perak1
Selamat datang Ke Perak1 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Perak1 forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .anda juga boleh login forums ini dengan email FB anda danjangan lupa Like Fb perak1:KENALKAN DIRI ANDA:. Perak1 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada khalifah_alammaya2000@yahoo.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli perak1 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Perak1 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari Perak1 forum PASTI CERIA BERSAMA KAMI.
perak1


 
HomeCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Dapatkan Widget Ini Di Aku Punyer Lah! | Get RM100 A Week @ Blogger Tips


Share | 
 

 Arkib Kategori ‘Informasi Dadah’

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
+++(>>zh4f<<)+++
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 128
Join date : 2009-11-16

PostSubject: Arkib Kategori ‘Informasi Dadah’   Fri Jan 29, 2010 6:21 pm

Ketamin

Ketamin pula sejenis ubat bius haiwan yang kerap disalahgunakan. Ketamin yang sering disalahgunakan adalah dalam bentuk tepung putih dengan cara ‘smoked’ dan ‘snorted’ untuk mendatangkan kesan khayalan seperti dibius.

Kesan-Kesan Pengambilan
Berkhayal, mudah terangsang, euphoria, kadar denyutan nadi yang tinggi, tidak dapat tidur dan halusinasi. Kurang pertimbangan dan koordinasi boleh menyebabkan risiko kecederaan yang besar, mengakibatkan kecederaan diri, tingkahlaku yang ganas, paranoia, tertekan atau kebimbangan serta pengulangan yang tidak diramal.

Inhalan

Solven-solven organic, nitrous oxide, nitrite, aerosol, glue, gam, bahan yang berasaskan solven penghapus pengilat kuku, cecair pemetik api, gasoline, cat dan penyembur rambut adalah jenis-jenis inhalan yang disalahgunakan.

Gam, petrol dan inhalan yang lain walaupun tidak perlu dibeli di pasaran haram, juga boleh menghasilkan kesan sampingan seperti dadah apabila disalahgunakan. Kekerapan menghidu gam atau petrol boleh mengkhayalkan pengguna dan menyebabkan seseorang itu ketagihan.
Kini kerajaan Malaysia dalam proses menggubal akta bahan menghkayalkan agar gejala penyalahgunaan bahan seperti ini dapat ditangani.

Kesan-Kesan Pengambilan
Percakapan yang tidak jelas, tiada koordinasi, pening, muntah dan pernafasan yang perlahan. Ianya juga boleh menyebabkan kerosakan otak, otot-otot dan sendi, masalah hati, kerosakan urat saraf, keletihan, hilang selera makan, meragam di luar kawalan, luka pada hidung atau mulut, hidung berdarah, cirit birit, pening, tingkahlaku ganjl atau berani dan kematian mengejut.

Kokain

Kokain adalah serbuk putih yang berasal daripada daun koka yang terdapat di Peru, Bolivia dan Colombia di Pergunungan Andes, Amerika Selatan. Ia banyak digunakan di negara-negara Amerika Utara, Selatan dan Tengah di samping negara-negara Eropah.

Kokain digunakan dengan cara menyuntik, menghidu dan menghisap. Popular dengan nama jalanan seperti Coke, Crack, Snow dan Flake.

Kokain ‘Freebase’ adalah bes kokain yang bebas daripada segala campuran dan dihisap dalam bentuk tulen dengan menggunakan paip khas. Manakala Kokain ‘Crack’ adalah campuran kokain dengan serbuk penaik dan berbentuk ‘granules’. ‘Crack’ mempunyai ketulenan sehingga 90% dan sangat berbahaya kerana ia boleh menyebabkan ketagihan teruk dalam masa yang singkat.

