perak1
Selamat datang Ke Perak1 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Perak1 forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .anda juga boleh login forums ini dengan email FB anda danjangan lupa Like Fb perak1:KENALKAN DIRI ANDA:. Perak1 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada khalifah_alammaya2000@yahoo.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli perak1 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Perak1 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari Perak1 forum PASTI CERIA BERSAMA KAMI.
perak1


 
HomeCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Dapatkan Widget Ini Di Aku Punyer Lah! | Get RM100 A Week @ Blogger Tips


Share | 
 

 TIPS MENGORAT......

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
peace™
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 1529
Join date : 2009-04-11
Location : slgr

PostSubject: TIPS MENGORAT......   Tue Jul 21, 2009 11:25 am

Mengurat merupakan satu kepakaran yang perlu ada pada orang lelaki atau wanita kerana tidak ramai insan yang dilahirkan dengan aura Mawi atau ketampanan Brad Pitt atau George Clooney. Rata-ratanya ramai yang mempunyai kadar tarikan tahap biasa sahaja di mana jika diri tidak diserlahkan kepada jantina berlainan, agak sukar untuk menarik perhatian mereka secara semulajadi. Kebolehan mengurat ini sepatutnya timbul secara natural di dalam diri manusia tetapi dalam pada masa yang sama, malu menyelubungi lantas tidak berani untuk memulai.

Kali ini, ingin menampilkan taktik mengurat yang boleh digunapakai oleh kaum lelaki untuk memikat wanita dalam tiga senario yang berlainan.

Senario: Wanita Yang Disasar Berada Dalam Jarak Dekat Setiap Hari

Dari mata turun ke hati. Jangan memandang rendah kuasa panahan mata ke atas orang yang ditenung. Jika berkenan dengan seseorang wanita yang berada dalam radar setiap hari, pastikan wanita itu menyedarinya. . Kerling, pandang atau tenung beliau apabila berpeluang. Tatkala dia perasan, berikan dia sedikit senyuman. Janganlah tenung sampai dia ingat kamu penghendap profesional tetapi gunakan mata anda untuk menyatakan yang anda berminat untuk mendekati dia. Biarkan dia ‘perasan’ dan apabila mata kail sudah kena, barulah masuk jalan dengan menegur atau mengajak dia keluar makan bersama. Ada berani??

Senario: Ingin Mendapatkan Nombor Telefon Daripada Wanita Yang Belum Dikenali

Sebagai contoh anda berada di dalam satu kawasan seperti di pameran tetapi anda tidak tahu samada anda akan berpeluang untuk berjumpa dengannya lagi. Belikan dia secawan kopi atau Starbucks atau yang kurang bajet, air mineral pun boleh, dan selitkan nombor telefon anda di sana. Tuliskan “Call me”. Dijamin anda akan mendapat nombor telefon si gadis dalam masa kurang satu jam. Kalau lebih berani, terus berikan dia nombor telefon anda sambil berkata seperti “Hi beautiful, call me,” dan walk away. Jangan sesekali nampak terdesak kerana wanita tidak suka lelaki terdesak atau mendesak. Dan pujian selalu menjadikan wanita cair.

Senario: Berkenalan Di Alam Maya Siber

Walaupun berada di alam maya, kualiti perbualan antara kau dan dia akan memastikan hubungan kamu menjengah realiti atau terus lenyap di alam fantasi. Apabila berbual, jangan ada unsur-unsur terdesak, contohnya apabila dia tidak menjawab, anda terus menerus bertanya “Hello… Kat mana??” “Ada tak ni?” “Hellooooooo! !!!” Relaks… Dia akan menjawab apabila dia available. Jangan ada ciri lelaki miang dengan memberi soalan-soalan peri-body yang memalukan. Gatal sedikit ok tetapi bukan miang. Elakkan dari bercerita soal-soal sedih dan memurungkan. Ceriakan perbualan dengan lawak jenaka, puji si dia sekali sekala dan sekali lagi, jangan terdesak.

Mengurat memerlukan keberanian dan kalau orang lelaki tiada keberanian, lupakanlah nak dapat teman wanita. Kalau ada Casanova atau Romeo di luar sana, kongsilah taktik mengurat dengan pembaca di dalam ruangan komen di bawah...




_________________________________________________




Back to top Go down
View user profile
salju
senior
senior


Posts : 1063
Join date : 2009-04-12
Age : 32
Location : mesia

PostSubject: Re: TIPS MENGORAT......   Tue Jul 21, 2009 12:28 pm

tengah tunggu panx dengan macan komen nih..... dia orang kan hero malaya...
Back to top Go down
View user profile
macan_sparrow
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 742
Join date : 2009-04-12
Age : 38
Location : klang

PostSubject: Re: TIPS MENGORAT......   Tue Jul 21, 2009 1:39 pm

npe lak tunggu aku komen salju ni tips aku x ssh sng je mula2 berkenalan wat mcm kwn biasa jgn la nmpk sngt nk mengorat sngt wat mcm biasa je...ppun suka laki2 yg matang dia org x suka yg mcm bdk2 kencing bercabang kasi panx komen lak la nnt aku komen erk

_________________________________________________


hidup mesti mau appy
Back to top Go down
View user profile
MaNgKuK pEcAh
junior
junior


Posts : 81
Join date : 2009-05-14
Age : 27
Location : kajang melaka

PostSubject: Re: TIPS MENGORAT......   Mon Jul 27, 2009 7:41 pm

betol2
sng je nk ngurat
tp kan pompuan skng lain
lg2 y jual mahal
kalo laki tegor kate gatal
kalo laki mintak no kte tak de no
kalo laki buat baik
pk laki tu nk ambik ksmpatan(mraba dll)

da tuh cmne nk ade proses ngurat mngurat?
al konpiusan de amore lol!
Back to top Go down
View user profile
enni
junior
junior


Posts : 171
Join date : 2009-07-18
Age : 28
Location : ::kota bharu::manjung::petaling jaya::

PostSubject: Re: TIPS MENGORAT......   Mon Jul 27, 2009 7:50 pm

tips ngurat.. best gak kalo apply kt ustaz
Back to top Go down
View user profile
sriteddy™
Site Admin
Site Admin


Posts : 1157
Join date : 2009-04-20
Location : a place called heart

PostSubject: Re: TIPS MENGORAT......   Tue Jul 28, 2009 6:48 am

stret 2 de point je..kata " ko nak ke tak nak kat aku " abeh cite..sure awek tu terkedu sambil berlalu pstu dlm hati kata "gila! " tp sebenornya awek tu kata " ngorat la lagi "
ade ke lol!
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: TIPS MENGORAT......   Today at 5:17 am

Back to top Go down
 
TIPS MENGORAT......
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Some very basic tips from a new user
» Household tips
» Tips on how to better drybrush metallics?
» Gaming Table Creation Tips
» looking for tips on baking

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
perak1 :: .::KOPITIAM::. :: .::CAKAP-CAKAP::..::TALKING PLACES::.-
Jump to:  
Top posters
peace™ (1529)
 
miss-lady (1280)
 
sriteddy™ (1157)
 
salju (1063)
 
lipanx_laut (970)
 
macan_sparrow (742)
 
kuyie (668)
 
raffey-sama (509)
 
arb_mtq (432)
 
luvfama (297)
 
LATEST MOVIE TODAY
.:Sila click pada gambar dibawah untuk download boxoffice movie perak1 semoga terhibur :.