perak1
Selamat datang Ke Perak1 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Perak1 forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .anda juga boleh login forums ini dengan email FB anda danjangan lupa Like Fb perak1:KENALKAN DIRI ANDA:. Perak1 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada khalifah_alammaya2000@yahoo.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli perak1 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Perak1 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari Perak1 forum PASTI CERIA BERSAMA KAMI.
perak1


 
HomeCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Dapatkan Widget Ini Di Aku Punyer Lah! | Get RM100 A Week @ Blogger Tips


Share | 
 

 Hala Tuju Bola Sepak Negara

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
.cex
KAUNSELOR SITE
KAUNSELOR SITE


Posts : 4
Join date : 2012-07-08
Age : 29

PostSubject: Hala Tuju Bola Sepak Negara   Mon Jul 09, 2012 3:11 pm

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada skuad bola sepak Kelantan kerana berjaya mempertahankan kejuaran Liga Super buat kali yg kedua berturut-turut.Sesungguhnya saya merasakan Kelantan berada pada tahap/level yg lebih tinggi berbanding pasukan lain walaupun kadangkala aksi penyokong Kelantan mencemar imej pasukan itu.Di harap skuad The Red Warrior akan lebih maju di masa hadapan dan dapat mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

Suka saya ingatkan para pembaca yang Piala Suzuki (AFF Cup) akan berlangsung pada November tahun ini di mana Malaysia dan Thailand menjadi tuan rumah bersama.Malaysia selaku juara bertahan akan turun beraksi untuk mempertahankan kejuaran yang dimenangi pada tahun 2010 menewaskan pasuakan pilihan Indonesia dengan agregat (4-2).Di sebalik kemenangan yang dikecapi skuad Harimau Malaya dua tahun yang lalu,saya merasakan tidak banyak yang berubah pada mutu/kualiti permainan skuad negara kita.Ini kerana persembahan skuad negara agak tidak konsisten dan kadangkala menggoyahkan.

Friendly - 01 February 2012 Malaysia 5 – 0 Kelantan FA
Friendly - 24 February 2012 Sabah FA 0 – 1 Malaysia
Friendly - 29 February 2012 Philippines 1 – 1 Malaysia
Friendly - 24 March 2012 Sarawak FA 1 – 1 Malaysia
Friendly - 28 April 2012 Malaysia 6 – 0 Sri Lanka
Friendly - 28 May 2012 Malaysia 2 – 1 Felda United FC
Friendly - 1 June 2012 Malaysia 0 – 0 Philippines
Friendly - 8 June 2012 Singapore 2 – 2 Malaysia
Friendly - 12 June 2012 Malaysia 2 – 0 Singapore

Rekod menang lima perlawanan,empat seri dari 9 perlawanan tidaklah dapat dibanggakan sangat kerana pasukan lawan adalah jauh lebih lemah dan jauh ketinggalan dari skuad negara.Justeru itu,peluang skuad Harimau Malaya dalam Piala Suzuki tahun ini saya lihat agak samar berbanding pasukan seperti Indonesia,Singapura yang pretasi mereka semakin meningkat.

Melihatkan permainan skuad negara dan pasukan-pasukan yang beraksi di dalam Liga Super,saya dapati masih terdapat banyak kelemahan yang harus dibaiki,dikaji dan perubahan segera mesti dilakukan.Di sini saya nyatakan beberapa kelemahan yang sempat saya analisa dari perlawanan-perlawanan persahabatan skuad negara dan perlawanan di Liga Super.

1-Playmaker
-bola sepak dunia telah berkembang sejak 10 tahun kebelakangan ini di mana setiap team akan ada seorang perancang/playmaker dalam pasukan tersebut.Skuad negara juga mempunyai playmaker iaitu kapten pasukan Safiq Rahim.Malangnya bagi saya,Safiq masih tercari-tercari idea dan kreativiti untuk melakukan through ball ke arah pemain serangan/striker.Saya akui Safiq bertindak cemerlang bila menyarung jersi negara tetapi peranan Safiq sebagai playmaker dalam skuad Selangor bagi saya masih tidak effektif dan Safiq kadangkala tidak konsisten.Tugas utama playmaker adalah untuk mengawal tempo/rentak permainan(dictated tempo),merancang serangan,mencari peluang untuk menghantar through ball/through pass,dan kadangkala membantu pertahanan bila pasukan lawan menyerang.Playmaker boleh dibahagikan kepada dua kategori berbeza iaitu midfielder playmaker dan deep-lying playmaker.Berbeza dengan midfield playmaker yang beraksi lebih ke hadapan,deep-lying playmaker atau defensive midfielder playmaker beraksi agak ke bawah dan posisi ini sebenarnya sangat unik bagi saya kerana hanya ada tiga atau empat pemain sahaja di dunia ini yang berjaya memainkan peranannya dengan begitu sempurna.Andrea Pirlo (Juventus FC),Xavi Hernandez (FC Barcelona),Xabi Alonso (Real Madrid CF) adalah contoh nama-nama besar yang bermain di posisi playmaker.

