perak1
Selamat datang Ke Perak1 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Perak1 forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .anda juga boleh login forums ini dengan email FB anda danjangan lupa Like Fb perak1:KENALKAN DIRI ANDA:. Perak1 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada khalifah_alammaya2000@yahoo.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli perak1 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Perak1 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari Perak1 forum PASTI CERIA BERSAMA KAMI.
perak1


 
HomeCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Dapatkan Widget Ini Di Aku Punyer Lah! | Get RM100 A Week @ Blogger Tips


Share | 
 

 Nur Kasih

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
peace™
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 1529
Join date : 2009-04-11
Location : slgr

PostSubject: Nur Kasih   Sun Aug 02, 2009 5:27 am




Episod 01:
Mengisahkan
kehidupan Ustaz Hassan Albasheer dan Hajjah Khadijah mempunyai dua
orang anak lelaki yang berbeza perwatakan dan pemikiran. Aidil
merupakan abang kepada Adam seorang yang lemah lembut,bersopan dan
peganggan agama yang tinggi. Adam pula seorang yang kasar, hidupnya
juga dipengaruhi budaya barat. Aidil dan Adam diminta pulang oleh
ibunya kerana ayah mereka sedang tenat. Aidil dan Adam tiba di kampong.


Download Link: download

Episod 02:
Aidil
telah jatuh hati sejak kali pertama melihat kecantikan wajah Nur Amina.
Adam mula bosan tinggal di kampungnya dan bercadang untuk pulang semula
ke Australia.


Download Link: download

Episod 03:
Ustaz
Hassan telah meminang Nur Amina untuk Adam sedangkan Nur Amina adalah
pilihan hati Aidil. Nur Amina turut kecewa dengan pinangan ini kerana
dia mempunyai cita citanya sendiri dan dia telah mendapat surat
biasiswa untuk meneruskan pengajiannya. Adam yang terkejut dengan hal
itu membantah keputusan ayahnya kerana dia telah mempunyai pilihan
hatinya sendiri. Hajjah Khadijah memujuk Adam untuk berkahwin dengan
Nur Amina dan akhirnya Adam akur.


Download Link: download

Episod 04
Keadaan
Ustaz Hassan bertambah teruk. Perkahwinan Adam dan Nur Amina diadakan
dengan segera. Dalam diam, Aidil menyimpan perasaan kecewa kerana
wanita idamannya kini menjadi adik iparnya. Adam menyalahkan Nur Amina
kerana Nur Amina tidak menolak pinangan dari keluarganya dahulu.


Download Link: download

Episod 05:
Aidil
masih tidak mahu memulakan tugasnya di Biro Bantuan Guaman kerana risau
dengan keadaan ayahnya. Nur Amina mengejutkan Adam dari tidurnya dan
memberitahu tentang pemergian Ustaz Hassan.


Download Link: download

Episod 06:
Adam
meninggalkan Nur Amina di stesen keretapi dan berlepas ke Australia
sendirian. Nur Amina yang sendirian terpinga–pinga ditinggalkan disitu.
Nur Amina mencari rumah sewa Nabila dan menceritakan apa yang berlaku
kepada dirinya.
Adam kembali kepada Katrina & melamarnya untuk
menjadi isterinya tanpa memikirkan Nur Amina yang ditinggalkannya di
Malaysia.
Nur Amina akhirnya dapat meneruskan pelajarannya di Universiti Islam Antarabangsa seperti yang diimpikan selama ini.


Download Link: download

Episod 07:
Adam telah berkahwin dengan Katrina. Nur Amina kini meneruskan kehidupan sebagai mahasiswi di Universiti Islam Antarabangsa.

Download Link: download


Episod 08:
Aidil
telah pun menjadi seorang peguam. Aidil di minta memberi ceramah di
Universiti Islam Antarabangsa dan dia bertemu dengan Nur Amina selepas
beberapa tahun.
Aidil menceritakan apa yang berlaku selepas
pemergian Nur Amina dan Adam dari kampung. Nur Amina terharu dengan
tindakan Aidil yang sanggup menipu untuk menjaga nama baiknya dan
keluarga.
Adil sebenarnya mempunyai perasaan terhadap Nur Amina tapi dia berusaha melawan perasaan itu.


Download Link: download

Episod 09:
Nur Amina sering berhubung dengan Aidil melalui email. Nur Amina meminta Aidil datang dihari konvokesyennya.
Kehidupan
Adam di Australia telah jauh dari landasan agama. Tetapi, Adam terasa
jiwanya kosong sedangkan dia mempunyai segala kemewahan. Apabila
Katrina disahkan mengandung, Adam merasakan jiwanya akan tenang semula.
Ketika
pulang dari berparti, Adam dan Katrina ditimpa kemalangan dan bayi
dalam kandungan Katrina tidak dapat diselamatkan. Adam dipenjara kerana
memandu dibawah pengaruh alkohol.


Download Link: download

Episod 10
Ketika
menjalani hukuman penjara, Adam mula sedar dan insaf dengan
kesilapannya. Selepas dibebaskan, Adam kembali ke rumahnya dan
berhasrat untuk membawa Katrina kembali ke pangkal jalan. Adam
mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia.
Nur Amina nekad untuk
menceritakan segala – galanya kepada keluarganya. Dia pulang ke kampung
setelah sekian lama tidak kembali. Ketika tiba di kampung, Aidil
menelefonnya dan memberitahu tentang kepulangan Adam.
Adam dan
Katrina tiba di Malaysia. Aidil melarang Adam membawa Katrina bertemu
dengan ibunya. Aidil meminta Adam menyelesaikan segala masalah yang
telah timbul diantara dia dan Nur Amina.