Steroid

Steroid sejenis ubat yang merupakan hormone testoron sentetik. Streoid digunakan oleh doktor untuk merawat pesakit lelah dan lain-lain. Steroid kerap disalahgunakan oleh atlit di seluruh dunia walaupun terdapat kajian baru yang menunjukkan steroid tidak menyebabkan pertumbuhan otot atau peningkatan kekuatan fizikal. Penyalahgunaan steroid mendatangkan banyak kesan sampingan yang buruk seperti menyebabkan kanser hati.

Alkohol

Alkohol juga sejenis dadah dan boleh mencetuskan kesan-kesan ketagihan dan pergantungan. Pelbagai jenis alkohol yang terdapat di pasaran dan mudah diperolehi seperti beer, gin, vodka, bourbon, whiskey, tequila, wine, brandy, champagne, rum, sherry, port, coolers dan lain-lain.

Kesan-Kesan Pengambilan
Pertuturan yang kurang jelas, kurang pertimbangan dan kemahiran motor atau pergerakan otot-otot, tiada koordinasi, kelam kabut, menggeletar, mengantuk, pening dan muntah serta penyakit pernafasan.

Kurang pertimbangan boleh menyebabkan tingkahlaku berisiko tinggi seperti memandu dalam keadaan mabuk dan menyebabkan kemalangan, tingkahlaku seksual bebas yang menyebabkan pengguna terdedah kepada penyakit berkaitan dengan jangkitan seksual, serta tingkahlaku mencederakan diri sendiri.

Tabiat minum arak secara kronik setiap hari boleh menyebabkan ketidakmampuan untuk mengawal tabiat minum, tahap tolenrasi yang tinggi, pitam dan hilang daya ingatan, gangguan dalam hubungan peribadi, penyakit limpa, kekurangan vitamin, kerosakan hati dan sistem saraf pusat, lemah dalam seksual dan pertimbangan berat badan.

Ecstasy

‘Methylenedioxy-methamphetamine’ (MDMA) banyak digunakan oleh pengunjung pusat-pusat hiburan di negara ini juga dikenali sebagai Ecstacy atau XTC. Ia merupakan analog meskalin dan amfetamin. Dipanggil ‘feel good drug’ dan boleh meningkatkan daya tahan pengguna. Pil MDMA seringkali dibentuk dengan ikon atau logo bagi memenuhi citarasa pengguna muda.

Kesan-Kesan Pengambilan
Mudah dirangsang, menggeletar, tidak dapat tidur, berpeluh, bibir dan lidah kering, pernafasan tidak normal, kehilangan berat badan, menunjukkan ragam, banyak bercakap, kebimbangan, kadar denyutan nadi yang tinggi, saiz anak mata membesar, tabiat menghasut, symptom paranoia dan halusinasi.

Kehilangan berat badan, kekurangan nutrient, masalah tidur yang kronik, tekanan darah tinggi, paranoia, kebimbangan atau kegelisahan, kurang kawalan emosi, tekanan yang teruk, tingkahlaku ganas, psikosis dadah atau membunuh diri.



Ganja (Marijuana)

Ganja ( Marijuana) berasal daripada sejenis pokok hem yang bergelar Cannabis sativa. Perkataan “Ganja” berasal dari bahasa Sanskrit yang memberi maksud “Resin/getah dari pokok berserabut”. Ia merujuk kepada daun, batang, bunga dan biji benih kepada pokok Kanabis tersebut yang mengandungi resin dan selalunya dikeringkan (dengan menyalai) dahulu sebelum digunakan.

Ganja selalunya berwarna kehijauan hingga keperangan, dengan berbau tengit dan boleh dimakan atau dihisap (tanpa atau bersama tembakau). Kesan daripada pengambilan ganja boleh dirasai dalam 10 minit yang pertama jika dihisap. Tempoh masanya adalah lebih panjang jika dadah ini dimakan. Secara amnya, seseorang itu boleh berkhayal selama 2 setengah jam atau lebih lama jika dimakan.

