perak1
Selamat datang Ke Perak1 forum** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan Perak1 forum.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .anda juga boleh login forums ini dengan email FB anda danjangan lupa Like Fb perak1:KENALKAN DIRI ANDA:. Perak1 forum.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada khalifah_alammaya2000@yahoo.com(forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli perak1 forum dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki Perak1 forum tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari Perak1 forum PASTI CERIA BERSAMA KAMI.
perak1


 
HomeCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Dapatkan Widget Ini Di Aku Punyer Lah! | Get RM100 A Week @ Blogger Tips


Share | 
 

 soalan dan jawapan..

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
peace™
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 1529
Join date : 2009-04-11
Location : slgr

PostSubject: soalan dan jawapan..   Tue Jun 23, 2009 9:32 pm

1.Bersolat dengan Pakaian Bergambar
Soalan:
Apakah hukumnya bersembahyang dengan berpakaian yang bergambar manusia
ataupun binatang?

Jawapan:
Berhubung bersolat dengan memakai pakain yang bergambar
ulamak menghukumkannya sebagai makruh kerana Rasulullah SAW melarang berbuat demikian. Dalam sebuah
hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim menjelaskan Rasulullah SAW
pernah menyuruh pakaian yang baru sahaja digunakannya untuk bersolat supaya
dibawa kepada Abu Jahm dan digantikan dengan pakaian yang bernama Anjabiyah.
Ini kerana pakaian itu mengandungi gambar.


2.Solat dengan Wangian Beralkohol
Soalan:
Macamana hukumnya orang yang bersembahyang tetapi terdapat wangian yang
mengandungi alkohol (selalunya pewangi) pada badannya atau pun pada baju?

Jawapan:
Para ulamak telah
berselisih pendapat tentang alkohol adakah ianya najis atau tidak. Menurut
pendapat mazhab Shafie alkohol hukumnya najis kerana ia adalah dari unsur arak
dan arak adalah najis. Ini berdasarkan firman Allah dalam surah al Maidah ayat
90 yang bermaksud: [i]"Sesungguhnya arak, judi, menilik nasib dan
mempercayai tuah pada anak panah itu perbuatan KOTOR dari pekerjaan syaitan
".
Para ulamak mazhab
Shafie telah menafsirkan perkataan kotor dalam ayat ini sebagai najis. Oleh itu
alkohol yang terdapat dalam minyak wangi tidak boleh dipakai ketika sembahyang.
Jadi elakkanlah diri dari memakainya ketika sembahyang sebagai langkah
berjaga-jaga terhadap perkara subahat walaupun sebahagian dari ulamak pada masa
ini membenarkan penggunaannya, kecuali jika anda benar-benar terdesak.


3.Makan dan Minum Ketika Mayat di Rumah
Soalan:
Apakah hukumnya jika kita makan atau minum ketika mayat masih berada di
rumah?

Jawapan:
Dibolehkan makan dan minum bagi ahli keluarga si mati,
bahkan dianjurkan bagi yang berziarah membawa makanan untuk mereka, kerana
ketika itu keluarga tersebut sedang dalam keadaan duka cita. Menurut fuqaha'
Hanbali disunatkan membuat makanan untuk keluarga si mati selama 3 malam kerana
berdasarkan kepada hadith Rasulullah SAW yang maksudnya: "Buatlah makanan
untuk keluarga Jaafar, kerana mereka sekarang sedang berdukacita".
(HR. Abu Daud dan Tarmizi)

Menyediakan makanan untuk keluarga si mati adalah kerja kebajikan dan makruf,
malah keluarga si mati hendaklah dipaksa memakan makanan yang disediakan itu,
kerana perasaan dukacita yang melampaui batas sehingga meninggalkan keperluan
makanan akan membuat mereka menjadi lemah. Tidak wajar disediakan makanan untuk
orang yang berkumpul di rumah, malah makhruh berbuat demikian. Imam Ahmad
menganggap perbuatan berkumpul di rumah si mati sebagai amalan jahiliyah.
Menurut Imam Malik jika keluarga si mati berada dalam kekurangan diharamkan
menyediakan makanan bagi orang yang datang.

Syeikh Ali Mahfuz menjelaskan, perbuatan yang dilakukan oleh masyarakat
sekarang dengan membuat makanan untuk orang yang datang mengucapkan takziah dan
berbelanja besar untuk mengadakan malam-malam kenduri kemudian diikuti kenduri
untuk setiap malam Jumaat dan jamuan yang ke 40 hari adalah termasuk ke dalam
bid'ah yang keji dan bercanggah dengan sunah Rasulullah SAW dan amalan
salafussoleh

4. Dating tanpa MelakukanPerkara Dilarang
Soalan:
Apakah hukumnya keluar dengan seorang lelaki bukan muhrim tanpa melakukan
perkara yang dilarang?

