perak1
Selamat datang Ke Perak1 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Perak1 forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .anda juga boleh login forums ini dengan email FB anda danjangan lupa Like Fb perak1:KENALKAN DIRI ANDA:. Perak1 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada khalifah_alammaya2000@yahoo.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli perak1 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Perak1 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari Perak1 forum PASTI CERIA BERSAMA KAMI.
perak1


 
HomeCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Dapatkan Widget Ini Di Aku Punyer Lah! | Get RM100 A Week @ Blogger Tips


Share | 
 

 misteri dan hebatnya makna cantik..

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
enni
junior
junior


Posts : 171
Join date : 2009-07-18
Age : 28
Location : ::kota bharu::manjung::petaling jaya::

PostSubject: misteri dan hebatnya makna cantik..   Sat Aug 01, 2009 11:03 am


Usah terkejut kalau ada orang melahirkan rasa hatinya pada anda, sedangkan anda merasakan tiada apa-apa istimewanya anda. Begitulah hebat dan misterinya kehidupan. Ukuran manusia tentang kecantikan dan ketampanan memang tidak pernah sama. Ada orang mabuk dengan seseorang sedangkan menurut pandangan orang lain, wajah semacam itu tidak patut dimabuk-mabukkan.

Misterinya suara hati memang sukar dibaca. Tidak ada sebarang alat untuk mengukur makna cantik atau tampan pada seseorang. Ukuran cantik atau tampan ini sentiasa berlainan antara seseorang dengan seorang yang lain. Maka itu, usah hairan jika seseorang wanita dinobatkan sebagai ratu dunia, padahal ramai lagi wanita di pejabat kita yang kita rasakan mengatasi kecantikan ratu itu.

Begitu juga, mungkin ada wanita di kampung kita, kita rasakan lebih cantik daripada para model yang popular. Sebab apa? Sebab persepsi kecantikan tidak pernah sama antara manusia. Ada orang anggap hidung yang sedikit mancung sebagai cantik, ada orang tidak. Ada orang rambut yang mengurai sebagai cantik, ada orang menganggap rambut yang ditutup sebagai kecantikan yang mengatasi. Ada orang menganggap putih melepak itu sebagai cantik ada orang suka yang hitam.

Ada orang mentafsirkan kecantikan itu mata yang bundar tetapi ada orang merasakan yang sepet seperti Jepun atau Cina itu yang lebih menawan. Ada orang menganggap bibir yang nipis itu cantik tetapi ada juga orang yang mengatakan bibir tebal lebih mengancam.

Di sebuah kawasan terpencil di utara Thailand, terdapat sekelompok manusia yang mentafsirkan cantik itu leher yang jinjang. Maka, para wanita memakai besi lilit di leher untuk memanjangkan leher masing-masing. Alangkah seksanya untuk menjadi cantik menurut penilaian masyarakat ini.

Begitu juga di sebuah penempatan di Afrika, cantik ditafsirkan mulut yang lebar. Semakin lebar mulut semakin cantiklah mengikut ukuran kelompok ini. Maka para lelaki dan para wanitanya memakai piring besi berbentuk bulat di mulut. Piring ini ditukar kepada yang lebih besar dari semasa ke semasa.

Begitulah misteri dan luasnya makna cantik dan tampan. Jadi, usah terlalu susah hati jika anda merasakan anda tidak begitu menarik. Anda tetap cantik di mata orang yang mentafsirkan kecantikan itu bukan sekadar wajah tetapi mungkin keseluruhan anda. Ini termasuklah gaya jalan anda, cara nada bertutur, pendirian serta sikap anda terhadap sesuatu perkara.

Jika anda belum mendapat teman bukan cantik masalahnya, cuma anda belum bertemu dengan orang yang mentafsirkan cantik itu menurut apa-apa kelebihan yang ada pada diri anda.

Sebenarnya tiada manusia yang buruk, lantaran setiap daripada kita ini dicipta oleh Tuhan yang Maha Bijaksana. Masakan ciptaan Tuhan itu tidak cantik, malah dalam islam kecantikan bukan terletak pada wajah atau keturunan tetapi apa yang ada di dalam hati. Baik sang hati baiklah seluruh badan, jahat sang hati jahatlah seluruh badan. Agama menilai kecantikan itu iman yang teguh, kukuh dan padu.

