perak1
Selamat datang Ke Perak1 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Perak1 forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .anda juga boleh login forums ini dengan email FB anda danjangan lupa Like Fb perak1:KENALKAN DIRI ANDA:. Perak1 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada khalifah_alammaya2000@yahoo.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli perak1 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Perak1 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari Perak1 forum PASTI CERIA BERSAMA KAMI.
perak1


 
HomeCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Dapatkan Widget Ini Di Aku Punyer Lah! | Get RM100 A Week @ Blogger Tips


Share | 
 

 RENUNGAN KITE BERSAMA.......

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
peace™
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 1529
Join date : 2009-04-11
Location : slgr

PostSubject: RENUNGAN KITE BERSAMA.......   Fri Apr 17, 2009 4:32 am

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"

Katanya "Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara"

Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,

Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,

Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,

"Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",

"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",

"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",

"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,


Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"

"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"

"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,

"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,

Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,

Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,


FAMILY

Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?

Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.

Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.
Bukankah begitu?

Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah anda makna "FAMILY"?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU

SELAMAT HARI IBU BAGI IBU-IBU SEMUA JASA MU TETAP DI KENANG DAN HANYA ALLAH DAPAT MEMBALASNYE
Back to top Go down
View user profile
Admin
Admin
Admin


Posts : 256
Join date : 2009-04-10
Age : 32
Location : gerik,perak

PostSubject: Re: RENUNGAN KITE BERSAMA.......   Fri Apr 17, 2009 7:14 am

bila ku baca dan hayati air mata terus bercucuran mengalir keluar
terima kasih kerana berkongsi topik ini
Back to top Go down
View user profile http://perak1.forums2u.com
sriteddy™
Site Admin
Site Admin


Posts : 1157
Join date : 2009-04-20
Location : a place called heart

PostSubject: Re: RENUNGAN KITE BERSAMA.......   Tue Apr 21, 2009 10:28 am

Hai...sri tumpang topik ni ek...meh kita renung bersama

ORANG KATA....
enjoy sementara muda,
hidup panjang lagi,
dah tua nanti tobatlah.


ATUK KATA...
orang muda hidup memang baru bermula,
tapi belum tentu masih panjang lagi,
entah esok lusa Izrail datang menjemput.


AKU RASA.....
betul jugak tu..

ORANG KATA...
exam tu susah, kena banyak sacrifice,
constant study.. past year papers..etc...etc..etc..


ATUK KATA...
exam tu senang aje, dah ada tarikh untuk diuji,
dah ada syllabus untuk di ikut, kalau ajal.. entah bila sesiapapun tak tahu,
banyak pula tu peringkat ujiannya,
Munkar, Nankir, Neraca Mizan, tayangan slide..


AKU RASA...
betul jugak tu..

ORANG KATA...
have fun on your birthday, panggil kekawan and sedara mara,
berpartylah sepanjang malam, make it memorable one!!


ATUK KATA...
setiap hari jadi, kita semakin
hampir, hampir setahun dengan kematian,
setahun lagi diberi untuk beramal, bertaubat..


AKU RASA...
betul jugak tu..

ORANG KATA...
kerja mesti sungguh-sungguh, beli rumah besar, kereta mewah, makan lazat,
baru hati puas


ATUK KATA...
ye ke hati dah puas??
dah cukup ibadah nak tempah kubur luas-luas?
dah siap kenderaan meluncur Siratul Mustaqim?
dah cukup zikir untuk santapan rohani?
dah cukup amal nak 'book' tempat Al-Firdaus?


AKU RASA...
betul jugak tu..

ORANG KATA...
successful people have a good time management,
ada bisnes di KL, New York, Tokyo ....
masih sempat berkempen untuk pilihanraya,
masih sempat melepas lelah di disko dan karaoke,
masih sempat pasang perempuan 2-3, baru orang boleh respect!


ATUK KATA...
setiap manusia dapat 24 jam dlm sehari, tapi..
ada masa ke untuk sujud di sejadah 5 kali sehari semalam?
ada masa ke nak jenguk ibu ayah di kampung,
sekali dalam seminggu, atau sebulan, atau setahun?


AKU RASA...
err.. betul jugak tu..

So......

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tidak sehebat dan seindah SULAIMAN,

Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,

Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,

Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W.