Jawapan:
Seorang wanita jika keluar dengan lelaki yang bukan
muhrim hukumnya haram walaupun tidak melakukan apa-apa yang dilarang. Kerana
keluar dengan bukan muhrim itu sendiri merupakan perkara yang dilarang oleh
syarak. Kecuali jika keluar itu disertai dengan muhrim yang lain sebagai teman.
Sedangkan wanita yang ingin mengadakan perjalananpun hendaklah disertakan
dengan muhrim apakah lagi dengan sengaja ingin keluar berpeleseran dengan yang
bukan muhrim, maka sangat jelas dan teranglah keharmannya.

5. Menonton Di Panggung Wayang
Soalan:
Apakah hukum menonton di panggung wayang yang ditaja oleh syarikat arak?

Jawapan:
Menonton di panggung wayang hanya sekadar menghabiskan
dan membuangkan masa. Mensia-siakan waktu hukumnya berdosa, tidak kiralah
cerita di panggung tersebut ditaja ataupun tidak ditaja oleh pihak tertentu.
Apatah lagi jika ditaja oleh minuman keras, sudah jelas berdosa kerana
bersubahat dan mengganggu hati serta merosak jiwa dan akhlak. Bahkan, secara
umumnya kita mengetahui bahawa cerita-cerita yang ada di panggung wayang ketika
ini kebanyakannya berunsur lucah dan ganas serta melalaikan dan membuang waktu.

Sesungguhnya setiap muslim itu diperintahkan supaya benar-benar menjadi
pengikut Islam dan memiliki sifat-sifat orang beriman seperti difirmankan oleh
Allah SWT. dalam ayatNya yang bermaksud, "Dan orang-orang yang tidak
memberikan persaksian palsu dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang
mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat, mereka akan melewati
mereka (berlalu sahaja) dengan menjaga kehormatan diri." (Al-Furqaan,
ayat 72)

Dinyatakan dalam ayat yang di atas bahawa percakapan
yang sia-sia, komedi lucu yang mengarut, hiburan yang tiada bermanfaat dan
semua bentuk dosa adalah ditentangi. Begitu juga ayat ini mengutuk segala
perbuatan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan, yang mana panggung wayang
dikatakan memainkan peranan yang besar. Untuk mereka yang memilih untuk
menghabiskan masa lapang dengan hiburan dan pertunjukan yang melalaikan, Allah
SWT. telah berfirman yang maksudnya, "Dan tiadalah kehidupan dunia ini
melainkan main-main dan senda gurau belaka, dan sesungguhnya negeri akhirat itu
lebik baik bagi orang-orang yang bertaqwa." (Al-An'am, ayat 32)

6. Ketika Wudhuk Azan Berkumandang
Soalan:
Ketika saya mengambil wuduk dan pada masa yang sama azan berkumandang.
Soalannya adakah saya perlu berhenti mengambil wuduk untuk menghormati azan dan
menjawabnya?

Jawapan:
Teruslah melaksanakan wudhuk dan jawablah azan tersebut
seberapa yang boleh setelah mengambil wudhuk.

7. Menghalau Hantu
Soalan:
Menurut kepercayaan sesetengah org tua untuk menghindarkan bayi dari
diganggu oleh hantu dan syaitan mereka meletakkan pisau atau gunting dibawah
bantal bayi dan adakalanya mereka meletakkan kunyit dan bawang yg ditumbuk
diatas kepala bayi khususnya diwaktu senja untuk tujuan yg sama. Apakah
benar pendapat tersebut?

Jawapan:
Di dalam Islam ada cara dan kaedah-kaedah tertentu yang
ditunjukkan oleh Rasulullah SAW bagaimana caranya kita menghindari daripada
gangguan syaitan. Diantara amalan yang perlu dilakukan sesuai dengan sabda
Rasulullah SAW maksudnya: "Apabila Fatimah hampir melahirkan, Rasulullah
SAW menyuruh Ummu Salamah dan Zainab binti Jahsy agar datang melihat Fatimah,
maka Rasulullah SAW membaca ayat Kursi, surah Al A'raf ayat 54 di sisi Fatimah
dan memohon perlindungan kepada Allah dengan membaca Muawwizatain iaitu surah
Al Falaq dan surah An Nas". (Hadith riwayat Ibnu Sunny)

satu lagi doa yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW sangat baik dibaca bagi
keluarga yang menerima cahaya mati agar mereka terhindar dari gangguan syaitan.
Doa tersebut maksudnya: "Aku memohon perlindungan dengan kalimah Ilahi
yang sempurna daripada gangguan semua syaitan dan binatang-binatang yang
berbisa dan daripada pandangan mata yang jahat"
Meletakkan pisau atau gunting di bawah bantal dengan
tujuan untuk menghalau syaitan atau hantu merupakan perbuatan khurafat yang
tidak berlandaskan sunnah yang mungkin direka-reka oleh nenek moyang masa silam
yang masih berbau ajaran hindu.

