mereka.

Mangsa memberitahu dimarahi ibunya sekitar jam 7 malam sebelum diserang dengan seterika panas.

“Siasatan juga mendapati wanita itu sering bertindak kejam terhadap mangsa selepas menuduh dia memberitahu bapa berkaitan hubungannya dengan lelaki lain.

“Perbuatan mangsa itu menyebabkan suspek kerap bergaduh dengan suaminya yang bekerja sebagai pekerja am di sebuah syarikat minyak,” katanya.

Menurut sumber itu, susulan laporan berhubung kejadian itu, polis memberkas wanita berusia 28 tahun itu di rumahnya serta merampas seterika dan batang penyapu yang kerap digunakan untuk memukul mangsa.

Siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan atas jenayah penderaan

*adeh.. mcm ni pye org pun ade..

sendiri dah kantoi...
salahkan anak pulak..
mak jenis ape la ni..

_________________________________________________
~BESAR ~ KERAS~ TEGANG~ PANJANG~
Back to top Go down
View user profile
salju
senior
senior


Posts : 1063
Join date : 2009-04-12
Age : 32
Location : mesia

PostSubject: Re: Ibu curang seterika anak   Sat May 09, 2009 2:32 pm

erm.. lama dah aku usha takde saper komen benda ni.

aku nak kongsi citer. mak aku pernah citer hal ni kat aku ler.. masa aku sekolah lagi mak ada citer.

ada satu kes ni, isteri curang. pastu, entah camner.. dua2 anak pempuan tu ternampak yang mak dia dgn lelaki lain. lelaki lain tu pulak, ambik keputusan hentak kepala dua2 anak pempuan tu ke dinding. disebabkan cedera parah, kedua2 anak pempuan tu meninggal dunia.

lelaki tu pulak ditangkap polis. tetapi dia terlepas daripada pertuduhan sbb alibi dia kuat, iaitu pada hari yang sama, kawan dia tolong cover line dia mengulor dari tempat keje. kiranya dia dah tandatangan kat buku rekod, tapi pastu dia mengulor dan jumpa gf dia yang akhirnya dia bunuh anak2 gf dia.

apa nasib pempuan tu?

pempuan itu diceraikan suaminya.

sudahlah anak2 dia semua mati kena bunuh dgn bf dia, bf dia terlepas daripada hukuman, dia plak kena tinggal dengan suaminya. aku tak tau pe citer pastu.. sama ada dia sakit jiwa ataupun meninggal dunia ker.

erm.. entahlah. aku nak komen banyak pun susah benda2 camni. cuma berdoa.. jauhilah semua benda nih daripada diri aku, keluarga aku dan kawan2 aku yang tersayang.. AMIN..
Back to top Go down
View user profile
arb_mtq
senior
senior


Posts : 432
Join date : 2009-04-13

PostSubject: Re: Ibu curang seterika anak   Wed May 13, 2009 2:50 am

ader gak mak yg yg tak sayang anak,,, die tak ingat ke die ngandong 9 bulan tue,, die tak ingat ke Tuhan ke,, binatang pon sayang anak,, truk die pada binatang lagi la camtu
Back to top Go down
View user profile
salju
senior
senior


Posts : 1063
Join date : 2009-04-12
Age : 32
Location : mesia

PostSubject: Re: Ibu curang seterika anak   Wed May 13, 2009 6:50 am

arb.. ko ingat tak macan post pic pasal ibu dan anak tuh? lebih kurang camtu ler agaknyer manusia sekarang nih arb.
Back to top Go down
View user profile
sriteddy™
Site Admin
Site Admin


Posts : 1157
Join date : 2009-04-20
Location : a place called heart

PostSubject: Re: Ibu curang seterika anak   Wed May 13, 2009 7:04 am

Erm bukan tak sayang..tp tekanan hidup..bila kita dlm tekanan, kita tak sedar apa yg kita buat.. jadi apa yg berlaku tu luahan dr tekanan dia lah..yg sbenarnya salah..pd dia..itu je cara yg dia blh buat..
Back to top Go down
View user profile
salju
senior
senior


Posts : 1063
Join date : 2009-04-12
Age : 32
Location : mesia

PostSubject: Re: Ibu curang seterika anak   Wed May 13, 2009 7:09 am

kalo ada masalah camnih nak salahkan siapa?

1. isteri yang curang?

2. anaknya yang mengadu?

3. ayahnya yang tak pandai layan, jaga isteri.. menyebabkan isterinya curang?

4. mak ayah isteri yang tak pandai didik?

5. kita yang buat bodo je dengan masalah orang sekeliling?

jom sama2 pecahkan pale pk..
Back to top Go down
View user profile
raffey-sama
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 509
Join date : 2009-04-14
Age : 31
Location : tmn desa manjung point,manjung...huhu

PostSubject: Re: Ibu curang seterika anak   Wed May 13, 2009 8:35 am

MASALH NI ADE LA TER LETAK NO 1 N 3...AKU DA LALI DA MASALH2 CMNI....DA X TERLAYAN....NNT BLE ANK 2 DA BSR...DIA AKN SALAH KN MAK BAPAK GAK...NNT TIMBUL LA RSE XBERSYUKUR PD TUHAN...YG MNE KAT LUA SANE ADE YG LBH DASAT DUGAANNYA DR KTE NI....SBB 2 LA K;LU SAPE2 DLM NI NK JD MAK N AYAH YG BAIK...PILIH LA PASANGAN YG SESWAI DGN LIFE KTE....JGN TAWU WAT ANAK JER..JAGE XPANDAI...HUH...
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/ruffeykun
Sponsored content




PostSubject: Re: Ibu curang seterika anak   Today at 11:01 am

Back to top Go down
 
Ibu curang seterika anak
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Anzo-sama GFX Shop!
» Meet Pragya and Bulbul : Kumkum Bhagya sisters
» Jodha Akbar---Written Update--18th September 2013

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
perak1 :: .::KOPITIAM::. :: .::CAKAP-CAKAP::..::TALKING PLACES::.-
Jump to:  
Top posters
peace™ (1529)
 
miss-lady (1280)
 
sriteddy™ (1157)
 
salju (1063)
 
lipanx_laut (970)
 
macan_sparrow (742)
 
kuyie (668)
 
raffey-sama (509)
 
arb_mtq (432)
 
luvfama (297)
 
LATEST MOVIE TODAY
.:Sila click pada gambar dibawah untuk download boxoffice movie perak1 semoga terhibur :.