perak1
Selamat datang Ke Perak1 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Perak1 forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .anda juga boleh login forums ini dengan email FB anda danjangan lupa Like Fb perak1:KENALKAN DIRI ANDA:. Perak1 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada khalifah_alammaya2000@yahoo.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli perak1 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Perak1 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari Perak1 forum PASTI CERIA BERSAMA KAMI.
perak1


 
HomeCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Dapatkan Widget Ini Di Aku Punyer Lah! | Get RM100 A Week @ Blogger Tips


Share | 
 

 Melihat Ketika Dia Tidur

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
peace™
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 1529
Join date : 2009-04-11
Location : slgr

PostSubject: Melihat Ketika Dia Tidur   Sun Apr 26, 2009 2:12 pm


o Pernahkah anda menatap orang-orang
yang anda sayang saat mereka sedang tidur?
Kalau belum, cubalah sekali saja menatap
mereka saat sedang tidur.



o Saat itu yang tampak adalah ekspresi paling
wajar dan paling jujur dari seseorang.

o Seorang artis yang ketika di panggung
begitu cantik dan gemerlap pun
akan tampak polos dan jauh
berbeza jika ia sedang tidur.

o Orang paling kejam di dunia pun
jika ia sudah tidur tak akan tampak wajah bengisnya.

o Perhatikanlah ayah anda
saat beliau sedang tidur.
Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat
dan gagah itu kini semakin tua dan lemah,
betapa rambut-rambut putih
mulai menghiasi kepalanya,
betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya.
Orang inilah yang tiap hari bekerja keras
untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya.
Orang inilah, rela melakukan apa saja asal
perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.


o Sekarang, beralihlah. ...
Lihatlah ibu anda....
Hmm...kulitnya mulai keriput dan tangan
yang dulu halus membelai- belai
tubuh bayi kita itu kini kasar kerana
menempuhi kehidupan yang mencabar demi kita.
Orang inilah yang tiap hari
menguruskan keperluan kita.
Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan
membebeli kita semata- mata
kerana rasa kasih dan sayang,
dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan.

o Cubalah menatap wajah orang-orang
yang kita cintai..sayangi itu...
Ayah, Ibu, Suami,
Isteri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat,
Semuanya...

o Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya.
Rasakanlah energi cinta yang mengalir
perlahan-lahan
saat menatap wajah mereka yang terlelap itu.
Rasakanlah getaran cinta yang mengalir
deras ketika mengingat betapa
banyaknya pengorbanan yang telah
dilakukan orang-orang itu untuk
kebahagiaan anda. Pengorbanan yang kadang-kadang tertutupi oleh
salah faham kecil yang entah kenapa selalu saja nampak besar.

o Secara ajaib Tuhan mengatur agar
pengorbanan itu akan tampak lagi
melalui wajah-wajah jujur mereka
saat sedang tidur.
Pengorbanan yang kadang melelahkan
serta memenatkan mereka
namun enggan mereka ungkapkan.
Dan ekspresi wajah ketika tidur pun
membantu untuk mengungkap segalanya.
Tanpa kata, tanpa suara dia
berkata... "betapa lelahnya..penatnya aku hari ini".
Dan penyebab lelah dan penat itu?
Untuk siapa dia berpenat lelah
Tak lain adalah
KITA.....

o Suami yang bekerja keras mencari nafkah,
isteri yang bekerja keras mengurus dan
mendidik anak, juga rumah.
Kakak, adik, anak, dan sahabat yang
telah menemani hari-hari suka dan duka
bersama kita.

o Resapilah kenangan-kenangan manis dan
pahit yang pernah terjadi dengan
menatap wajah-wajah mereka.
Rasakanlah betapa kebahagiaan dan
rasa terharu seketika menerpa jika
mengingat itu semua.

o Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika
esok mereka "orang-orang terkasih itu"
tak lagi membuka matanya,
untuk selamanya ... "

o MORAL: Lihat apa yang patut saja..

:I-): :I-): :I-): :I-):

Back to top Go down
View user profile
_deal0va_
senior
senior


Posts : 196
Join date : 2009-04-11
Age : 29
Location : Seri Iskandar,Perak

PostSubject: Re: Melihat Ketika Dia Tidur   Sun Apr 26, 2009 3:03 pm

dea sudah pun merasainya....

dan dea nyata x sanggup kehilangan insan sepertinya...

kehilangan mrk2 yg dea syg....

hargailah dia seadanya selagi dia d sisi kamu
Back to top Go down
View user profile
salju
senior
senior


Posts : 1063
Join date : 2009-04-12
Age : 32
Location : mesia

PostSubject: Re: Melihat Ketika Dia Tidur   Thu May 14, 2009 6:18 pm

adoi.. tetiba teringat plak kawan aku..

dia nak panggil aku kak LENA sbb aku nih suka tido LENA.. hahaha..

kesian kawan aku tu.. dia bosan sangat dapat kawan kuat tido dan selalu menghadap lappy.. tau2 je dia dah nak dok kat asrama.. nak kuar dari rumah nih.. adesss...

ok, back to topic. aku teringat kat arwah opah aku. kalo dia tido.. arwah mmg kuat berdengkur. dan ada kalanya arwah mengigau. rasa kesian sangat tengok arwah opah tido.

masa aku kecik dulu, opah yang banyak mengasuh aku dan adik beradik. (pasal tu aku dgn adik beradik ni gaya macam budak kampung walaupun dok kat pekan).

masa kecik2 dulu.. aku mmg tak suka, sbb bising, dan ganggu aku nak tido. tapi biler kenang2 balik... aku rasa rindu nak dengar dengkuran arwah opah tu.

opah penat, sbb tu dia tido berdengkur. sbb masa aku kecik dulu, opah memasak. walaupun ada orang gaji, tapi opah tetap memasak. waktu malam, opah mengajar kami adik beradik mengaji. opah pun bukannya sihat sangat. masa aku sekolah rendah lagi, dia dah sakit kencing manis, darah tinggi dan jantung.

aritu masa kenduri, aku tido dgn makcik aku. tak sangka, makcik aku pun tido berdengkur macam arwah opah. tetiba teringat kat opah.

hmmm...

moga roh opah dirahmati Allah s.w.t. AMIN.
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: Melihat Ketika Dia Tidur   Today at 3:09 pm

Back to top Go down
 
Melihat Ketika Dia Tidur
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
perak1 :: .::INFORMASI::. :: ::SUDUT KAUNSELING:: .::COUNSELING SITE::.-
Jump to:  
Top posters
peace™ (1529)
 
miss-lady (1280)
 
sriteddy™ (1157)
 
salju (1063)
 
lipanx_laut (970)
 
macan_sparrow (742)
 
kuyie (668)
 
raffey-sama (509)
 
arb_mtq (432)
 
luvfama (297)
 
LATEST MOVIE TODAY
.:Sila click pada gambar dibawah untuk download boxoffice movie perak1 semoga terhibur :.