perak1
Selamat datang Ke Perak1 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Perak1 forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .anda juga boleh login forums ini dengan email FB anda danjangan lupa Like Fb perak1:KENALKAN DIRI ANDA:. Perak1 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada khalifah_alammaya2000@yahoo.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli perak1 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Perak1 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari Perak1 forum PASTI CERIA BERSAMA KAMI.
perak1


 
HomeCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Dapatkan Widget Ini Di Aku Punyer Lah! | Get RM100 A Week @ Blogger Tips


Share | 
 

 Cara-cara Nak Format Hard Disk Dan Install Windows XP

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
peace™
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 1529
Join date : 2009-04-11
Location : slgr

PostSubject: Cara-cara Nak Format Hard Disk Dan Install Windows XP   Thu Jul 30, 2009 4:44 am

Format hard disk dan install Windows XP ke dalam komputer biasanya dilakukan kerana dua sebab, iaitu:

  • Anda baru sahaja membeli komputer atau hard disk baru, jadi anda perlu memasukkan OS ke dalamnya.
  • Windows anda rosak, hang, atau dijangkiti virus. Dan install kembali Windows XP merupakan jalan terakhir yang terpaksa anda buat suapaya komputer anda kembali berfungsi seperti biasa.

Artikel pada kali ini akan mengajar anda cara-cara untuk format hard disk dan install
Windows XP ke dalamnya, langkah demi langkah. (Nota: artikel ini
dipenuhi dengan gambar rajah, jadi ianya mungkin mengambil sedikit masa
untuk dipaparkan). Jika anda ingin cetak artikel ini, download fail pdf ini. Ok, mari kita mula:

Tetapkan Boot Sequence Kepada CD-ROM


Bagi memastikan komputer anda akan membaca CD Windows XP yang akan dimasukkan, boot sequence haruslah ditetapkan kepada CD-ROM terlebih dahulu. Dalam kebanyakan komputer, setting
ini telah sedia ditetapkan, jadi anda tidak perlu bimbang lagi. Anda
boleh terus ke bahagian Format Hard Disk sekiranya tiada masalah di
sini.
Namun sekiranya komputer anda tidak membaca dari CD-ROM, ikuti langkah-langkah ini untuk menetapkan boot sequence:
(Nota: Setiap komputer mempunyai paparan BIOS yang tersendiri. Jadi,
apa yang anda lihat ini mungkin berbeza dari komputer anda. Namun,
konsep dan asasnya tetap sama)

  1. Hidupkan komputer anda.
  2. Tekan butang F2 (di sesetengah komputer, anda harus tekan butang DELETE) untuk melancarkan BIOS.
  3. Dalam Phoenix BIOS, pilih Advanced BIOS Features.

  4. Pilih Boot Sequence.

  5. Dalam urutan Boot Sequence, tentukan yang CD-ROM berada di bahagian atas sekali.

  6. Tekan F10 untuk simpan setting anda dan restart komputer.

Format Hard Disk



  1. Pertama sekali, anda akan nampak satu skrin dengan mesej “Press any key to boot from CD…”. Tekan apa-apa butang di sini supaya komputer akan mula membaca dari CD Windows XP.

  2. Perhatikan mesej yang mula-mula keluar, “Press F6 if you need to install a third party SCSI or or RAID driver”. Mesej ini penting sekiranya anda install Windows XP ke atas hard disk SATA. Jika ya, tekan F6 dan masukkan disket SATA yang disertakan bersama motherboard anda. Jika tidak, abaikan mesej ini dan teruskan ke Langkah 3. (Nota: Sekiranya anda nak install Windows XP kepada hard disk SATA tapi tiada disket, ikuti langkah ini)

  3. “Welcome to Setup” dipaparkan. Tekan ENTER untuk mula install Windows XP.

  4. Jika anda menemui skrin “Setup did not find any hard disk” ini,
    besar kemungkinan anda menggunakan hard disk SATA. Kembali kepada
    Langkah 2, atau ikuti langkah ini.

  5. “Windows XP Licensing Agreement”. Tekan F8 untuk teruskan.

