perak1
Selamat datang Ke Perak1 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Perak1 forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .anda juga boleh login forums ini dengan email FB anda danjangan lupa Like Fb perak1:KENALKAN DIRI ANDA:. Perak1 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada khalifah_alammaya2000@yahoo.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli perak1 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Perak1 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari Perak1 forum PASTI CERIA BERSAMA KAMI.
perak1


 
HomeCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Dapatkan Widget Ini Di Aku Punyer Lah! | Get RM100 A Week @ Blogger Tips


Share | 
 

 KOLEKSI RESIPI Mee...Slurrrpppp sedappppp

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
peace™
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 1529
Join date : 2009-04-11
Location : slgr

PostSubject: KOLEKSI RESIPI Mee...Slurrrpppp sedappppp   Wed Sep 02, 2009 4:44 am

Claypot Yee Mee




Bahan-Bahan
Daging ayam (agak-agak aje nak banyak mana)
1 ketul yee mee
Fish cake
fish ball
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
Beberapa helai daun sawi
1 biji telur ayam (utk seorang makan)
3 sudu makan minyak bijan (minyak bijan ni penting utk menentukan
claypot yee mee kita sedap)
1 atau 2 kiub ayam ikut suka
Cili api
Kicap cair
Sayuran lain boleh juga dimasukkan spt lobak merah, cendawan kering
(direndam dahulu sampai lembut) dan bunga kobis.


Cara memasak:
•Dalam bekas lain tumiskan bawang putih sampai wangi. Lepas tu masukkan
ler minyak bijan, sayuran, segala fish dan Yee mee serta telur tadi
kedalam kuali.
•Jangan lama-lama sangat agak-agak Yee mee dah lembut dan telur dah
masak.
•Kalau gunakan claypot lagi sedap caranya sama aje cuma calypot
digantikan dgn kuali itu aje.
•Dah siap bolehlah dihidangkan dengan cili api yang dipotong-potong
ikut suka dicampurkan dgn kicap cair (sambal cili ni buat dalam bekas
lain) macam tengok kat kedai makan tu.

--x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x--


Kuay Teow Mikro

Bahan-Bahan
1 paket kway teow
250g isi ayam
1 sudu besar bawang putih kisar
1 sudu besar sos tiram
1 biji bawang besar (dihiris bulat)
2 batang cili dihiris
garam secukup rasa
½ sudu kecil serbuk lada putih
½ sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar kicap pekat manis
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar minyak
½ batang lobak merah dihiris panjang
1 batang cili merah dihiris sebagai hiasan

Cara memasak:
•Letakkan minyak di bekas khas dan letakkan juga bawang putih dan isi
ayam. Gaul hingga rata lalu masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro
selama 6-9 minit pada suhu sederhana panas.
•Selepas itu, masukkan kway teow, sos tiram, kicap cair, garam, kicap
manis, lada putih dan hitam dan lobak. Gaul lagi sehingga semuanya rata.
•Masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro selama 90-120 saat pada suhu
sederhana panas.



--x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x--

Laksa Johor

Bahan-Bahan
Spagetti 1 paket (direbus)
1 kilo ikan kembung / parang - direbus (ambil isi)
1 1/2 paket kecil serbuk kari ikan
(dicampurkan dengan sedikit santan cair)
15 ulas bawang merah }
5 ulas bawah putih }
3 inci Lengkuas } dikisar halus (A)
3 batang serai }
300 gm udang kering (dikisar)
150 gm ikan kurau kering (dibakar dan di kisar) (C)
kerisik
Santan kelapa
Garam dan serbuk perasa

Cara memasak:
•Tumis bahan A hingga naik bau dan masukkan rempah kari.
•Tumis hingga garing Masukkan bahan kisar B dan C Masuk isi ikan, gaul
sebati dan masukkan santan Bila kuah dah mendidih, masukkan kan kerisik.
•Biar kuah masak lama sikit agar rasanya sebati.
•Untuk pengetahuan, kalau kuah disimpan semalaman, rasanya lagi sedap
Untuk Ulam:
Taugeh
Daun kesom & Daun selasih
lobak asin
sambal belacan
timun dipotong ikut keliling dan dipotong halus -(bukan seperti buat
laksa asam)
Limau kasturi