2-Stamina
-pujian harus saya berikan pada pemain-pemain yang berbangsa India seperti Subramaniam,Chanturu,Gunalan kerana pemain-pemain ini saya lihat begitu kuat dan tahap stamina mereka begitu tinggi.Gunalan contohnya sangat effektif di bahagian sayap/winger kerana mampu untuk berlari naik dan turun tanpa kelihatan penat.Saya tidaklah bermaksud mengatakan pemain Cina atau Melayu tidak ada stamina tetapi pendapat saya pemain berbangsa India mempunyai stamina yang cukup untuk setiap perlawanan.

3-Wing back
-saya lihat kita tidak mempunyai wing back yang diharapkan mampu untuk naik ke atas dan membuat hantaran lintang/cross kepada target man,jika ada pun hanya mampu naik dan tidak berjaya menyempurnakan hantaran/cross ke arah target player.Saya kagum melihat aksi Mahali,Asarudin Putra,mereka dilihat sebagai tonggak penting skuad negara,mereka mampu untuk support serangan dan berjaya bertahan dengan baik.Saya harap kedua-dua pemain ini diberi peluang yang secukupnya melihatkan persembahan mereka yang saya rasa boleh lagi dipertingkatkan.

4-Passing
-pembaca semua dapat lihat dalam perlawanan-perlawanan dalam Liga Super di mana passing player-player kita sangat lemah,pelik dan kadangkala melucukan.Saya tidak nafikan hantaran-hantaran yang bermutu tetapi kita dapat lihat pemain-pemain terlalu ghairah untuk menghantar bola tetapi tidak tahu ke mana untuk dihantar.Ini kerana kurangnya kreativiti di kalangan pemain-pemain dan ini seharusnya diteliti oleh semua pihak agar mutu/kualiti bola sepak kita dihormati oleh lawan.Saya rasa tidak keterlaluan untuk saya nyatakan bahawa passing merupakan perkara pertama yang menjadi masalah kepada pasukan negara.Saya tidaklah mengharap kita dapat bermain corak tiki-taka Sepanyol,ball possession Barcelona atau counter-attack game seperti kelab-kelab EPL,apa yang saya harapkan kita dapat membaiki mutu hantaran/passing dalam setiap perlawanan.

Walau apa pun kelemahan yang ada pada pasukan negara,kita sebagai rakyat Malaysia wajar menyokong skuad Negara dan liga bola sepak tempatan.Saya akui pasukan kita masih muda,masih mentah,perlukan lebih banyak pendedahan,diharap FAM menitik beratkan pembangunan bola sepak di Malaysia dengan mencungkil bakat-bakat baru dan mengadakan lebih banyak program bola sepak supaya generasi akan datang berupaya mengharumkan nama negara.Suka juga saya memberi pendapat di sini bahawa seharusnya penyertaan orang-orang politik/raja-raja di dalam FAM sepatutnya dielakkan.Berilah peluang kepada orang-orang yang pakar dalam bola sepak untuk menerajui pasukan bola sepak kerana mereka ini lebih arif dan mahir dalam permainan ini.Akhir kata saya ucapkan selamat berjaya kepada skuad bola sepak negara semoga lebih berjaya di masa hadapan!

~Lajnah Sukan dan Rekreasi Perak 1
Back to top Go down
View user profile
pelam
Member
Member


Posts : 19
Join date : 2012-07-09
Age : 29

PostSubject: Re: Hala Tuju Bola Sepak Negara   Mon Jul 09, 2012 6:56 pm


_________________________________________________
AUWWW AUWW
Back to top Go down
View user profile
c_toon
senior
senior


Posts : 10
Join date : 2012-07-08
Age : 23

PostSubject: Re: Hala Tuju Bola Sepak Negara   Tue Jul 10, 2012 12:55 am

bola sepak
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: Hala Tuju Bola Sepak Negara   Today at 9:00 am

Back to top Go down
 
Hala Tuju Bola Sepak Negara
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
perak1 :: .::INFORMASI::. :: ::SUDUT SUKAN & PERMAINAN::. .::SPORT AND GAMES SITE::.-
Jump to:  
Top posters
peace™ (1529)
 
miss-lady (1280)
 
sriteddy™ (1157)
 
salju (1063)
 
lipanx_laut (970)
 
macan_sparrow (742)
 
kuyie (668)
 
raffey-sama (509)
 
arb_mtq (432)
 
luvfama (297)
 
LATEST MOVIE TODAY
.:Sila click pada gambar dibawah untuk download boxoffice movie perak1 semoga terhibur :.