  6. Sekiranya hard hisk anda mempunyai Windows XP, Setup akan bertanya
    sekiranya anda nak baiki Windows XP yang lama tu. Tekan butang ESC
    kerana anda nak install Windows XP yang baru.

  7. Sekiranya hard disk anda:

    • masih baru dan belum mempunyai sebarang partition, ikuti langkah 7 hingga 8.
    • tapi jika ia sudah ada partition di dalamnya, teruskan pada langkah 9.

</li>
  • Buat satu partition dengan menekan butang C.

  • Tentukan saiz partition anda dan tekan ENTER.

  • Pilih partition C: untuk install
    Windows XP. Ingatan: Kalau anda ada fail dan dokumen penting dalam
    partition C:, buat backup dengan memindahkan data tersebut ke dalam
    partition D: ataupun ke dalam external hard drive.

  • Tekan butang C untuk setuju.

  • Pilih NTFS sebagai file system dan tekan ENTER.

  • Tekan butang F untuk format Hard Disk.

  • Setup akan mula format hard disk dan menyediakan fail bagi proses install Windows XP. Setelah proses ini selesai, komputer anda akan restart dengan sendirinya.


  • Install Windows XP



    1. Proses install Windows XP bermula. Klik pada butang Next.

    2. Masukkan nama anda dan klik butang Next.

    3. Masukkan nombor siri bagi Windows XP dan klik butang Next.

    4. Masukkan password bagi Administrator dan klik butang Next.

    5. Dalam ruangan Time Zone, pilih Kuala Lumpur dan klik butang Next.

    6. Proses Setup telah bermula. Tunggu hingga selesai.

    7. Sekiranya anda mempunyai Network Card, Setup akan meminta anda
      membuat pilihan mengenai Network. Klik sahaja pada butang Next sebanyak
      dua kali.

    8. Tunggu sehingga keseluruhan proses install Windows XP selesai, dan komputer akan restart sekali lagi.

    Mula Menggunakan Windows XP



    1. Kali pertama Windows XP dimulakan, screen resolution anda akan diubah mengikut kesesuaian. Klik pada butang OK.

    2. “Welcome to Microsoft Windows” dipaparkan. Klik pada butang Next.

    3. Pilih “Not right now” dan tekan butang Next. Anda boleh mengaktifkan kembali Automatic Updates pada kemudian hari.

    4. Windows akan cuba mengesan sambungan Internet anda. Anda boleh tinggalkan langkah ini dengan menekan butang Skip.

    5. Pilih “No, not at this time” supaya anda tak perlu mendaftar dengan Microsoft. Tekan butang Next.

    6. Masukkan nama anda dan tekan butang Next.

    7. Klik pada butang Finish.

    8. Kini, Windows XP telah siap sedia dipasang dan anda sudah boleh mula menggunakannya.


    Itu sahaja langkah-langkah yang diperlukan untuk install
    Windows. Senang, kan? Tak perlulah habiskan duit sehingga RM40 (atau
    mungkin lebih) untuk menghantar komputer anda ke kedai hanya kerana nak
    format PC, kerana anda boleh melakukannya sendiri

    _________________________________________________




    Back to top Go down
    View user profile
     
    Cara-cara Nak Format Hard Disk Dan Install Windows XP
    View previous topic View next topic Back to top 
    Page 1 of 1
     Similar topics
    -
    » La otra cara del alma
    » Jesus Christ Superstar
    » deville tail lights with buckets for custom install $100
    » Remind me how to install u-joints/driveshaft
    » looking for what others payed for Labor on Front end parts install...?

    Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
    perak1 :: .::Warez::. :: .::SOFTWARE-PC::.-
    Jump to:  
    Top posters
    peace™ (1529)
     
    miss-lady (1280)
     
    sriteddy™ (1157)
     
    salju (1063)
     
    lipanx_laut (970)
     
    macan_sparrow (742)
     
    kuyie (668)
     
    raffey-sama (509)
     
    arb_mtq (432)
     
    luvfama (297)
     
    LATEST MOVIE TODAY
    .:Sila click pada gambar dibawah untuk download boxoffice movie perak1 semoga terhibur :.