Begitu juga mengenai kunyit yang diletakkan di atas dahi jika diniat untuk
menghalau hantu, ini menunjukkan kurang arifnya kita dalam memahami ajaran
Islam dan tidak mampu membezakan antara khurafat dan karut marut dengan nilai
murni ajaran Islam. Jika kunyit di dahi itu dikatakan sebagai ubat, mungkin
boleh diterima dan perlulah dikaji secara saintifik. Wallahu A'lam.

8. Melewat-lewatkan Waktu Solat
Soalan:
Apakah hukum melewat-lewatkan sembahyang dan sahkah sembahyang itu?

Jawapan:
Seorang muslim atau muslimah tidak harus melewat-lewatkan
masa solat fardhunya bahkan ada yang hingga terluput dari waktunya. Sebaliknya
wajib atas muslimin dan muslimat yang telah mukallaf untuk menunaikan solat
tepat pada waktunya selagi ianya berkemampuan. Segala jenis pekerjaan tidak
dapat menghalang bagi membolehkannya untuk melewat-lewatkan mengerjakan solat.

Demikian juga tentang najisnya pakaiannya atau kerana kotornya tidak boleh
dijadikan alasan atau uzur bagi melewatkannya. Jadi berdosa hukumnya bagi orang
yang melewat-lewatkan waktu solatnya. Tentang kedudukan solatnya sah jika
memenuhi syarat-syarat dan rukunnya.

_________________________________________________






Last edited by peace™ on Fri Jun 26, 2009 10:33 pm; edited 2 times in total
Back to top Go down
View user profile
peace™
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 1529
Join date : 2009-04-11
Location : slgr

PostSubject: Re: soalan dan jawapan..   Tue Jun 23, 2009 9:37 pm

9. Perkara Makruh ketika Solat
Soalan:
Apakah hukumnya sekiranya seseorang itu menguap atau batuk ketika
sembahyang?


Jawapan:
Menguap dengan membuka mulut ketika solat hukumnya makruh,
kerana seseorang itu boleh menahan menguapnya dengan tanpa membuka mulut
lebar-lebar. Begitu juga halnya dengan batuk jika boleh ditahan dengan cara
yang baik maka itu lebih baik, namun jika tidak boleh maka tidak mengapa kerana
batuk merupakan semacam penyakit yang sukar untuk ditahan. Mengenai membuka
mulut ketika menguap Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Dari Abu Hurairah
ra. Nabi SAW bersabda: "Menguap dalam solat adalah datang daripada
syaitan, maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia berkuasa menahannya
(daripada membukakan mulutnya lebar-lebar)". (Riwayat Tarmizi dan Muslim)
[/i]Sila rujuk buku Bimbingan Lengkap Ibadah Solat DN 200[/i]

10. Ketiadaan Doktor Wanita
Soalan:
Adalah saya telah membaca mengenai isteri yang diperiksa oleh Doktorlelaki.
Bagaimanapun pertanyaan saya ialah di Pulau Pinang tidak terdapat doktor perempuan Islam kecuali di bahagian Tanah Besar. Ketika ini saya sedang mengandung anak yang pertama dan saya telah bertanya hampir kesemua hospital di Pulau Pinang mengenai doktor perempuan Islam namun tidak ada. Pencarian ini adalah mengikut kemampuan saya dari segi kewangan. Namun di hospital kerajaan tidak terdapat doktor sakit puan perempuan malah bukan Islam pun tidak ada. Oleh bagaimana keadaannya sedemikian. Sekiranya untukke Tanah Besar adalah jauh dan memakan masa, tambahan pula masalahpengangkutan?

Jawapan:
Berusahalah seboleh mungkin mencari doktor atau bidan wanita
di tempat puan ketika mengadakan pemeriksaan bulanan. Tidak perlulah mesti
mencari yang pakar dalam bidang sakit puan ketika pemeriksaan tersebut, kerana
ketika pemeriksaan bulanan bukan dalam keadaan darurat. Namun jika mengalami
masalah tertentu yang memerlukan rujukan para pakar sakit puan, maka ketika itu
ada keringanan menurut Islam demi mementingkan keselamatan puan sendiri. Jika
tidak mengalami kesukaran untuk pergi ke Tanah Besar, lakukanlah bersama-sama
suami, kerana pemeriksaan ini hanya dilakukan sebulan atau dua bulan sekali.