Siapa kita untuk mempertikaikan ciptaan-ciptaan TUHAN. Sudah tentu kita tidak layak. Tetapi ramai orang mempertikai TUHAN setiap kali menghadap cermin. Berkacalah tatkala bercermin sebab dengan berkaca cermin akan memberitahu anda apakah anda yang berdiri di situ atau perasaan dan keegoan anda yang menampani.

Siapa anda, anda sendiri yang menentukan. Pandangan manusia semuanya tidak sama. Sejuta yang mengatakan anda tidak indah, sepuluh juta mungkin mengatakan yang sebaliknya. Hanya anda belum bertemu muka dengan yang sepuluh juta itu.

Itu saja yang membezakan.


Back to top Go down
View user profile
macan_sparrow
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 742
Join date : 2009-04-12
Age : 38
Location : klang

PostSubject: Re: misteri dan hebatnya makna cantik..   Sat Aug 01, 2009 11:15 am

cantik bkn paras rupa semata2,kecantikan diri tu dtg dr keseluruhannya....cantik klu x tau nk masak pn x guna mcm t pn x leh dikatakn cantik walaupn muka mengalahkn siti nurhalizah yg penting kebijaksaan dlm mengawal kecantikn diri ni eh apa aku melalut ni

_________________________________________________


hidup mesti mau appy
Back to top Go down
View user profile
enni
junior
junior


Posts : 171
Join date : 2009-07-18
Age : 28
Location : ::kota bharu::manjung::petaling jaya::

PostSubject: Re: misteri dan hebatnya makna cantik..   Sat Aug 01, 2009 11:20 am

btul tu macan..kalo cntik x reti masak..watpe??

bijaklah mengawal kecantikan anda wahai umat Muhammad sekalian..
Back to top Go down
View user profile
straighthead_goku
junior
junior


Posts : 46
Join date : 2009-07-27

PostSubject: Re: misteri dan hebatnya makna cantik..   Sat Aug 01, 2009 2:17 pm

xkenal make x cinta.
Back to top Go down
View user profile
macan_sparrow
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 742
Join date : 2009-04-12
Age : 38
Location : klang

PostSubject: Re: misteri dan hebatnya makna cantik..   Sat Aug 01, 2009 7:01 pm

x cuba maka x tau

_________________________________________________


hidup mesti mau appy
Back to top Go down
View user profile
enni
junior
junior


Posts : 171
Join date : 2009-07-18
Age : 28
Location : ::kota bharu::manjung::petaling jaya::

PostSubject: Re: misteri dan hebatnya makna cantik..   Sat Aug 01, 2009 7:47 pm

macan..amende nye yg x cube???

x paham ak.
.
Back to top Go down
View user profile
macan_sparrow
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 742
Join date : 2009-04-12
Age : 38
Location : klang

PostSubject: Re: misteri dan hebatnya makna cantik..   Sat Aug 01, 2009 8:12 pm

enni cuba2 tu tuk org2 tua je yg muda2 ken abaikn je

_________________________________________________


hidup mesti mau appy
Back to top Go down
View user profile
salju
senior
senior


Posts : 1063
Join date : 2009-04-12
Age : 32
Location : mesia

PostSubject: Re: misteri dan hebatnya makna cantik..   Sat Aug 01, 2009 8:29 pm

kompem aku tak cantik.. pasal aku pemalas... patutlah takde orang nak kat aku... adeh

macan.. namo ajor enni bukan2... jgn macan nih.... meh sini... masuk bilik kaunseling... biasa dia nih.. dah lama tak kena kaunseling nih.. tu pasal nak usik adik2 kat sini.... opocot lalu2... ada yang kena kaunseling nih.. tepi2... opocot
Back to top Go down
View user profile
enni
junior
junior


Posts : 171
Join date : 2009-07-18
Age : 28
Location : ::kota bharu::manjung::petaling jaya::

PostSubject: Re: misteri dan hebatnya makna cantik..   Sat Aug 01, 2009 9:53 pm

wakakaka kak salju.. wakakaka wakakaka

tari g msuk bilik kaunseling macan... tari

kak salju
Back to top Go down
View user profile
straighthead_goku
junior
junior


Posts : 46
Join date : 2009-07-27

PostSubject: Re: misteri dan hebatnya makna cantik..   Sun Aug 02, 2009 6:35 am

macan_sparrow wrote:
enni cuba2 tu tuk org2 tua je yg muda2 ken abaikn je
aku rse aku da tue.da ley cbe kot can.gtau pe yg ley aku cbe
Back to top Go down
View user profile
salju
senior
senior


