perak1
Selamat datang Ke Perak1 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Perak1 forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .anda juga boleh login forums ini dengan email FB anda danjangan lupa Like Fb perak1:KENALKAN DIRI ANDA:. Perak1 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada khalifah_alammaya2000@yahoo.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli perak1 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Perak1 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari Perak1 forum PASTI CERIA BERSAMA KAMI.
perak1


 
HomeCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Dapatkan Widget Ini Di Aku Punyer Lah! | Get RM100 A Week @ Blogger Tips


Share | 
 

 KISAH SEBUAH HARGA DIRI..

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
peace™
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 1529
Join date : 2009-04-11
Location : slgr

PostSubject: KISAH SEBUAH HARGA DIRI..   Tue Jul 28, 2009 7:04 am

Sebelum memulakan seminar, Prof.Ibrahim mengeluarkan sehelai wang
kertas bernilai RM100 dari dompetnya. Kemudian wang itu ditayangkan
kepada 50 orang pesertanya.

"Siapa nak duit ni?" tanya Prof Ibrahim..

Semua peserta mengangkat tangan.

"Saya akan berikan duit ini kepada salah seorang daripada kamu, tapi
izinkan saya membuat sesuatu dahulu ". Prof Ibrahim meramas-ramas duit
itu hingga renyuk.

Kemudian dia menunjukkan duit yang sudah renyuk itu dan bertanya: "Ada sesiapa yang nak duit ini lagi?"

Hampir semua pesertanya mengangkat tangan. Prof Ibrahim mengangguk dan mencebikkan bibir.

"Okey apa kata kalau saya buat macam ni?"

Duit RM100 itu dicampakkan dan di tenyeh-tenyeh dengan kasutnya..

Prof Ibrahim memungutnya semula lalu diletakkan di atas meja. Wang kertas itu bukan sahaja renyuk tetapi juga kotor.

"Sekarang siapa nak duit ni?" tanya Prof Ibrahim.

Selesai dia bertanya, lebih separuh daripada jumlah pesertanya masih mengangkat tangan.

"Okay, apa yang boleh kita kutip daripada peristiwa itu tadi?" tanya Prof. Ibrahim lagi.

Pesertanya hanya diam, dan sesetengahnya hanya menggelengkan kepala.
Mereka masih tidak dapat menangkap apa yang cuba disampaikan oleh Prof
Ibrahim.

"Walau apapun yang saya lakukan pada duit ini, kamu tetap akan
mahukannya. Betul tak? Kamu tahu kenapa? Kerana nilainya tidak berubah
walaupun dipijak dan ditenyeh dengan kasut."

"RM100 tetap RM100 walaupun 10 kali dipijak." kata Prof.Ibrahim. Semua peserta yang mendengar kata-katanya hanya tersenyum.

Prof Ibrahim mengaitkan peristiwa itu dengan kehidupan seharian. Sering
kali di dalam hidup, setiap orang akan merasai kejatuhan, hati hancur,
ataupun dihina. Hinggakan suatu ketika kita akan merasa diri kita tidak
berguna langsung.

"Tetapi walau apapun yang telah terjadi, ataupun yang akan terjadi,
anda tidak akan hilang harga diri. Bersih atau kotor, renyuk atau
licin, anda tetap berharga terutama pada mereka yang disayangi."

"Harga diri kita bukan datang daripada apa yang kita lakukan atau siapa
yang kita kenal tapi siapa sebenarya kita?"jelas Prof Ibrahim.

Semua peserta ternganga mendengar penerangan profesor itu dan mereka lantas mengiyakan kebenaran kata-kata profesor itu...

Moral:
Harga diri kita bukan datang daripada apa yang kita lakukan atau siapa
yang kita kenal tapi siapa sebenarya diri kita.