Betul jugak tu…

Apa kata kita mula sekarang!


Back to top Go down
View user profile
peace™
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 1529
Join date : 2009-04-11
Location : slgr

PostSubject: Re: RENUNGAN KITE BERSAMA.......   Tue Apr 21, 2009 10:54 am

cantik sungguh ayat2 renungan tu..
tq... sudi kongsi..

mari kita sama2 fikir2kan nye.
jgn fikir lelama sudah..
nanti dah nak mati pon tak abis pikir lagi..
Back to top Go down
View user profile
sriteddy™
Site Admin
Site Admin


Posts : 1157
Join date : 2009-04-20
Location : a place called heart

PostSubject: Re: RENUNGAN KITE BERSAMA.......   Sun Apr 26, 2009 5:23 pm

Baca la best.. RENUNG RENUNGKAN...

Al-kisahnya seorang jutawan telah menulis satu wasiat -barang siapa yang
dapat menjaganya di dalam kubur setelah beliau mati nanti akan diwarisi
separuh dari harta peninggalannya. Lalu ditanya pada anak-anak semua
adakah mereka sanggup menjaganya di dalam kubur nanti.

Lantas menjawab anak, mana mungkin kami sanggup menjagamu wahai ayah
kerana pada masa itu ayah sudah pun menjadi mayat.

Selang keesokan dipanggil semua adik-beradiknya dan beliau berkata,
"Wahai adik-adikku sekalian sanggupkah kamu menjaga akan daku setelah
aku mati nanti bersama selama 40 hari di dalam kubur yang kuhias indah
seperti banglo mewah ini dan aku juga akan memberi setengah daripada
harta ku kepada di antara kamu yang sanggup bersamaku."

Adik-adiknya pun menjawab, "Wahai abangku, adakah engkau sudah gila mana
mungkin manusia sanggup bersama mayat selama itu di atas bumi inikan
pula di dalam tanah."

Lalu dengan sedih jutawan tersebut membawa diri ke kamarnya. Beliau
masih bertegas dengan hajatnya yang ingin ditemani di dalam kubur nanti
apabila beliau sudah mati nanti. Dipanggil setiausahanya supaya
diwar-warkan di dalam akhbar dan media akan wasiatnya itu.

Akhirnya sampai jugalah hari di mana jutawan tersebut kembali ke
rahmatullah. Kuburnya dihias indah dan digali seperti sebuah banglo di
dalam tanah yang mempunyai kemudahan harian selama 40 hari.

Pada waktu yang sama seorang Tukang Kapak yang sangat miskin telah
mendengar akan wasiat tersebut lalu diberitahu kepada isterinya apakah
dia perlu mengambil kesempatan ini untuk menjadi kaya.

Isterinya berkata, "Wahai suamiku, apalah sangat menjaga mayat tersebut
selama 40 hari dibandingkan kerja-kerjamu di dalam hutan bertemu harimau
dan hantu bajang ketika menebang kayu. Lagi pun makanan disediakan.

Tukang kayu tersebut dengan tergesa-gesalah ke rumah jutawan tersebut
untuk memaklumkan kepada waris jutawan tersebut akan niatnya.

Keesokan harinya dikebumikanlah jenazah jutawan tersebut walaupun
mendapat bantahan dari orang-orang yang tahu akan agama. Si Tukang Kapak
tu pun ikut sekali turun ke dalam tanah bersama kapaknya.

Setelah tujuh langkah para hadirin meninggalkan tanah perkuburan maka
datanglah Mungkar dan Nakir ke dalam kubur tersebut.

Si Tukang Kapak yang tahu sedikit pasal agama menyedari akan siapa yang
hadir itu pun menjauhkan diri dari mayat jutawan tersebut. Terdetik di
fikirannya bahawa sudah tiba masanya jutawan tersebut akan disoal oleh
Mungkar dan Nakir..

Tetapi sebaliknya yang berlaku, Mungkar dan Nakir telah menuju ke
arahnya dan lalu berkata.

Apa yang kau buat di sini?

Aku menjaga mayat tersebut selama 40 hari untuk mendapat setengah harta
wasiatnya.

Apa harta yang kau ada sekarang?

Aku cuma ada sebatang kapak ini sahaja untuk mencari rezeki.