Posts : 1063
Join date : 2009-04-12
Age : 32
Location : mesia

PostSubject: Re: misteri dan hebatnya makna cantik..   Sun Aug 02, 2009 3:40 pm

tumpang lalu.. sorang lagi pesalah ditangkap.. sila beri laluan... amaran.. sesi kaunseling kelompok akan dijalankan..... opocot beri laluan... terima kasih.. opocot
Back to top Go down
View user profile
macan_sparrow
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 742
Join date : 2009-04-12
Age : 38
Location : klang

PostSubject: Re: misteri dan hebatnya makna cantik..   Sun Aug 02, 2009 8:08 pm

goku klu ko nk tau pe yg leh dicuba ko kena ikut msk bilik kaunseling ni bab aku kena tahanan reman ni

_________________________________________________


hidup mesti mau appy


Last edited by macan_sparrow on Sun Aug 02, 2009 8:21 pm; edited 1 time in total
Back to top Go down
View user profile
salju
senior
senior


Posts : 1063
Join date : 2009-04-12
Age : 32
Location : mesia

PostSubject: Re: misteri dan hebatnya makna cantik..   Sun Aug 02, 2009 8:19 pm

haip haip.. macan nih.. saper soh kuar..... jgn masuk sama2 dgn goku dalam bilik kaunseling nih... biar aku kaunseling sampai lebam...
Back to top Go down
View user profile
straighthead_goku
junior
junior


Posts : 46
Join date : 2009-07-27

PostSubject: Re: misteri dan hebatnya makna cantik..   Wed Aug 12, 2009 11:24 am

mgalhkn ISA ni.ades..kaunseling thp lebam.bahye2
nk masuk kot pintu ne ni?
Back to top Go down
View user profile
macan_sparrow
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 742
Join date : 2009-04-12
Age : 38
Location : klang

PostSubject: Re: misteri dan hebatnya makna cantik..   Thu Aug 13, 2009 10:03 pm

goku ko g tanya si panx tu dia sllu lalu dpn tahanan ISA tu dia pn dh hafal pintu2nya mua dah

_________________________________________________


hidup mesti mau appy
Back to top Go down
View user profile
enni
junior
junior


Posts : 171
Join date : 2009-07-18
Age : 28
Location : ::kota bharu::manjung::petaling jaya::

PostSubject: Re: misteri dan hebatnya makna cantik..   Fri Aug 14, 2009 8:24 am

pe cite pntu lak ni??
Back to top Go down
View user profile
straighthead_goku
junior
junior


Posts : 46
Join date : 2009-07-27

PostSubject: Re: misteri dan hebatnya makna cantik..   Fri Aug 14, 2009 11:51 am

macan_sparrow wrote:
goku ko g tanya si panx tu dia sllu lalu dpn tahanan ISA tu dia pn dh hafal pintu2nya mua dah
ISA negara mana tu can?
Back to top Go down
View user profile
macan_sparrow
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 742
Join date : 2009-04-12
Age : 38
Location : klang

PostSubject: Re: misteri dan hebatnya makna cantik..   Fri Aug 14, 2009 6:38 pm

ISA negara panx je yg ada goku

_________________________________________________


hidup mesti mau appy
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: misteri dan hebatnya makna cantik..   Today at 8:22 pm

Back to top Go down
 
misteri dan hebatnya makna cantik..
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
perak1 :: .::KOPITIAM::. :: .::CAKAP-CAKAP::..::TALKING PLACES::.-
Jump to:  
Top posters
peace™ (1529)
 
miss-lady (1280)
 
sriteddy™ (1157)
 
salju (1063)
 
lipanx_laut (970)
 
macan_sparrow (742)
 
kuyie (668)
 
raffey-sama (509)
 
arb_mtq (432)
 
luvfama (297)
 
LATEST MOVIE TODAY
.:Sila click pada gambar dibawah untuk download boxoffice movie perak1 semoga terhibur :.