perak1
Selamat datang Ke Perak1 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Perak1 forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .anda juga boleh login forums ini dengan email FB anda danjangan lupa Like Fb perak1:KENALKAN DIRI ANDA:. Perak1 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada khalifah_alammaya2000@yahoo.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli perak1 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Perak1 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari Perak1 forum PASTI CERIA BERSAMA KAMI.
perak1


 
HomeCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Dapatkan Widget Ini Di Aku Punyer Lah! | Get RM100 A Week @ Blogger Tips


Share | 
 

 nape asyik sakit jer ni..huhu

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
miss-lady
Admin
Admin


Posts : 1280
Join date : 2009-04-10
Age : 28
Location : sabah & perak

PostSubject: nape asyik sakit jer ni..huhu   Fri Apr 17, 2009 10:35 am

asalamualaikum..
disini aku nak luahkan tentang rasa hati ku yg berat sungguh
untuk aku tanggung..dan aku masih mencari2 ubat atau
kata-kata semangat dari seorang teman..

seteruk teruk sakit..sakit hati lah yg paling sakit bg ku..
sepedih pedih luka.. luka di hati lebih perih bg ku..
mengapa kau sakitkan aku dengan serang perasaan ku..
mengapa kau tidak boleh memahami ku dan kau membenciku..
tak cukup dengan itu kau memfitnah ku dengan reka ceritamu..
sehingga kawan2 yg anggap aku kwn kini dah anggap aku musuh..
sehingga kawan2 yg aku sayang dulu kini mengatakan meluat terhadap ku,,
kau mengatakan aku iri padamu,kau mengatakan aku kacang lupakan kulit..
sedangkan aku sudah beberapa kali menerangkan padamu akan situasi ku.
dan bila kau merasa terabai,dengan mudah ko mencaci dan menghinaku..
salah kah aku kerana kesibukkan ku tanpa sengaja terabaikanmu.
bukan kah dah berapa kali aku memberi penjelasan..
aku sakit,aku sedih,segala macam perasaan melanda diri ku kini..
bila ku musahabah kan diri,aku tersedar.. tiada guna aku terus begini..
aku harus bangkit dari tidur ku...
aku harus tabah menghadapi semua ini..
kerana aku yakin suatu hari pasti tuhan akan buka kan hati mereka
untuk sedar semua ini..
demi Allah tiada sedikit pon hasad dengki dari lubuk hati ini..
aku harap suatu hari mereka tersedar apa yg mereka wat n mcm mana
mereka layan aku yg tak mengerti ini..
dan aku pula akan sentiasa pastikan hati ini dapat ku pujuk sendiri..
untuk mencari semangat yg hilang di telan oleh hasad dan dengki orang lain..
bermacam cara aku telah buat untuk mengubat hati yg lara ini..
aku menangis di sudut bilik..aku berfikir apa salah ku..
aku luahkan pada sahabat ku..namun sebak hati ini masih membara..
aku berwudhuk lalu aku mengadap tuhan memohon di tenangkan hati ku
oleh Nya..bila dah tenang ada lagi ujian dari Nya..dan sentiasa jugak tanpa jemu
ku mohon ketenangan dri nya..
aku jadi sungguh lemah semangat hingga boleh wat aku menangis bila..
*seseorang bernama teman atau sahabat atau kawan tetiba membenci aku tanpa aku tahu apa sebabnye..
apa yang penting,aku hanya mahu mereka tahu yang aku tidak pernah membenci mereka

luahan hati dari ku seorang yg wanita yg lemah dan berhati tisu..
:


_________________________________________________
Kebanyakan dari kita tidak mensyukuri apa yang sudah kita miliki, tetapi kita selalu menyesali apa yang belum kita capai
Back to top Go down
View user profile
lipanx_laut
Police
Police


Posts : 970
Join date : 2009-04-12
Location : taiping--> ipoh---> kajang ---> taiping

PostSubject: Re: nape asyik sakit jer ni..huhu   Fri Apr 17, 2009 11:18 am

apa yg terjadi ni anis...panjang nye luahan perasaan anis pasai laki ke ni ?
Back to top Go down
View user profile
_megatron_
root_admin
root_admin


Posts : 151
Join date : 2009-04-10
Age : 30

PostSubject: Re: nape asyik sakit jer ni..huhu   Mon Apr 20, 2009 3:34 pm

sabar jak la anis...
aku tau ko kuat.....
jangan la sedih2 lagi....