Kita sekadar berikhtiar atau berusaha untuk mencari yang terbaik untuk diri dan
agama kita, namun jika mengalami kesukaran kita serahkan kepada Allah SWT, maka
insya Allah niat baik yang tersimpan dalam hati kita itu akan mendapat pahala
daripada Allah meskipun tidak sempurna pelaksanaannya. Seandainya niat suci
demi menjaga akhlak dan diri itu dapat terlaksana bererti kita telah menang
dalam perjuangan menegakkan kebenaran dan kemurnian Islam dalam rumahtangga
kita sendiri. Maka besarlah nilai perjuangan dan jihad puan dalam mencari
sesuatu yang bererti dalam Islam, meskipun perkara tersebut telah dipandang
remeh oleh orang-orang Islam yang lain.

Biarlah kita bersusah-payah dalam menegakkan kebenaran, bahkan jika kita
ungkapkan perkara ini kepada sesetengah orang, mereka akan beranggapan kita
kolot, tidak berpendidikan dan sebagainya. Memang tepatlah ungkapan sebuah
hadis yang mengatakan bahawa Islam pertama sekali datang itu dianggap aneh dan
akhirnya ketika dunia hampir kiamat nanti, Islam juga dianggap aneh. Ketika
agama Islam pertama sekali datang, semua orang merasa aneh melihat kebenaran
yang dibawa oleh Nabi Muhammad, ketika ini pun jika kita mengatakan perkara
yang benar tentang Islam, orang ramai melihat perkara tersebut menjadi aneh,
disebabkan yang ada disekitar kita kebanyakannya perkara yang bertentangan
menurut ajaran Islam.

Berusahalah menurut kemampuan masing-masing dalam menegakkan nilai-nilai Islam
ini, jika saat melahirkan nanti pihak puan tidak menemukan doktor wanita Islam
untuk menyambut kelahiran tersebut, maka perkara ini tergolong darurat atau
kemudahan yang diringankan dalam Islam. Jangan terlalu memikirkan perkara ini
sehingga mengganggu kosentrasi puan yang akan menjejaskan kedudukan janin dalam
kandungan. Berusahalah dan serahkan kepada Allah, maka insya Allah segalanya
akan dimudahkan oleh-Nya nanti. Pihak kami juga mendoakan agar puan melahirkan
anak yang pertama ini dalam keadaan aman dan selamat serta melahirkan anak yang
soleh/solehah yang diredhai-Nya. Amin.

11. Memejamkan Mata Ketika Solat
Soalan:
Bolehkah saya memejamkan mata semasa solat untuk mencapai kekusyukan dan
sejauh manakah keberkesanannya?

Jawapan:
Sebahagian ulama mengatakan bahawa memejamkan mata dalam
solat adalah makruh hukumnya. Tetapi Imam Ibnul Qayyim mengatakan: Pendapat
yang benar ialah, apabila membuka mata itu tidak mengurangi khusyuk maka itulah
yang lebih utama, dan jika ada yang mencederakan khusyuk seperti terpandang
hiasan-hiasan yang membimbangkan nescaya tidaklah dimakruhkan memejamkan mata
bahkan disunatkan. Kita memejamkan mata dalam keadaan itu lebih dekat kepada
dasar-dasar syarak dan maksud-maksudnya.

Tujuan solat pada asasnya melakukan pengabdian sepenuh hati dan penuh
ikhlas kepada Allah. Sekiranya memejamkan mata adalah merupakan jalan atau cara
yang sesuai untuk itu maka lakukanlah, demikian juga sebaliknya.

13. Membunuh Semut
Soalan:
Bolehkah kita membunuh semut dengan racun kerana sebagaimana yang kita tahu
semut merupakan salah satu dari binatang yang di larang oleh Rasulullah s.a.w
dari membunuhnya seperti yang terdapat dalam hadith baginda. Masalahnya ia
terdapat di mana-mana sahaja termasuk di dalam beras, sink dan di telefon. Ini
cukup menyusahkan untuk menghalaunya satu persatu, kadang-kadang terpaksa
membunuhnya. Adakah Islam memberi kelonggaran untuk membunuhnya? Jika Islam
membenarkan,bolehkah digunakan racun yang dapat membunuh kesemuanya termasuk di
dalam sarang?

Jawapan:
Dalam sebuah hadith dari Ibnu Abbas ra ia berkata;
"Rasulullah SAW melarang membunuh empat macam binatang, semut, lebah,
burung hudhud dan burung shurad". Hadith ini menunjukkan hukum haram
membunuh empat macam binatang tersebut dan memakannya.

