perak1
Selamat datang Ke Perak1 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Perak1 forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .anda juga boleh login forums ini dengan email FB anda danjangan lupa Like Fb perak1:KENALKAN DIRI ANDA:. Perak1 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada khalifah_alammaya2000@yahoo.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli perak1 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Perak1 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari Perak1 forum PASTI CERIA BERSAMA KAMI.
perak1


 
HomeCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Dapatkan Widget Ini Di Aku Punyer Lah! | Get RM100 A Week @ Blogger Tips


Share | 
 

 bersetubuh ketika isteri dalam haid

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
macan_sparrow
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 742
Join date : 2009-04-12
Age : 38
Location : klang

PostSubject: bersetubuh ketika isteri dalam haid   Sun May 03, 2009 10:01 am


Haid ialah darah yang keluar dari rahim wanita yang telah baligh dalam keadaan sihat tanpa sebab-sebab tertentu pada waktu yang diketahui.

Jarak masa keluarnya yang paling singkat ialah sehari semalam secara berterusan atau bersambung-sambung. Atau dalam ertikata yang lain, tempoh di antara mula keluar darah tersebut dengan berhentinya tidak kurang daripada satu hari dan satu malam. Ertinya, sekiranya ia kurang daripada tempoh tersebut, maka ia bukanlah darah haid. Kemungkinan ia darah 'istihadhah' atau darah dengan sebab yang lain. Pada keadaan seperti ini, wanita itu wajib mengqada sembahyangnya sekiranya ada yang terluput.

Tempoh yang paling lama bagi setengah wanita yang kedatangan haid ialah 15 hari ( serta malamnya) walaupun adakalanya haid itu datang secara berputus-putus. Kebiasaannya bagi kebanyakan wanita, tempoh haid mereka hanya enam hari atau seminggu sahaja.

Adakah diharuskan bagi suami melakukan hubungan seks (berjimak) dengan isterinya yang kedatangan haid?

Tidak harus (haram) bagi suami melakukan hubungan seks dengan isterinya yang didatangi haid dan nifas sehinggalah kedua-dua darah itu terhenti dengan sendirinya dan melakukan mandi hadas.
Hukum ini dinyatakan di dalm surah Al Baqarah ayat 222.

Menurut Imam Al Ghazali, melakukan hubungan seks sebelum isteri melaksanakan mandi hadas (selepas haid terhenti) boleh mewariskan penyakit kusta ke atas anak yang lahir hasil hubungan seks tersebut.

Jadi, mengadakan hubungan seks dengan isteri ketika didatangi haid adalah haram dan termasuk di antara dosa-dosa besar. Hukum ini bagi suami yang melakukannya secara sengaja, mengikut kehendak hatinya dan tahu hukum haramnya tanpa menghalalkannya. Sekiranya dia menghalalkannya, maka dia jatuh kufur. Wal'iyazubillah.

Menurut Imam An Nawawi di dalam Raudhah At Thalibin, sekiranya seorang suami menjimak
sterinya ketika didatangi haid dengan sengaja dan tahu hukum haramnya, terdapat dua pendapat ( dalam Mazhab Asy Shafie). Pendapat yang masyhur ialah si suami tidak dikenakan apa-apa hukuman, dia hanya perlu beristighfar dan bertaubat kepada Allah. Disunatkan juga dia bersedekah dengan kadar satu dinar (wang emas di zaman dulu) sekiranya jimak itu dilakukan ketika haid baru keluar dan setengah dinar sekiranya haid hampir berhenti. Isteri tidak dikenakan apa-apa. Sekali lagi diingatkan hukum di atas bagi suami yang melakukannya secara sengaja, tahu hukumnya dan tidak ada paksaan ke atasnya. Tetapi sekiranya suami isteri itu jahil, terlupa atau dipaksa, maka mereka tidaklah berdosa kerana terdapat sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud :

" Sesungguhnya Allah memaafkan ke atas umatku kesilapan, kelupaan dan apa yang berlaku secara paksaan". Kesimpulan yang boleh dibuat ke atas perkara yang berlaku ke atas saudara tersebut seperti berikut :

- Darah yang keluar itu bukanlah darah haid, kerana ia keluar dalam tempoh yang
singkat daripada tempoh sekurang-kurang haid dan tidak disedari. Darah itu berkemungkinan darah istihadhah atau kerana terluka atau sebab-sebab yang lain.

- Seandainya itu darah haidpun, perhubungan seks dengan isteri saudara tadi tidaklah
berdosa kerana darah yang keluar itu tidak disedari dan perkara itu dikira 'kesilapan' yang dimaafkan sepertimana yang tersebut di dalam hadis tadi.
Wallahu Ta'ala A'lam.

Rujukan :

Imam Al Khatib Asy Syarbini : Mughni al Muhtaj.
Imam Al Hushni : Kifayah al Akhyar .
Imam An Nawawi : Raudhah at Thalibin.

