perak1
Selamat datang Ke Perak1 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Perak1 forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .anda juga boleh login forums ini dengan email FB anda danjangan lupa Like Fb perak1:KENALKAN DIRI ANDA:. Perak1 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada khalifah_alammaya2000@yahoo.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli perak1 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Perak1 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari Perak1 forum PASTI CERIA BERSAMA KAMI.
perak1


 
HomeCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Dapatkan Widget Ini Di Aku Punyer Lah! | Get RM100 A Week @ Blogger Tips


Share | 
 

 2 peragut maut

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
sriteddy™
Site Admin
Site Admin


Posts : 1157
Join date : 2009-04-20
Location : a place called heart

PostSubject: 2 peragut maut   Sat Jul 25, 2009 6:24 am


BAHAGIAN belakang teksi remuk selepas dirempuh motosikal yang ditunggang dua peragut di persimpangan lampu isyarat Persiaran Kerjaya, Glenmarie, semalam.


Dua beradik rempuh teksi ketika larikan beg tangan selepas dikejar wanita mangsa ragut
SHAH ALAM: Dua beradik maut apabila motosikal mereka merempuh belakang sebuah teksi ketika cuba melarikan diri selepas meragut beg tangan seorang eksekutif wanita di persimpangan lampu isyarat Persiaran Kerjaya, Glenmarie di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 3.45 petang, dua beradik berusia 25 dan 30 tahun itu memecahkan cermin kiri Mercedes-Benz wanita berkenaan dan melarikan beg tangan mangsa ketika kereta itu berhenti di persimpangan lampu isyarat.

Bagaimanapun, Junaili Abdul Hamid, 43, bertindak nekad mengejar peragut terbabit dan ketika cuba melarikan diri, motosikal dua beradik itu merempuh belakang sebuah teksi di persimpangan Jalan Batu Tiga Lama.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaludin, berkata seorang peragut terbabit cedera parah selepas terperosok di bawah teksi dan meninggal dunia setibanya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Adik peragut terbabit pula terpelanting dan cuba melarikan diri dalam keadaan terhoyong-hayang serta badan berlumuran darah, tetapi rebah dan meninggal dunia kira-kira 50 meter dari tempat kemalangan.

KERETA yang dipandu mangsa terbabas dan terlanggar sebuah van selepas mengejar dua peragut, semalam.

Ketika ditemui pemberita, Noor Azam berkata, peragut yang meninggal dunia di tempat kejadian itu juga mungkin diserang asma kerana polis menemui alat bantuan pernafasan di tangannya..

Beliau berkata, kereta yang dipandu wanita itu turut melanggar sebuah van menyebabkan bahagian tayar di sebelah kanannya remuk, tetapi mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Beg tangan wanita berkenaan ditemui semula di tempat kejadian dan mangsa sudah membuat laporan polis," katanya. Dua beradik itu berasal dari Tali Air 3, Sungai Burung, Sekinchan..

Sementara itu, suami mangsa, Sheikh Feisal Sheikh Mohamed, 43, berkata beliau bergegas ke tempat kejadian dari pejabatnya di Petaling Jaya sebaik dihubungi isterinya.

Beliau berkata, isterinya memandu seorang diri dan dalam perjalanan pulang ke rumah di Seksyen 13 di sini dari tempat kerjanya di Sungei Way.

Ahli perniagaan itu bersyukur kerana isterinya terselamat, walaupun keretanya rosak selepas cermin tingkapnya dipecahkan peragut terbabit sebelum terlanggar sebuah van.
Back to top Go down
View user profile
 
2 peragut maut
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
perak1 :: .::INFORMASI::. :: .::RUANGAN INFORMASI DAN MAKLUMAT::. .::INFORMATION::.-
Jump to:  
Top posters
peace™ (1529)
 
miss-lady (1280)
 
sriteddy™ (1157)
 
salju (1063)
 
lipanx_laut (970)
 
macan_sparrow (742)
 
kuyie (668)
 
raffey-sama (509)
 
arb_mtq (432)
 
luvfama (297)
 
LATEST MOVIE TODAY
.:Sila click pada gambar dibawah untuk download boxoffice movie perak1 semoga terhibur :.