perak1
Selamat datang Ke Perak1 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Perak1 forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .anda juga boleh login forums ini dengan email FB anda danjangan lupa Like Fb perak1:KENALKAN DIRI ANDA:. Perak1 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada khalifah_alammaya2000@yahoo.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli perak1 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Perak1 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari Perak1 forum PASTI CERIA BERSAMA KAMI.
perak1


 
HomeCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Dapatkan Widget Ini Di Aku Punyer Lah! | Get RM100 A Week @ Blogger Tips


Share | 
 

 Tepuk bahu tukar kad ATM

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
peace™
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 1529
Join date : 2009-04-11
Location : slgr

PostSubject: Tepuk bahu tukar kad ATM   Mon Aug 03, 2009 11:50 am

KUALA LUMPUR: Hanya bermodalkan RM3, seorang lelaki mendapat untung
RM1,500 apabila menggunakan taktik menukar kad pengeluaran wang tunai
automatik (ATM) ketika mangsa sedang mengutip wang yang sengaja ditabur
penjenayah terbabit di atas lantai kerana menyangka itu wangnya.

Kejadian itu menimpa seorang penjawat awam berusia 27 tahun di Taman
Melawati di sini, ketika sedang mengeluarkan wang menggunakan kad ATM
isterinya.

Sumber berkata, ketika selesai mengeluarkan wang
berkenaan tetapi kad masih berada di mesin ATM, bahu lelaki itu
tiba-tiba ditepuk lelaki di belakangnya yang bertanyakan mengenai tiga
keping wang kertas RM1 yang berada di atas lantai berhampiran kakinya.

“Mangsa yang menyangka itu wangnya, terus membongkok untuk mengutip
duit terbabit dan ketika itu penjenayah berkenaan menukar kad ATM
isteri lelaki itu dengan kad lain,” katanya.

Bagaimanapun, Khamis lalu, selepas beberapa hari kejadian berkenaan,
isterinya yang mahu membuat pengeluaran wang terkejut apabila nama yang
terpapar pada mesin itu milik orang lain dan tidak aktif.

“Pada
mulanya isteri mangsa menyangka mesin terbabit mengalami kesilapan
teknikal, namun selepas dua kali mencuba dan masih menunjukkan nama
orang lain, dia mensyaki ada sesuatu yang tidak kena.

“Mangsa dan isterinya kemudian ke ibu pejabat bank berkenaan untuk mengetahui hal sebenar,” katanya.

Sumber itu berkata, pemeriksaan transaksi di bank mendapati baki wang
pada bank isterinya ‘lesap’ dan ada individu membuat dua kali
pengeluaran RM1,500.

“Mangsa teringat semula kejadian yang
bahunya ditepuk individu sebelum dia mengutip wang dianggap miliknya
jatuh di atas lantai,” katanya.

Pasangan terbabit yang berasa tertipu dengan kejadian itu kemudian membuat laporan polis.

Kejadian sama pernah dialami See Teck Huan, 32, apabila sekumpulan
lelaki dan wanita warga Timur Tengah menunjukkan sejumlah wang kertas
di atas lantai ketika mangsa ingin membuat pengeluaran wang di ATM Seri
Gombak, Selasa lalu.

Mangsa yang tidak mensyaki sesuatu
mengutip wang berkenaan dan menyerahkan kepada warga Timur Tengah
berkenaan, tetapi mereka enggan menerimanya lalu meninggalkan mangsa.

See hanya menyedari terperdaya apabila mendapati kad ATM miliknya yang
digunakan untuk mengeluarkan wang sebelum kejadian itu milik seorang
wanita.

Apabila dibuat semakan semula didapati RM5,100 wang
mangsa dikeluarkan dan mangsa mengesyaki ia perbuatan warga Timur
Tengah terbabit.

_________________________________________________




Back to top Go down
View user profile
 
Tepuk bahu tukar kad ATM
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» TOI - Modern Bahu is new, fresh : Sanaya Irani
» Hunt for Modern Bahu's dulha - Bolegaindia Article
» Modern Bahu-3rd Promo!!
» Tendative date for Modern Bahu
» Sony's Modern Bahu is not among the typical shows

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
perak1 :: .::INFORMASI::. :: .::RUANGAN INFORMASI DAN MAKLUMAT::. .::INFORMATION::.-
Jump to:  
Top posters
peace™ (1529)
 
miss-lady (1280)
 
sriteddy™ (1157)
 
salju (1063)
 
lipanx_laut (970)
 
macan_sparrow (742)
 
kuyie (668)
 
raffey-sama (509)
 
arb_mtq (432)
 
luvfama (297)
 
LATEST MOVIE TODAY
.:Sila click pada gambar dibawah untuk download boxoffice movie perak1 semoga terhibur :.