--x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x--

Makaroni Bakar

Bahan-Bahan
1 paket macaroni (dicelur dalam air panas sehingga kembang dan
ditoskan)
¼ kati daging cincang
1 tin susu cair/ideal milk(besar)
1 tin air
4 bji telur (dipukul)
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 inci halia
(semua ditumbuk)

sedikit daun sup dan daun bawang
sedikit bawang goreng
3 sudu rempah daging
minyak utk menumis


Cara memasak:
•Tumis bawang dan rempah hingga kuning.
•Masukkan daging cincang dan goreng sehingga sebati.
•Masukkan makaroni dalam bekas pembakar dan tuangkan adunan daging.
Gaul rata. Masukkan susu, kacau rata.
•Pecahkan telur dan pukul sedikit kemudian tuang atas macaroni. Ratakan
(jgn dikacau) Hias dengan daun sup dan bawang goreng.
•Bakar dgn api yg sederhana.


--x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x--

Makaroni Goreng

Bahan-Bahan
500g makaroni (sudah direbus)
250g daging cincang
2 sudu besar gula madu
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kicap cair
½ sudu kecil serbuk lada putih
1 biji bawang besar dihiris
minyak secukupnya
garam secukup rasa
2 sudu besar mentega
1 sudu besar bawang putih dikisar
½ sudu kecil serbuk buah pala
daun sup dan daun bawang secukupnya (hiris halus)
100g udang
100g lobak merah dihiris

Cara memasak:
•Perapkan daging cincang dengan kicap cair dan gula madu.
•Panaskan sedikit minyak dan goreng daging. Masukkan sedikit mentega,
serbuk lada putih, garam dan sos tomato. Gaul rata sebelum diangkat.
•Panaskan minyak di kuali baru dan tumis bawang putih kisar. Kemudian
masukkan bawang besar diikuti dengan udang dan makaroni.
•Masukkan serbuk buah pala, serbuk lada putih dan sedikit mentega.
•Akhir sekali masukkan lobak merah dan daun sup dan daun bawang.
•Hidangkan makaroni dengan meletak daging cincang di atasnya.


--x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x--

Mee Bandung


Bahan-Bahan
Mee / Meehoon
3 biji bawang merah (dihiris nipis)
3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
2 keping tauhu (digoreng dan dipotong nipis)
RM 2 udang kering
1/2 kilo daging (dikisar halus bersama udang kering)
1/4 botol sos tomato
2 biji tomato
RM1 sayur sawi (dipotong-potong)
1 bekas kecil (bulat) cili giling - yang selalu didapati di pasar
malam. Ikut citarasa, jika suka pedas tambah lagi
50 sen daun bawang (dimayang kecil-kecil
2 camb tepung jagung (untuk melikatkan kuah - dibancuh dengan air
dahulu agar tidak berketul-ketul)
2 biji limau kasturi
4 biji telur
200g udang

Cara memasak:
•Tumiskan bawang putih dan merah Apabila bawang kekuningan masuk cili
dan kacau hingga cili masak.
•Masuk daging yang telah dikisar bersama udang kering tadi. Masukkan
air secukupnya.
•Apabila daging telah empuk, masukkan udang dan tahuu goreng Masukkan
tomato dan telur Masukkan air tepung jagung Kacau sekali sekala.
•Apabila sudah sebati dan masak masukkan sayur sawi Masukkan garam dan
gula secukup rasa.
•Bihun/mee tidak dicampurkan sekali kerana cepat meresap kuah. Oleh
itu, bihun/mee direbus seketika/dicelur
•Untuk menghidangkan tabur daun kedalam mangkuk berisi kuah bandung
Sebelum memakan perah sedikit air limau kasturi kedalam hidangan ini
mengurang atau melambatkan rasa mual. Kalau kuat masam boleh perah
banyak.

