perak1
Selamat datang Ke Perak1 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Perak1 forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .anda juga boleh login forums ini dengan email FB anda danjangan lupa Like Fb perak1:KENALKAN DIRI ANDA:. Perak1 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada khalifah_alammaya2000@yahoo.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli perak1 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Perak1 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari Perak1 forum PASTI CERIA BERSAMA KAMI.
perak1


 
HomeCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Dapatkan Widget Ini Di Aku Punyer Lah! | Get RM100 A Week @ Blogger Tips


Share | 
 

 Mencari Solehah atau Menjadi Soleh?

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
enni
junior
junior


Posts : 171
Join date : 2009-07-18
Age : 28
Location : ::kota bharu::manjung::petaling jaya::

PostSubject: Mencari Solehah atau Menjadi Soleh?   Tue Jul 28, 2009 10:32 am

Saya sering membaca kisah kehidupan orang yang ingin menghabiskan zaman bujangnya, namun gagal meninggalkan kepompong kebujangannya itu oleh kerana dilanda masalah pilihan jodoh. Mereka mencuba sedaya upaya sehingga berhabis ratusan ringgit mengupah tok bomoh profesional berataraf antarabangsa namun jodoh tidak kunjung tiba.


Pada waktu itu mereka mula mempersoal hakikat takdir Allah. Memang perasaan cinta agak sukar untuk diterjemahkan. Ada orang suka itu dan ini, pendek kata ada pelbagai rasa dalam satu masakan yang tak mampu diolah dalam bahasa kamus.

Susahnya mencari jodoh! Jika ditanya, anda mahu mencari jodoh yang bagaimana? Tentunya akan dijawab:

“Dia yang paling baik dalam akhlak dan budinya”

“Pandai jaga hati”

Baik dari segi itu dan ini. Sebenarnya jika anda cuba bertanya kepada penari-penari kelab dangdut, mereka juga akan menjawab dengan jawapan yang sama. Tiada wanita yang suka dibelasah oleh suaminya setiap hari walaupun suaminya itu bukan bekas ahli tinju yang mahir. Sudah fitrah manusia mencari yang elok dan tidak busuk. Cuma bayangan kefahaman mereka disebalik makna perkataan ‘baik’ itu yang berbeza.

Bagi mereka, orang yang selalu tersenyum itu adalah antara orang yang terbaik walaupun berasal dari kumpulan peninggal solat yang terkenal. Adapun kebaikan itu sebenarnya hanya terzahir bila kita mentaati perintah Allah. Bagaimanapun setiap kita mendamba cinta dari seorang kekasih yang sangat sempurna sifat keinsanannya.

Sifat sempurna yang mampu menutup lubang-lubang kecacatan walaupun setengah meter. Banyak sekali mereka yang telah lanjut usia gagal untuk mendirikan rumah tangga kerana memikirkan perkara ini. Yang ada di hati mereka:

“Betulkah dia ini baik atau sekadar berlakon.”

“Ooh mungkin dia cuba bantu aku sebab hendak mengambil hati.”

“Emm pakai tudung dan cuba-cuba buat solehah agaknya itu.”

Akhirnya, semua sifat orang habis diselidiki tanpa memikirkan sifat diri sendiri. Kita yang tidak punya sifat dan perwatakan yang 'baik' cuba untuk menilik mereka yang 'paling baik' untuk dijadikan pasangan hidup. Seboleh mungkin kita mahukan seseorang yang punya sifat seperti malaikat. Sedangkan kita antara orang yang selalu bermuamalah dengan syaitan setiap hari untuk melakukan maksiat. Ini tidak adil! Bagaimana sifat syaitan dan malaikat boleh bersatu?

Akhirnya setiap detik berganti masa yang lama tidak juga mendapat pasangan yang secocok. Lamunan untuk mendapat itu dan ini tidak terzahir di depan mata oleh kerana sentiasa melihat yang negatif pada orang lain. Jadilah yang soleh, anda akan mendapat yang solehah! Cuba selidiki diri sebelum mencari orang yang kita bayangkan sifatnya dibenak kita. Adakah sifat yang berada dibenak sendiri itu, wujud dalam diri kita?

Atau dalam erti kata yang lain, jika ingin mendapatkan seorang yang solehah, maka kita juga perlulah menjadi yang soleh. Kalau ingin mendapat jodoh yang soleh, kita perlulah solehah. Dari sini kita dapat fahami bahawa menjadi sesuatu itu lebih mudah dari mencari sesuatu. Kita setia mencari pasangan yang berperwatakan seorang yang soleh dan solehah, sepatutnya kita sendiri perlu punya perwatakan itu.

Janganlah anda menyalah orang lain jika pinangan anda ditolak. Siapakah yang ingin mendapat pasangan punya 'kakinya berbotol' dan peninggal setia solat fardhu? Sememangnya dijanjikan Allah setiap yang baik itu kepunyaan yang baik. Dan yang buruk itu akan mendapat yang buruk. Penzina yang setiap saat bergelumang dengan dosa tidak akan mampu untuk mendapat pasangan seorang lelaki yang soleh.