Dari mana kau dapat kapak ni?

Aku membelinya.

Lalu hilanglah Mungkar dan Nakir di hari pertama di dalam kubur
tersebut.

Hari kedua di tanya pula, apa yang kau buat dengan kapak ni?

Aku menebang pokok untuk dijadikan kayu api untuk dijual.

Hari ketiga di tanya lagi pasal kapak tersebut pokok siapa yang kau
tebang dengan kapak ni?
Kat hutan mana ada orang punya pokok.

Adakah kau pasti?

Lalu hilang lagi Mungkar dan Nakir hari ke empat.

Adakah kau potong pokok tersebut dengan kapak ini ukurannya dan beratnya
sama untuk dijual?

Aku potong cincai-cincai je, mana boleh ukur sama rata lalu hilang dan
muncul Mungkar dan Nakir tersebut selama 39 hari dan soalannya tetap
sama berkisarkan kapak tersebut.

Di hari terakhir yang ke 40, datanglah Mungkar dan Nakir sekali lagi
bertemu dengan Tukang Kapak tersebut.

Berkata Mungkar dan Nakir hari ini hari terakhir aku bersamamu buat
seketika tapi aku akan bertanya pasal kapak ini. Belum sempat Mungkar
dan Nakir menyoal beliau, si Tukang Kapak tersebut telah melarikan diri
ke atas dan membuka pintu kubur tersebut.lalu di perhatikannya begitu
ramai orang sudah menantikan kehadirannya untuk keluar dari kubur
tersebut.

Si Tukang Kapak tersebut dengan tergesa-gesa keluar dan meninggalkan
mereka semua dan sambil berkata ambillah korang semua harta tersebut dan
aku tidak menginginkannya lagi.

Sesampai di rumahnya lalu si isteri berkata wahai suami ku, di manakah
setengah harta peninggalan jutawan tersebut.

Maka jawab si Tukang Kapak. Aku tidak mahukannya lagi. Sedangkan harta
aku yang ada kat dunia ini hanya kapak. Tapi apa yang di soal Mungkar
dan Nakir selama 40 hari semuanya hanya pasal kapak ini. Apa akan jadi
sekiranya harta aku begitu banyak. Bagaimana dapat aku menjawabnya.

Moral Of Story : bersyukurlah dgn apa yg kita ada
Back to top Go down
View user profile
sriteddy™
Site Admin
Site Admin


Posts : 1157
Join date : 2009-04-20
Location : a place called heart

PostSubject: Re: RENUNGAN KITE BERSAMA.......   Tue Apr 28, 2009 5:46 am

Renungkanlah. ..

Kalau anda pikir anda masih islam
bacalah....kalau
tidak......Allah saja yang tahu...
Message: Tolonglah ambil masa 2 minit untuk
membaca ini....kalau lebih dua
minit tu bukan membaca la tu..tapi mengeja..

Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi
MahaPengasih. ..

Bayangkan benda ini berlaku pada anda..... Suatu
hari pada masaSembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebihkurang1, 000 jemaah...tiba- tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji
mata dan membawa mesin gun..... lalu salah seorang lelaki tu bertempik ""Sesiapa yang sanggup MATIkerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"Selepas mendengar amaranlelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu... Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imanmulakan sembahyang Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah.... Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas.
selain terhibur anda fikirlahlah. ..

" Lawak kan , dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya
20 yg betul-betul beriman... "" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun... . dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah..baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."

"Lawak, ada juga yang agamanya cuma
seminggu sahaja..tu pun bila time
sembahyang jumaat.... tunjuk muka kat org
kampung.. ada tu lagi dashyat
setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."

"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip
dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dsalam al Quran"
"Lawak kan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"
"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup masa..
Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama
Lawak kan ???/ Kenapa gelak/ tu kan realiti.. tapi yg paling lawak sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain... berapa orang yang akan buka email ni untuluangkan masa membaca? berapa banyak????
wallahuaallam
lol!
Back to top Go down
View user profile
sriteddy™
Site Admin
Site Admin


Posts : 1157
Join date : 2009-04-20
Location : a place called heart

PostSubject: Perlukah Ingat Mati   Tue Jun 02, 2009 8:34 am

Salam,
Untuk Renungan Bersama.



