perak1
Selamat datang Ke Perak1 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Perak1 forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .anda juga boleh login forums ini dengan email FB anda danjangan lupa Like Fb perak1:KENALKAN DIRI ANDA:. Perak1 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada khalifah_alammaya2000@yahoo.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli perak1 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Perak1 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari Perak1 forum PASTI CERIA BERSAMA KAMI.
perak1


 
HomeCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Dapatkan Widget Ini Di Aku Punyer Lah! | Get RM100 A Week @ Blogger Tips


Share | 
 

 nasihat untuk kaum adam

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
peace™
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 1529
Join date : 2009-04-11
Location : slgr

PostSubject: nasihat untuk kaum adam   Sun Aug 09, 2009 5:00 am

..khusus kpd insan bernama lelaki... suami... dan... dot dot dot !

Mat
tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia
sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi
kerja, sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia
mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari
untuk menanggung keluarga.

Satu malam ~~~~ Mat berdoa,"Ya
Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di
rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu betapa letihnya aku
bekerja setiap hari...

Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan
isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia
pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja. Biar aku pula yang
berehat di rumah" Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan
permintaan Mat.

Pagi esoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya
sebagai seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia bergegas ke bilik
air, cuci gigi dan terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan
anak-anak. Pastu bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan,
pada masa yang sama melayan suami bersarapan.

Pastu menghantar
suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju anak-anak
yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke
sekolah. Pastu panaskan injin kereta dan bergegas hantar anak-anak
kesekolah. Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan
keperluan dapur yang lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah.

Simpan
barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam
peti ais. Kemudian kutip kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga
selesai dan dijemur. Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan
balik sekolah nanti.

Selesai masak, jam dah pukul 12.45
tengahari. Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah. Selesai
ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya
membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan
bersepah sangat. Kemudian angkat kain di jemuran.

Tiba-tiba anak
bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk
supaya tangisan tidak berlarutan. Dah selesai, kain-kain yang baru
diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar,
waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas
pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar
kedengaran.

Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung
apa-apa kerja yang belum siap. Belum sempat rehat, terpaksa pula balik
ke dapur untuk menyiapkan makan malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan
suami dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan
anak yang masih kecil, pastu uruskan supaya anak-anak masuk tidur.....
dan macam-macam pastu lagi.

Dekat pukul 11.00 malam barulah
semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai lohe... Bolehlah
rasanya nak berehat sikit. Opps.... belum boleh rehat rupanya. Suami
juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami.
Tambahan pulak malam ni malam Jumaat.

Maka suami dilayani dengan
sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali lohe dan langsung
tertidur....... tak pasti pukul berapa. Setelah terjaga sebelum
dinihari, Mat segera bangun dan berdoa semula,"Ya Tuhanku. Barulah kini
aku tahu..... Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri. Aku keluar bekerja
seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan
berbual dengan kawan-kawan.

Tolonglah kembalikan aku sebagai
suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku
selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah
isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja" Sekonyong-konyong Mat
terdengar satu suara ghaib berkata,"Wahai Mat, kamu belum boleh kembali
menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih. Kamu
kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan anak sebelum kamu
dapat menjadi suami kembali...."

Whatttt???... 9 bulan 10 hari??? .....Beranaaak???.......Waaaaaa... tak nak, tak nak, tak naaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkk...!!! ~~~~~

"Bang,
bang... Abangggg... apasal niii.....??" Sergah satu suara disisinya.
Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang isterinya sambil
bertanya,"Nab, Nab yang jadi suami atau abang yang jadi suami??? "

Laaaaa...
tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab nie pompuan. Tentulah abang yang
jadi suami..... Apa punya lawak pagi-pagi buta ni....." Hari tu Mat
mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu isterinya membuat
kerja-kerja rumah.... Hinggakan seluar kecik dan baju kecik Nab pun
habis Mat kutip basuh... Nab terkedu beghok, terlopong dan jadi bisu
seharian melihat gelagat suaminya.........

