perak1
Selamat datang Ke Perak1 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Perak1 forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .anda juga boleh login forums ini dengan email FB anda danjangan lupa Like Fb perak1:KENALKAN DIRI ANDA:. Perak1 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada khalifah_alammaya2000@yahoo.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli perak1 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Perak1 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari Perak1 forum PASTI CERIA BERSAMA KAMI.
perak1


 
HomeCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Dapatkan Widget Ini Di Aku Punyer Lah! | Get RM100 A Week @ Blogger Tips


Share | 
 

 Darah Tinggi

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
kursus-latihan
Member
Member


Posts : 31
Join date : 2012-08-14

PostSubject: Darah Tinggi   Wed Sep 17, 2014 12:40 pm

Darah Tinggi


Tekanan darah adalah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung. Darah tinggi atau Hipertensi (Inggeris = Hypertension) merujuk kepada Tahap tekanan darah yang meningkat lebih tinggi dari tahap biasa secara kronik. Pesakit yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90 mmHg semasa berehat dijangka mempunyai keadaan darah tinggi.

Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan anda. Jika tekanan darah anda tinggi, doktor anda akan memeriksa semula tekanan darah anda untuk beberapa kali bagi menentukan kadar tekanan darah anda yang sebenar.

Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut - 120 /80 mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik. Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.

Penyebab-penyebab Darah Tinggi - Hypertensi

Penyebab hypertensi selalunya tidak diketahui walaupun selepas pemeriksaan doktor.

Walau bagaimanapun hypertensi boleh disebabkan oleh:

Penyakit buah pinggang
Ubatan seperti steroid, ubat antiradang bukan steroid
Faktor keturunan
Alkohol dan merokok boleh meningkatkan risiko komplikasi hypertensi (termasuk penyakit jantung dan strok/angin ahmar)

Tanda & dan gejala

Selalunya, hypertensi tidak menunjukan sebarang tanda dan gejala.
Kadang-kadang pesakit mungkin mengalami tanda-tanda yang tidak spesifik seperti pening atau sakit kepala.
Periksa tekanan darah anda secara berkala di Klinik Kesihatan berdekatan. Doktor akan menasihatkan anda tentang kekerapan untuk memeriksa tekanan darah.

Komplikasi

Komplikasi-komplikasi Tekanan darah tinggi akan menyebabkan tekanan keatas organ-organ penting terutamanya otak, jantung, buah pinggang dan mengakibatkan kerosakan. Jenis kerosakan bergantung kepada berapa lama dan berapa cepat tekanan darah meningkat.

Peningkatan mendadak tekanan darah
Boleh menyebabkan kekeliruan, khayal, sawan dan kematian, maka hendaklah dirawat segera

Tekanan darah tinggi berterusan. Tekanan berterusan keatas organ-organ tubuh akan menyebabkan :-
jantung- menyebabkan kegagalan jantung, serangan jantung dan kematian
pembuluh darah- pembuluh darah menjadi keras
buah pinggang- mengakibatkan kegagalan buah pinggang
mata- pendarahan dan kerosakan pada kawasan sensitif cahaya dalam mata
otak- strok/angin ahmar

Semua komplikasi di atas dapat di cegah jika anda mendapatkan rawatan awal.

Rawatan

Tekanan darah tinggi anda boleh di rawat secara

Rawatan tanpa ubatan
Anda perlu mengubah cara hidup seperti
Kurangkan pengambilan garam
Meningkatkan aktiviti-aktiviti fizikal
Mengurangkan berat badan jika berlebihan melalui senaman dan pemakanan
Berhenti merokok dan pengambilan alkohol
Hindari stress

Rawatan Ubatan



Klik Sini Untuk Vitamin Suplemen Harian Anda
Back to top Go down
View user profile
 
Darah Tinggi
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
perak1 :: .::JUALAN GARAJ::. :: Internet Biz-
Jump to:  
Top posters
peace™ (1529)
 
miss-lady (1280)
 
sriteddy™ (1157)
 
salju (1063)
 
lipanx_laut (970)
 
macan_sparrow (742)
 
kuyie (668)
 
raffey-sama (509)
 
arb_mtq (432)
 
luvfama (297)
 
LATEST MOVIE TODAY
.:Sila click pada gambar dibawah untuk download boxoffice movie perak1 semoga terhibur :.