terbang terbang
Back to top Go down
View user profile
raffey-sama
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 509
Join date : 2009-04-14
Age : 31
Location : tmn desa manjung point,manjung...huhu

PostSubject: Re: nape asyik sakit jer ni..huhu   Mon Apr 20, 2009 10:15 pm

miss-lady wrote:
asalamualaikum..
disini aku nak luahkan tentang rasa hati ku yg berat sungguh
untuk aku tanggung..dan aku masih mencari2 ubat atau
kata-kata semangat dari seorang teman..

seteruk teruk sakit..sakit hati lah yg paling sakit bg ku..
sepedih pedih luka.. luka di hati lebih perih bg ku..
mengapa kau sakitkan aku dengan serang perasaan ku..
mengapa kau tidak boleh memahami ku dan kau membenciku..
tak cukup dengan itu kau memfitnah ku dengan reka ceritamu..
sehingga kawan2 yg anggap aku kwn kini dah anggap aku musuh..
sehingga kawan2 yg aku sayang dulu kini mengatakan meluat terhadap ku,,
kau mengatakan aku iri padamu,kau mengatakan aku kacang lupakan kulit..
sedangkan aku sudah beberapa kali menerangkan padamu akan situasi ku.
dan bila kau merasa terabai,dengan mudah ko mencaci dan menghinaku..
salah kah aku kerana kesibukkan ku tanpa sengaja terabaikanmu.
bukan kah dah berapa kali aku memberi penjelasan..
aku sakit,aku sedih,segala macam perasaan melanda diri ku kini..
bila ku musahabah kan diri,aku tersedar.. tiada guna aku terus begini..
aku harus bangkit dari tidur ku...
aku harus tabah menghadapi semua ini..
kerana aku yakin suatu hari pasti tuhan akan buka kan hati mereka
untuk sedar semua ini..
demi Allah tiada sedikit pon hasad dengki dari lubuk hati ini..
aku harap suatu hari mereka tersedar apa yg mereka wat n mcm mana
mereka layan aku yg tak mengerti ini..
dan aku pula akan sentiasa pastikan hati ini dapat ku pujuk sendiri..
untuk mencari semangat yg hilang di telan oleh hasad dan dengki orang lain..
bermacam cara aku telah buat untuk mengubat hati yg lara ini..
aku menangis di sudut bilik..aku berfikir apa salah ku..
aku luahkan pada sahabat ku..namun sebak hati ini masih membara..
aku berwudhuk lalu aku mengadap tuhan memohon di tenangkan hati ku
oleh Nya..bila dah tenang ada lagi ujian dari Nya..dan sentiasa jugak tanpa jemu
ku mohon ketenangan dri nya..
aku jadi sungguh lemah semangat hingga boleh wat aku menangis bila..
*seseorang bernama teman atau sahabat atau kawan tetiba membenci aku tanpa aku tahu apa sebabnye..
apa yang penting,aku hanya mahu mereka tahu yang aku tidak pernah membenci mereka

luahan hati dari ku seorang yg wanita yg lemah dan berhati tisu..
:


MISS....LUAHAN KO NI BTL2 WAT AKU TERASE N TERINGAT KISAH LPAS YG HITAM LG PEDIH...
BCE RSE NK NGES.. sodih sodih ..
AKU FHM SGT PRASAAN KO NI...SABAR LA...INSYAALLAH...DGN DOA DAN USAHA...ALLAH S.W.T TU MAHA ADIL.
AKU YAKIN AD KO YG KO BLEH WAT N TRUS BGKIT...MULA KN BUKU BARU..GANBATTE MISS-SAN!! cute
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/ruffeykun
peace™
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 1529
Join date : 2009-04-11
Location : slgr

PostSubject: Re: nape asyik sakit jer ni..huhu   Tue Apr 21, 2009 4:15 am

itu sume dugaan dalam hidup..
sume tu di kira cabaran untuk menghadapi alam perkahwinan nanti..
jadi kita kene blaja ape yang kita hadapi ni tuk masa depan kita..
bila kita kawin nanti, kita tau la cara nak atasi masalah2 ni..
supaya rumahtangga kita bahagia...
Back to top Go down
View user profile
sriteddy™
Site Admin
Site Admin