_________________________________________________




Back to top Go down
View user profile
enni
junior
junior


Posts : 171
Join date : 2009-07-18
Age : 28
Location : ::kota bharu::manjung::petaling jaya::

PostSubject: Re: KISAH SEBUAH HARGA DIRI..   Tue Jul 28, 2009 7:19 am

very nice post...
sy suke topic ni..
Back to top Go down
View user profile
sriteddy™
Site Admin
Site Admin


Posts : 1157
Join date : 2009-04-20
Location : a place called heart

PostSubject: Re: KISAH SEBUAH HARGA DIRI..   Tue Jul 28, 2009 7:26 am

Back to top Go down
View user profile
MaNgKuK pEcAh
junior
junior


Posts : 81
Join date : 2009-05-14
Age : 27
Location : kajang melaka

PostSubject: Re: KISAH SEBUAH HARGA DIRI..   Tue Jul 28, 2009 8:23 am


aku stuju sgt2
tahniah2
Back to top Go down
View user profile
salju
senior
senior


Posts : 1063
Join date : 2009-04-12
Age : 32
Location : mesia

PostSubject: Re: KISAH SEBUAH HARGA DIRI..   Wed Jul 29, 2009 5:59 pm

Quote :
Moral:
Harga diri kita bukan datang daripada apa yang kita lakukan atau siapa
yang kita kenal tapi siapa sebenarya diri kita.


camner plak orang kata kalo dah terlanjur tu ilang maruah harga diri?

adakah dia masih lagi berharga?

kalo betoi dia masih berharga.. kenapa ada yang sanggup buang anak apabila anaknya itu telah mengandung anak luar nikah?

jika benar harga diri itu bukan apa yang manusia lakukan....

mengapa perlu manusia lainnya marah, maki hamun... orang2 yang jahil dalam bab pengamalan agamanya, yang mendedah aurat, yang hidup dengan gaya bebas... seorang2 dia tiada harga diri langsung?

akhir sekali...

adakah post tadi hanya sekadar kata2 nak sedapkan diri sendiri.. tapi biler nak apply kat orang lain... dah lupa semua... dan orang lain itu berhak dibuang, diasingkan, dikutuk.. dihina.. sbb takde harga diri..


p/s sekadar renungan.. wallahualam..
Back to top Go down
View user profile
sriteddy™
Site Admin
Site Admin


Posts : 1157
Join date : 2009-04-20
Location : a place called heart

PostSubject: Re: KISAH SEBUAH HARGA DIRI..   Thu Jul 30, 2009 4:09 am

msyrakat sekeliling mmg akan kata "harga diri kita hilang..bila terlanjur..." tp tgk juga pd keterlanjuran tu...klu kita merelakan...kita sendri yg nak harga diri kita hilang..tp klu terjadi atas terpaksa..kita msh memiliki harga diri... .. kekdg..ade gak manusia yg nak terima manusia yg dh hilang harga diri.. yg menurut pndangan kita harga diri hilang bila mn seorng pmpuan tu terlanjur atau seorng lelaki tu terjerumus dlm kancah jenayah atau maksiat..tp rs aku..mngkin ade benar la..harga diri bkn atas apa yg kita lakukan..ade ketika kita terpaksa korban kan harga diri demi sesuap nasi.. tak de pilihan tp klu org lihat kita..org akan kata pengorbanan tu buatkan kita hilang harga diri..hakikatnya..hilang harga diri tu la yg dpt menyelamatkan diri kita adeh..aku x pandai sgt nak berhujah melalui tulisan nih arap2 x lari topik gik
Back to top Go down
View user profile
luvfama
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 297
Join date : 2009-04-30
Age : 31
Location : Negi 9

PostSubject: Re: KISAH SEBUAH HARGA DIRI..   Thu Jul 30, 2009 9:10 pm

Quote :

Moral:
Harga diri kita bukan datang daripada apa yang kita lakukan atau siapa
yang kita kenal tapi siapa sebenarya diri kita.


JAGA DIRI KITA, JAGALAH HARGA DIRI KITA.
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: KISAH SEBUAH HARGA DIRI..   Today at 8:24 pm

Back to top Go down
 
KISAH SEBUAH HARGA DIRI..
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Sources of "grill" material
» Streblus asper
» Gundam Converge

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
perak1 :: .::INFORMASI::. :: ::SUDUT KAUNSELING:: .::COUNSELING SITE::.-
Jump to:  
Top posters
peace™ (1529)
 
miss-lady (1280)
 
sriteddy™ (1157)
 
salju (1063)
 
lipanx_laut (970)
 
macan_sparrow (742)
 
kuyie (668)
 
raffey-sama (509)
 
arb_mtq (432)
 
luvfama (297)
 
LATEST MOVIE TODAY
.:Sila click pada gambar dibawah untuk download boxoffice movie perak1 semoga terhibur :.