perak1
Selamat datang Ke Perak1 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Perak1 forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .anda juga boleh login forums ini dengan email FB anda danjangan lupa Like Fb perak1:KENALKAN DIRI ANDA:. Perak1 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada khalifah_alammaya2000@yahoo.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli perak1 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Perak1 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari Perak1 forum PASTI CERIA BERSAMA KAMI.
perak1


 
HomeCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Dapatkan Widget Ini Di Aku Punyer Lah! | Get RM100 A Week @ Blogger Tips


Share | 
 

 Kekayaan,Kejayaan dan Kasih Sayang...

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
luvfama
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 297
Join date : 2009-04-30
Age : 31
Location : Negi 9

PostSubject: Kekayaan,Kejayaan dan Kasih Sayang...   Mon May 04, 2009 1:44 am

Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka. Wanita itu bertanya, " Saya tidak fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar.. Silalah masuk kerumah saya dan makan sesuatu."

"Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya.

"Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar."
"Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawab. Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut.

"Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk kedalam sekarang!" Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam.

"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama," mereka menjawab.

"Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu.

Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan :
"Namanya ialah Kekayaan," Dia berkata sambil menunjuk ke arah salah seorang kawannya, dan beralih menunjuk kearah kawan yang seorang lagi, “Dia adalah Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang.." Dia menyambung lagi, "Sekarang masuklah semula kedalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput kedalam rumah."

Wanita itu pun masuk semula kedalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira. "Bagusnya!!" dia berkata. "Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita ini dengan Kekayaan!"

Isterinya tidak bersetuju. "Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?"

Kebetulan, anak perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya :

"Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!"

"Biarlah kita mengikut nasihat anak kita itu," kata suami itu kepada isterinya.

"Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita."

Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana satu di antara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan jadi tetamu kami."

Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah.

Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya.
Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan :

"Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?"

Mereka semua menjawab: "Jika awak menjemput samada Kekayaan atau
Kejayaan, yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, ke mana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya..

Di mana ada Kasih Sayang, di situ juga ada Kekayaan dan Kejayaan!"

***luv all***

Back to top Go down
View user profile
salju
senior
senior


Posts : 1063
Join date : 2009-04-12
Age : 32
Location : mesia

PostSubject: Re: Kekayaan,Kejayaan dan Kasih Sayang...   Thu May 07, 2009 4:08 am

luv... meh sini salju fluk kuat2..

sbb tu biler ada orang tanya salju, pilih yang mana? antara cinta dan duit. salju jugak akan jawab cinta (atau kasih sayang). kerana daripada cinta, hati akan beriktikad untuk berusaha mencari duit, dan akhirnya membuahkan kejayaan.

tetapi andai duit ada, tetapi cinta itu tidak ada, duit akan lama2 abes, ilang. dicuri, disalahgunakan, tidak diberikan pada yang hak (memerlukan), maka rezeki akan jadi singkat. sodih

hehehe.. pendapat salju je ni. yang lain mungkin ada pendapat yang berbeza.

:salju:
Back to top Go down
View user profile
peace™
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 1529
Join date : 2009-04-11
Location : slgr

PostSubject: Re: Kekayaan,Kejayaan dan Kasih Sayang...   Thu May 07, 2009 4:31 am



_________________________________________________




Back to top Go down
View user profile
paklong_baek
senior
senior


Posts : 250
Join date : 2009-05-02
Age : 31
Location : perak-->putrajaya

PostSubject: Re: Kekayaan,Kejayaan dan Kasih Sayang...   Thu May 07, 2009 8:34 am

salju, xnk peluk paklong ke huehue
luv,paklong setuju sumer 2.
Back to top Go down
View user profile
salju
senior
senior


Posts : 1063
Join date : 2009-04-12
Age : 32
Location : mesia

PostSubject: Re: Kekayaan,Kejayaan dan Kasih Sayang...   Thu May 07, 2009 10:58 am

paklong.... nah.. kasi ni kat paklong lagi..

itu namanya tampor dan tumbok2 manje..

sesungguhnya kasih sayang ikhlas itu bersifat abadi..

wallahualam..

:salju:
Back to top Go down
View user profile
luvfama
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 297
Join date : 2009-04-30
Age : 31
Location : Negi 9

PostSubject: Re: Kekayaan,Kejayaan dan Kasih Sayang...   Thu May 07, 2009 5:19 pm

thanks pada salju,peace,maklong...eh silap... paklong...

btol2 semua...
masa luv bc artikel ni terharu giler ngn sikap anak pompuan tu...(mcm luvfama la)
eceh...pasan lak luv ni...

x salah pe yg ayah minta kekayaan masuk... ("Bagusnya!!" dia berkata. "Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita ini dengan Kekayaan!") sebab apa ayah mintak kekayaan? leh korang gitau x?

x salah juga si ibu minta kejayaan masuk... ("Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?" kenapa pulak ibu mintak kejayaan? leh korang gitau?

