perak1
Selamat datang Ke Perak1 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Perak1 forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .anda juga boleh login forums ini dengan email FB anda danjangan lupa Like Fb perak1:KENALKAN DIRI ANDA:. Perak1 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada khalifah_alammaya2000@yahoo.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli perak1 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Perak1 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari Perak1 forum PASTI CERIA BERSAMA KAMI.
perak1


 
HomeCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Dapatkan Widget Ini Di Aku Punyer Lah! | Get RM100 A Week @ Blogger Tips


Share | 
 

 CERMIN DIRI SENDIRI

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
_deal0va_
senior
senior


Posts : 196
Join date : 2009-04-11
Age : 29
Location : Seri Iskandar,Perak

PostSubject: CERMIN DIRI SENDIRI   Thu Apr 23, 2009 5:24 pm

Daripada Abu Hurairah r. a, bahawasanya Rasullullah SAW telah bersabda, maksudnya:

"Jika ada seseorang berkata: "Orang ramai sekarang ini sudah rosak", maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka." H. R. Muslim

Penerangan Hadis: Iman Nawawi ketika menulis hadis ini dalam kitab Riyadhus Shalihin, beliau memberi penjelasan seperti berikut:

"Larangan semacam di atas itu (larangan berkata orang ramai sudah rosak) adalah untuk orang yang mengucapkan sedemikian dengan tujuan rasa bangga pada diri sendiri ('ujub) sebab dirinya tidak rosak, dan dengan tujuan merendahkan orang lain dan merasa dirinya lebih mulia daripada mereka. Maka yang demikian ini HARAM".

"Adapun orang yang berkata seperti itu kerana ia melihat kurangnya perhatian orang ramai terhadap agama mereka serta didorong oleh perasaan sedih melihat yang di alami oleh mereka dan timbul daripada perasaan cemburu terhadap agama, maka perkataan ini tiada salahnya".

Hadis ini boleh menjadi peringatan kepada kita semua semasa membincang dan menghuraikan masalah-masalah umat Islam sekarang ini. Maka apabila kita membincangkan masalah-masalah umat Islam dewasa ini maka janganlah kita merasa 'ujub dengan diri kita sendiri, bahkan hendaklah kita menegur diri kita masing-masing dan jangan suka menuduh orang lain.

Walaupun hal kerosakan moral umat Islam dewasa ini diketengahkan biarlah pendedahan itu dalam bentuk yang sihat, dengan perasaan yang penuh belas kasihan dan rasa cemburu terhadap ugama, bukan dengan perasaan bangga diri dan memandang rendah kepada orang lain.

Tidak salah membincangkan kerosakan yang berlaku, namun jangan sampai menganggap diri kita 'perfect' dan orang lain tidak setanding dengan kita.

Mudah-mudahan ALLAH swt. dengan limpah kurnia Nya memberikan kepada kita rahmat, taufiq dan hidayah. AMIN

Riwayat: Muslim
Back to top Go down
View user profile
salju
senior
senior


Posts : 1063
Join date : 2009-04-12
Age : 32
Location : mesia

PostSubject: Re: CERMIN DIRI SENDIRI   Sun May 10, 2009 1:07 am

betoi2... aku setuju dgn kenyataan di atas. thanks dea sbb share dgn kami.

tak sangka ada rupanya hadis sohih yang menerangkan tentang kes orang yang memandang rendah pada orang lain. aku baru je baca risalah tentang membentuk pemikiran positif. salah satu tanda orang yang berfikiran negatif ialah dia memandang rendah pada orang lain. dan orang yang memandang rendah pada orang lain sebenarnya dirinya lebih rendah daripada orang yang dikatakannya itu. ini buku tulisan dari barat, nampak sangat barat pun ambik pendekatan psikologi Islam. sesungguhnya Islam adalah agama yang syumul.

ok... kembali kepada topik.

bukan nak kata pe lah, antara sebab aku tak mo pakai tudung labuh bulat macam masa kat sekolah dulu pasal aku tak selesa kalo ada geng masjid/surau tarik aku join dia orang. bukan aku salahkan dia orang, yelah.. mungkin itu caranya nak menarik sesaper join kumpulan dia orang. tapi yang aku tak suka.. ada sesetengahnya idup dalam berkumpulan semata2. macam kumpulan dia orang je yang bagus, orang lain yang tak tutup aurat ker, ho ha.. jalan2, sosial skit.. ditolak ke tepi camtu. kalo tak dipedulikan tu kira ok lagi.. ni siap pandang dengan pandangan tak suka pastu kalo orang camni nak tegor dia orang.. dia orang buat muka tak mo layan je. jgn

pasal tu sekarang aku pakai tudung biasa je. aku selalu bertentang pendapat dengan orang2 daripada kumpulan dakwah yang camni. pemikiran aku selalu menentang arus. bagi aku, orang2 yang kurang berpengetahuan beginilah kita perlu dekati dan selami hati serta jiwa mereka. pastu dalam perlahan2, tarik mereka ke jalan yang sebenarnya dalam Islam. bukan dengan angkuhnya menunjuk kita ni bagus dan merendah2kan orang lain.


mungkin ada yang terlupa mengenai kisah seorang abid bernama barsyisya. beliau merupakan ahli abid (kuat ibadat). rajin berpuasa, berzikir, dan melakukan banyak solat. sehinggakan para malaikat sering memuji barsyisya dan mengatakan barsyisya adalah manusia contoh. tapi Allah s.w.t berkata kepada malaikat bahawa tanggapan mereka salah, iaitu barsyisya akan mati dalam keadaan kufur.