_________________________________________________




Back to top Go down
View user profile
peace™
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 1529
Join date : 2009-04-11
Location : slgr

PostSubject: Re: KOLEKSI RESIPI Mee...Slurrrpppp sedappppp   Wed Sep 02, 2009 5:06 am

Mee Goreng Thai
Bahan-Bahan
1 kg Mee Thai Mah (Mee Chendol seakan-akan mee laksa tetapi pendek)
200gm isi ayam dipotong kecil
200gm udang sederhana (buang kulit)


Bahan kisar
15 biji cili padi (dikisar halus)
4 ulas bawang putih (dikisar halus)
1 batang lobak dihiris halus
50 sen daun bawang (di potong 2"
30 sen daun kucai
3 kelopak kobis cina (Pek Chye) hiris
15 helai daun selasih
2 sudu makan kicap
2 sudu makan sos tiram
3 sudu makan sos ikan thai
garam & serbuk perasa secukupnya
sedikit air jika perlu
sedikit minyak untuk menumis


Cara memasak:
•Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga garing & masukkan isi
ayam & udang.
•Setelah setengah masak, masukkan semua sos, garam & serbuk perasa
dan kacau rata.
•Masukkan sayur & mee, sedikit air jika perlu dan gaul rata.
Hidangkan semasa panas.

--x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x--

Mee Hailam

[/center]
Bahan-Bahan
1 kg mie/kueh teow/mee hoon (6/8 orang)
6 biji bawang putih (tumbuk/penyekkan)
rencah ayam/udang/sotong
sos tiram
garam secukup rasa
6 biji cili api
3 sudu besar tepung jagung (cairkan dalam setengah cawan air sejuk)
sayur (kobis bunga/sawi/carrot/baby corn)


Cara memasak:
•Tumiskan bawang putih dan cili api. Kalau dah garing letakan rencah,
kemudian letak air 3 cawan dan garam secukupnya.
•Masukkan sos tiram setengah botol kecil. Kemudian masukkan air tepung
jagung utk pekatkan kuah.
•Masukkan sayur - sayuran dan mee.


--x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x--

Mee Hoon Nam Pla


Bahan-Bahan
80 g mee hoon (dicelur)
40 g dada ayam
20 g udang kering
20 g tauge
1 biji telur
1 sudu besar sos ikan
Garam secukup rasa

Bahan-bahan tumbuk
3 biji cili padi
1/2 biji bawang besar




Cara memasak:
•Panaskan minyak masak dan tumiskan udang kering, cili padi, telur,
dada ayam dan bawang besar.
•Masukkan mee hoon dan digaul rata. Kemudian masukkan tauge, garam dan
sos ikan. Masak selama 5 minit.


--x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x--

Mee Kuah Tomato

Bahan-Bahan
600 g mee kuning
300 g daging yang dipotong kecil dan direbus
300 g udang
300 g sawi putih
5 kelopak kobis
1 tin kecil tomato puri
1 mangkuk air rebusan daging
1/2 sudu teh lada putih
2 biji bawang besar dihiris bulat
4 ulas bawang putih dikisar
12 tangkai cili kering dikisar
Setangkai daun sup dan daun bawang dihiris halus Garam dan gula secukup
rasa


Cara memasak:
•Panaskan minyak di atas kuali, tumiskan bawang besar hingga wangi.
•Masukkan bawang putih, cili giling dan serbuk lada putih.
•Kemudian masukkan daging, udang, tomato puri dan air rebusan daging.
•Apabila mendidih masukkan kobis, sawi dan mee kuning. Kacaukan
rata-rata.
•Masukkan daun sup dan daun bawang semasa menghidang. Anda jugak boleh
menambahkan bawang goreng atau cili jeruk jika mahu.