Islam merupakan peraturan hidup untuk segenap manusia. Di dalam Islam tidak ada
suatu perkara yang terlalu diberatkan dan tidak pula sautu perkara itu sengaja
diringan-ringankan tanpa alasan atau sebab tertentu yang boleh meringankannya.
Semut sejenis binatang yang berada dimerata-rata tempat, jika kehadirannya
menimbulkan mudarat bagi diri kita dan anak-anak, seperti gigitannya dan
sebagainya, maka dibolehkan mengusirnya denga penyapu, jika ia terbunuh
bukanlah perkara yang kita inginkan.

Jika ia memiliki sarang, korek dan angkatlah sarangnya itu serta buanglah ke
luar rumah, setelah itu tutuplah lubang tersebut agar ia tidak membuat sarang
kembali. Usaha yang kita lakukan tak lebih untuk mencari keberkatan dan
mengikut sunnah Rasulullah SAW. Sebab pasti ada hikmah yang terkandung dalam
larangan dan suruhan yang disampaikan oleh Rasulullah SAW yang kita tidak mampu
untuk memahaminya secara lebih pasti. Wallahu 'aklam.

14. Memakan Daging yang Diniatkan Qurban dan Aqiqah
Soalan:
Kemusykilan saya ialah mengenai daging Qurban dan Aqiqah. Apakah daging yang
diniatkan untuk Qurban boleh dimakan oleh tuan yang punya Qurban dan bagaimana
pula dengan daging Aqiqah? Saya agak keliru dengan kedua-duanya. Harap dapat
beri penjelasan lebih terperinci.

Jawapan:
Daging qurban halal dimakan atau dimiliki oleh orang yang
berqurban paling banyak sepertiga. Akan tetapi daging qurban wajib atau daging
qurban nazar haram dimakan oleh orang yang bernazar. Daging qurban sunat maka
sunat dimakan oleh orang yang berqurban untuk sekali makan selebihnya
disedekahkan kepada fakir miskin dalam keadaan mentah. Sedangkan daging aqiqah
boleh dimakan oleh orang melakukan aqiqah dan disedekahkan kepada fakir miskin
dan boleh juga diberi kepada orang kaya dalam keadaan sudah masak.

15. Hakikat Niat Ketika Berwudhuk
Soalan:
Saya ada soalan yang memusykilkan saya, iaitu: bagaimanakah niat dan cara
yang betul untuk mengambil whudhu, saya berasa was-was apabila seorang kawan
mengatakan perkataan "mengambil" dan "mengangkat itu tidak sesuai
digunakan semasa berniat, contoh nya selepas saya ber'nawaitu (dalam bahasa
arab) kemudian saya berniat "Sahaja aku mengambil/mengangkat hadas kecil,
tunai kerana ALLAH taala?

Jawapan:
Niat maksudnya ialah kemahuan yang tertuju terhadap
perbuatan demi mengharap keredhaan Allah dan mematuhi peraturannya. Niat
merupakan perbuatan hati semata yang tidak ada sangkut pautnya dengan lisan dan
mengucapkannya tidak disyariatkan. Niat merupakan perkara yang wajib dalam
setiap melakukan amal ibadah, perkara ini sesuai dengan hadith daripada Umar
ra. sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Semua perbuatan itu
adalah dengan niat dan setiap manusia akan mendapat sekadar apa yang
diniatkannya..." (Riwayat oleh Jamaah)

Jika niat pada asasnya merupakan perbuatan hati, maka tidak
perlulah dipertikaikan tentang lapaz lisan yang setiap umat di dunia ini akan
menggunakan bahasanya masing-masing sebagai pengukuhan terhadap niat yang
tersirat dalam hati. Seandainya perbezaan lapaz lisan antara
"mengambil" dengan "mengangkat" menimbulkan perasaan
was-was ketika berwuduk, maka lebih baik tinggalkan saja lapaz lisan itu dan
tumpukan niat yang sesungguhnya yang tersimpan didalam hati. Sebab niat yang di
dalam hati itulah yang dikatakan fardhu atau wajib dalam berwudhuk, bersolat
atau mengerjakan perkara yang lain. Hindarilah perasaan
was-was dalam jiwa kita, kerana was-was itu merupakan rayuan syaitan yang
bertahta dalam hati manusia. Kekhusyukan itu lebih besar nilainya dibandingkan
dengan lapaz niat secara lisan itu, sebab hakikat niat itu sebenarnya tersimpan
dalam hati atau sanubari.

16. Mengaminkan Bacaan Fatihah
Soalan:
Assalamulaikum wrt
Jelaskan cara meng 'amin' kan bacaan fatihah di dalam sembahyang berjemaah mengikut sunnah?

