perak1
Selamat datang Ke Perak1 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Perak1 forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .anda juga boleh login forums ini dengan email FB anda danjangan lupa Like Fb perak1:KENALKAN DIRI ANDA:. Perak1 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada khalifah_alammaya2000@yahoo.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli perak1 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Perak1 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari Perak1 forum PASTI CERIA BERSAMA KAMI.
perak1


 
HomeCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Dapatkan Widget Ini Di Aku Punyer Lah! | Get RM100 A Week @ Blogger Tips


Share | 
 

 H1N1: Arahan tutup seminggu

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
sriteddy™
Site Admin
Site Admin


Posts : 1157
Join date : 2009-04-20
Location : a place called heart

PostSubject: H1N1: Arahan tutup seminggu   Wed Jun 24, 2009 8:26 am



PUTRAJAYA 21 Jun - Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Jalan Davidson, Kuala Lumpur menjadi premis pertama di negara ini ditutup selama seminggu ekoran wujudnya penularan tempatan penyakit selesema babi atau Influenza A (H1N1).

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan tersebut penting bagi mengelakkan penyakit itu menjadi satu wabak yang sukar dikawal pada masa depan.

Menurutnya, ia juga sejajar dengan protokol yang telah ditetapkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan Antara Kementerian Untuk Menangani Wabak Influenza A (H1N1) pada 18 Jun lalu.

''Saya telah dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai tentang situasi penyakit itu di sekolah terbabit pada tengah hari tadi.

''Beliau berpendapat kebimbangan dalam kalangan ibu bapa murid memerlukan kita mengambil langkah untuk menutup sekolah itu selama seminggu," katanya.

Muhyiddin berkata demikian kepada pemberita selepas menutup Kejohanan Mendayung Jabatan Perdana Menteri 2009 di sini hari ini.

Hari ini, Kementerian Kesihatan mengesahkan satu lagi kes H1N1 melibatkan seorang murid perempuan berusia 11 tahun dari SJKC Jalan Davidson di sini, menjadikan jumlah kes itu di seluruh negara meningkat kepada 50 setakat ini.

Murid tersebut adalah rakan sekelas kepada kes terdahulu di sekolah berkenaan iaitu di Kelas 5 (I), menjadikan kes H1N1 di sekolah itu kepada tiga, dua daripadanya kes penularan tempatan.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran memberitahu, tindakan menutup sekolah itu selama seminggu adalah wajar walaupun ia melibatkan jumlah murid yang kecil.

Beliau menambah, walaupun penting untuk tidak mengganggu pelajaran murid-murid di sekolah, tetapi soal keselamatan dari segi kesihatan lebih diberi keutamaan.

''Jangan jadi satu wabak yang ramai murid sekolah itu terlibat dan pada waktu itu sudah terlambat," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, sama ada sekolah terbabit dibenarkan memulakan sesi persekolahan selepas tempoh kuarantin itu bergantung kepada keputusan Kementerian Kesihatan.

''Kita akan memaklumkan keputusan itu kepada pihak sekolah sama ada tempoh itu dilanjutkan atau sebaliknya beberapa hari sebelum ia tamat.

''Selain itu, soal sesi pembelajaran yang tertinggal selama seminggu itu bergantung kepada budi bicara guru besar sekolah terbabit sama ada perlu menggantikannya pada hari lain atau sebaliknya," katanya.

Katanya, dua buah sekolah lagi, Sekolah Kebangsaan Assunta 2 (Petaling Jaya) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 9, Shah Alam yang sebelum ini dilaporkan pelajarnya dijangkiti H1N1 masih dalam pemantauan Kementerian Kesihatan.

''Kementerian Kesihatan masih memantau keadaan di dua buah sekolah itu dan sehingga kini, kami belum memberi sebarang cadangan untuk menutupnya," ujar beliau.
Back to top Go down
View user profile
 
H1N1: Arahan tutup seminggu
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
perak1 :: .::INFORMASI::. :: .::RUANGAN INFORMASI DAN MAKLUMAT::. .::INFORMATION::.-
Jump to:  
Top posters
peace™ (1529)
 
miss-lady (1280)
 
sriteddy™ (1157)
 
salju (1063)
 
lipanx_laut (970)
 
macan_sparrow (742)
 
kuyie (668)
 
raffey-sama (509)
 
arb_mtq (432)
 
luvfama (297)
 
LATEST MOVIE TODAY
.:Sila click pada gambar dibawah untuk download boxoffice movie perak1 semoga terhibur :.