Download Link: download

Episod 11
Adam
cuba memulihkan hubungannya Nur Amina. Nur Amina tidak sampai hati
menceritakan hal yang sebenar tentang status perkahwinannya kepada
Hajah kerana mengetahui Hajah mempunyai penyakit.
Aidil menemui
Katrina di bilik hotel. Dia terkejut melihat Katrina tidak sedarkan
diri di dalam bilik hotel. Aidil memberitahu Adam tentang kejadian yang
berlaku.


Download Link: download

:group: :group: :group:

_________________________________________________






Last edited by peace™ on Mon Aug 10, 2009 7:59 am; edited 1 time in total
Back to top Go down
View user profile
luvfama
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 297
Join date : 2009-04-30
Age : 31
Location : Negi 9

PostSubject: Re: Nur Kasih   Wed Aug 05, 2009 6:23 am

ooo....sori2 den terlepas pandang...jgn mara peace n sri suke2 citer ni...aduyai,malu2
Back to top Go down
View user profile
peace™
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 1529
Join date : 2009-04-11
Location : slgr

PostSubject: Re: Nur Kasih   Mon Aug 10, 2009 8:01 am

update episode 11

_________________________________________________




Back to top Go down
View user profile
macan_sparrow
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 742
Join date : 2009-04-12
Age : 38
Location : klang

PostSubject: Re: Nur Kasih   Mon Aug 10, 2009 12:19 pm

citer ni lum abis ye peace ye2 aku dlod mua pas tu aku ckp ngan bini aku ni citer nur kasih dr mula smpi habis aku mn tau bab aku x ngok citer ni sekali bini aku ngok ni citer yg ada kat tv la

_________________________________________________


hidup mesti mau appy
Back to top Go down
View user profile
peace™
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 1529
Join date : 2009-04-11
Location : slgr

PostSubject: Re: Nur Kasih   Tue Aug 11, 2009 4:19 am

hahaha...
ape da...
mesti kene gelak ngan bini ko..
lol! lol! lol!

_________________________________________________




Back to top Go down
View user profile
peace™
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 1529
Join date : 2009-04-11
Location : slgr

PostSubject: Re: Nur Kasih   Wed Aug 26, 2009 5:40 am

Episod 12
Download Link: download

Episod 13
Download Link: download

_________________________________________________




Back to top Go down
View user profile
peace™
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 1529
Join date : 2009-04-11
Location : slgr

PostSubject: Re: Nur Kasih   Tue Sep 01, 2009 9:32 am

Episod 14

Sarah pura – pura sakit dan memanggil Aidil datang ke rumah Nabila.
Sarah memasang perangkap tatapi tidak menjadi apabila Nabila pulang
sebelum Aidil tiba di rumah Nabila.
Hubungan Nur Amina dan Adam kembali pulih sedikit demi sedikit. Nur Amina sudah mulai menerima kehadiran Adam dalam hidupnya.
Sarah
cuba menghasut Aidil dengan menceritakan tentang perasaan Aidil kepada
Nur Amina suatu ketika dahulu. Nur Amina terkejut apabila mengetahui
bahawa Adam sudah berkahwin lain ketika di Australia.


Download Link: download

_________________________________________________




Back to top Go down
View user profile
peace™
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 1529
Join date : 2009-04-11
Location : slgr

PostSubject: Re: Nur Kasih   Sun Sep 06, 2009 8:10 am

Episod 15

Download Link: download

_________________________________________________




Back to top Go down
View user profile
peace™
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 1529
Join date : 2009-04-11
Location : slgr

PostSubject: sinapsos nur kasih   Fri Sep 18, 2009 5:50 pm

Episode 1
Di Mesir, Aidil bersolat menadah tangan untuk berdoa. Di Australia, Adam sedang
belajar dikelilingi kawan-kawan dan tin-tin beer, hilai ketawa. Ustaz Hassan dikejutkan
isterinya Hjh Khadijah lalu doktor menerangkan apa yang telah diketahuinya. Hayatnya
telah sampai ke penghujung. Penyakit yang dihidapinya tidak dapat diubati lagi. Dia
senyum dengan tenang dan menutup matanya lagi. Aidil mengucapkan selamat tinggal
kepada kawan sekuliahnya setelah mereka tamat pengajian. Aidil menerima panggilan
telefon dari Hjh Khadijah menyampaikan berita tentang ayahnya. Adam pulang ke hostel
dan mendengar suara ibunya dari mesin pesanan suara, dia kaku tiada reaksi. Di stesen
keretapi Kuala Lumpur Aidil menunggu ketibaan Adam. Tiada bayang-bayang Adam.
Aidil kecewa dan menaiki keretapi. Adam tiba dan duduk di sebelah Aidil. Mereka
berpelukan, keretapi meluncur laju. Aidil dan Adam tiba di Kuala Kangsar dan
pandangan mereka tertumpu pada seorang gadis jelita, Nur Amina.

Episode 2
Pandangan Aidil dan Adam membuat Nur berpaling. Aidil mengalihkan pandangan dan
mengajak Adam mencari teksi. Nur menghantar temannya, Nabila yang melanjutkan
pelajaran ke universiti. Rasa terkilan terpancar diwajahnya. Hati Adam berbisik
sangkanya tidak akan pulang lagi. Hjh Khadijah gembira akan kepulangan anak-anaknya.
Aidil menapak ke masjid mencari bapanya dan dia melihat Nur berjalan ke masjid.
Melihat bapanya, Aidil sebak dan salam tangannya. Selepas solat, Ustaz memberi salam
pada imam Abu Bakar sebelum melangkah pulang bersama Aidil. Adam resah, dia
mengucup tangan Ustaz, kelu tidak tahu bagaimana memulakan bicara. Hubungannya
dan ayahnya sudah lama renggang. Ustaz bersyukur dia sempat melihat anak-anaknya
sebelum dia pergi. Ustaz menyoal Aidil siapakah wanita solehah yang menjadi
pilihannya? Aidil menjawab Nur Amina pilihannya dia mempunyai ciri isteri mithali.
Tanpa diduga, Ustaz melakukan sebaliknya menghantar rombongan meminang Nur
Amina sebagai isteri kepada Adam.