--x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x--

Mee Labu

Bahan-Bahan
1/2 biji buah labu-dihiris
2 sudu udang kering
segenggam ikan bilis
1 mangkuk kecil taugeh
2 ulas bawang kecil-dihiris
1 paket kecil mee kuning
sedikit minyak untuk menggoreng


Cara memasak:
•Panaskan minyak, goreng ikan bilis.Ketepikan.
•Goreng hirisan bawang, apabila sudah kekuningan, masukkan udang
kering, dan goreng beberapa minit.
•Masukkan hirisan buah labu,goreng seketika, kemudian masukkan
air.Biarkan
•hingga mendidih.
•Masukkan mee kuning dan taugeh, biarkan hingga masak, tetapi jangan
tutup periuk.
•Ketika menghidang, taburkan ikan bilis diatas mee.



--x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x--

Mee Rebus

Bahan-Bahan
1 paket mee kuning - celur

Bahan sayuran:
50 sen Taugeh - celur
Sedikit daun sup - hiris nipis
Sedikit daun bawang - hiris nipis
Bawang goreng
4 keping tahu di goreng dan dihiris nipis.
5 biji Cili hijau - dihiris nipis
Limau nipis/limau kasturi - di belah dua
Telur rebus - belah dua


Bahan-bahan kuah:
Sedikit minyak untuk menumis
4 sudu cili kering yang di kisar
3 biji bawang merah - kisar
3 sudu lengkuas yang di kisar
4 batang serai dikisar halus
2 biji bawang putih - kisar
RM 3 udang kering - kisar - lagi banyak lagi sedap.
300gm udang hidup - direbus dan kisar halus
1 kg ubi keledek merah - direbus dan blender halus
3 sudu gula atau secukup rasa
garam secukup rasa
Sedikit ajinomoto
4 sudu sos tomato
Air - agak-agaklah


Cara memasak:
•Tumiskan bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai, cili kering dan
udang kering yang telah di kisar hingga naik minyak

dan berbau wangi.
•Masukkan udang hidup yang dikisar dan air rebusannya sekali.
•Masukkan keledek yang telah dikisar dan tambahkan air secukupnya.
bubuh garam, gula, aji,sos tomato.
•Biarkan mendidih dan siap untuk di hidang

_________________________________________________




Back to top Go down
View user profile
peace™
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 1529
Join date : 2009-04-11
Location : slgr

PostSubject: Re: KOLEKSI RESIPI Mee...Slurrrpppp sedappppp   Wed Sep 02, 2009 5:24 am

Mee Udon dan Udang Tempura


Bahan-Bahan

Bahan untuk SOUP:
Beberapa hiris Celery
Beberapa hiris Lobak merah
Beberapa keping Cendawan shitake
Sedikit serbuk Ikan
Sedikit serbuk Pes mee so
Kepingan Ikan salmon
½ biji Bawang besar
2 ibu jari Halia - dihiris


Bahan untuk UDANG TEMPURA


5 ekor Udang - dibuang kulitnya dan dibersihkan
3 hiris Lada banggala merah dan hijau
2 biji Kuning telur- dikocok
7 keping Cendawan shitake
7 keping Hirisan lobak merah
Serbuk lada rogarushi
Tepung tempura


Cara memasak:

Cara – Cara Untok Sup
•Rebus kesemua bahan selama ½ jam, kemudian keluarkan.
•Air rebusan tadi jangan dibuang, masukkan serbuk ikan dan pes mee so
ke dalamnya, dan kacau rata.


Cara – Cara Untuk Udang:
•Bancuh tepung dengan kuning telur hingga sebati.
•Salut kesemua bahan dengan tepung tempura, kemudian celup pada
bancuhan tepung dan goreng.


Cara menyediakan MEE UDON:
•Celur mee udon ke dalam air mendidih selama 1 minit.
•Tapis airnya dan masukkan ke dalam mangkok.
•Tuang soup, masukkan hirisan sayur dan tabur serbuk lada rogarushi
serta bawang goreng di atasnya.
•Hidangkan bersama udang goreng tempura.


