perak1
Selamat datang Ke Perak1 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Perak1 forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .anda juga boleh login forums ini dengan email FB anda danjangan lupa Like Fb perak1:KENALKAN DIRI ANDA:. Perak1 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada khalifah_alammaya2000@yahoo.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli perak1 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Perak1 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari Perak1 forum PASTI CERIA BERSAMA KAMI.
perak1


 
HomeCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Dapatkan Widget Ini Di Aku Punyer Lah! | Get RM100 A Week @ Blogger Tips


Share | 
 

 TEKANAN MENTAL

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
peace™
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 1529
Join date : 2009-04-11
Location : slgr

PostSubject: TEKANAN MENTAL   Sat Jul 18, 2009 8:03 am

Pengenalan

Tekanan mental adalah hasil hubungan antara
peristiwa-peristiwa persekitaran dengan individu. Paras tekanan yang
dihasilkan akan bergantung kepada sumber tekanan dan cara individu
tersebut bertindak balas. Tekanan mental adalah sebahagian daripada
kehidupan harian. Ia merujuk kepada kaedah yang menyebabkan ketenangan
individu terasa di ancam oleh peristiwa persekitaran dan menyebabkan
individu tersebut bertindak balas. Anda boleh mengalami tekanan ketika
di tempat kerja, menyesuaikan diri dengan persekitaran baru, atau
melalui hubungan sosial. Tekanan mental yang sederhana boleh menjadi
pendorong kepada satu-satu tindakan dan pencapaian tetapi kalau tekanan
mental anda itu terlalu tinggi, ia boleh menimbulkan masalah sosial dan
seterusnya menggangu kesihatan anda.


Simptom

Ada
beberapa gejala yang menandakan mental seseorang itu tertekan. Antara
gejala tekanan mental adalah : PERASAN • Merasa bimbang • Merasa cepat
marah • Merasa lemah semangat • Merasa tidak tenteram dan • Gelisah
FIKIRAN • Bimbang terhadap masa depan • Kurang daya tumpuan • Menjadi
mudah lupa • Fikiran tertumpu pada masalah tempat kerja • Takut gagal •
Rendah harga diri TINGKAH LAKU • Tabiat merokok yang meningkat •
Penggunaan alkohol dan dadah sebagai cara untuk mengurangkan masalah •
Hilang selera makan atau makan berlebihan • Mudah cuai dan sering
terbabit dalam kemalangan • Mudah terkejut • Bertindak secara agresif
PERUBAHAN FIZIKAL • Berpeluh pada tangan dan badan • Sering rasa dada
berdebar • Menggeletar, kering mulut dan kerongkong • Mudah merasa
letih • Kerap kecing • Sukar untuk tidur • Masalah penghadaman seperti,
loya, muntah, cirit-birit dan sembelit • Sakit kepala dan leher
sakit-sakit sendi dan badan mudah diserang penyakit.


Kesan

Perubahan-perubahan
besar dalam kehidupan seseorang adalah punca tekanan mental yang paling
lazim. Peristiwa-peristiwa yang boleh mendatangkan tekanan mental bukan
sahaja peristiwa yang negatif seperti kematian, dibuang kerja tetapi
peristiwa positif seperti berkahwin, mendapat cahayamata ataupun
kenaikan pangkat.


Pencegahan

Kebanyakan punca tekanan
mental boleh diubah, dihapuskan atau dikurangkan. Bagaimanapun anda
harus terlebih dahulu menyedari dan memahami reaksi anda terhadap
tekanan. Cara-cara yang boleh digunakan untuk mengurangi tekanan mental
anda :
1) Bersikap realistik terhadap pekerjaan/ tanggungjawab anda

Akui kekuatan dan kelemahan diri.
• Sentiasa berfikiran positif.
• Cuba
melakukan yang terbaik di dalam pekerjaan.
• Memupuk sikap seronok
bekerja/ belajar.
2) Merancang kerja anda
• Kendali masa anda dengan
bijak.
• Beri keutamaan pada kerja yang penting. Jangan bertangguh.

Elakkan daripada membawa kerja pulang ke rumah. Jika anda seorang
pelajar, kerja rumah adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Namun
begitu, cuba habiskan kerja rumah anda pada masa lapang di sekolah.

Mengagihkan kerja dengan baik.
3) Meningkatkan kemahiran menyelesaikan
masalah
• Lihat masalah dengan rasional dan rancang penyelesaian secara
sistematik.
• Senaraikan semua masalah mengikut keutamaan dan
langkah-langkah mengatasinya.
• Nilaikan kesesuaian pada setiap langkah
penyelesaian.
• Ambil tindakan secara wajar.
4) Menerima sebarang
perubahan dengan sikap yang wajar
• Sentiasa bersikap terbuka terhadap
apa jua perubahan yang berlaku.
• Bersikap realistik terhadap segala
perubahan dan mampu menerima keadaan yang di luar kawalan anda.

Bersikap positif dalam persekitaran yang mencabar.
5) Amalkan
komunikasi yang berkesan
• Biarlah bersikap lembut tetapi tegas
daripada bersikap agresif.
• Luahkan pendapat anda dengan penuh sopan,
tegas dan jelas.
• Hormatilah pandangan rakan anda.
6) Semaikan
semangat bermasyarakat
• Jalankan persahabatan dengan rakan-rakan anda.

• Senaraikan individu dan organisasi yang mampu membantu anda menangani
sebarang masalah.
• Berkongsi masalah anda dengan mereka yang sedia
mendengar dan boleh mempercayai. • Luangkan masa anda untuk membantu
rakan yang bermasalah.
7) Amalkan cara hidup sihat
• Luangkan masa
untuk berehat dan bertenang.
• Amalkan bersenam, pemakanan yang sihat,
tidur yang mencukupi.
• Jangan merokok, jauhi diri dari arak dan dadah.

• Amalkan nilai-nilai murni dan berpegang teguh pada ajaran agama.
Secara kesimpulannya dapatlah dikatakan bahawa kesihatan mental adalah
terhindarnya seseorang dari gejala-gejala gangguan dan penyakit jiwa,
dapat menyesuaikan diri, dapat memanfaatkan semua potensi dan bakat
yang ada semaksimum mungkin dan membawa kepada kebahagiaan bersama
serta tercapainya keharmonisan jiwa dalam hidup



_________________________________________________




Back to top Go down
View user profile
 
TEKANAN MENTAL
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Bwahaha my life sucks(:
» ailsa craig
» Fluffy's Deck Articles #2 (Elemental HEROs)
» wu- 1st may
» 'Mental' in 3D? Still to take a call: Sohail Khan

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
perak1 :: .::INFORMASI::. :: .::TIPS KESIHATAN::..::HEALTY TIPS::.-
Jump to:  
Top posters
peace™ (1529)
 
miss-lady (1280)
 
sriteddy™ (1157)
 
salju (1063)
 
lipanx_laut (970)
 
macan_sparrow (742)
 
kuyie (668)
 
raffey-sama (509)
 
arb_mtq (432)
 
luvfama (297)
 
LATEST MOVIE TODAY
.:Sila click pada gambar dibawah untuk download boxoffice movie perak1 semoga terhibur :.