Episode 3
Tindakan Ustaz Hassan mengejutkan semua. Nur belum bersedia untuk menjadi seorang
isteri kerana ingin meneruskan pelajarannya. Pak Imam berkata jodoh telah ditentukan.
Adam cuba menolak, tapi dihalang ibunya. Aidil tidak mengerti kenapa ayahnya telah
membuat keputusan ini. Dengan lembut Ustaz Hassan berkata Aidil anak yang soleh
yang dapat memilih calon isteri dengan tepat, yang dapat membimbing keluarga. Adam
tidak dapat melakukan semua itu. Dia perlukan seorang isteri mithali, Nur Amina di
sampingnya. Upacara perkahwinan Adam dan Nur berlangsung, dalam sekelip mata tiga
hati berkecai. Aidil yang mengharapkan cinta Nur, Nur yang mahukan meneruskan
pelajarannya, dan Adam yang mahu mengahwini teman wanitanya, Katrina. Tapi ada
yang gembira. Sarah yang telah lama menaruh hati pada Aidil gembira kerana ikatan
kekeluargaan mereka semakin rapat dan seterusnya dapat merapatkan dirinya dengan
Aidil. Aidil menjadi saksi pernikahan adiknya, walaupun hatinya sendiri remuk.

Episode 4
Malam pertama Adam dan Nur, Adam berterus-terang ini keputusan ayahnya dan dia
tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap Nur. Mereka hanyalah mangsa keadaan
dan penceraian akan berlaku pada masa yang sesuai. Nur terkejut, malu, marah dan
kecewa. Ketika Adam 17 tahun dia kacak dan cerdas. Sewaktu Nur 13 tahun dia menjual
kuih kanak-kanak nakal datang mengejeknya dan Adam menyelamatkannya. Aidil tidak
dapat tidur terdengar esakan perlahan Nur. Hari esoknya Nur dan Adam berpura seperti
segalanya adalah baik-baik belaka. Aidil meminta Adam supaya tidak mensia-siakan Nur.
Adam menjelaskan dia telah menerangkan semuanya pada Nur pada masa yang sesuai
“lakonan” ini akan dihentikan dan mereka akan menjalani hidup masing-masing. Hjh
Khadijah dapat merasakan apa yang sedang berlaku dalam rumahnya ada tiga insan
yang terluka. Dia berbincang dengan suaminya adakah tepat keputusan yang telah
dibuat? Ustaz yakin keputusan ini terbaik untuk semua. Ustaz Hassan akhirnya
meninggal dunia.

Episode 5
Setelah pemergian Ustaz, Adam berkeputusan untuk kembali ke Australia tapi hatinya
berat. Adam nekad beritahu ibunya dia mahu sambung pengajiannya. Ibunya merelakan
pemergiannya bersama Nur. Adam beritahu Aidil keinginannya untuk pergi ke Australia
tanpa Nur. Aidil marah akan perbuatan Adam. Nur terdengar perbualan itu. Adam
masuk ke bilik, mengingatkan Nur akan janji mereka, Nur berkata dia tidak pernah
bersetuju. Adam marah dan tegur mereka seperti langit dan bumi, berbeza dari segala
segi. Hati Nur tertusuk akan kata-kata Adam. Paginya, Nur tinggalkan rumah dan
ucapkan selamat tinggal pada keluarganya. Dia biarkan mereka berfikir yang dia akan
pergi bersama Adam. Dia terima sepucuk surat, pinjaman pendidikannya telah pun
diluluskan. Adam mengucapkan selamat tinggal pada ibunya. Bila Ibu menanyakan Nur,
Adam mahu berterus-terang, tapi Aidil berjaya berdalih. Dia kunci rahsia mereka dan
teruskan hidupnya mengharapkan cinta yang tidak tiba.

Episode 6
Di Australia, Katrina anak kacukan tidak pernah hidup sebagai seorang Muslim. Selepas
kematian ibunya pada usia 10 tahun, dia kehilangan satu-satunya kaitan dengan Islam.
Dia jatuh cinta pada Adam kerana dia mengisi kekosongan hatinya sejak kehilangan
ibunya. Adam mahu tinggalkan semua pengalaman pahit di Malaysia dan mulakan hidup
baru. Dia menikahi Katrina dan berteraskan cinta istilah agama tidak pernah muncul
dalam kehidupan mereka. Adam hanyut dengan hidup ini, dan lupa dia masih
beristerikan Nur. Nur berhijrah ke KL dan berjaya menjejaki temannya. Nur
menceritakan segala-galanya dan meminta temannya itu merahsiakan perkara sebenar.
Kos pendidikannya tidak cukup untuk sara hidupnya. Nur mengajar mengaji untuk
menampung perbelanjaannya. Aidil meneruskan kerjayanya di mahkamah syariah
negeri. Ibunya merasakan kemurungannya dan menasihatinya supaya merelakan. Ibu
menawarkan untuk mencari jodoh buat Aidil, tapi dia belum bersedia.

