perak1
Selamat datang Ke Perak1 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Perak1 forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .anda juga boleh login forums ini dengan email FB anda danjangan lupa Like Fb perak1:KENALKAN DIRI ANDA:. Perak1 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada khalifah_alammaya2000@yahoo.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli perak1 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Perak1 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari Perak1 forum PASTI CERIA BERSAMA KAMI.
perak1


 
HomeCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Dapatkan Widget Ini Di Aku Punyer Lah! | Get RM100 A Week @ Blogger Tips


Share | 
 

 Kesetiaan Suami

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
sriteddy™
Site Admin
Site Admin


Posts : 1157
Join date : 2009-04-20
Location : a place called heart

PostSubject: Kesetiaan Suami   Sun Apr 26, 2009 5:30 pm

Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja bahkan sudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58 tahun ke sehariannya diisi dengan merawat isterinya yang sakit. isterinya juga sudah tua. Mereka berkahwin sudah lebih 32 tahun

Mereka dikurniakan 4 orang anak.... disinilah awal cubaan menerpa, setelah isterinya melahirkan anak ke empat.....
tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal itu terjadi selama dua tahun.

Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak bertulang lidahnyapun sudah tidak mampu digerakkan lagi.

Setiap hari pak suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, dan mengangkat isterinya ke atas tempat tidur.
Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian.

Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinya tersenyum, dan pak suyatno masih berasa beruntung kerana tempat kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya, sehingga siang hari dia boleh pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya makan. Petangnya dia pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian, dan selepas maghrib dia temankan isterinya menonton tv sambil bercerita apa sahaja yang dia alami seharian.

Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan respons ), pak suyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda dan bergurau dengan isterinya setiap kali menjelang tidur.

Rutin ini dilakukan pak suyatno lebih kurang 25 tahun. Dengan sabar dia merawat isterinya bahkan sambil membesarkan ke empat buah hati mereka, sekarang anak-anak mereka sudah dewasa tinggal si bungsu yang masih kuliah.
Pada suatu hari ke empat anak suyatno berkumpul di rumah orang tua mereka sambil menjenguk ibunya. Kerana setelah menikah mereka tinggal dengan keluarga masing-masing.

Dan pak suyatno tetap merawat ibu kepada anak-anaknya, dan yang dia inginkan hanya satu: semua anaknya berjaya.

Dengan kalimat yang cukup hati2 anak yang sulung berkata: "Pak kami ingin sekali merawat ibu ... Semenjak kami kecil kami melihat bapak merawat ibu dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak, bahkan bapak tidak izinkan kami menjaga ibu."

Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya. ....

"Sudah yang kali keempat kami mengizinkan bapak menikah lagi, kami rasa ibupun akan mengizinkannya. Bila bapak akan menikmati masa tua bapak dengan berkorban seperti ini ...
kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini... kami berjanji akan merawat ibu dengan sebaik-baiknya secara bergantian," ujar anaknya yang sulung merayu.

Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak diduga oleh anak-anaknya.

"Anak-anakku. .... jikalau hidup di dunia ini hanya untuk nafsu.... mungkin bapak akan berkahwin lagi.... tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian di sampingku... . itu sudah lebih dari cukup. Dia telah melahirkan kalian..."
Sejenak kerongkongannya tersekat ... "Kalian yang selalu kurindukan hadir di dunia ini dengan penuh cinta yang tidak dapat dinilai dengan apapun. Cuba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaannya seperti Ini?

Kalian menginginkan bapak bahagia.... Apakah batin bapak dapat bahagia meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang?
Kalian menginginkan bapak yang masih diberi Allah kesihatan yang baik dirawat oleh orang lain....... bagaimana dengan ibumu yg masih sakit?

Sejenak meledaklah tangis anak-anak pak Suyatno... Merekapun melihat butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibunya... Dengan pilu ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu...
Sampailah akhirnya pak Suyatno diundang oleh salah satu stesen TV swasta untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas subuh dan juru acara pun mengajukan pertanyaan kepada pak suyatno...

Kenapa bapak mampu bertahan selama 25 tahun merawat Isteri yang sudah tidak mampu berbuat apa-apa?
Ketika itu pak Suyatno pun menangis.... tamu yang hadir di studio yang kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan haru...

Disitulah pak suyatno bercerita... Jika manusia didunia ini mengagungkan sebuah cinta tapi dia tidak mencintai kerana Allah maka semuanya akan luntur...

Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya.... Sewaktu dia sihat diapun dengan sabar merawat saya... Mencintai saya dengan sepenuh hati zahir dan batinnya bukan dengan mata kepala semata-mata. .. dan dia memberi saya 4 orang anak yang lucu dan baik-baik...

Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah ... Dan itu merupakan ujian bagi saya.
Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya. .. apalagi dia sakit ... Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya mengadu kepada Allah di atas sajadah supaya meringankan penderitaan isteri saya.

Dan saya yakin hanya kepada Allah tempat saya mengadukan rahsia dan segala kesukaran saya...kerana DIA maha Mendengar... .
Back to top Go down
View user profile
salju
senior
senior


Posts : 1063
Join date : 2009-04-12
Age : 32
Location : mesia

PostSubject: Re: Kesetiaan Suami   Sun Apr 26, 2009 5:53 pm

biler terbaca kisah nih, aku teringin nak kongsi kisah benar yang terjadi di tempatku sendiri. bukannya orang lain, tetapi kenalan kepada mak aku sendiri.

kisah cinta indah ini bermula apabila yang lelaki menaiki bas yang sama dengan perempuan tersebut semasa pergi ke sekolah. pada ketika itu, yang lelaki sudah sekolah menengah manakala yang perempuan masih sekolah rendah. tidak lama selepas lelaki tamat pengajian di sebuah maktab perguruan, dia pun mula merisik perempuan tersebut. dipendekkan cerita, mereka pun diijabkabulkan.

seawal perkahwinan, mereka merupakan pasangan yang bahagia. tiba-tiba, satu kejadian menimpa si isteri. isteri tersebut disahkan mengalami ketumbuhan dalam rahim dan menyebabkan rahimnya terpaksa dibuang. dalam keadaan sedih, kedua-duanya terpaksa redha walaupun mereka masih belum sempat dikurniakan cahaya mata lagi.

hidup mereka tidak diduga di situ saja, sehinggalah tak lama selepas itu, si isteri sakit lagi. kali ini lebih teruk di mana ususnya mengalami masalah dan memerlukan wang perbelanjaan untuk pembedahan. di saat ini, si suami dengan suara yang hiba bertanya kepada doktor, "katakan saja mana tempat yang boleh saya hantar supaya isteri saya boleh diubati? katakan saja berapa jumlahnya... saya akan usahakan untuk isteri saya."

di saat isterinya sakit, dialah yang menyuapkan isterinya makan, memandikan isterinya, menjaganya dengan penuh kasih sayang. isterinya seringkali menangis dan banyak kali menyuruh suaminya berkahwin sahaja dengan orang lain. atas sebab, isterinya tak mampu melahirkan zuriat dan juga tak mampu menjaga suaminya. suaminya hanya berlinangan air mata dan mengatakan bahawa dia tidak pernah terfikir untuk berkahwin lain dan tidak pernah terfikir untuk meninggalkan isterinya.

Maha Suci Allah! berkat kesabaran mereka berdua, si isteri telahpun pulih daripada sakitnya. selepas itu, mereka mengambil dua orang anak angkat dan sama-sama membesarkan anak tersebut dengan penuh kasih sayang.

inilah namanya cinta kerana Allah, cinta yang tidak berlandaskan nafsu, paras rupa dan luaran semata-mata... tetapi cinta yang tulus ikhlas, lahir dari hati yang suci... atas nama Allah s.w.t.
Back to top Go down
View user profile
miss_perak.gurlz
junior
junior


Posts : 29
Join date : 2009-04-17
Age : 28

PostSubject: Re: Kesetiaan Suami   Mon Apr 27, 2009 4:40 am

wahhhh..terharu la..
bce kisah nie..
kn besh klu 1 hr nnt wa b'kahwin..
wa nk suami seperti itu..
alangkah bertuah nyer kn..
hehehe..
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/nottygurlz
Sponsored content




PostSubject: Re: Kesetiaan Suami   Today at 1:21 am

Back to top Go down
 
Kesetiaan Suami
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
perak1 :: .::INFORMASI::. :: ::SUDUT KAUNSELING:: .::COUNSELING SITE::.-
Jump to:  
Top posters
peace™ (1529)
 
miss-lady (1280)
 
sriteddy™ (1157)
 
salju (1063)
 
lipanx_laut (970)
 
macan_sparrow (742)
 
kuyie (668)
 
raffey-sama (509)
 
arb_mtq (432)
 
luvfama (297)
 
LATEST MOVIE TODAY
.:Sila click pada gambar dibawah untuk download boxoffice movie perak1 semoga terhibur :.