Kematian ada di mana-mana, pasti akan datang.
Bila tiba saatnya pasti kita akan dijemput, tidak
kira usia, waktu dan musim. Kita tidak dapat me-
nolaknya. Dan bilakah jenazah kita akan di tanam
kedalam tanah.

Alangkah baiknya kita sentiasa mengingati hari
kemudian untuk menghadapinya, tiada jalan yang
paling baik melainkan beriman pada hari akhirat.
yaitu hari terakhir daripada alam maya ini, juga
disebut dengan hari qiamat.

Perlu mencari bekalan untuk hari akhirat dan lenyap-
lah kecintaan yang melampau batas terhadap duniawi.
Jauhi dari kecintaan yang hina dan rendah nilainya.

Orang yang melupakan kematian, akan sentiasa
melakukan segala sesuatu tanpa kawalan, dia akan
melakukan kezaliman, maksiat, dosa, menipu orang
dan sebagainya tanpa batasan.

Fiman ALLAH yang bermaksud,
" Katakanlah! bahawasanya kematian yang engkau
hendak lari daripadanya itu akan mendatangi engkau,
kemudian kamu semua akan di kembalikan kepada
Dzat Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang
nyata, kemudian akan diberi tahu kepada kamu apa-
apa yang engkau lakukan".
(Surah al-Jumu'ah,ayat :8)

Maksud Hadith,
" Jika engkau berada pada waktu pagi, janganlah
engkau menunggu petang ( bagi mencari bekal meng-
hadapi mati), jika engkau berada pada waktu
petang, janganlah engkau menunggu pagi.Ambillah
manfaat sewaktu hidupmu untuk bekal kematianmu,
dan ketika engkau masih sehat untuk sakitmu".
( Diriwayatkan oleh Ibnu Hibban)

Manusia yang tenggelam dalam kemewahan dunia,
dijajah oleh hawa nafsu dan diikat dengan perbuatan
maksiat amat sedikit mengingati kematian. Mungkin
tidak mengingati kehadhiran malaikat maut membawa
perintah ALLAH untuk mengambil nyawanya, malah
tidak timbul perasaan takut atau sedih kerana mengi-
ngatkan yang bakal dihadapi nanti, yang pasti gelisah
tentang harta bendanya dan kemewahan yang akan di-
tinggalkan.

Ingatlah tiga perkara yang di tinggalkan iaitu.
1- Sedekah yang sentiasa mengalir
2- Ilmu yang memberi manfaat
3- Anak yang soleh yang mendoakan untuknya.
Back to top Go down
View user profile
miss-lady
Admin
Admin


Posts : 1280
Join date : 2009-04-10
Age : 28
Location : sabah & perak

PostSubject: Re: RENUNGAN KITE BERSAMA.......   Tue Jun 02, 2009 9:25 am

renungkan la wahai kengkawan

_________________________________________________
Kebanyakan dari kita tidak mensyukuri apa yang sudah kita miliki, tetapi kita selalu menyesali apa yang belum kita capai
Back to top Go down
View user profile
grandson
junior
junior


Posts : 40
Join date : 2009-06-01

PostSubject: Re: RENUNGAN KITE BERSAMA.......   Wed Jun 03, 2009 8:28 am

daku takut ng kematian... daku blom cukup ilmu...
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: RENUNGAN KITE BERSAMA.......   Today at 2:55 pm

Back to top Go down
 
RENUNGAN KITE BERSAMA.......
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Kite Tenjo
» Kite in Arc-V
» Sly vs Doomlord619
» "THE TALKING MACHINE"
» Fubu's GFX-- Free I Guess

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
perak1 :: .::INFORMASI::. :: ::SUDUT KAUNSELING:: .::COUNSELING SITE::.-
Jump to:  
Top posters
peace™ (1529)
 
miss-lady (1280)
 
sriteddy™ (1157)
 
salju (1063)
 
lipanx_laut (970)
 
macan_sparrow (742)
 
kuyie (668)
 
raffey-sama (509)
 
arb_mtq (432)
 
luvfama (297)
 
LATEST MOVIE TODAY
.:Sila click pada gambar dibawah untuk download boxoffice movie perak1 semoga terhibur :.