Episode 7
Nur tidak pandang lelaki lain kerana dia masih seorang isteri. Dia dicap sombong tapi
Nur tidak pedulikan cakapan orang, matlamatnya hanya sebuah ijazah. Adam dan
Katrina terus hanyut dalam dunia mereka. Mereka dikenalkan kepada penuntut baru
dari Malaysia, Nur namanya. Adam pucat dan Katrina pelik akan reaksi suaminya.
Rupanya bukan Nur Amina. Rasa bersalah menyelubungi Adam. Dia melupakannya
dengan minum arak. Kuliah Nur hampir selesai, dia akur masa untuk berterus-terang
dengan keluarganya. Aidil dijemput memberikan ceramah di UIAM. Dia bertemu dengan
Nur yang cuba melarikan diri tapi Aidil berjaya menegurnya. Nur malu dengan apa yang
terjadi. Aidil kata dia telah merahsiakan semuanya. Dia harus selindung perasaannya
yang sebenar dan berkata dia lakukannya atas rasa tanggungjawab. Sejak pemergian
Adam, tiada berita. Dia sendiri hantar e-mail gembira pada ibunya, seolahnya dari Adam
dan Nur. Setelah itu Aidil dan Nur berutus surat dan ini eratkan persahabatan mereka.

Episode 8
Adam kini seorang arkitek yang berjaya, tetapi merasakan jiwanya kosong. Dia gembira
Katrina mengandung, fikirnya zuriat akan mengisi jiwanya yang tandus. Tetapi mereka
terlibat dalam kemalangan yang teruk, kandungan anak Katrina mati dan dia akhirnya
tidak dapat mengandung lagi. Adam dihukum penjara 3 bulan kerana memandu dalam
keadaan mabuk. Nur berjaya di menara gading, dan Aidil cuba menghubungi Adam
untuk membebaskan Nur dari ikatan yang tidak bertali ini tapi Adam tidak dapat
dihubungi. Tiga bulan di penjara, Adam sedar hidupnya yang jauh terpesong. Sebaik
bebas, Adam mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia, Katrina yang
kemurungan setelah kehilangan bayinya, bersetuju.

Episode 9
Adam menghantar e-mail pada abangnya yang dia akan pulang, tapi Adil tidak buka
pesanan tersebut hingga beberapa hari selepasnya. Sebaik membaca e-mail tersebut,
Aidil bergegas ke kampung untuk menghalang Adam dari cerita perkara sebenarnya
pada ibu. Aidil berkongsi pada Adam apa yang berlaku sepeninggalannya dan rayu Adam
menyimpan rahsia sementara waktu. Adam memperkenalkan isterinya Katrina pada
Aidil yang tersentap, tapi masih cuba senyum. Pada hari yang sama, Nur juga pulang ke
kampong ingin berterus-terang pada bapanya. Nur terperanjat bila diberitahu oleh
adiknya Sarah, Adam ada di rumah ibunya sekarang. Nur bergegas kearah rumah Adam
dan bingung kenapa dia meneruskan kepura-puraan ini. Adam pinta Nur berikan
peluang untuknya menebus kesalahannya dulu.

Episode 10
Aidil memberitahu Adam tidak adil baginya untuk muncul semula dan harapkan untuk
kembali dengan Nur, terutama kini dia sudah beristerikan Katrina! Adam mengakui yang
dia memerlukan Nur. Hidupnya kini terumbang-ambing. Dia menceritakan pada Aidil
kehilangan anaknya. Aidil simpati, berbelah bagi, dia mahu adiknya pulang ke pangkal
jalan tetapi dia takut kehilangan Nur sekali lagi. Nur mengadu pada Aidil yang dia keliru,
tetapi Aidil nasihati untuk megikut kata hatinya. Sarah melihat perbincangan mereka
dan rasa cemburu menyelubungi dirinya. Adam bertanyakan Nur kali kedua tapi
jawapan Nur tetap sama. Tidak. Nur memberitahu Adam mungkin belum masanya untuk
jelaskan Ibu perkara sebenar, dan ia tidak bermaksud dia akan menerima Adam. Dia
sudah ada tawaran pekerjaan di KL dan dia akan teruskan hidupnya seperti selama ini
tanpa Adam. Sementara itu Katrina tertanya-tanya apa yang telah berlaku dan bila dia
akan berjumpa dengan keluarga Adam.

Episode 11
Nur bekerja di sebuah firma arkitek. Selang beberapa minggu, dia diberitahu akan
mendapat bos baru. Bagai terhenti jantungnya bila mendapati bos tersebut adalah
Adam. Nur ingin meletakkan jawatan, tapi Adam menghalangnya. Kalau begitu sekali
Nur membencinya hingga tidak sanggup memandangnya, maka dia yang akan pergi. Nur
hairan, kenapa Adam lain benar dari dulu. Nur buat keputusan untuk meneruskan
kerjanya. Adam semakin tertarik dengan isterinya ini. Sementara itu hubungannya
dengan Katrina semakin renggang. Katrina mahukan belaian suaminya, tapi Adam
semakin menjauhkan diri. Adam mula mendekatkan diri dengan tikar sembahyang.
Katrina bingung. Mana suaminya yang dikahwini dulu? Siapa lelaki Muslim yang
mahukan dia bertudung dan bersembahyang ini? Katrina semakin kemurungan. Nur dan
Adam tidak dapat mengelakkan diri bila dihantar untuk melihat tapak projek terbaru di
sebuah kawasan peranginan, dan mereka semakin rapat.