Back to top Go down
View user profile
Δone™
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 76
Join date : 2009-11-30

PostSubject: Re: bersetubuh ketika isteri dalam haid   Tue Dec 01, 2009 2:43 am

tidak kah boleh ya bersetubuh dalam keadaan haid..
kalau sekarang katanya ada tisyu kabe tuwh.......
Back to top Go down
View user profile
salju
senior
senior


Posts : 1063
Join date : 2009-04-12
Age : 32
Location : mesia

PostSubject: Re: bersetubuh ketika isteri dalam haid   Mon Jan 18, 2010 5:26 pm

mana boleh buat seks masa isteri dalam haid... haram hukumnya.... selain menyakiti isteri semasa buat hubungan seks, ia juga akan mengundang pelbagai penyakit...
Back to top Go down
View user profile
Admin
Admin
Admin


Posts : 256
Join date : 2009-04-10
Age : 32
Location : gerik,perak

PostSubject: Re: bersetubuh ketika isteri dalam haid   Tue Jul 10, 2012 5:45 pm

macan_sparrow wrote:

Haid ialah darah yang keluar dari rahim wanita yang telah baligh dalam keadaan sihat tanpa sebab-sebab tertentu pada waktu yang diketahui.

Jarak masa keluarnya yang paling singkat ialah sehari semalam secara berterusan atau bersambung-sambung. Atau dalam ertikata yang lain, tempoh di antara mula keluar darah tersebut dengan berhentinya tidak kurang daripada satu hari dan satu malam. Ertinya, sekiranya ia kurang daripada tempoh tersebut, maka ia bukanlah darah haid. Kemungkinan ia darah 'istihadhah' atau darah dengan sebab yang lain. Pada keadaan seperti ini, wanita itu wajib mengqada sembahyangnya sekiranya ada yang terluput.

Tempoh yang paling lama bagi setengah wanita yang kedatangan haid ialah 15 hari ( serta malamnya) walaupun adakalanya haid itu datang secara berputus-putus. Kebiasaannya bagi kebanyakan wanita, tempoh haid mereka hanya enam hari atau seminggu sahaja.

Adakah diharuskan bagi suami melakukan hubungan seks (berjimak) dengan isterinya yang kedatangan haid?

Tidak harus (haram) bagi suami melakukan hubungan seks dengan isterinya yang didatangi haid dan nifas sehinggalah kedua-dua darah itu terhenti dengan sendirinya dan melakukan mandi hadas.
Hukum ini dinyatakan di dalm surah Al Baqarah ayat 222.

Menurut Imam Al Ghazali, melakukan hubungan seks sebelum isteri melaksanakan mandi hadas (selepas haid terhenti) boleh mewariskan penyakit kusta ke atas anak yang lahir hasil hubungan seks tersebut.

Jadi, mengadakan hubungan seks dengan isteri ketika didatangi haid adalah haram dan termasuk di antara dosa-dosa besar. Hukum ini bagi suami yang melakukannya secara sengaja, mengikut kehendak hatinya dan tahu hukum haramnya tanpa menghalalkannya. Sekiranya dia menghalalkannya, maka dia jatuh kufur. Wal'iyazubillah.

Menurut Imam An Nawawi di dalam Raudhah At Thalibin, sekiranya seorang suami menjimak
sterinya ketika didatangi haid dengan sengaja dan tahu hukum haramnya, terdapat dua pendapat ( dalam Mazhab Asy Shafie). Pendapat yang masyhur ialah si suami tidak dikenakan apa-apa hukuman, dia hanya perlu beristighfar dan bertaubat kepada Allah. Disunatkan juga dia bersedekah dengan kadar satu dinar (wang emas di zaman dulu) sekiranya jimak itu dilakukan ketika haid baru keluar dan setengah dinar sekiranya haid hampir berhenti. Isteri tidak dikenakan apa-apa. Sekali lagi diingatkan hukum di atas bagi suami yang melakukannya secara sengaja, tahu hukumnya dan tidak ada paksaan ke atasnya. Tetapi sekiranya suami isteri itu jahil, terlupa atau dipaksa, maka mereka tidaklah berdosa kerana terdapat sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud :

" Sesungguhnya Allah memaafkan ke atas umatku kesilapan, kelupaan dan apa yang berlaku secara paksaan". Kesimpulan yang boleh dibuat ke atas perkara yang berlaku ke atas saudara tersebut seperti berikut :

- Darah yang keluar itu bukanlah darah haid, kerana ia keluar dalam tempoh yang
singkat daripada tempoh sekurang-kurang haid dan tidak disedari. Darah itu berkemungkinan darah istihadhah atau kerana terluka atau sebab-sebab yang lain.

- Seandainya itu darah haidpun, perhubungan seks dengan isteri saudara tadi tidaklah
berdosa kerana darah yang keluar itu tidak disedari dan perkara itu dikira 'kesilapan' yang dimaafkan sepertimana yang tersebut di dalam hadis tadi.
Wallahu Ta'ala A'lam.

Rujukan :

Imam Al Khatib Asy Syarbini : Mughni al Muhtaj.
Imam Al Hushni : Kifayah al Akhyar .
Imam An Nawawi : Raudhah at Thalibin.


_________________________________________________
tolong sama2 majukan forums
Back to top Go down
View user profile http://perak1.forums2u.com
Sponsored content




PostSubject: Re: bersetubuh ketika isteri dalam haid   Today at 5:32 pm

Back to top Go down
 
bersetubuh ketika isteri dalam haid
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Italeri & HobbyBoss Mi-24 hinds
» GURU LIED TO MEGHA

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
perak1 :: .::INFORMASI::. :: ::SEKSOLOGI::-
Jump to:  
Top posters
peace™ (1529)
 
miss-lady (1280)
 
sriteddy™ (1157)
 
salju (1063)
 
lipanx_laut (970)
 
macan_sparrow (742)
 
kuyie (668)
 
raffey-sama (509)
 
arb_mtq (432)
 
luvfama (297)
 
LATEST MOVIE TODAY
.:Sila click pada gambar dibawah untuk download boxoffice movie perak1 semoga terhibur :.