Posts : 1157
Join date : 2009-04-20
Location : a place called heart

PostSubject: Re: nape asyik sakit jer ni..huhu   Tue Apr 21, 2009 5:30 am

hehehe...Miss...ht tisu juga ko ek..aku tgk ko kental jek...
sabo ler Miss..apa pn situasi, kita sedang di uji..hmm Allah menguji umatnya yg mmpu menghadapi ujian..
stay cool Miss...
Back to top Go down
View user profile
miss-lady
Admin
Admin


Posts : 1280
Join date : 2009-04-10
Age : 28
Location : sabah & perak

PostSubject: Re: nape asyik sakit jer ni..huhu   Tue Apr 21, 2009 7:05 am

first anis nak ucap mekaseh kat korang2 sebab sudi baca n beri nasehat..
untuk abg firhan- ini bukan pasai lelaki lah abg ni sal kwn yg salah faham kat anis
untuk mega - mega aku tahu kau tahu apa mksud semua di sebalik luahan kata2 ni sebab aku memang selalu mengadu kat ko so terima kaseh mega sebab sudi bg feedback
untuk raffey lak- thank bebanyak raffey insyaALLAH miss akan lebih tabah..n mekaseh sebab bg kata2 semngat
untuk peace- lorr ni bukan sal nak berumah tangga lah peace adui saye takkan luah kat sini soal cinta atau nak berumah tangga saya hanya luah kat blog saye jer lau soal cinta tu ape2 pon peace terima kaseh bebanyak sebab sudi bg kata2 nasehat
untuk sri - sri ni kan saje je tau aku tak pasti lah aku ni hati kental ke hati tisu tp yg
pasti aku ni cepat mengeluarkan air mata bila kesedihan tak terbendung
terutamanya bila ia di sebab kan seorang kwan yg aku sayang
gelak lak yer kamu ape pon sri thanks coz sudi bace
mudah2an lah ALLAH SWT akan selalu memelihara aku dr sifat hasad dengki syaitan tu
dan memberi aku petunjuk jalan kebenaran insyaALLAH

n thank you verry much to you all i love u all

_________________________________________________
Kebanyakan dari kita tidak mensyukuri apa yang sudah kita miliki, tetapi kita selalu menyesali apa yang belum kita capai
Back to top Go down
View user profile
··¤(`×[¤ LiE ¤]×´)¤··
Moderator
Moderator


Posts : 228
Join date : 2009-04-14
Location : pantai barat dekat corner tu tau ke

PostSubject: Re: nape asyik sakit jer ni..huhu   Tue Apr 21, 2009 12:15 pm

beselah kan setiap insan yang begelar manusia ni mmg ada masalah
sebab ujian dan masalah tu datang nya dari Allah S.W.T
kerana DIA sengaja utk menguji keimanan dan ketaqwaan kita
orang yang melalui saat2 susah dengan sabar dan tabah mmg di sayangi oleh NYA..
apa yang penting setiap masalah yg kita lalui akan lebih mematangkan kita
tu kamu kene igt yew nis apa pon smile always
Back to top Go down
View user profile http://psycholie.blogspot.com
scrollock
root_admin
root_admin


Posts : 66
Join date : 2009-04-25
Age : 38
Location : www.facebook.com/scr0ll0ckstore

PostSubject: Re: nape asyik sakit jer ni..huhu   Sun Apr 26, 2009 11:12 am

ermm sedih nyer anis... camni lah ape kata kalau ko jadi kekasih aku ... insyallah akan tenang dunia siang malam mu...<--kata2 manis seseorg jejaka malaya.... lau sudi bgtahu k...lock menunggu ni..wakakaka



juz call me 'lock' ya http://print-ur-life.blogspot.com
Back to top Go down
View user profile http://www.facebook.com/scr0ll0ckstore
salju
senior
senior


Posts : 1063
Join date : 2009-04-12
Age : 32
Location : mesia

PostSubject: Re: nape asyik sakit jer ni..huhu   Sun Apr 26, 2009 5:29 pm

terlebih dulu aku nak penumbok lock... nah.. ambik ko.. ambik ambik.. ko jangan menggatal dgn adik aku ok? tapi kalo adik aku merelakan.. aku pun tumpang gembira.. kekeke..

ehem.. siyes skit.

bismillahirrahmanirrahim...