Episode 12
Sebaik Nur dan Adam pulang dari tempat peranginan tadi, Aidil mengunjungi Nur. ingin
tahu khabarnya.. Nur berkata dia semakin membiasakan diri dengan kehadiran Adam.
Dia mengakui merindui surat-surat Aidil, yang banyak memberinya kekuatan. Sarah
datang mencari Nur di tempat kerja, terkejut mendapati Nur dengan Aidil. Perasaan
cemburunya membuak. Nur terkejut melihat Sarah. Sarah pinta penjelasan. Sangka Nur,
Sarah ketahui tentang dirinya dan Adam. Dia ceritakan segalanya dan pinta Sarah
merahsiakannya. Rasa cemburu Sarah mendorongnya untuk memusnahkan ikatan
persahabatan antara Nur dan Aidil. Dia menulis surat tak bernama pada Adam yang Nur
dan Aidil berhubungan sulit. Adam berdepan dengan Aidil dan Nur. Nur bersumpah
tidak pernah menduakan suaminya. Di sudut hati, Aidil menangis mendengar kenyataan
Nur. Tapi dia mengiyakannya pada Adam, mereka tidak pernah melebihi batasan
sebagai saudara. Adam meminta maaf pada Nur dan Aidil.

Episode 13
Adam dan Nur semakin rapat. Adam berkongsi impiannya bersama Nur. Dia mahu
mereka membina hidup baru bersama dikelilingi oleh tawa anak-anak . Hati Nur yang
dulu terguris, yang dulu menolak cinta, akhirnya mengakui yang dia juga menyimpan
perasaan sayang pada lelaki bernama suami itu. Aidil nasihati Adam supaya tidak
melukakan lagi hati Nur. Jika dia ingin memiliki Nur semula, buatlah dengan niat yang
ikhlas. Nur mendapat tahu yang Adam mempunyai isteri yang lain Katrina. Katrina
merayu padanya supaya tidak merampas suaminya. Katrina jelaskan apa yang telah
berlaku, dan Adam cuma inginkan zuriat, itu saja. Dia tidak mencintai Nur, sebagaimana
dia mencintai Katrina. Nur kecewa lagi dengan Adam. Dia membawa diri, pergi dari KL.
Adam memarahi Katrina kerana melukakan hati Nur. Tanya Katrina, haruskah dia
berdiam diri sementara suaminya dirampas perempuan lain? Adam berterus-terang
yang Nur itu isteri pertamanya. Katrina rasakan dunianya runtuh dan melarikan diri
meninggalkan Adam.

Episode 14
Setahun kemudian, Nur bekerja sebagai agen di Mekah menguruskan jemaah Malaysia.
Jiwanya tenang dan telah belajar melupakan Adam. Sewaktu dia mengiringi jemaah, dia
terdengar suara memberi salam. Kelihatan Adam berdiri di depannya, berihram dan
kepala yang bercukur. Nur hampir tidak mengenalinya, dia menyapa dengan baik dan
gembira Adam terpanggil untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Adam menjemput Nur
ke hotel dia menginap, Nur menolak dengan baik. Hatinya sudah tertutup untuk Adam.
Adam pinta Nur datang untuk ibunya yang sudah mengetahui perkara yang sebenar. Ibu
teringin sangat untuk berjumpa dengan Nur. Nur serba-salah, terngiang nasihat
majikannya, Ummu Majid yang dianggapnya seperti ibu angkatnya bahawa tiada
masalah yang akan selesai dengan melarikan diri. Aidil datang berjumpa dengan Nur,
sampaikan hajat ibunya untuk bertemu dengan Nur. Nur akur tapi meminta supaya
Adam tidak berada di situ. Aidil kata Adam telah benar-benar berubah kali ini.

Episode 15
Nur sebak dan terus bersalam dan memeluk Ibu. Aidil senyum hiba dan Adam
memerhati, matanya berkaca. Nur mengalah akan pelawaan Ibu makan malam
bersama. Nur kata dia harus pergi segera, tapi Adam pintanya jangan lari setiap kali
berjumpanya. Bukan niatnya untuk mengejar jika pintu hati Nur terbuka untuk terima
Adam akan berada di sisi Nur. Jika hatinya masih tertutup dia akan menunggu. Nur
terharu tapi begitu takut dikecewakan lagi oleh suaminya itu. Adam pinta isterinya
memaafkan semua perbuatannya yang lalu dan berhasrat untuk berjalan ke Masjidil
Haram bersama isterinya. Nur menggelengkan kepala, Adam kecewa tapi redha. Aidil
melihat dan bersuara ke Nur kembali pada Adam, jodohnya dan Adam sudah tertulis.
Dia sebak akan segala pengorbanannya. Ibu berdoa kepada Ilahi, berikanlah
kebahagiaan pada Aidil yang selama ini telah berkorban, berikanlah dia cinta seorang
isteri. Sebaik airmata Ibu jatuh ke tanah, pandangan Aidil bertembung dengan seorang
gadis yang berabaya dan niqab, sinaran matanya menusuk ke hati Aidil.

Episode 16
Gadis tersebut ditemani oleh bapanya dan berjalan menuju ke hotel yang sama tempat
Aidil menginap. Sebaik melangkah masuk, ibu mengenggam tangan Aidil, dan berkata
dia bangga punyai anak seperti Aidil. Dia bersyukur kerana pengorbanan Aidil, Adam kini
kembali ke pangkal jalan. Ibu mahukan yang terbaik untuk Aidil dan dia percaya yang
terbaik jugalah dimiliki Aidil. Aidil senyum, mengerti ibunya. Mata Aidil melirik kearah
gadis tadi, dan Ibu tersenyum. Ibu nasihati Adam supaya membebaskan Nur. Kata Adam
dia tidak akan berbuat demikian kecuali dipinta sendiri oleh Nur.Dia masih menaruh
harapan.. Adam terima sepucuk surat dari Nur yang sudah memaafkannya dan dia juga
pinta supaya Adam memaafkannya. Dia sedar dia bukan isteri yang sempurna dan
mengizinkan Adam untuk mencari penggantinya. Adam membalas surat Nur dia tidak
akan mencari pengganti diri Nur. Baginya Nur isterinya hingga ke akhir hayat. Dia
menamatkan suratnya dengan sebuah doa.

