perak1
Selamat datang Ke Perak1 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Perak1 forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .anda juga boleh login forums ini dengan email FB anda danjangan lupa Like Fb perak1:KENALKAN DIRI ANDA:. Perak1 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada khalifah_alammaya2000@yahoo.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli perak1 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Perak1 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari Perak1 forum PASTI CERIA BERSAMA KAMI.
perak1


 
HomeCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Dapatkan Widget Ini Di Aku Punyer Lah! | Get RM100 A Week @ Blogger Tips


Share | 
 

 warkah dari Qil

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
salju
senior
senior


Posts : 1063
Join date : 2009-04-12
Age : 32
Location : mesia

PostSubject: warkah dari Qil   Sun Apr 19, 2009 1:44 am

12:55 pm

Bimsillahirrahmanirrahim



kehadapan semuer insan yang tersayang,

Apa khabar yang semuer orang dirumah? harap2 sihat hendaknyer, qil mintak maaf sebab tak dapat nak jenguk korang semuer disebabkan kesuntukan maser kerja yang amat sangat, tapi itulah dunia, sering menipu kiter dan kiter mempertahankannya dengan pelbagai alasan dan seringkali kiter berhujah tatkala disoal tentang tanggungjawab kiter sebagai seorang hamba Allah, masa tak cemburu pada kiter yang hina, tapi kitalah yang selalu mencemburui masa, bukan kerana disebabkan namanya disebutkan dalam Al-Quran (dan terdapat segolongan manusia yang tak tau pun hakikat ni) tetapi kerana masa tak dapat menemani kiter selalu tertutama pabila kiter memerlukannya.

Adik, Abang dan kakak tercinta,

Qil betul2 mintak maaf sebab selama menjadi salah seorang ahli dari adik beradik ni, selalu melakukan kesalahan terutama sewaktu kecil, qil pijak dan herdik adik, qil maki hamun abang dan kakak, namun semuer itu berubah sedikit demi sedikit, alhamdulillah, Allah memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendakiNYA. telah beberapa kali kiter bergaduh, tak dapat dikira hatta menggunakan keseluruh jari kaki dan tangan, seringkali ia bermula dengan isu yang kecil dan lalu membawa pertengkaran, air yang suam mengalir dari mata, dan setitis tangisan itu membawa pelbagai emosi dan perasaan, dan seiring itu, dosa juga mengalir, tak qil pedulikan waktu itu, biarlah keluar air mata darah sekalipun, hati yang keras ditutupi amarah terasa puas mengeluarkan segala yang terbuku dihati, namun jauh di sudut hati, penyesalan hadir disuatu ruang yang tak dapat dilihat oleh mata kasar, dan dari penyesalan itulah lahir qil yang baru setiap kali pertengkaran yang berlaku. Ampunkanlah dosa qil yang hina ini, diri ini tak dapat lari dari kesalahan yang amat sangat, ego seringkali menuguasai diri, walaupun dihari raya, qil langsung tak dapat nak mintak maaf pada adik sendiri, apalah harga ego seorang abang kepada adiknya…….

Nenek yang sangat dirindui,

Disaat ini kau mungkin terlantar diatas katil tanpa dapat bergerak melakukan apa2, cuma mengaharapkan bantuan yang tersayang menyuapmu makan, menukar lampin mu dimalam hari, mengesat titik peluh didahi, mengangkat mu untuk mandi, mengambil wudhuk.Qil ingat lagi, tangan itu yang menuntun tangan qil sewaktu kecil, tangan itu yang memandikan qil, tangan itu yang menegur qil, tangan itu yang mengajar qil erti kehidupan, dan tangan itu yang mengajar kalimah suci, alangkah mulianya amalmu, menjadi suri sepenuh masa, namun tak pernah lupa tanggungjawab kepada Sang Pencipta, Allah S.W.T. Qil rindukan senyum tawamu, tatkala bergurau senda, nenek tak lokek senyuman, membuatkan qil berasa sayu tatkala bergelak ketawa bersama kawan tanpa ada nenek disisi ketika itu. Apalah erti senyuman itu pabila amarah menguasai diri, nenek diherdik dengan semahunya, dimaki seperti haiwan, bahkan haiwan juga lebih berperikemanusiaan dari Qil ketika itu, sekali lagi air hangat mengalir dicelahan mata yang layu, tidak disangka diwaktu yang lanjut sebegini, dirinya diherdik bagai anak kecil yang melakukan kesalahan. Ampunkanlah kesalahan qil, pabila duitmu dicuri oleh cucumu sendiri, tidak cukup dengan herdikan, kini hartanya dirampas semata2 igin memuaskan hawa nafsu sendiri, bukan sekali, tapi dua kali, tangan yang tak pernah ingat kepada dosa, hanya kerana ia dikawal oleh nafsu yang menguasai diri ini.