adikku yang tersayang,

manusia adalah makhluk yang unik serta terlalu sukar diramal kerana mereka boleh berubah dalam masa yang terlalu pantas. segala macam teori psikologi pun tak mampu merungkaikan pemikiran dan tingkahlaku manusia yang kompleks. manusia diberikan akal fikiran yang menyebabkan diri mereka mempunyai kelebihan dan keunikan berbanding makhluk Allah s.w.t yang lain. malangnya, perkara-perkara yang tidak sepatutnya pula dilakukan manusia atas kerana lemahnya iman, dan akal fikiran bergabung tenaga dengan nafsu, ditambah dengan hasutan syaitan yang menyebabkan berlaku pelbagai perilaku yang menyimpang daripada fitrah manusia yang merupakan khalifah Allah s.w.t di muka bumi nih.

adik,

memang terlalu sukar untuk menerima kenyataan bahawa orang yang kita percaya, yang kita sayang... itulah yang menikam kita dari belakang, sehinggakan seluruh alam membenci kita hanya kerana kata-kata fitnah yang dilontarkan oleh orang yang rapat dengan kita. terasa dunia ini tidak selamat setelah dikhianati oleh kawan baik sendiri sebegitu.

adalah normal untuk adik berasa sedih, terkilan, sakit hati dengan apa yang telah terjadi. jiwa terasa lemah longlai, sakit dengan permainan manusia yang tidak habis-habis mengganggu. kita sebagai seorang sahabat telah membuat yang terbaik, tetapi masih belum dapat memuaskan hati sahabat kita. adik... jika kita cuba berfikir dalam2, siapalah kita untuk manusia lain hargai sebenarnya? sedangkan ibu yang melahirkan pun masih wujud anak derhaka, ayah yang bekerja membanting tulang mencari rezeki juga ada yang memaki, dan yang paling menyedihkan.... Allah s.w.t yang menciptakan manusia pun, terlalu ramai manusia yang tidak tahu bersyukur, malahan memarahi Dia hanya kerana sedikit permintaannya tidak terkabul.

adik..

akak suka tengok adik sekarang. adik sekarang tak macam yang mula2 akak kenal dulu. meskipun pahit, sakit macam mana pun, adik mampu tabah, senyum, gembira. adik mampu positifkan diri adik dan meneruskan hidup dengan tabah. adik sekarang dah ada forum, ramai kawan2 kat sini support adik. yes! you move on with your life! and i really thank to Allah s.w.t who gives you such test and make you stronger... and stronger...

ujian Allah s.w.t itu hanya untuk yang termampu sahaja sayang. bersyukurlah adik diuji dengan ujian yang hebat, kerana hanya yang terbaik dan terhebat sahaja diuji. semakin tinggi ujian Allah, tandanya semakin Allah s.w.t sayangkan adik dan mahu adik menjadi lebih baik lagi.

setiap titis air mata kesedihan itu tidak akan sia-sia adik. kerana di saat adik mengadu pada Yang Maha Mencipta... dia akan mendengar rintihan adik kerana Dia Maha Mendengar dan Maha Memahami. bersabarlah, redhalah.. bertawakallah! moga Allah s.w.t menghadiahkan sesuatu yang lebih bermakna andai adik terus tabah dalam menghadapi dugaan hidup ini..

salam sayang....

anime
Back to top Go down
View user profile
_deal0va_
senior
senior


Posts : 196
Join date : 2009-04-11
Age : 29
Location : Seri Iskandar,Perak

PostSubject: Re: nape asyik sakit jer ni..huhu   Sun Apr 26, 2009 5:54 pm

sayu hati dea baca akak salju nya post...

mmg dea tertarik ngan segala yg akak salju taip...

sbb byk motivasi bg dea....

dlu kini dan selamenye dea suke

terpegun dgn kelebihan yg ALLAH swt ciptakn tuk akak salju kita neh

pd anis... all da best ok syg


semoga berjaya dlm hidup awk :-*:
Back to top Go down
View user profile
raffey-sama
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 509
Join date : 2009-04-14
Age : 31
Location : tmn desa manjung point,manjung...huhu

PostSubject: Re: nape asyik sakit jer ni..huhu   Mon Apr 27, 2009 7:19 am

hanya yg terbaik utk kamoO semua...AMIN!!!
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/ruffeykun
miss-lady
Admin
Admin


Posts : 1280
Join date : 2009-04-10
Age : 28
Location : sabah &amp; perak

PostSubject: Re: nape asyik sakit jer ni..huhu   Tue Apr 28, 2009 11:10 pm

for all my beloved forumer n friend..
once again i want to say thank you verry much to you all
sebab singgah dan baca sejenak luahan perasaan diri ini..
tak cukup dengan itu di balas pulak dengan komen2 yg memberi kekuatan
pada diri ini untuk tabah dan lebih bersemangat untuk menghadapi apa
jua keadaan..insyaAllah..