Episode 17
Setahun kemudian, Adam kini telah membuka firma arkiteknya sendiri yang membuat
pengkhususan dalam senibina Islam. Dia terkejut bertemu dengan Nur Aminayang
sudah pulang ke Malaysia. Adam bertanya jika Nur kembali untuk selamanya. Dan sudah
temui kebahagiaan yang dicari? Nur angguk. Nur tanya kenapa Adam berhenti menulis
email pada Nur. Sangka Adam Nur tidak pernah membaca surat-suratnya, ta[I Nur kata
dia membaca setiap satu daripadanya. Adam menjemput Nur pulang ke kampung
bersamanya untuk majlis pernikahan Aidil. Aidil bersyukurAdam dan Nur bersatu. Adam
berterima kasih atas pengorbanan abangnya. Adam dan Nur kembali ke bilik mereka
menghabiskan malam pertama mereka dulu. Setelah bertahun lamanya, ini kini malam
pertama mereka dalam erti kata sebenar.

Episode 18
Suasana masih riuh rendah dengan hilai tawa orang kampung menyediakan majlis.
Adam dan Nur diusik kerana kemesraan mereka. Nur memujuk Sarah yang kecewa
kerana Aidil akan melangsungkan pernikahan dengan orang lain. Kata Nur jodoh
ditangan Tuhan. Kata Sarah,.Aidil pilih Aliya kerana dia anak orang kaya. Nur menegur
Sarah. Nur mengucapkan tahniah pada Aidil, dan Aidil mengharapkan kebahagiaan buat
Nur dan Adam. Nur harap akan berjumpa Aliya dalam masa yang terdekat. Menurut
Aidil, Aliya menerima dia seadanya. Sarah menasihatkan Nur supaya berhati hati agar
tidak kecewakan lagi oleh Adam tapi Nur semakin yakin dengan keputusannya, Adam
pilihan terbaik untuknya. Mereka saling berbalas pandang, dan tersenyum. Majlis
berlangsung dengan penuh meriah.. tetapi tiba seorang tetamu yang tak
diundang..Katrina.

Episode 19
Adam dan Nur terkejut dengan kehadiran Katrina yang kini berhijab. Katrina
menceritakan kisah hidupnya, selepas dia meninggalkan Adam, untuk menenangkan diri
setiap malam berpesta, bertukar pasangan, mabuk. Di Jakarta dia mengenali seorang
wanita yang membimbingnya dekat pada Islam. Nur menjemput Katrina untuk tinggal
dengan mereka untuk sementara waktu. Ibu bertanya pada Nur dan Adam siapa Katrina
sebenarnya. Nur cuba berdalih, tapi Adam tidak mahu membohongi ibunya lagi. Ini
Katrina, isteri keduanya yang dinikahi di Australia. Dibalut perasaan bersalah terhadap
Katrina, Adam sedia menerimanya kembali, dengan izin Nur. Katrina menyatakan pada
Nur dia tidak ingin merampas hak sesiapa, hanya berkongsi kasih seorang suami. Nur
angguk dan memeluknya. Katrina berkata, sungguh mulia hati Nur, dan semoga Allah
S.W.T. melindunginya sentiasa.

Episode 20
Adam, Kat dan Nur belajar hidup bermadu. Kat merasai dia mengganggu kebahagiaan
Adam dan Nur dan selalu mengalah. Adam cuba bertindak seadil adilnya. Dia berkongsi
masalah dengan Aidil. Dia merasakan jalan yang terbaik adalah untuk menceraikan
Katrina, tetapi rasa tanggungjawabnya menebal. Dia yang seharusnya membimbing
isterinya itu, bukan dilepaskan supaya mencari jalan sendiri.. Kata Aidil, dia harus
mendengar kata hatinya sendiri. Aidil dan Aliya hidup bahagia walaupun Aidil risau Aliya
tidak dapat menyesuaikan diri dengan rumah kampung mereka. Sarah cuba memasang
jarum dalam kehidupan mereka, dan bercerita padanya Aidil sebenarnya cintakan Nur.
Terkejut Aliya. Dengan selamba Sarah bercerita, Aidil sebenarnya sepatutnya
mengahwini Nur, tapi atas permintaan akhir arwah Haji Hassan, Adam yang dikahwinkan
dengan Nur tapi cintanya pada Nur tidak pernah padam. Aliya dihambat rasa cemburu.
Dia minta Aidil berterus terang.

Episode 21
Kata Aidil itu semua cerita lama tiada lagi wanita lain dihatinya selepas berjumpa
dengan Aliya. Aliya masih belum pasti, Aidil cuba meyakinkan Aliya tapi hubungan
mereka terus renggang. Adam memberitahu Nur dia akan melepaskan Katrina. Nur
memujuknya supaya jangan, dan bersabar. Sewaktu menunaikan solat subuh bersamasama,
Katrina pengsan, mereka cuba menyelamatkannya, tapi terlambat. Menurut
doktor dia meninggal kerana brain aneurism. Semuanya terkejut, tiada. Adam, Nur dan
keluarga di pusara Katrina. Seolah telah menjangkakan kematiannya, Katrina
meninggalkan sepucuk surat kepada Adam dan Nur, supaya berbahagia dan supaya
tidak lupa yang nur kasih sebenarnya, adalah Kasih kepada Nya..