Moral cerita : Isteri
perlu disayangi dan lindungi kerana ia adalah anugerah Tuhan yang tidak
ternilai.. so, suami2 di luar sane mahupun di dalam sini..hargai la
isteri anda.. "

_________________________________________________




Back to top Go down
View user profile
sriteddy™
Site Admin
Site Admin


Posts : 1157
Join date : 2009-04-20
Location : a place called heart

PostSubject: Re: nasihat untuk kaum adam   Sun Aug 09, 2009 6:14 am

tau tak pe..so pd lelaki2 yg berangan nak jadi "surirumah sepenuh masa" baca la berkali2 posting nih lol!
Back to top Go down
View user profile
enni
junior
junior


Posts : 171
Join date : 2009-07-18
Age : 28
Location : ::kota bharu::manjung::petaling jaya::

PostSubject: Re: nasihat untuk kaum adam   Sun Aug 09, 2009 6:23 am

mendalam gile...

lawak tul...

harap2 suami ak pn jd mcm suami nab yg part last skali tu...snang sket...oh abg Mat!

nice share pis..
Back to top Go down
View user profile
MaNgKuK pEcAh
junior
junior


Posts : 81
Join date : 2009-05-14
Age : 27
Location : kajang melaka

PostSubject: Re: nasihat untuk kaum adam   Mon Aug 17, 2009 11:15 am

adeshh
ite takmo jd suri umah la gitu
laki tak bersyukur la
sian bini kat uma kan
Back to top Go down
View user profile
salju
senior
senior


Posts : 1063
Join date : 2009-04-12
Age : 32
Location : mesia

PostSubject: Re: nasihat untuk kaum adam   Mon Aug 17, 2009 3:42 pm

wakakaka adoi..... dalam kelembutan seorang wanita tersimpan 1001 kekuatan yang hanya Allah s.w.t saja mengerti betapa indahnya wanita itu di dunia...

jadi....

belajorlah hargai orang pempuan ye... jangan ingat dia nanges hari2 tu dia lembik...
Back to top Go down
View user profile
Admin
Admin
Admin


Posts : 256
Join date : 2009-04-10
Age : 32
Location : gerik,perak

PostSubject: Re: nasihat untuk kaum adam   Sat Mar 19, 2011 12:01 pm

hahaha padan muka mat mattt

_________________________________________________
tolong sama2 majukan forums
Back to top Go down
View user profile http://perak1.forums2u.com
guitar_burok
junior
junior


Posts : 12
Join date : 2009-05-03
Age : 27

PostSubject: Re: nasihat untuk kaum adam   Tue Mar 29, 2011 7:10 pm

ah xde2 suri rumah mmg senang je keje dye.suami lg susah kene kuar keje,panas ,tempuh jln jem,gadoh ngan uncle jual buah pasal parking kete,tahan nafsu supaya iman xtergugat sebab tgk awek sane sini seksi berlari kejar mase la eh byk la.isteri ni senang je kije dye. dok umah klu penat pon sebab poco poco je.
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: nasihat untuk kaum adam   Today at 9:46 am

Back to top Go down
 
nasihat untuk kaum adam
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Reflected Light Adam Aaronson Exhibition Riverhouse Walton on Thames
» Adam's Epic Blog
» My name is Adam but my friends call me Chappo
» Adam-12 Decals for resto
» Another joint venture with Adam Wilder - LVT Saipen

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
perak1 :: .::INFORMASI::. :: ::SUDUT KAUNSELING:: .::COUNSELING SITE::.-
Jump to:  
Top posters
peace™ (1529)
 
miss-lady (1280)
 
sriteddy™ (1157)
 
salju (1063)
 
lipanx_laut (970)
 
macan_sparrow (742)
 
kuyie (668)
 
raffey-sama (509)
 
arb_mtq (432)
 
luvfama (297)
 
LATEST MOVIE TODAY
.:Sila click pada gambar dibawah untuk download boxoffice movie perak1 semoga terhibur :.