Jawapan:
Selepas membaca Al Fatihah, kita disunatkan membaca "Amin yang bermakna
"Perkenankanlah ya Allah...". Apabila kita solat berjemaah, maka
makmum tidak boleh mendahului bacaan "amin" imam. Dalam hal ini Abu
Hurairah meriwayatkan sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Dawud dan
Daruquthni dengan sanad yang shahih sebagai berikut: "Adalah Rasulullah
SAW apabila telah selesai membaca Ummul Quran (Al fatihah) ditinggikan
suaranya, lalu baginda membaca amin".

Adapun berkenaan dengan ucapan "amin" makmum dalam solat berjemaah, abu
Hurairah meriwayatkan sebagai berikut: "Bersabda Nabi SAW: "Apabila
imam membaca "amin" hendaklah engkau membaca "amin", kerana
sesungguhnya para malaikat membaca amin bersama dengan bacaan imam. Sesiapa yang
bersamaan bacaan "amin"nya dengan ucapan amin para malaikat,
sesungguhnya akan diampunkan (Allah) dosa-dosanya yang terdahulu".
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

17. Mengenal Adat atau Ibadat
Soalan:
Saya ingin tahu tentang adat yang diamalkan oleh orang Melayu. Adakah
kebanyak adat yang kita amalkan bercanggah dengan hukum islam??

Jawapan:
Masih banyak adat-istiadat Melayu yang bercanggah dengan
hukum Islam. Salah satu yang masih nampak setiap hari dalam kehidupan kita
adalah "berarak pengantin". Dengan sengaja kita menayang pengantin
perempuan agar dilihat oleh orang ramai yang bukan mukhrim. Bahkan kadangkala
kerana mementingkan bersanding dan pakaian pengantin yang dipakainya sehingga
meninggalkan solat fardhu. Amalan bersanding tak lebih peninggalan budaya hindu
yang masih kita hidupsegarkan padahal ia sangat bercanggah menurut syarak.

Sebetulnya banyak lagi perkara-perkara yang khurafat dan bid'ah yang menjadi
amalan dan budaya Melayu yang tidak dapat kami uraikan disini. Tetapi yang
lebih penting bagi umat Islam adalah mempelajari Islam dan kebudayaan Islam,
dengan sendirinya kita dapat membezakan sesuatu yang benar ataupun salah yang
terjadi dalam kehidupan masyarakat kita.

18. Memakan Daging yang Diniatkan Qurban dan Aqiqah
Soalan:
Kemusykilan saya ialah mengenai daging Qurban dan Aqiqah. Apakah daging yang
diniatkan untuk Qurban boleh dimakan oleh tuan yang punya Qurban dan bagaimana
pula dengan daging Aqiqah? Saya agak keliru dengan kedua-duanya. Harap dapat
beri penjelasan lebih terperinci.

Jawapan:
Daging qurban halal dimakan atau dimiliki oleh orang yang
berqurban paling banyak sepertiga. Akan tetapi daging qurban wajib atau daging
qurban nazar haram dimakan oleh orang yang bernazar. Daging qurban sunat maka
sunat dimakan oleh orang yang berqurban untuk sekali makan selebihnya
disedekahkan kepada fakir miskin dalam keadaan mentah. Sedangkan daging aqiqah
boleh dimakan oleh orang melakukan aqiqah dan disedekahkan kepada fakir miskin
dan boleh juga diberi kepada orang kaya dalam keadaan sudah masak.

19. Antara Agama dan Politik
Soalan:
Apakah hukumnya orang yang mengatakan Agama Dan Politik tidak boleh
dicampuradukan?

Jawapan:
Pada dasarnya Deinul Islam (agama Islam) mencakup segala
aspek kehidupan bermula dari diri sendiri hingga persoalan masyarakat dan
negara. Negara yang dituntut adalah negara yang berdasarkan ketentuan Allah
iaitu menegakkan kebenaran dan keadilan. Sedangkan istilah politik dalam
masyarakat moden tak lebih hanya suatu ideologi yang dibuat oleh manusia.


20. Menyertai Parti Berdasar Islam
Soalan:
Apakah HUKUM nya kita menyertai Politik yang berdasarkan ISLAM?

Jawapan:
Oleh kerana dunia moden telah membentuk sistem demokrasi
dalam sesebuah negara dan umat Islam wajib pula menyertainya demi menegakkan
keadilan maka wajiblah bagi kita menyertai perkumpulan/jemaah/ parti yang
berdasarkan Islam demi tegaknya kebenaran.

_________________________________________________






Last edited by peace™ on Fri Jun 26, 2009 10:48 pm; edited 2 times in total
Back to top Go down
View user profile
peace™
[[PONSEL_FIGHTER]]
[[PONSEL_FIGHTER]]


Posts : 1529
Join date : 2009-04-11
Location : slgr

PostSubject: Re: soalan dan jawapan..   Tue Jun 23, 2009 9:43 pm

21. Menyediakan Makanan Ketika Berhadas
Soalan:
Saya ingin tahu apakah hukumnya selepas saya bersama suami (berjunub),
bolehkah saya menyediakan/memasak untuk orang luar sebelum saya mandi junub?