Back to top Go down
View user profile
··¤(`×[¤ LiE ¤]×´)¤··
Moderator
Moderator


Posts : 228
Join date : 2009-04-14
Location : pantai barat dekat corner tu tau ke

PostSubject: Re: Kekayaan,Kejayaan dan Kasih Sayang...   Thu May 07, 2009 6:35 pm

good informasi



_______________________________________________________________________________________
Back to top Go down
View user profile http://psycholie.blogspot.com
macan_sparrow
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 742
Join date : 2009-04-12
Age : 38
Location : klang

PostSubject: Re: Kekayaan,Kejayaan dan Kasih Sayang...   Thu May 07, 2009 10:09 pm

lie sikat la rambut ko kit terkezut aku ngok pic ko tu...nasib baik ank aku x nmpk klu x mst mlm dia termimpi2 yg seram2 aku gurau je li jgn marah erk... aku nk komen pe kat salju tdi kn dh lupa bab duk ngok pic lie smpi 20x nk pastikn betul ke lie ni??? aku merokok dulu erk nk cari blk warkah komen aku tdi
Back to top Go down
View user profile
salju
senior
senior


Posts : 1063
Join date : 2009-04-12
Age : 32
Location : mesia

PostSubject: Re: Kekayaan,Kejayaan dan Kasih Sayang...   Fri May 08, 2009 12:46 pm

luv...

pada pendapat peribadi salju,

ayah menjemput kekayaan masuk sbb ayah kan perlu memberi nafkah pada isteri, anak2 dan juga ahli keluarganya yang lain. kalo ayah banyak duit, kaya... ayah akan dapat beri kesenangan kepada mereka semua.

mak menjemput kejayaan masuk sbb mak yang telah melahirkan, mengasuh dan mendidik, mahukan anak-anak dan ahli keluarganya berjaya. barulah rasa segala tenaga yang dicurahkan telah dibalas dengan baik oleh anak-anaknya.

itu pendapat peribadi salju je. wallahualam.
Back to top Go down
View user profile
luvfama
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 297
Join date : 2009-04-30
Age : 31
Location : Negi 9

PostSubject: Re: Kekayaan,Kejayaan dan Kasih Sayang...   Fri May 08, 2009 12:57 pm

Quote :
salju wrote :
luv...

pada pendapat peribadi salju,

ayah menjemput kekayaan masuk sbb ayah kan perlu memberi nafkah pada isteri, anak2 dan juga ahli keluarganya yang lain. kalo ayah banyak duit, kaya... ayah akan dapat beri kesenangan kepada mereka semua.

mak menjemput kejayaan masuk sbb mak yang telah melahirkan, mengasuh dan mendidik, mahukan anak-anak dan ahli keluarganya berjaya. barulah rasa segala tenaga yang dicurahkan telah dibalas dengan baik oleh anak-anaknya.

itu pendapat peribadi salju je. wallahualam.

salju...nah amik ni.. sentiasa leh bg jwpn yg bernas...dlm persoalan ni xde sapa salah n btol...just nk dptkan pndangan msing2...luv setuju ngn jwpn peribadi salju...

lain2...
Back to top Go down
View user profile
macan_sparrow
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 742
Join date : 2009-04-12
Age : 38
Location : klang

PostSubject: Re: Kekayaan,Kejayaan dan Kasih Sayang...   Fri May 08, 2009 1:09 pm

salju aku nk bg komen tkt terlebih2 lak nnt nasib baik ko de salju.... luv ngar pe yg salju ckp tu macan nk rokok dulu erk
Back to top Go down
View user profile
··¤(`×[¤ LiE ¤]×´)¤··
Moderator
Moderator


Posts : 228
Join date : 2009-04-14
Location : pantai barat dekat corner tu tau ke

PostSubject: Re: Kekayaan,Kejayaan dan Kasih Sayang...   Fri May 08, 2009 3:01 pm

macan_sparrow wrote:
lie sikat la rambut ko kit terkezut aku ngok pic ko tu...nasib baik ank aku x nmpk klu x mst mlm dia termimpi2 yg seram2 aku gurau je li jgn marah erk... aku nk komen pe kat salju tdi kn dh lupa bab duk ngok pic lie smpi 20x nk pastikn betul ke lie ni??? aku merokok dulu erk nk cari blk warkah komen aku tdi


bro muahahahahahaha

_______________________________________________________________________________________
Back to top Go down
View user profile http://psycholie.blogspot.com
luvfama
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 297
Join date : 2009-04-30
Age : 31
Location : Negi 9

PostSubject: Re: Kekayaan,Kejayaan dan Kasih Sayang...   Sat May 09, 2009 12:03 am

ye macan...luv fhm n dgr la....

kasih sayang mengatasi semuanya...

ingt kn aku je terkejut ngn lie...macan pun ke...tol la seb bek anak macan xtengok...ini pun salah satu cntoh kasih syg kan salju,,,
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: Kekayaan,Kejayaan dan Kasih Sayang...   Today at 9:48 am

Back to top Go down
 
Kekayaan,Kejayaan dan Kasih Sayang...
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
perak1 :: .::INFORMASI::. :: ::SUDUT KAUNSELING:: .::COUNSELING SITE::.-
Jump to:  
Top posters
peace™ (1529)
 
miss-lady (1280)
 
sriteddy™ (1157)
 
salju (1063)
 
lipanx_laut (970)
 
macan_sparrow (742)
 
kuyie (668)
 
raffey-sama (509)
 
arb_mtq (432)
 
luvfama (297)
 
LATEST MOVIE TODAY
.:Sila click pada gambar dibawah untuk download boxoffice movie perak1 semoga terhibur :.