Episode 22
Sarah semakin rancak meracuni fikiran Aliya supaya Aliya melihat sendiri keakraban Aidil
dan Nur. Sarah kata pada Nur, menurut Aliya, Aidil masih simpan perasaan terhadapnya.
Dan ini meretakkan hubungan mereka. Nur pinta berjumpa dengan Aidil untuk
penjelasannya. Aidil berkata dia hanya simpan perasaan terhadap Nur sebagai seorang
adik. Aidil mengiyakan dia pernah menyayangi Nur dahulu. Tanpa pengetahuan mereka,
Sarah dan Aliya mendengar perbualan mereka. Pucat lesi muka Aliya. Adam juga ada
mendengar perbualan itu. Sambung Aidil, Nur seorang wanita yang sempurna, dan
sangkanya dia akan dikahwinkan dengan Nur, sebaliknya yang berlaku. Dia rela
berkorban melepaskan wanita yang disayanginya untuk adiknya. Aliya tidak dapat
mendengar lagi, lalu pergi. Adam sebak mendengar pengakuan abangnya dan pergi juga.
Aidil berkata perkara yang lepas sudah dilupakannya. Jodoh Nur bersama Adam, dan dia
bersama Aliya itu sudah tertulis. Nur lega akan penjelasan Aidil, dan Sarah tersenyum
sendiri.

Episode 23
Aidil mendapati Aliya telah pulang ke rumah ibu bapanya. Dia cuba berjumpa tapi Aliya
mahu bersendiri. Sarah berkata Aliya tidak tahan dengan cara kampung dan rindukan
kemewahannya. Hancur hatinya Aidil sampai bila pun dia tidak akan mampu
memberikan kemewahan sebegitu pada isterinya. Dia berjumpa dengan Adam yang
tidak belas kasihan. Adam bertanya jika Aidil jujur cintanya pada Aliya. Aidil terhina
ditanya begitu. Nur juga perasan yang Adam menjauhkan diri. Adam ditugaskan ke
Mumbai, sebelum berlepas dia pinta maaf pada Aidil atas semua kesalahannya yang
terdahulu. Setelah pemergian Adam, Nur terkejut bila dikhabarkan Mumbai diserang
pengganas, dan hotel Adam telah ditawan. Nur dan Aidil cuba mendapatkan kepastian
dari Wisma Putra, tapi tiada berita. Ibu juga tidak putus-putus berdoa untuk
keselamatan Adam. Nur berkeputusan untuk ke sana, setelah Adam disahkan ada
dibiliknya pada masa ia diserang. Tetapi mayatnya tidak ditemui dan dia diklasifikasikan
sebagai hilang.

Episode 24
6 bulan kemudian, ibu bertanya pada Nur sampai bila dia mahu hidup sendiri. Kata Nur,
Adam menunggu Nur lama dan Nur akan tunggu dia seumur hidupnya. Aidil hilang akal,
kehilangan Adam dan Aliya. Nur memujuknya supaya berjumpa Aliya. Aidil dan Aliya
bertemu dan Aidil rela melepaskannya jika itu yang dia mahu. Aliya sedih, tanya kembali
apakah itu yang diinginkan Aidil? Aidil keliru. Kata Aiya dia tahu Nur bersendiri mungkin
Aidil mahu mengahwininya. Aidil menceritakan apa yang sebenarnya berlaku, dan Aliya
juga. Mereka akhirnya mendapat tahu yang ini semua adalah angkara Sarah. Aidil dan
Aliya kembali bersama. Sewaktu Aidil bersembang dengan ibunya mereka melihat
keadaan Nur senyum bersedih. Tanya ibu, kalau ditakdirkan Adam telah pergi,
sanggupkan Aidil mengahwini Nur? Aliya mendengar soalan itu. Aidil berkata dia tidak
sanggup menduakan Aliya. Aliya terharu.

Episode 25
Aliya merapati Nur dan memberitahunya yang dia mengizinkan Aidil mengahwini Nur
jika itu takdir mereka. Nur menggeleng cintanya hanya pada Adam dan dia akan tetap
menjadi isteri Adam. Setiap hari Nur menulis email pada Adam. Dia bercerita pada
Adam segala-galanya yang berlaku dalam hidupnya seperti yang dilakukan Adam dahulu.
Walaupun dalam surat Nur cuba ceria, sebaik selepas menulis, dia menitiskan air mata.
Adam turut menitiskan airmata sambil membaca email di Mumbai. Adam kini bermisai
dan berjambang. Soal temannya tidak mahu pulangkah dia? Kata Adam, buat pertama
kali dalam hidupnya, dia mahu berkorban untuk abangnya, dia mahu Aidil bahagia.
Sarah yang melihat kakaknya menulis surat setiap hari pada Adam merasa cukup
bersalah. Tanpa pengetahuan Nur, Sarah mula menulis surat untuk Adam.

Episode 26
Nur menghabiskan masa dengan anak-anak di masjid. Suatu hari, Aidil melihat Nur
menangis, airmata berlinangan di pipi. Aliya mendekatinya mengingati perbualan
mereka yang dia mengizinkannya. Aidil merapati Nur dan berkata dia sanggup menjaga
Nur. Nur memandang Aidil, kemudian Aliyadan Nur menggeleng perlahan. Nur
membuat keputusan untuk pulang ke Kuala Lumpur. Dia tidak mahu lagi menjadi
penyebab renggangnya hubungan Aidil dan Aliya. Dia ke stesen keretapi, dihantar Aidil
dan Aliya. Sewaktu keretapi berhenti, seorang lelaki berjambang turun. Nur, Aidil atau
Aliya tidak sedar akan ketibaannya. Nur bersalam dengan Aidil dan Aliya.. Tudung Nur
terbang di tiup angin dan dia menaiki keretapi. Dalam keretapi, Nur memandang keluar,
Adam tiba disisinya sambil memberi salam. Nur terkejut, memandangnya, bersyukur..
dia tahu Adam akan pulang juga ke pangkuannya. Mereka berpelukan.