Jawapan:
Dianjurkan bagi pasangan suami isteri yang telah berjunub
menyegerakan mandi wajib. Jika keadaan terlalu dingin atau mengganggu kesihatan
tubuh maka setelah berjunub disunatkan mengambil wuduk dan kemudian tidur
hingga masuknya waktu subuh. Jika dalam keadaan berhadas setelah berjimak
dengan suami dan tidak meninggalkan solat tertentu maka tidak berdosa
menyediakan makanan ketika dalam keadaan tersebut. Jika sengaja
melambat-lambatkan solat (solat Subuh) kerana ingin menyediakan makanan, maka
hukumnya berdosa, namun hukum menyediakan makanan ketika berhadas tidaklah
berdosa.

22. Jimak 4 x dan Mandi Wajib 1
Soalan:
Adakah setiap kali keluar mani kita wajib mandi? Misalnya 4 kali keluar air
mani, adakah wajib 4 kali mandi wajib? Jika saya hanya melakukan sekali sahaja
adakah saya masih didalam hadas besar?
Sebelum ini saya tidak tahu yang ianya wajib, adakah saya berdosa besar?

Jawapan:
Bagi suami isteri yang telah melakukan jimak maka hendaklah
ia melakukan mandi wajib. Jika dalam melaksanakan jimak tersebut keluar mani
beberapa kali, maka cukuplah mandi wajib itu sekali saja setelah proses
keseluruhan jimak itu berakhir. Namun setelah berjimak kemudian mandi wajib
setelah itu melakukan jimak (atau keluar mani lagi) maka hendaklah mengulangi
mandi wajib.

Dalam sebuah hadis dijelaskan bahawa Abdullah bin Qais bertanya kepada Aisyah ra. "Bagaimana perbuatan Rasulullah SAW dalam mandi janabah, apakah
baginda mandi sebelum tidur atau tidur sebelum mandi ?" Aisyah segera
menjawab: "Semua cara itu pernah dikerjakan oleh baginda. Adakalanya baginda
mandi sebelum tidur dan seringkali juga berwuduhuk sebelum tidur".
Kemudian Abdullah bin Qais berkata: "Alhamdulillah semua perkara ada
kelonggarannya".

Walaupun anda melakukan sekali jimak samada keluar mani ataupun tidak maka anda
wajib mandi. Jika selama ini anda tidak tahu tentang ketentuan agama ini
lantaran kejahilan anda, maka bertaubatlah dan belajarlah ilmu agama secara
lebih mendalam agar tidak terjerumus ke dalam dosa dan maksiat. Untuk lebih
jelas belilah buku yang berkaitan tentang mandi wajib ini, kerana ini merupakan
perkara asas yang wajib diketahui oleh setiap umat Islam.

23. Menahan Nafsu Ketika dalam pertunangan
Soalan:
Apakah kewajipan seorang tunang dan langkah yang perlu diambil untuk menahan nafsu?

Jawapan:
Kewajipan seorang tunang terhadap pasangannya adalah menjaga pertunangan
tersebut daripada dinodai dengan perbuatan yang dilarang oleh agama. Dilarang
berjumpa berdua-duaan dan membawa tunang kesana kemari. Perkara yang paling
mulia adalah menyegerakan perkahwinan agar nafsu yang bergejolak itu dapat
disalurkan dengan segera dan secara sah.

24. Makna Sekufu dalam Perkahwinan
Soalan:
Saya terkeliru dengan persolan sekufu dalam perkhawinan. Apakah maksud
'sekufu' yang sebenarnya seperti yang telah ditetapkan dalam Islam? Adakah ia
bermaksud yang jika seorang berkedudukan rendah dari segi taraf hidup,
pendidikan dan sebagainya tidak layak untuk bergandingan dengan seorang yang
berkedudukan lebih tinggi dari segi nilaian kebendaan ( dunia )?

Jawapan:
Kufu dari sudut bahasa bermaksud sama atau setaraf. Dari
sudut istilah pula kufu bermaksud satu aspek yang ketiadaannya akan mencacatkan
kedua mempelai. Aspek kufu dalam mazhab syafei ada enam iaitu, Islam, meredeka,
agama, keturunan, kerjaya dan sejahtera dari sebarang kecacatan. Sebahagian
fuqahak mutaakhirin al Syafei mengambil kira usia juga termasuk ke dalam aspek
kufu. Mereka menghukumkan seorang gadis remaja tidak sekufu dengan seorang
lelaki tua.