--x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x--

Pasta Penne


Bahan-Bahan
500 gm pasta penne
1 biji bawang besar - cincang kasar
2 sudu makan minyak zaitun
2 ulas bawang putih
2x425 gm tomato dalam tin-potong kasar
500 gm cendawan butang
2 sudu parsley segar -dicincang
garam dan serbuk lada hitam


Cara memasak:
•Bersihkan cendawan, hiris tipis-tipis
•Panaskan minyak, tumis bawang dan bawang putih. Kacau selama 6 minit,
kacau sekali-sekala hingga warnanya kekuningan.

Kecilkan api, tutup kuali dan didihkan selama 15 minit.
•Masukkan tomato dan jusnya, serta cendawan. Biarkan mendidih. Kecilkan
api, tutup kuali, dan didihkan selama 15 minit.
•Didihkan air di dalam periuk, masukkan pasta, masak hingga lembut.
•Tos airnya, dan masukkan semula ke dalam periuk.
•Tabur parsley, garam dan lada hitam.
•Tuang sos ke atas pasta, dan gaul rata.





--x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x--

Spaghetti Seafood


Bahan-Bahan
1 packet Spaghetti direbus
2 ekor sotong dipotong kecil
400 gm udang hidup
6 ulas bawang putih dihiris
2 sudu kecil serbuk lada hitam
2 biji lada besar dihiris (capsicum)
5 biji lada merah dihiris
minyak zaitun 1 cawan
garam secukup rasa


Cara memasak:
•Gorengkan bawang putih, lada besar dan cili merah selama 8-10 minit.
•Masukkan udang dan sotong.
•Kemudian masukkan lada sula, garam dan serbuk lada hitam.
•Masukkan spaghetti dan goreng selama 10 minit.
•Hiaskan dengan daun parsley.


--x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x--

Stir-fried Bee Hoon With Mushroom


Bahan-Bahan
200 gm Beehoon –direndam hingga lembuk
1 sudu makan Tepung jagung – dicampur dengan air
300 ml Pati ayam


A:
1 ulas Bawang – dihiris
2 ulas Halia muda
2 ulas Bawang putih – ditumbuk


B:
2 sudu makan Sos tiram
1 sudu teh Minyak bijan
1 sudu makan Sos cili
1/2 sudu makan Lada hitam – ditumbuk


C:
100 g Cendawan oyster
100 g Cendawan Japanese
100 g Kailan
1 biji Telur


Cara memasak:
•Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan A hingga harum dan masukkan pati
ayam.
•Masukkan bahan-bahan B dan biarkan ia mendidih.
•Masukkan serbuk perasa jika perlu.
•Masukkan bahan-bahan C.
•Setelah mendidih, tutup api dan masukkan telur.


--x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x|x--

...Selamat Mencuba...

_________________________________________________




Back to top Go down
View user profile
sriteddy™
Site Admin
Site Admin


Posts : 1157
Join date : 2009-04-20
Location : a place called heart

PostSubject: Re: KOLEKSI RESIPI Mee...Slurrrpppp sedappppp   Wed Sep 02, 2009 5:57 am

laparrrrr



cabuttttttttttttttt
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: KOLEKSI RESIPI Mee...Slurrrpppp sedappppp   Today at 3:49 am

Back to top Go down
 
KOLEKSI RESIPI Mee...Slurrrpppp sedappppp
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Ficus - which front ?

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
perak1 :: .::INFORMASI::. :: .::SUDUT RESEPI DAN MASAKAN::. .::RECEIPE AND COOKIES SITE::.-
Jump to:  
Top posters
peace™ (1529)
 
miss-lady (1280)
 
sriteddy™ (1157)
 
salju (1063)
 
lipanx_laut (970)
 
macan_sparrow (742)
 
kuyie (668)
 
raffey-sama (509)
 
arb_mtq (432)
 
luvfama (297)
 
LATEST MOVIE TODAY
.:Sila click pada gambar dibawah untuk download boxoffice movie perak1 semoga terhibur :.