Pengambilan dan memiliki ganja adalah haram di kebanyakan negara, dan telah diselubungi kontroversi mengenai penggunaannya dalam perubatan. Ganja mengandungi lebih 420 bahan kimia dan kesannya kepada manusia bergantung kepada individu dan situasi. Ini menyebabkan kesan ganja agak sukar untuk diperhati dan dikaji.

Kimia dan kesan kepada Neuron
Bahan kimia psikoaktif utama dalam marijuana ialah delta 9 tetrahydrocannibinol (THC). Ganja juga mengandungi banyak cannabinoid lain yang berkaitan dengan THC. THC bersifat lilpofilik ( lilpophilic ) dan disimpan dalam lemak badan. Ini adalah antara sebab mengapa pengguna ganja kurang mengalami simptom tarikan (withdrawal ). THC mengambil masa berminggu minggu untuk keluar dari badan manusia.

THC mengikat pada reseptor CB1 yang dijumpai di beberapa bahagian badan. CB1 banyak terdapat di ganglia basal dan sistem limbik (sekumpulan struktur otak, termasuk amigdala, hipokamus dan hipotalamus yang berkaitan dengan aktiviti seperti autonomi, emosi, dan tingkah laku), selain ditemui di serebelum, dan sistem pembiakan manusia.

Reseptor CB2 pula dijumpai dalam zon peralihan limpa dan tiada reseptor CB2 dalam sistem saraf pusat (CNS). Apa yang menarik ialah jika dadah menjadikan CB2 sebagai sasaran, sudah pastilah penggunaan ganja dalam perubatan tidak mendatangkan kesan kesan psikotropik. Tiada reseptor CB dijumpai dalam medula, bahagian otak yang mengawal pernafasan dan fungsi jantung.

Apakah tanda-tanda dan gejala penyalahgunaannya?
Pada peringkat awal, penggunaan ganja boleh mendatangkan perasaan tenang dan relaks, peningkatan perasaan waspada, penambahan selera makan dan mata menjadi merah. Bila digunakan berpanjangan ia boleh menyebabkan hilang keseimbangan, lembap dalam berfikir, lambat masa bertindakbalas, gangguan daya ingatan, kesukaran bernafas, kadar denyutan jantung meningkat, kebimbangan, perasaan curiga dan sangsi.

Komplikasi
Ganja juga boleh menyebabkan tanda-tanda gian jika digunakan pada dos yang tinggi. Gejala-gejala itu termasuk:

* Kebimbangan
* Lekas marah
* Berpeluh
* Hilang selera makan
* Kemuraman
* Gangguan tidur

Ganja juga telah dikenalpasti boleh mengurangkan bilangan sperma dan boleh menyebabkan kemandulan.

Ia boleh membuat si pengguna beralih kepada heroin dan menyebabkan ketagihan dan pergantungan. Ia boleh menghasilkan penyakit mental yang serius, seperti penyakit kemurungan dan penyakit paranoid.

_________________________________________________



Back to top Go down
View user profile
xNova
root_admin
root_admin


Posts : 55
Join date : 2009-10-23
Age : 27
Location : Perak @ Kedah @ Penang

PostSubject: Re: Arkib Kategori ‘Informasi Dadah’   Wed Apr 14, 2010 11:06 pm

i like dadah...ahakz...nak order 1 set erk..

bley ar ligan asap mlm ni...ahakz
Back to top Go down
View user profile
 
Arkib Kategori ‘Informasi Dadah’
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
perak1 :: .::INFORMASI::. :: .::RUANGAN INFORMASI DAN MAKLUMAT::. .::INFORMATION::.-
Jump to:  
Top posters
peace™ (1529)
 
miss-lady (1280)
 
sriteddy™ (1157)
 
salju (1063)
 
lipanx_laut (970)
 
macan_sparrow (742)
 
kuyie (668)
 
raffey-sama (509)
 
arb_mtq (432)
 
luvfama (297)
 
LATEST MOVIE TODAY
.:Sila click pada gambar dibawah untuk download boxoffice movie perak1 semoga terhibur :.