perak1
Selamat datang Ke Perak1 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Perak1 forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .anda juga boleh login forums ini dengan email FB anda danjangan lupa Like Fb perak1:KENALKAN DIRI ANDA:. Perak1 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada khalifah_alammaya2000@yahoo.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli perak1 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Perak1 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari Perak1 forum PASTI CERIA BERSAMA KAMI.
perak1


 
HomeCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Dapatkan Widget Ini Di Aku Punyer Lah! | Get RM100 A Week @ Blogger Tips


Share | 
 

 MARI SALING BELAJAR BAHASA NEGERI MASING2

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
miss-lady
Admin
Admin


Posts : 1280
Join date : 2009-04-10
Age : 28
Location : sabah & perak

PostSubject: MARI SALING BELAJAR BAHASA NEGERI MASING2   Mon Feb 01, 2010 9:49 pm



hai .. hek hek.. miss dapat idea lg nak kongsi

sebelum tu kan.. miss nak bg tau la actually miss ni serba serbi kekurangan dalam pengetahuan tentang internet n pc ni.. ape tah lg YM lg la noob..
so takde mende nak kongsi sal itu semua
but lau sal lain leh arr
haipp.. jgn yg lain tu bukan yg lucah2 lak

hehe.. miss dapat idea nak bukak topic saling belajar bahasa masing2.. dr negeri ke negeri, daerah ke daerah , dan negara ke negara masing2 lar..

contoh nya kan.. miss nak sangat belajar bahasa kelantan..
bahasa anak mami ka (penang)
atau bahasa pekat org kedah ke
hehe.. but ape pon kan, lau free2 tu kongsi la apa saja bahasa yg korang tau dan jgn lupa translate kan ke bahasa melayu tau

ok miss pembukak topic, so miss mulakan dulu..
miss berbangsa brunai yg dok kat sabah sebelah kimanis papar, so miss nak kongsi sedikit2 bahasa brunai pada kengkawan yg nak tahu sal bahasa kg miss..
lau yg taknak tau tu p dok jejauh sana jgn sibuk kat sini k diamlah

Code:
* kadiaku : saya, aku
* kadika'ou: engkau
* biskita : anda
* bisdurang: mereka
* paradian : saudara-mara
* nada : tiada
* inda : tidak
* auwoo : ya
* indung : ibubapa/orangtua
* tatak : potong, pancung
* bedudun : berziarah, bekunjung
* coiek : mangkuk, bekas utk makan.
* buyuk : tipu, kelentong
* bepadah : memberitahu/bilang
* palui : bodoh
* gohit : teruskan
* gustan : undur
* kalat : tali
* durung : rumah
* hantap : terlalu
* raba : tukun
* iskul : sekolah
* banar : betul
* ngambur : memancing
* kelamari : kelmarin
* dian : lilin
* kurapak : cakap
* malamari : senja,petang
* menyeluru : memomokkn, mengusik
* papak : kunyah,gigit
* tarabah : terjatuh
* pasir : pantai
* siuk : syok
* tarabang : terbang
* lauk : ikan
* sumpak : sumbing, chipping
* kajar-kajar : mengigil
* piasau : kelapa
* manjarang : memasak, menanak
* batah : lama
* gulaian : sayur
* lurus : betul
* lai : sayang, panggilan untuk anak2 kecil
* damit : kecil
* bibi : muncung, merajuk
* rista : khabar
* liat : lihat,tengok
* olah : perangai
* ibun : gurau senda
* ngalih : penat,letih
* mulih : balik,pulang
* bisai : cantik
* jajal/gauk : nakal

pandai tah biskita berkurapak bahasa berunai sbab aq udah bepadah biskita ...
siuk bah study bhasa berunai ani... nda payah pigi iskul... = mksudnya : pandai la awak cakap bahasa brunai sebab aku dah bg tau kat awak, syok lah study bahasa brunai ni.. tak perlu pergi sekolah..


so kawan2 kat luar sana, rasa2 busan tu mai lah join sini kongsi2 bahasa yg anda tahu.. biar kita saling belajar bahasa.. senang je kan topic ni
miss sndiri pon tergelak tgk bahasa mendalam brunai bahasa miss sndiri ni... sebab jarang gak guna dah sebab dok semenanjung kan.. lg pon mak miss pon kekadang speak in inglish, n miss paham cuma nak speak balek kat mak tu tergeliat lidah so balas bahasa melayu je la kat dia

happy learning friends

_________________________________________________
Kebanyakan dari kita tidak mensyukuri apa yang sudah kita miliki, tetapi kita selalu menyesali apa yang belum kita capai
Back to top Go down
View user profile
salju
senior
senior


Posts : 1063
Join date : 2009-04-12
Age : 32
Location : mesia

PostSubject: Re: MARI SALING BELAJAR BAHASA NEGERI MASING2   Sun May 16, 2010 5:29 pm

aku nak share loghat pe yer? loghat perak dah biasa dengar ye tak? tapi mungkin ada jugak yang tak tahu. takperlah.. kongsi je.. kalo ada salah tolong betoikan yer?

selait - lampu suluh/torchlight
menyerinding - senget
subuh sepi'ie/gek ege - pagi2 buta
piantan maghrib - tengah senja/masuk waktu maghrib
moncah - mewah
merosah - mendesak
nyadin - selamber
meloroh - tido
ate - abis tu


contoh ayat:

teman jenuh mencari selait, rope2nye menyerinding balik pintu. menyelongkor rumah abis dari subuh sepi'e lagi.. sampai piantan maghrib baru nak jumpe. ate, bergelap je le nampaknye. nyadin je mike meloroh dalam gelap yer?

maksud: saya penat mencari lampu suluh. rupa2nya ada tersandar/senget di belakang pintu. mencari satu rumah daripada pagi2 buta sampai la ke waktu senja. abistu, bergelap je la nampaknya. selamber je kamu tido dalam gelap yer?


hehe.. betoi ker ni? belasah jela.. sipu loghat perak, arwah opah dah meninggal.. jadi takleh ler nak check betoi ker tak apa yang aku tulis ni. kawan2 lain ada komen pape tak? share jugak la loghat tempat anda.. kot2 korang keturunan banjar, jawa, mandailling, rawa, kampar... pun ada bahasa suku kaum korang jugak kan?
Back to top Go down
View user profile
 
MARI SALING BELAJAR BAHASA NEGERI MASING2
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Buzzard Cam 1 - Mari and Mihkel
» Mai-HiME: Manga or Anime?
» Upsala Ekeby (Sweden)
» Tumhari Paakhi written Update 3rd feb
» NATSU, GRAY, LUCY , ERZS VS NARUTO, SASUKE, SAKURA, HENATA VS LUFFY, ZORO, NAMI, ROBIN

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
perak1 :: .::KOPITIAM::. :: .::CAKAP-CAKAP::..::TALKING PLACES::. :: .::CERITA KEDAI KOPI::.-
Jump to:  
Top posters
peace™ (1529)
 
miss-lady (1280)
 
sriteddy™ (1157)
 
salju (1063)
 
lipanx_laut (970)
 
macan_sparrow (742)
 
kuyie (668)
 
raffey-sama (509)
 
arb_mtq (432)
 
luvfama (297)
 
LATEST MOVIE TODAY
.:Sila click pada gambar dibawah untuk download boxoffice movie perak1 semoga terhibur :.