> KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia
> bukan saja bertujuan
> untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi
> menjauhkan stress serta
> berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan
> tubuh.
>
> Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England
> Journal of Medicine
> menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan
> masa selama setengah
> jam berendam dalam air suam dapat menurunkan
> tingkat gula darah sekitar
> 13 peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10
> minit berendam dalam air
> panas dapat memperbaiki kesihatan jantung
> terutamanya untuk lelaki.
>
> Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu
> yang mengamalkannya.
>
> Mengeluarkan racun:
>
> Mandi air panas sekitar 32
> hingga 35 darjah Celsius
> membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan
> toksin. Mandi air panas
> membantu menurunkan tingkat gula darah,
> menyembuhkan sakit otot dan
> membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan
> baik. Waktu yang
> dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.
> tepat. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12
> hingga 18 darjah Celsius.
> Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan
> ketegangan. Ia dapat
> menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula
> darah.
>
> Jangkitan kulit: Penyakit kulit tertentu seperti
> ruam atau gatal-gatal
> boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik
> (sodium bicarbonate) ke
> dalam air mandian. Ia bertindak sebagai
> antiseptik. Isikan air ke bekas
> mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk
> sehingga rata. Digalakkan
> untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.
>
> Selesema dan sakit kepala: Merendam kaki dalam air
> panas membantu
> menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan
> kembali kaki yang
> lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas
> sehingga menenggelamkan
> pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis
> minyak seperti
> lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh
> dengan air sejuk.
> Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.
>
> Insomnia: Merendamkan kaki dalam air dingin sangat
> baik kepada anda yang
> mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah
> tidur. Masukkan kaki
> sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna
> bagi kaki lelah,
> pendarahan hidung, selsema dan sembelit.
_________________________________________________
Kebanyakan dari kita tidak mensyukuri apa yang sudah kita miliki, tetapi kita selalu menyesali apa yang belum kita capai