perak1
Selamat datang Ke Perak1 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Perak1 forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .anda juga boleh login forums ini dengan email FB anda danjangan lupa Like Fb perak1:KENALKAN DIRI ANDA:. Perak1 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada khalifah_alammaya2000@yahoo.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli perak1 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Perak1 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari Perak1 forum PASTI CERIA BERSAMA KAMI.
perak1


 
HomeCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Dapatkan Widget Ini Di Aku Punyer Lah! | Get RM100 A Week @ Blogger Tips


Share | 
 

 sia-sia

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
peace™
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 1529
Join date : 2009-04-11
Location : slgr

PostSubject: sia-sia   Wed Nov 25, 2009 6:06 am

Broooooommm!!…. Sebuah kereta Proton Iswara putih laju menyusuri Lebuhraya KL – Seremban pada satu petang yg terik. Adam dalam keadaan kusut dan pilu hatinya dlm perjalanan pulang dr kenduri abg sulungnya.

Tiit Tiit...Tiba-tiba hensetnya berbunyi manandakan ada SMS masuk.

“Naper abang tak tepon ayang smlm? Ayang tertunggu2 tau”

Mesej itu tak lain tak bukan daripada teman wanitanya, Irene. Seorang gadis cantik yang kenali semasa mengambil Diploma di sebuah universiti tempatan. Hatinya seakan geram melihat mesej tersebut. Fikirannya memutarkan semua berita-berita buruk yang diterima mengenai teman wanitanya itu.

Ring!! Ring!!...... Kali ini henponnya berbunyi menandakan seseorang sedang menelefonnya.


“Hello.. Abang, naper tak reply mesej ayang?”

“Nak reply aper?? Abang malas…. Tak tau nak balas aper…”

“Naper abang ckp camtu?!! Abang tak sayangkan ayang lagiker?
Kalau tak.. cakap je la!! Ingat abang bagus sangat?!!”

Tut Tut Tut…Irene memutuskan talian membuatkan Adam semakin tertekan.

Ego kelakiannya disampah-sarapkan oleh teman wanita yang suatu ketika dahulu amat dimanjainya. Kereta Iswara putih itu dipecutnya lebih laju daripada had kelajuan yang ditetapkan. Hatinya perit. Manakan mungkin seorang yang berego tinggi seperti beliau dikalahkan oleh seorang gadis. Adam mengambil hensetnya dan mendail nombor Irene.

“Hello… Naper ayang tiba-tiba letak tepon?
Ayang ingat hati ayang sorang je sakit?!!”

“Abes tu… naper abang tak call ayang semalam?
Ayang tggu abg macam org bodoh je!!”

“Wei sayang!! Abang dah call ayang tau…
Apsal Hasan lak angkat?!!”

“ ......... “, Irene terperangkap.

“Dia cakap kat abang… Ayang tgh beli popcorn maser tu…
Abang tanya korang kt maner… Dia jwb korg kat wayang.. “

“Hasan kawan je la bang… Bukannyer aper pun…”

“ Ah!! Berjaya sgt la abang nak percaya…ayang ingat abang xde kawan ker yg nampak ayang kt saner cmner?
Kalau ayang nak bukti, kawan abang siap hantar MMS kt abang gambar ayang ngan Hasan kt saner!!”

“ ……. “

“ Ha!! Naper diam?? Naper tak bersuara?!
Ohh…bukan main siap pegang tangan Hasan kat saner..siap lentok2 kepala lagi… “

“ ……. “

“ Ayang tau tak? Dalam byk2 perempuan yang abang kenal…ayang la paling teruk!! Paling tak berterima kasih…
Tak pandai nak menghargai kesetiaan orang!! Bodoh!! Tolol!! Isk..ayang la orang paling……..”

Tut Tut Tut...sebelum sempat Adam menghabiskan sumpah seranah serta maki hamunnya pada gadis itu, talian terputus.

Kemungkinan Irene tidak lagi sanggup mendengar orang yg di’perdua’kan ini mengeluarkan kata-kata kesat padanya. Hati Adam belum lagi puas tetapi sedikit lega daripada sebelum ini. Barangkali kerana sedikit amarahnya dipuaskan. Walaupun begitu, Adam tetap juga merasa kasihan pada gadis itu. Mungkin dalam hatinya masih ada rasa sayang pada Irene.

Adam meletakkan hensetnya di atas dashboard keretanya itu dan mula menaikkan kelajuan keretanya sedikit lagi dengan harapan tekanan di dalam benak otaknya akan lega.

Tiit Tiit...hensetnya berbunyi menandakan SMS baru masuk sekali lagi. Namun hensetnya iitu terjatuh ke bawah kerusi disebabkan oleh getaran yang dihasilkan tadi. Adam memandang hensetnya itu. Dalam hatinya berbisik kemungkinan teman wanitanya itu ingin memohon maaf padanya.

Atas nama cinta, beliau tunduk untuk mengambil hensetnya itu. Sejurus dapat mencapai, beliau dapati beliau betul-betul sudah hampir melanggar sebuah Daihatsu Charade berwarna merah yang memandu perlahan di laluan sebelah kiri lebuhraya itu. Adam terus mengelak keretanya daripada melanggar kereta yang tidak berdosa itu dan terus merempuh penghadang jalan.

Nasib baik, dia tidak melanggar Daihatsu merah itu. Akan tetapi, adam tetap juga menerima sedikit malang kerana keretanya agak teruk kemek di bahagian pintu kiri akibat rempuhan tadi. Selepas selesai beliau memeriksa kerosakan keretanya, beliau melihat mesej yang masuk dalam telefon bimbitnya tadi….

“ Baki kredit anda tidak mencukupi untuk membuat panggilan.
Sila tambah nilai kredit anda di mana-mana cawangan atau wakil pengedar yang sah”

moral: Patuhilah had kelajuan di jalanraya. Ketepikan emosi semasa memandu.

_________________________________________________




Back to top Go down
View user profile
miss-lady
Admin
Admin


Posts : 1280
Join date : 2009-04-10
Age : 28
Location : sabah & perak

PostSubject: Re: sia-sia   Wed Nov 25, 2009 9:06 am

terkena lak aku kali ni
dengan penuh perasaan aku membaca rupenye moral nya sal jalan raya
erghhh peace amik amik.... terkena saya membaca nya...

_________________________________________________
Kebanyakan dari kita tidak mensyukuri apa yang sudah kita miliki, tetapi kita selalu menyesali apa yang belum kita capai
Back to top Go down
View user profile
 
sia-sia
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
perak1 :: .::KOPITIAM::. :: .::CAKAP-CAKAP::..::TALKING PLACES::.-
Jump to:  
Top posters
peace™ (1529)
 
miss-lady (1280)
 
sriteddy™ (1157)
 
salju (1063)
 
lipanx_laut (970)
 
macan_sparrow (742)
 
kuyie (668)
 
raffey-sama (509)
 
arb_mtq (432)
 
luvfama (297)
 
LATEST MOVIE TODAY
.:Sila click pada gambar dibawah untuk download boxoffice movie perak1 semoga terhibur :.