perak1
Selamat datang Ke Perak1 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Perak1 forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .anda juga boleh login forums ini dengan email FB anda danjangan lupa Like Fb perak1:KENALKAN DIRI ANDA:. Perak1 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada khalifah_alammaya2000@yahoo.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli perak1 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Perak1 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari Perak1 forum PASTI CERIA BERSAMA KAMI.
perak1


 
HomeCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Dapatkan Widget Ini Di Aku Punyer Lah! | Get RM100 A Week @ Blogger Tips


Share | 
 

 Penyakit Usus

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
kursus-latihan
Member
Member


Posts : 31
Join date : 2012-08-14

PostSubject: Penyakit Usus   Wed Sep 17, 2014 12:14 pm

Penyakit Usus


Sindrom Rengsa Usus atau juga dikenali sebagai Inflammatory bowel disease (IBS) merupakan gangguan terhadap fungsi usus yang ditandai dengan sakit perut yang bukan sahaja berulang-ulang tetapi juga kronik. Antaranya perut memulas, senak, kembung, angin dan perubahan tabiat membuang air besar. Terdapat juga pesakit yang mengalami cirit-birit, sembelit atau gabungan kedua-duanya sekali. Kehadiran darah dalam najis perlu diberikan perhatian serius kerana ia bukan ciri-ciri sindrom Rengsa Usus .

Pembuangan air besar yang normal adalah berbeza-beza di antara tiga ketul najis sehari kepada minimum jumlah yang sama sepanjang minggu. Sekiranya tidak, bahan-bahan kumuh yang tersimpan di dalam badan seseorang dalam jangka masa yang lama boleh mendatangkan pelbagai jenis penyakit kepada tuan punya badan.

Jika orang sihat membuang air besar sama ada satu atau dua kali sehari, ada pesakit sindrom Rengsa Usus yang melakukannya dua kali seminggu atau hanya sekali dalam tempoh dua minggu. Malah dalam kes cirit-birit, terdapat penghidap sindrom Rengsa Usus yang membuang air besar sehingga 10 kali sehari tetapi yang keluar berupa cecair sahaja. Sungguhpun begitu, penghidap sindrom Rengsa Usus masih berasa belum puas dan akan mengulanginya selepas beberapa jam kemudian.

Sindrom Rengsa Usus merupakan masalah perubatan yang kedua kerap diadukan selepas selesema sekali gus menjadi antara penyebab utama ketidakhadiran di tempat kerja. Wanita lebih cenderung mengalami masalah ini berbanding lelaki pada nisbah 2:1 terutamanya sebelum dan semasa datang bulan.

Sindrom Rengsa Usus biasanya bermula pada usia remaja ataupun sebelum seseorang itu menjangkau 40 tahun. Sebahagian besarnya dikatakan tidak mendapatkan nasihat perubatan yang sewajarnya. Punca sebenar sindrom Rengsa Usus masih belum diketahui tetapi faktor utama yang sering kali dikaitkan dengannya ialah interaksi di antara otak dengan usus.

Usus mempunyai banyak bekalan saraf yang akan memberitahu otak kadar kecepatan pengeluaran bahan-bahan kumuh. Saraf yang terlalu aktif boleh menyebabkan usus mengeluarkan najis terlalu cepat (cirit-birit). Saraf yang tidak cergas sebaliknya akan membenarkan najis tinggal terlalu lama di dalam usus (sembelit)!


Pada masa kini penawar sindrom Rengsa Usus masih belum ditemui. Bagaimanapun mereka yang mengalami sindrom Rengsa Usus boleh mengambil langkah-langkah yang di anggap boleh membantu mengawal dan melegakan gejala-gejalanya. Dua langkah utama bagi melegakan sindrom Rengsa Usus adalah :-

mengelak pengambilan ubat-ubatan yang tidak sesuai. Pesakit dinasihatkan untuk berjumpa doktor untuk menukar ubat yang boleh mencetuskan sindrom Rengsa Usus .
mengubah diet dengan mengurangkan pengambilan atau berhenti sama sekali mengambil makanan yang mampu mencetus sindrom Rengsa Usus seperti:-

makanan berlemak
produk tenusu seperti keju dan aiskrim,
coklat,
minuman berkarbonat
minuman berkafeina yang boleh didapati di dalam kopi mahupun soda-soda tertentu.
mengubah diet dengan mengambil makanan yang mampu meringankan sindrom Rengsa Usus terutamanya sembelit, seperti:-
Makanan yang kaya serat seperti bran, roti, bijirin, kacang
buah-buahan (betik, jambu, dan rambutan)
sayur-sayuran termasuk ulam (brokoli, kubis, lobak dan kacang pis mentah)
Menguruskan tekanan yang mampu menyebabkan kekejangan usus lalu mencetus sindrom Rengsa Usus
melakukan senaman ringan bagi menenangkan fikiran.
Mengambil ubat-ubatan yang sesuai. Pesakit dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut dengan pakar perubatan dan pakar gastroenterologi sebelum mengambil ubat-ubatan berkenaan.
laksatif bagi merawat sembelit,
antipasmodik untuk mengurangkan kesakitan serta cirit-birit
antidepresen bagi melegakan kesakitan yang teruk.


Klik Sini Untuk Vitamin Suplemen Harian Anda
Back to top Go down
View user profile
 
Penyakit Usus
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
perak1 :: .::JUALAN GARAJ::. :: Internet Biz-
Jump to:  
Top posters
peace™ (1529)
 
miss-lady (1280)
 
sriteddy™ (1157)
 
salju (1063)
 
lipanx_laut (970)
 
macan_sparrow (742)
 
kuyie (668)
 
raffey-sama (509)
 
arb_mtq (432)
 
luvfama (297)
 
LATEST MOVIE TODAY
.:Sila click pada gambar dibawah untuk download boxoffice movie perak1 semoga terhibur :.