perak1
Selamat datang Ke Perak1 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Perak1 forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .anda juga boleh login forums ini dengan email FB anda danjangan lupa Like Fb perak1:KENALKAN DIRI ANDA:. Perak1 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada khalifah_alammaya2000@yahoo.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli perak1 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Perak1 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari Perak1 forum PASTI CERIA BERSAMA KAMI.
perak1


 
HomeCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Dapatkan Widget Ini Di Aku Punyer Lah! | Get RM100 A Week @ Blogger Tips


Share | 
 

 Islam Semakin Terfitnah..SANGGUPKAH ANDA MELIHATNYA??

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
wcx_yamaha
Moderator
Moderator


Posts : 228
Join date : 2009-04-26
Age : 27
Location : kuala lumpur

PostSubject: Islam Semakin Terfitnah..SANGGUPKAH ANDA MELIHATNYA??   Sun Aug 23, 2009 1:14 am

ISLAM SEMAKIN TERFITNAH!?

Adakah betul? Saya pun tak pasti. Kenapa fitnah? Islam itu fitnah ke atau kita yang memfitnah islam? Apa sebenarnya?. Setelah lama berfikir, teringat filem fitna.Macam filem fitna pulak. Bagaimana Islam boleh terfitnah? Ya, Islam semakin terfitnah.

Daripada Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda:

"Tahukah kamu apa itu menfitnah?" Para sahabat r.hum berkata: "Allah dan RasulNya lebih mengetahui"

Baginda bersabda:

"Menfitnah adalah mengatakan sesuatu tentang saudara (muslim) ketika dia tiada yang dia tidak suka". Ditanya: "Wahai Rasulullah, jika kekurangan itu sungguh ada dalam diri seorang muslim, maka apa yang harus aku katakan?" Baginda menjawab: "Jika apa yang dikatakan itu benar, maka itu adalah mengumpat".
(Riwayat Muslim)

Bukan Islam itu fitnah tetapi kita yang telah memfitnahkan islam. Kita telah melakukan sesuatu perkara yang membelakang syariat sehingga Islam dipandang serong. Tanpa kita sedari, kita banyak melakukan perkara atau sesuatu yang membuka jalan kearah itu. Apa dia?

MEMFITNAH ISLAM!

Bahayanya fitnah akhir zaman. Fitnah yang dimaksudkan akhir zaman ini bahaya!Kadang-kadang, kita buat baik pun boleh jadi fitnah. Contohnya, kalau seorang jejaka ternampak kawan sekuliahnya (seorang gadis) berdiri di dalam bas dan berhimpit-himpit dengan lelaki ajnabi sedangkan dia duduk. Maka, dengan baik hatinya, dia bagi la si gadis duduk demi menjaga maruah perempuan tersebut. Kebetulan, ada beberapa 'Gossip Girl' ternampak aksi-aksi sedemikian, dan menyebarkan fitnah bahawa si gadis dan si jejaka yang budiman itu ada hubungan. Maka, kecoh satu kuliah yang bahawa mereka keluar 'berdating'. Kan dah jadi fitnah!Pdahal benda baik! Itu yang dimaksudkan buat baik pun boleh jadi fitnah.

Pengalaman saya..

Seperti biasa la, saya tidak percaya kalau saya tidak alami atau tengok dengan mata sendiri. Bila menjejak kaki ke U baru saya lihat bertapa banyaknya umat Islam memfitnahkan agama kita. Malah, saya akui kadang-kadang saya sebahagian dari mereka yang menjayakan agenda memfitnahkan islam tanpa saya sedari. Baru saya nampak betapa ramainya kawan-kawan saya yang hanyut ditelan keseronokkan dunia tanpa mereka sedari. Mana tidaknya, hal nafsu dicampur adukkan dengan perkara agama. Agama dijadikan tiket atau dengan kata lain alasan untuk menghalalkan cara.

Muda mudi kini sebenarnya semakin berani menggunakan nama agama demi untuk melaksanakan keinginan dan cita-cita mereka. Geli hati, kadang-kadang mereka menggunakan nama profesional dalam melakukan sesuatu gerak kerja. Tetapi, hakikatnya tidak. Mereka sendiri tidak memahami apa itu dikatakan profesional. Kenapa? Kerana seorang yang profesional tidak pernah mencampurkan adukkan urusan peribadi dengan kerja. Hakikatnya, ramai remaja, khususnya pelajar universiti mencampur adukkan urusan peribadi(perasaan suka atau dengan bahasa orang muda perasaan cinta) dengan urusan kerja. Sedangkan, itu adalah etika nombor satu seorang profesional yang perlu dijaga.

Terlalu banyak perkara yg bercampur aduk akhir-akhir ini.. Terlalu banyak fitnah yang saya hadapi saban hari.Tidak hairan la seringkali kita di katakan hidup di zaman fitnah. Perkara yang paling saya sedih apabila pelajar-pelajar sekolah agama yang menerima tarbiyah, didikan, pengajian asas agama sejak kecik membelakang dan menggunakan nama agama demi menghalalkan cara mereka.

"TIDAK SEDARKAH KALIAN, KALIAN TELAH MEMFITNAH ISLAM DAN ISLAM SEMAKIN TERFITNAH!?'

Kata mereka, niat mereka ikhlas, suci, demi tautan sebuah ukhwah, semangat ukhwah LILLAHI TAALA. Maka tak salah kita berhubung lelaki mahupun perempuan. Apa salahnya kita berjumpa. Kami tak buat apa-apa pun, hanya mahu mengeratkan hubungan silaturrahim. Menjalinkan kembali hubungan yang terputus. Melepaskan rindu.. Salahkah?