Ibu dan Ayah,

Tidak Qil sangka tika warkah ini ditulis, Ibu dan ayah berada disisi, seperti anak2 yang lain, tidak pernah sedikitpun kasihmu dicurahkan lebih, Ibu melihat kami bagai kaki dan tangan sendiri, ayah melihat kami bagai kudrat dan tenaga yang membantu mencari rezeki yang cukup2 sahaja. Air mata ini mengalir deras namun tak mampu berkata apa2, kerisauan terpancar di wajah mu, teringat lagi tika diri ini ditatang bagai minyak yang penuh, tak pernah sedikitpun dilukai, diri ini dijaga dengan baik, sedikit calar bagai luka yang parah dimata mu oh ayah dan ibu, tak pernah ku rasa bahagia sebegini kerana kerisauanmu, bererti kecintaan mu yang tak berbelah bahagi. Jiwa remaja bergelora, seringkali waktu itu Qil langgar segala macam nasihat yang Ibu dan ayah berikan, tak pernah qil buat sebegitu waktu kecil dahulu, kerana waktu remaja, dunia bagaikan suatu peluang untuk diambil tanpa mengira batas yang digariskan Syariat, sumpah seranah mengisi hati bila ditegur berulangkali, seringkali diri ini bertanya, apa salahku? aku ni anak pungutkah? atau…………persoalan begini bermain difikiran tatkala memikirkan pelbagai masalah dan akhirnya nafsu menguasai jiwa, harta ibu dan ayah dicuri, ‘biarlah mereka, baru puas hati aku’ kata nafsu ku, apalah harga sebuah kepuasan berbanding dosa yang diterima, sungguh besar nilai dosa itu yang kan mengheret aku ke neraka Allah dalam kepanasan yang tak dapat diukur dengan akal yang ada.

Kawan yang ku hormati,

sesungguhnya kehadiranmu dalam hidupku membawa seribu erti yang tak dapat aku gambarkan, namun aku mengkhianati semua itu dengan mengikut hawa nafsuku, perasaan mula bermain dijiwa ku, kau tidak kuanggap lagi sebagai kawan, tapi sebagai insan yang terlalu istimewa yang melebihi kasihku kepada ayah, ibu dan Allah. Aku bukan sahaja mengkhianatimu malah aku mengkhianati cinta kepada Pencipta ku yang juga pencipta mu, All S.W.T. Perkenalan kita cuma sekejap sahaja, tidak sampai 2 kali mata ini pejam dan celik, namun kehadiranmu, membawa pelbagai perubahan dalam diriku, diri ini tidak matang untuk menjadikan kau zaujahku (isteriku), dan tidak pula dibenarkan dalam agama untuk menjadikan kau teman istimewa ku, aku hanya mampu menahan kesakitan dihati ini dan menganggap aku sebagai kawanku yang istimewa, aku menyakiti diri ku lagi, dan aku mengkhianati persahabatan ini, terima kasih ku ucapkan padamu atas segala senyum dan tawa yang kau bawa dalam hidupku, namun aku harus meninggalkan mu, bukan kerana keadaan sekarang, tapi aku punya cinta yang lebih utama, iaitu cinta kepada yang Esa, aku tidak mahi bergelumang dalam zina hati yang akan merosakkan jiwa ku dan mencacatkan ibadahku dan mencacatkan hatiku, namun jika jodoh menemukan kita semula, suudah tentu kau ku jadikan zaujahku, aku dapat rasakan yang kita hanya dapat bertemu disana, ampunkanlah aku atas pengkhianatan ini, ampunkanlah aku atas kesilapan ini…………