~ Tamat ~

_________________________________________________




Back to top Go down
View user profile
peace™
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 1529
Join date : 2009-04-11
Location : slgr

PostSubject: Re: Nur Kasih   Tue Sep 22, 2009 6:03 am

Episod 16
Adam dan Nur Amina bertemu dan Adam bertanya kepada Nur Amina tentang keputusan Nur Amina. Nur Amina masih tidak dapat memberi kata putus kepada Adam tetapi menunaikan permintaan Adam untuk bersama - sama ke Masjidil Haram. Hajjah berdoa di Jabal Rahmah supaya Aidil bertemu dengan jodoh yang terbaik untuk dirinya. Ketika Aidil ke kedai buku di Mekah, Aidil bertemu dengan seorang wanita yang bernama Aliya (Ayu Raudhah). Aidil telah jatuh hati pada Aliya.

Download Link: Download Link: download

Episod 17
6 bulan kemudian, Adam kini telah membuka firma arkiteknya sendiri yang membuat pengkhususan dalam senibina Islam. Aidil terkejut bertemu Aliya yang sudah pulang ke Malaysia. Laptop Adam rosak dan dia tidak dapat menghantar email kepada Nur seperti biasa. Nur ternanti-nanti email dari Adam. Keluarga Aliya menjemput Hajah ke rumah untuk makan tengahari. Datuk menyatakan hasrat keluarganya untuk menyatukan Aidil dan Aliya.

Download Link: download

_________________________________________________




Back to top Go down
View user profile
Mr.rainzz
Moderator
Moderator


Posts : 72
Join date : 2009-06-26
Age : 32
Location : ^subang+KL+manjung^

PostSubject: Re: Nur Kasih   Tue Sep 22, 2009 10:20 am

pastikan cite nih habis tau peace..sbb aku tgh mendownload setiap episod..layan..
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/rainloves4eva
peace™
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 1529
Join date : 2009-04-11
Location : slgr

PostSubject: Re: Nur Kasih   Sat Oct 03, 2009 6:03 am

Episod 18
Pada mulanya, Aidil ragu - ragu kerana takut Aliya tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di kampung. Tetapi setelah diyakinkan,barulah Aidil yakin dengan Aliya. Nur Amina mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia. Ketika tiba di Malaysia, Nur Amina mendapat berita Adam telah jatuh lemas ketika menjalankan tugasnya. Nur Amina nekad dan berjanji tidak akan meninggalkan Adam lagi. Nur Amina dan Adam membantu Aidil membuat persiapan perkahwinan.

Download Link: download

_________________________________________________




Back to top Go down
View user profile
peace™
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 1529
Join date : 2009-04-11
Location : slgr

PostSubject: Re: Nur Kasih   Thu Oct 22, 2009 6:16 am

Episod 19

download

Episod 20

download part 1

download part 2

_________________________________________________




Back to top Go down
View user profile
peace™
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 1529
Join date : 2009-04-11
Location : slgr

PostSubject: Re: Nur Kasih   Tue Nov 03, 2009 12:05 pm

episod 21

download

episod 22

download

_________________________________________________




Back to top Go down
View user profile
peace™
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 1529
Join date : 2009-04-11
Location : slgr

PostSubject: Re: Nur Kasih   Mon Nov 09, 2009 7:37 am

episod 23

download

_________________________________________________




Back to top Go down
View user profile
peace™
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 1529
Join date : 2009-04-11
Location : slgr

PostSubject: Re: Nur Kasih   Mon Nov 16, 2009 11:18 am

episod 24

download

_________________________________________________




Back to top Go down
View user profile
Mr.rainzz
Moderator
Moderator


Posts : 72
Join date : 2009-06-26
Age : 32
Location : ^subang+KL+manjung^

PostSubject: Re: Nur Kasih   Tue Nov 17, 2009 7:02 pm

MY FEBERET TV SHOW...TY2...DAH D/L SUME...TQ PEACE...
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/rainloves4eva
peace™
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 1529
Join date : 2009-04-11
Location : slgr

PostSubject: Re: Nur Kasih   Tue Nov 24, 2009 5:10 am

episod 25

download 1
download 2

_________________________________________________




Back to top Go down
View user profile
peace™
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 1529
Join date : 2009-04-11
Location : slgr

PostSubject: Re: Nur Kasih   Mon Nov 30, 2009 6:31 am

episod 26 (akhir)

download 1
download 2
download 3
download 4

_________________________________________________




Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: Nur Kasih   Today at 10:18 pm

Back to top Go down
 
Nur Kasih
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
perak1 :: .::HIBURAN::. :: .::SIRI TV/DRAMA::.-
Jump to:  
Top posters
peace™ (1529)
 
miss-lady (1280)
 
sriteddy™ (1157)
 
salju (1063)
 
lipanx_laut (970)
 
macan_sparrow (742)
 
kuyie (668)
 
raffey-sama (509)
 
arb_mtq (432)
 
luvfama (297)
 
LATEST MOVIE TODAY
.:Sila click pada gambar dibawah untuk download boxoffice movie perak1 semoga terhibur :.