Ini adalah realiti. “Jangan cuba masuk ke dalam istana untuk bertemu dengan puteri raja dalam keadaan pakaian anda compang camping”. Oleh itu jadilah yang terbaik untuk diri sendiri selain ingin menjadikan orang lain sebagai yang terbaik untuk diri kita. Belajarlah menjadi sifat orang yang kita ingini. Kelak kita sebenarnya yang akan dicari. Bukan kita yang mencari.

p/s : sekadar renungan dan iktibar..
Back to top Go down
View user profile
MaNgKuK pEcAh
junior
junior


Posts : 81
Join date : 2009-05-14
Age : 27
Location : kajang melaka

PostSubject: Re: Mencari Solehah atau Menjadi Soleh?   Tue Jul 28, 2009 10:46 am

adess
terasa n pedas gitu
nice sharing
Back to top Go down
View user profile
enni
junior
junior


Posts : 171
Join date : 2009-07-18
Age : 28
Location : ::kota bharu::manjung::petaling jaya::

PostSubject: Re: Mencari Solehah atau Menjadi Soleh?   Tue Jul 28, 2009 10:56 am

ak x letak cili pn dlm post tu ran..
Back to top Go down
View user profile
peace™
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 1529
Join date : 2009-04-11
Location : slgr

PostSubject: Re: Mencari Solehah atau Menjadi Soleh?   Tue Jul 28, 2009 4:58 pm

anak sedare aku nama solehah..
tak yah cari dah kan..
nak jadi kompem takleh..
lol! lol! lol!

_________________________________________________




Back to top Go down
View user profile
enni
junior
junior


Posts : 171
Join date : 2009-07-18
Age : 28
Location : ::kota bharu::manjung::petaling jaya::

PostSubject: Re: Mencari Solehah atau Menjadi Soleh?   Tue Jul 28, 2009 5:10 pm

solehah..

kem salam kt ank sedare ko pis...

p/s: diamlah
Back to top Go down
View user profile
salju
senior
senior


Posts : 1063
Join date : 2009-04-12
Age : 32
Location : mesia

PostSubject: Re: Mencari Solehah atau Menjadi Soleh?   Tue Jul 28, 2009 9:08 pm

tapi kan.. aku pernah tengok ada seorang lelaki.. antar isteri dia pegi tempat keje.. nak tahu apa yang ajaibnyer?

isteri dia ustazah.. siap tudung labuh lagi.... tapi suami dia antar isteri dia kat tempat keje... pakai suar pendek.. dan suami dia bukan ustaz..

dulu masa aku belajar dulu.. english lecturer aku bernikah dgn seorang ustaz.. suami dia nih keje kat pejabat agama... mmg bertanggungjawab tangkap orang yang berdua-duaan ni ler.. tapi lecturer aku tu jenis comel... manje.. dan pakaiannya pun sangat moden dan trendy. pakai jeans.. semua. tudung pun biasa2 je... tapi tutup leher gak.. cuma tak labuh ke paras dada.. dulu lecturer aku tu free hair... sekarang baru pakai tudung.. mungkin lepas nikah baru pakai tudung. cuma tu ler.. masih lagi berfesyen dan pakaiannya taklah longgar sangat... ada masanya ketat juga...

pe citer plak tu?

jodoh pertemuan semua di tangan Allah s.w.t takleh nak cakap... kiter nih dah baek.. jodoh kiter tu betoi2 baek ker? cuma Allah s.w.t ada janjikan... yang baek untuk orang yang baek. tapi jangan nampak buruk orang.. terus rejek. entah2 biler dia dah baek.. dia jadi lagi baek daripada korang.. mana nak tahu, kan?

itu yang ustaz aku, hermanto harun cakap dalam forum "ada apa dengan cinta" di kolej aku aritu.

"yang baek tentu untuk orang yang baek. tapi jika orang itu belum baek pada awalnya.. jika dia mmg jodoh kamu... dia bisa berubah jadi baek. insya Allah. itulah tanggungjawab kamu untuk membimbingnya menjadi baek."

wallahualam..

Back to top Go down
View user profile
enni
junior
junior


Posts : 171
Join date : 2009-07-18
Age : 28
Location : ::kota bharu::manjung::petaling jaya::

PostSubject: Re: Mencari Solehah atau Menjadi Soleh?   Tue Jul 28, 2009 9:24 pm

btul tu kak salju..sy sokong..

berkenaan dgn cite laki die pakai suar pndek n isteri die pakai tudung labuh..

sy de bnde nk kongsi..

ms tu ade cramah kat surau hostel sy..

ustaz tu bg tau..pnah ade di kg ustaz tersebut..seorang pelacur berkahwin dgn seorg ustaz..ini kisah benar..

dan ustaz tu memberitahu bhw...

Allah memberikan wanita itu 'hadiah' untuk nya..

iaitu seorang suami yg mampu utk membimbingnya..

Alhamdulillah..Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik utk hamba2-Nya..

Semoga kt sntiasa brada di dlm rahmat Nya..amin..
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: Mencari Solehah atau Menjadi Soleh?   Today at 10:51 pm

Back to top Go down
 
Mencari Solehah atau Menjadi Soleh?
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» SasuSaku or SasuKarin?
» Kibahina is Naruhina's biggest canon rival for hinata?

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
perak1 :: .::KOPITIAM::. :: .::CAKAP-CAKAP::..::TALKING PLACES::.-
Jump to:  
Top posters
peace™ (1529)
 
miss-lady (1280)
 
sriteddy™ (1157)
 
salju (1063)
 
lipanx_laut (970)
 
macan_sparrow (742)
 
kuyie (668)
 
raffey-sama (509)
 
arb_mtq (432)
 
luvfama (297)
 
LATEST MOVIE TODAY
.:Sila click pada gambar dibawah untuk download boxoffice movie perak1 semoga terhibur :.