perak1
Selamat datang Ke Perak1 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Perak1 forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .anda juga boleh login forums ini dengan email FB anda danjangan lupa Like Fb perak1:KENALKAN DIRI ANDA:. Perak1 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada khalifah_alammaya2000@yahoo.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli perak1 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Perak1 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari Perak1 forum PASTI CERIA BERSAMA KAMI.
perak1


 
HomeCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Dapatkan Widget Ini Di Aku Punyer Lah! | Get RM100 A Week @ Blogger Tips


Share | 
 

 Gadis ratapi kematian kekasih

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
peace™
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 1529
Join date : 2009-04-11
Location : slgr

PostSubject: Gadis ratapi kematian kekasih   Tue Sep 15, 2009 4:45 am

BARU-BARU ini kekasih yang saya kenali sejak lima tahun lalu meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Sejak pemergiannya saya menjadi hilang arah dan tidak tahu bagaimana untuk memulakan kehidupan tanpa dia di sisi.

Sungguh saya sangat mencintainya. Setiap hari saya pasti menangis apabila teringatkannya. Saya sering bertanya diri sendiri mengapa begini akhirnya percintaan kami?

Kadangkala saya terasa diri ini terlalu kuat untuk menghadapi kenyataan ini, namun sering juga hati saya terlalu goyah untuk menerima kehilangannya yang tidak terduga.

Apatah lagi Aidilfitri bakal menjelang. September tarikh lahirnya serta ulang tahun kelima percintaan kami. Saya sedih mengenangkan saya kini bersendirian menghitung detik bermakna itu.

Saya sangat perlukan kata-kata semangat dan panduan untuk bangkitkan keceriaan hidup saya semula. Saya tidak mahu roh kekasih saya tidak tenang jika saya terus bersedih atas kematiannya.

ANGEL

Tidak salah untuk bersedih di atas kematian insan yang kita sayang kerana memang begitu fitrah naluri semula jadi kita sebagai manusia normal.

Bagaimanapun Islam mengajar kita dalam setiap sesuatu yang kita lakukan perlu ada batasannya dan jangan keterlaluan atau melampau-lampau.

Kita dilarang keterlaluan atau melampau-lampau kerana perbuatan itu tidak mendatangkan kebaikan, melainkan sekadar membawa keburukan.

Begitu halnya dengan kes saudari. Sedarilah jika saudari keterlaluan dan melampau-lampau dalam bersedih, keadaan tidak akan menjadi lebih baik. Bukan soal roh kekasih saudari tidak tenang, tapi yang pasti kehidupan saudari di dunia akan terjejas.

Lebih daripada itu, saudari boleh dikira berdosa kerana tidak dapat menerima takdir Allah, malah saudari sebenarnya mempertikaikan ketentuan Allah apabila berkata “mengapa begini akhirnya percintaan kami?”

Justeru ingat Rukun Iman yang kita hafal sejak kecil, di mana satu daripadanya ialah percayakan qada’ dan qadar Allah. Jangan kita sekadar tahu melafazkannya tapi tidak tahu mempraktikkannya apabila musibah melanda kita.

Akhir sekali kita juga perlu yakin dan percaya bahawa setiap ketentuan Alah ke atas kita, termasuk sesuatu yang kita tidak suka, ia sebenarnya baik untuk kita.

Ini kerana Allah lebih mengetahui apa yang baik untuk kita berbanding diri kita sendiri, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu.” (Al-Baqarah: ayat 216)

_________________________________________________




Back to top Go down
View user profile
sriteddy™
Site Admin
Site Admin


Posts : 1157
Join date : 2009-04-20
Location : a place called heart

PostSubject: Re: Gadis ratapi kematian kekasih   Tue Sep 15, 2009 5:33 am

smetime kita bkn nak ingat sgt..dh redha..dh trima hakikat kehilangan sesorng tu tp ingatan tu tetap hadir..nak plk bila nak2 raya ni..then lg bila org sekeliling yg rapat ngn kita mcm menjauh diri..kita di uji terlalu kuat... kenangan dgn dia tak de yg pahit cmne kita nak lupakan kita mudah berbicara "redha KetentuanNya" trima "qada dan qadar" ..semua tu..dah..dah handle tp kita manusia..bila tgk pasangan lain membeli belah bersama.. automatik perasaan n ingatan kat dia teringat.. sayu..sbb kita tak dpt melalui semua tu lg.. penganti? ermm mcm xde je sedih org kata biar berpisah hidup dr berpisah mati .. hargai lah sidia sementara mereka msh depan mata.. luahkan rasa sayang pada dia sementara dia msh bernafas sbb dia msh blh membalas perasaan kita tu kerana bila dia 'pergi' ms tu hanya doa je yg dpt kita beri dan kita 'kesakitan' menanti balasan..
Back to top Go down
View user profile
 
Gadis ratapi kematian kekasih
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
perak1 :: .::INFORMASI::. :: .::RUANGAN INFORMASI DAN MAKLUMAT::. .::INFORMATION::.-
Jump to:  
Top posters
peace™ (1529)
 
miss-lady (1280)
 
sriteddy™ (1157)
 
salju (1063)
 
lipanx_laut (970)
 
macan_sparrow (742)
 
kuyie (668)
 
raffey-sama (509)
 
arb_mtq (432)
 
luvfama (297)
 
LATEST MOVIE TODAY
.:Sila click pada gambar dibawah untuk download boxoffice movie perak1 semoga terhibur :.