Allah yang maha agung,

diri ini yang hina menghadapmu dengan penuh rasa hina, kembali kepadamu, telah berkali aku lalai dalam mengerjakan perintahmu, talah berkali aku mensia2kan peluangku untuk menghidupkan malam2ku, apalah erti diri ini tanpa bantuanMU, apalah diri ini berbanding Rasul2mu, apalah erti diri ini berbanding sahabat2, kaum keluarga kekasihMU, aku hanya insan biasa, didalam dunia yang tidak habis2 memperdayakan insan didalamnya, jika punya masa, ingin aku memohon taubat pada mu, namun masa bukan kepunyaanku, aku menghina diri ku sendiri dengan maksiat yang telah aku lakukan, seringkali aku tak dapat merasakan kehadiranMU disisi oleh kerana nafsu menguasai diri, dan benarlah kat kekasihMU, "Seorang anak adam tidak akan mencuri ketika imannya sempurna..", dan imanku dicompang campingkan oleh diriku sendiri yang lalai dengan suruhanMU, sesungguhnya tiada yang dapat menolongku kecuali kau Ya Allah, tiada apa yang dapat menyelamatkan ku dari azab kecuali mu Ya Allah, tapi siapalah aku yang hina ini untuk meminta semuer itu, ia seperti sudah terlabat sekarang, namun doa terus ku panjatkan kerana itulah janjiMU….’Berdoalah padaKu, nescaya akan ku perkenankan permintaanmu…’ adakah aku berada dalam keadaan yang melayakkan aku untuk meohon pertolonganMU, entahlah, aku menyerahkan segala2nya padamu Ya Allah, Ampunkanlah diri ini………….

Mataku semakin berat, tanganku tidak dapat bergerak lagi untuk memegang pena, hanya hatiku yang dapat menulis warkah ini, namun apakah ianya akan sampai pada kalian semua, Hanya Allah yang tahu, Ibu ayah, terima kasih atas jagaan mu, abang adik dan kakak, moga kiter berjumpa lagi disana, nenek, maafkan ku yang pergi dahulu darimu, kawan, moga2 kau bertemu jodohmu yang lebih sempurna imannya dari ku, moga2 kalian ditempatkan dalam jannatullah yang mengalirkan dibawah sungai………

nafas kian perlahan,

mata kian berat,

badan kian lemah,

syahadah hanyalah bisikan yang lemah olehku,

jantung hampir terhenti,

alangkah bahagianya aku ketika ini,

akan bertemu ya rabbi……………..

alhamdulillah……

aku..uu..

bersyu……..

kur………r..r.rr…….

dari Insan yang kau sayang…..

QIL,

(diambil daripada blog http://apekejedinyer.blog.friendster.com/)
Back to top Go down
View user profile
miss-lady
Admin
Admin


Posts : 1280
Join date : 2009-04-10
Age : 28
Location : sabah & perak

PostSubject: Re: warkah dari Qil   Tue Apr 21, 2009 9:01 am

wah
sungguh menyayat hati citer ni
mekaseh kak coz kongsi bersama

_________________________________________________
Kebanyakan dari kita tidak mensyukuri apa yang sudah kita miliki, tetapi kita selalu menyesali apa yang belum kita capai
Back to top Go down
View user profile
 
warkah dari Qil
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Gaara is from Uzumaki clan
» Mangrove bonsai
» Philantus Neruri/Cendrawasih

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
perak1 :: .::INFORMASI::. :: ::SUDUT KAUNSELING:: .::COUNSELING SITE::.-
Jump to:  
Top posters
peace™ (1529)
 
miss-lady (1280)
 
sriteddy™ (1157)
 
salju (1063)
 
lipanx_laut (970)
 
macan_sparrow (742)
 
kuyie (668)
 
raffey-sama (509)
 
arb_mtq (432)
 
luvfama (297)
 
LATEST MOVIE TODAY
.:Sila click pada gambar dibawah untuk download boxoffice movie perak1 semoga terhibur :.