"TAUTAN UKHUWAH DISEBALIK TRANSFORMASI MINDA MALAH ANJAKAN PARADIGMA. SALAHKAN NIAT BAIK LAGI SUCI KAMI?! SALAHKAH KAMI MAHU BUAT PERUBAHAN! KITA MAHU MAJU! KENA BERUBAH! KAMI TAK MAHU JADI ORANG YANG TERPINGGIR! KAMI TAK MAHU DIKATAKAN JUMUD, THIQAH DAN BLA..BLA.. SALAH!JELAS SALAH!YANG SALAH TETAP SALAH!TAKDE TOLERANSI.. BERFIKIRAN TERBUKA MACAM MANA PUN KITA, MAHU BERUBAH MACAM MANA PUN KITA, MAHU BERUKHWAH MACAM MANA PUN KITA, SYARIAT TAK BOLEH DIBELAKANGI!"

Namun ingatlah. Islam itu jelas. Jalan yang ditunjuk Allah itu jelas dan syariat perlu dijaga walaupun dimana kita berada. Percampuran antara lelaki dan perempuan adalah dilarang kecuali dalam keadaan tertentu;

* KERJA
* MUAMALAT
* KECEMASAN

Jika perkara ini tak terjaga maka akan timbulnya pelbagai bahaya. Paling penting, fitnah ini perlu dijauhkan terutama perempuan. Kerana perempuan itu fitnah terbesar di dunia ini. Bahaya fitnah perempuan itu sangat perlu dihindari. Sesungguhnya, panah-panah syaitan itu datangnya melalui perempuan. Ingat! Niat tidak pernah menghalalkan cara. Cara tak boleh melanggari batas syariat. Syariat sentiasa perlu dipertahankan. Kerana zaman ini zaman fitnah. Pertahankan lah syariat agar kita terselamat dari fitnah dunia.


~ Cinta sejati tidak akan bertambah kerana kebaikan, dan tidak berkurangan kerana kelemahan~
Back to top Go down
View user profile
lipanx_laut
Police
Police


Posts : 970
Join date : 2009-04-12
Location : taiping--> ipoh---> kajang ---> taiping

PostSubject: Re: Islam Semakin Terfitnah..SANGGUPKAH ANDA MELIHATNYA??   Sun Aug 23, 2009 6:32 pm

kalau gossip ?

_________________________________________________
~BESAR ~ KERAS~ TEGANG~ PANJANG~
Back to top Go down
View user profile
salju
senior
senior


Posts : 1063
Join date : 2009-04-12
Age : 32
Location : mesia

PostSubject: Re: Islam Semakin Terfitnah..SANGGUPKAH ANDA MELIHATNYA??   Mon Sep 07, 2009 4:31 pm

dahulu aku pernah berbicara sama seperti itu... aku sendiri menghadkan diri dari aku daripada bergaul dengan orang lelaki.. dan aku lakukan semua dengan cara yang sangat profesional. aku sekadar menghubungi lelaki disebabkan esemen dan kerja-kerja berpersatuan. ini menyebabkan aku sendiri tidak pernah mengerti apa dinamakan dengan perhatian seorang sahabat dan menyalahertikan itu sebagai cinta sejati

entahlah.. mungkin bagi insan lain tetap mengatakan syariat tidak menghalalkan, tidak mengizinkan semua itu. kalian boleh berbicara apa sahaja mengikut apa yang kalian suka... tetapi apa yang aku boleh titipkan sepanjang pengalaman aku ialah...

wanita itu penuh dengan keterbatasan.....

dan terlalu sukar untuk seorang wanita mengamalkan syariat 100% di dalam zaman yang serba mencabar ini. lelaki semakin kurang, wanita semakin ramai. wanita tidak boleh mengharapkan mahramnya saja menemani.... kerana mahramnya juga ada urusan peribadi sendiri. itu tak campur lagi dgn wanita yang masih lagi belum bernikah.. bagaimana dia mahu menjalankan urusan kerja, keluar rumah dan sebagainya? andai mahu ditunggu mahram.. dia masih lagi belum bersuami...

terlalu banyak khilaf yang berlaku.. dunia terlalu kompleks.... tak semudah itu untuk mengamalkan apa yang dipelajari di sekolah agama semua dulu dalam keadaan dunia semakin mencabar. duduk dalam negara Islam yang tidak mengamalkan cara hidup Islam.. tidak ada bezanya dgn duduk di negara bukan Islam...

yang penting, iman dan Islam tetap di hati dan dilaksanakan. sepenuhnya seboleh-bolehnya perlakuan sumbang dijauhi sama sekali. namun sekiranya keadaan memaksa, kerana keperluan kerjaya dan jugak hal-hal tertentu... buatlah sekadar yang mampu. Allah s.w.t Maha Mengetahui... dan mohonlah petunjuk yang terbaik dariNya.
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: Islam Semakin Terfitnah..SANGGUPKAH ANDA MELIHATNYA??   Today at 5:12 am

Back to top Go down
 
Islam Semakin Terfitnah..SANGGUPKAH ANDA MELIHATNYA??
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Promotion of Islam?
» what Some Muslim Phrases used in Qubool Hai means
» Do You think George Clooney and Amal Almuddin are an Item?
» Jodha Akbar Written Update 4th November 2013
» Churchill on Islam

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
perak1 :: .::INFORMASI::. :: ::SUDUT AGAMA:: .::RELIGION SITE::.-
Jump to:  
Top posters
peace™ (1529)
 
miss-lady (1280)
 
sriteddy™ (1157)
 
salju (1063)
 
lipanx_laut (970)
 
macan_sparrow (742)
 
kuyie (668)
 
raffey-sama (509)
 
arb_mtq (432)
 
luvfama (297)
 
LATEST MOVIE TODAY
.:Sila click pada gambar dibawah untuk download boxoffice movie perak1 semoga terhibur :.