perak1
Selamat datang Ke Perak1 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Perak1 forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .anda juga boleh login forums ini dengan email FB anda danjangan lupa Like Fb perak1:KENALKAN DIRI ANDA:. Perak1 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada khalifah_alammaya2000@yahoo.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli perak1 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Perak1 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari Perak1 forum PASTI CERIA BERSAMA KAMI.
perak1


 
HomeCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Dapatkan Widget Ini Di Aku Punyer Lah! | Get RM100 A Week @ Blogger Tips


Share | 
 

 di sebalik mimpi

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
salju
senior
senior


Posts : 1063
Join date : 2009-04-12
Age : 32
Location : mesia

PostSubject: di sebalik mimpi   Sun May 16, 2010 11:18 am



lama dah tak bukak topic.

pernah tak korang bermimpi? tak logik la kalo tak pernah bermimpi kan? lol!

dari sudut teori psikoanalisis sigmund freud, mimpi diterjemahkan sebagai minda bawah sedar manusia. ketakutan, kebencian, dendam dan juga keinginan seksual dijelmakan oleh otak semasa manusia sedang tidur... yang dipanggil sebagai mimpi.

manakala daripada sudut teori gestalt pula, mimpi merupakan terjemahan daripada unfinished business (pengalaman lampau yang menghantui, yang tak boleh nak dilupakan) oleh manusia.

walau apa jua teori psikoterapi yang wujud... manusia sudah lama mengalami mimpi. seperti mana ayahanda nabi yusuf, yang bermimpi bahawa anaknya nanti akan diangkat menjadi rasul apabila di antara 13 bintang, muncul satu bintang yang sangat terang benderang.

dan seperti abdul muttalib (datuk rasulullah s.a.w) juga pernah bermimpi ketika ibu baginda rasulullah s.a.w mengandungkannya, beliau bermimpi bahawa bayi yang lahir itu bakal menjadi pemimpin masyarakat arab jahiliyyah pada ketika itu.

kalo lelaki nak baligh pun mimpi gak. malas nak explain mimpi pe.. nanti kena banned plak topik ni... takot dgn polis kat sini.

jadi...

apakah mimpi anda malam tadi?

sejauh mana anda percaya pada mimpi?

adakah mimpi anda sebagai petunjuk?

ataupun sekadar terjemahan rasa ketakutan, kebencian dan harapan dalam diri anda?

aku ada beberapa kisah mimpi yang nak dikongsi bersama.

kes pertama:

masa tu lah kan...aku tengah angau giler kat sorang kawan aku. aku sayang dia sangat2. pastu kan... satu hari, aku mimpi dia tinggalkan aku. dia terus blah camtu je. beria2 aku kejar dia.. dia langsung tak pandang aku. dia masuk dalam keter, terus tutup tingkap.. dan berlalu pergi. aku menanges bagai nak gila masa tu.

dan memang mimpi itu merupakan petunjuk. dalam kemelut hubungan kami sebagai sahabat - kekasih tak beberapa nak berkasih, akhirnya si dia memilih seorang gadis yang sangat cantik, sopan, menjaga agamanya, intelek, hebat... sebagai isterinya yang sah.

maka benarlah mimpi itu... bahawa dia meninggalkan aku. dan aku terasa kehilangannya ketika mana dia meninggalkan aku. :cry2:tu pasal la dalam mimpi tu aku menanges bagai nak giler je.

kes kedua:

ada sorang kawan aku, dia sebok menguruskan program di universitinya. baru je lepas seorang ahli jawatankuasa menarik diri daripada program tu.. kawan aku jadi serabut sangat.

kemudian, beberapa hari sebelum tu... dia mengigau. dia bermimpi, ada ramai lagi kawan-kawan dia yang menarik diri daripada program tersebut. mmg dia sangat serabut dan terbawa-bawa sampailah keesokkan harinya, dia update status dia untuk bagitau mimpi dia tu.

tetapi takde pun kawan2 dia yang lain tinggalkan dia sebenarnya. cuma sorang tu je pun pada awalnya.

dalam kes ini, mimpi itu ditafsirkan sebagai ketakutannya, kebimbangannya. otaknya berfikir sesuatu yang buruk akan berlaku, dan otaknya melahirkan daya imaginasi itu melalui mimpi di waktu malamnya.

kesimpulan

mimpi boleh jadi petunjuk, petanda daripada Allah s.w.t. mimpi juga boleh menjadi mainan syaitan, di mana syaitan akan membisikkan rasa ketakutan, kebimbangan yang teramat sangat, dendam, amarah manusia lalu diterjemahkan ke dalam mimpi manusia.

jangan mudah terpedaya dengan mimpi anda.

yang paling penting.. pasrahlah kepadaNya. kerana hanya Dia yang Maha Mengerti.
Back to top Go down
View user profile
 
di sebalik mimpi
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
perak1 :: .::KOPITIAM::. :: .::CAKAP-CAKAP::..::TALKING PLACES::.-
Jump to:  
Top posters
peace™ (1529)
 
miss-lady (1280)
 
sriteddy™ (1157)
 
salju (1063)
 
lipanx_laut (970)
 
macan_sparrow (742)
 
kuyie (668)
 
raffey-sama (509)
 
arb_mtq (432)
 
luvfama (297)
 
LATEST MOVIE TODAY
.:Sila click pada gambar dibawah untuk download boxoffice movie perak1 semoga terhibur :.