for akak lina my beloved sis..


akak,anis ucap juta juta terima kaseh pada akak,jika ada lebih lg dr juta itu
itulah juga bnyk nya rasa terima kaseh anis pada akak..sebab akak masih sudi singgah
di ruangan luahan perasaan anis ni..dan akak jugak sudi beri komen yg mempunyai saribu satu mksud dalam setiap apa yg akak taipkan sudah cukup wat hati anis sebak bukan sedih tp terharu dengan kata2 akak yg berunsur untuk beri semngt dan kekuatan pd adek akak ni..
anis hmm anis entah la nak kata apa lg tp yg penting anis mintak doa pada yg maha esa supaya di ketuknya hati akak menyampaikan rasa terima kaseh anis yg tak terhingga kat akak ni..
thanks a lot my love sis

for lie


ya betul tu lie..terima kaseh sebab bg aku kata2 nasehat dan semangat.

.

for lock


ermm thanks reply komen


for dea


thanks syg :-*: :-*: :-*:

_________________________________________________
Kebanyakan dari kita tidak mensyukuri apa yang sudah kita miliki, tetapi kita selalu menyesali apa yang belum kita capai
Back to top Go down
View user profile
uncle
junior
junior


Posts : 155
Join date : 2009-04-30

PostSubject: Re: nape asyik sakit jer ni..huhu   Sun May 03, 2009 11:11 am

Di antara doa Rasulullah s.a.w ialah...

Allahumma inni a'uzubikka min zawaali... Niqmatika watahawulii...
'Afiiyatika wa' fujaa-ati... Niqmatika wajami'ii sakhatika...

Wahai Allah..!! aku berlindung dengan Mu dari kehilangan nikmat yg telah Engkau berikan... dari menurunnya kesihatan... dari siksaan yg mendadak dan dari setiap kemarahan Mu...

InsyaAllah...
Back to top Go down
View user profile
tupai_jantan
senior
senior


Posts : 8
Join date : 2009-04-17
Age : 31
Location : klang

PostSubject: Re: nape asyik sakit jer ni..huhu   Sun May 03, 2009 7:26 pm

Code:
[code][color=red]ala kawan2 base la tu tak leh tgk mmb lbih sikit kt sini la ko nk tau mana sahabat ko n mana kawan ko.lagi pon manusia tak bleh lari dari hasad & dengki kan.so tu la dugaan yg perlu di tempuhi dalam hidup yg dapat menguji kematangan kita dalam membuka keputusan dan akibat nya.yg penting trus kan hidup...kejar imppian kita,keluarga n masyarakat... maju lah sukan untuk negara[/color][/code]
perang
Back to top Go down
View user profile http://bogon_07@yahoo.com
miss-lady
Admin
Admin


Posts : 1280
Join date : 2009-04-10
Age : 28
Location : sabah &amp; perak

PostSubject: Re: nape asyik sakit jer ni..huhu   Mon May 04, 2009 11:15 am

ermm ok mekaseh tupai
huhu tatau nak cakap ape dah

_________________________________________________
Kebanyakan dari kita tidak mensyukuri apa yang sudah kita miliki, tetapi kita selalu menyesali apa yang belum kita capai
Back to top Go down
View user profile
_megatron_
root_admin
root_admin


Posts : 151
Join date : 2009-04-10
Age : 30

PostSubject: Re: nape asyik sakit jer ni..huhu   Mon May 04, 2009 12:09 pm

hangat topic ni......
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: nape asyik sakit jer ni..huhu   Today at 12:16 am

Back to top Go down
 
nape asyik sakit jer ni..huhu
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
perak1 :: .::KOPITIAM::. :: .::LUAHAN PERASAAN::..::HEARTS FEELING::.-
Jump to:  
Top posters
peace™ (1529)
 
miss-lady (1280)
 
sriteddy™ (1157)
 
salju (1063)
 
lipanx_laut (970)
 
macan_sparrow (742)
 
kuyie (668)
 
raffey-sama (509)
 
arb_mtq (432)
 
luvfama (297)
 
LATEST MOVIE TODAY
.:Sila click pada gambar dibawah untuk download boxoffice movie perak1 semoga terhibur :.