malaikat terkejut sangat dengan kenyataan dari Allah s.w.t. sesungguhNya Allah s.w.t Maha Mengetahui. ditakdirkan pada satu hari, iblis turun dan menyamar sebagai seorang manusia untuk memerangkap barsyisya. masa tu dia mengatakan dia ingin menuntut ilmu dengan barsyisya. biler dia duduk dgn barsyisya, barsyisya sangat kagum tengok ibadat orang tersebut (iblis menyamar) melebihi dirinya sendiri. puasa dan langsung tak berbuka, solat tak henti2...seolah2 tak pernah penat. (mmg ler..dia iblis ma.. mana nak makan nak rehat, kan?)

apabila barsyisya bertanya camner dia boleh camtu, dia menjawab dulu dia seorang yang sangat jahat. jadi dia pun bertaubat. dia mengatakan, ibadat itu akan terasa manis jika seseorang itu pernah bergelumang dengan dosa. alih2 barsyisya pun terpengaruh dgn helah iblis. iblis pujuk barsyisya buat dosa.. semua barsyisya tolak. alih2 iblis kata.. soh dia minum arak. kononnya itu dosa paling ringan.

barsyisya pun pergi ke hujung kampung, dan minum arak. dalam keadaan mabuk, dia merogol seorang wanita. bila dia terjaga, dia berasa takot dan bunuh wanita itu. kejadian itu dilihat oleh seseorang dan dia akhirnya ditangkap. di saat dia hampir dihukum bunuh, iblis menjelma lagi di hadapan barsyisya.

"aku boleh menolong kamu. tapi dengan syarat, kau perlu mengakui bahawa aku ini tuhanmu."

barsyisya menjawab. "bagaimana untuk aku akui semua itu?"

iblis berkata lagi, "cukup sekadar kau tunduk padaku."

di saat barsyisya tunduk, algojo (tukang jalani hukuman bunuh) membunuhnya. akhirnya barsyisya mati dalam keadaan kufur.


jadi kita takleh nak kata orang tu nampak sosial dia tu rosak sampai bila2. kita takleh nak kata orang nih ustaz/ustazah kekal mati dalam iman dan Islam. tengok je artis2 sekarang, ramai yang dah insaf. akhil hayy, siap jadi ustaz lagi. amy search, tengok jelah dia camner sekarang. dan yang paling best, tengok noor kumalasari. transformasi yang dia buat.. aduh! aku sendiri pun tak mampu jadi camtu, dengan pakaian 'prayer ready' (terus boleh bawak solat), dan sentiasa berwudhu. dan tengok.. ada gak kes orang yang belajar agama tertangkap masa tengah buat maksiat dan sebagainya.

apa yang kita leh buat ialah, pada hari ini, berdoa banyak2 pada Allah s.w.t, agar kekalkan kita dalam iman dan Islam. dan kita doakan orang2 yang nampak bermasalah ini agar kembali ke pangkal jalan. kita sepatutnya membimbing mereka, bukannya pandang rendah, menyisih dan mencemuh diri mereka. barulah mereka nampak indahnya Islam dan berminat untuk mendalami Islam lagi.

wallahualam..

Back to top Go down
View user profile
lipanx_laut
Police
Police


Posts : 970
Join date : 2009-04-12
Location : taiping--> ipoh---> kajang ---> taiping

PostSubject: Re: CERMIN DIRI SENDIRI   Sat May 23, 2009 6:18 am

wakaka betui pun apa yg cuba di sampai kan... sbb skang ni ramai yg baru belajar alif ba ta..dah rasa macam khatam satu Al Quran....poooraaahhhhh org cam tu... baru belajar semyang dah rasa macam dia paling Islam....ermmm macam2....

_________________________________________________
~BESAR ~ KERAS~ TEGANG~ PANJANG~
Back to top Go down
View user profile
raffey-sama
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 509
Join date : 2009-04-14
Age : 31
Location : tmn desa manjung point,manjung...huhu

PostSubject: Re: CERMIN DIRI SENDIRI   Sat May 23, 2009 8:33 pm

APE ADE DALAM AGAMA WAT AJE...XBYK SKET...ASAL KN ISTIQAMAH PERBUATAN YG BAIK 2...BTL X?CKP BYK PON XGNE...CKP SKET LG LA...SO...JD KAN DRI E2 SPT SUNGAI..DI CAMPAK APE SAJE DI DALAM IA TETAP MENGALIR JERNIH..

_________________________________________________

KIPASSUSAHSUSAHMATI
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/ruffeykun
sriteddy™
Site Admin
Site Admin


Posts : 1157
Join date : 2009-04-20
Location : a place called heart

PostSubject: Re: CERMIN DIRI SENDIRI   Sun May 24, 2009 5:14 am

btul tu raffey.. terlalu membangga diri pun tak bagus, terlalu merendah diri pun x elok apatah lg memperlekehkan org lain.. Allah nak tarik nikmat yg di beri sekelip mata shj..
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: CERMIN DIRI SENDIRI   Today at 2:54 pm

Back to top Go down
 
CERMIN DIRI SENDIRI
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Purdue 2013 Depth Chart

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
perak1 :: .::INFORMASI::. :: ::SUDUT KAUNSELING:: .::COUNSELING SITE::.-
Jump to:  
Top posters
peace™ (1529)
 
miss-lady (1280)
 
sriteddy™ (1157)
 
salju (1063)
 
lipanx_laut (970)
 
macan_sparrow (742)
 
kuyie (668)
 
raffey-sama (509)
 
arb_mtq (432)
 
luvfama (297)
 
LATEST MOVIE TODAY
.:Sila click pada gambar dibawah untuk download boxoffice movie perak1 semoga terhibur :.