Menurut Imam Syafei perkahwinan mereka yang tidak sekufu tidaklah haram.Oleh
sebab itu beliau sendiri tidak menolak perkahwinan seperti itu, tetapi
memandangkan ianya suatu keredhaan kepada calon isteri dan walinya, Syafei
menghukumkan sahnya perkahwinan tersebut bergantung kepada keredhaan keduanya.
Jika keduanya redha menerima ketidak sekufuan itu, perkahwinan tersebut adalah
sah.

25. Menyesali Kehidupan Tidak Sebaik Insan Lain
Soalan:
Adakah berdosa bagi kita yang sentiasa menyesali kehidupan yang tidak sebaik
insan lain. Perasaan itu timbul kerana melihat insan-insan sekeliling yang
lebih baik nasibnya. Namun, bukanlah menyalahkan takdir, sebaliknya kita
menyalahkan diri kita sendiri lantaran kelemahan yang kita ada?

Jawapan:
Menyesali kehidupan yang telah dianugerahkan Allah SWT
kepada kita bererti melawan dan menentang takdir yang telah ditetapkan oleh
Allah. Padahal nikmat kesenangan dan kesusahan merupakan sunnah atau ketentuan
Allah yang mesti dihadapi oleh setiap insan. Sebagai seorang insan dituntut
agar sentiasa bersyukur dengan ketentuan kehidupan tersebut. Kita disuruh
bekerja dan berikhtiar, setelah itu banyaklah berdoa sedangkan hasilnya kita
serahkan kepada Allah SWT.

Hindarilah sifat putus asa kerana sifat tersebut menjauhkan rahmat Allah untuk
kita sebaliknya bersabarlah dengan ketentuan hidup yang telah digarikan untuk
kita. Jika kesenangan atau kekayaan yang berbentuk harta menjadi ukuran untuk
menyesali kehidupan ini, maka jelaslah sifat tersebut merupakan sifat yang
tercela dan sangat rendah martabat kita disisi Allah. Bagi Allah, insan yang
mulia disisinya adalah insan yang bertaqwa. Bertaubatlah dan banyaklah berserah
diri kepadaNya serta bersyukurlah dengan nikmat yang cukup banyak yang telah
dianugerahkan kepada kita, seperti nikmat kehidupan, kesihatan serta
nikmat-nikmat yang lain yang sukar kita sebutkan satu persatu.

26. Cara Melunas Hutang
Soalan:
Saya pernah mempunyai hutang yang sudah lama belum terbayar dan jumlahnya
sudah saya lupa, disebabkan karena orang tempat saya meminjam itu saya tak
pernah ketemu lagi, sebab sudah puluhan tahun, tetapi sampai saat ini saya
masih selalu terbebani oleh hutang tersebut. Apakah hutang saya boleh dikata
lunas, kalau misalnya saya memasukkan uang kemesjid dengan niat untuk hutang saya
tersebut?

Jawapan:
Jika kita berhutang dengan seseorang telah terlalu
lama, bahkan orang tempat kita berhutang tersebut tidak dapat ditemui,
maka kita bolehlah pengumaman dengan melalui media (jika sanggup melakukanna).
Jika dengan cara mencarinya tidak ditemui, begitu juga ahli warisnya tidak ada,
setelah diumumkan namun tidak ada apa-apa reaksi, maka bolehlah anda sedekahkan
wang tersebut kepada orang yang berhak menerimanya atas nama orang tersebut.
Semoga denga cara itu, Allah mudahkan urusan kita. Wallahu A'lam.



27. Antara Syiah dan Sunni, Mana Satu?
Soalan:
Pak kiyai yang saya hormati, selama ini saya belum tahu tentang mazhab atau
siapakah imam saya..dan saya sebenarnya pingin memilih agama Islam yang sunni
atau syiah. Dua-duanya sama Islam, pedomannya sama juga quran dan sunnah. Tapi
kok praktiknya lain. Menurut pak kiyai sendiri bagusnya saya masuk sunni atau
syiah?

Jawapan:
Agama Islam adalah yang benar dan lurus, tidak ada agama
yang diterima disisi Allah melainkan Islam. Semenjak dari Nabi Adam hinggalah
Nabi Muhammad SAW semua ajaran yang dibawa oleh para Rasul tersebut adalah
Islam. Setelah wafatnya Rasulullah SAW maka timbullah berbagai mazhab dalam
Islam. Sebetulnya terbentuknya mazhab dalam Islam bukanlah membangkitkan
perkara yang pokok, tetapi lebih banyak mebincangkan perakara yang bersifat
cabang atau hal yang kecil-kecil, sedangkan masalah aqidah tidak disinggung
kerana ia merupakan perakara asas yang wajib diimani oleh seluruh umat Islam.

Imam atau pemimpin umat Islam adalah Rasulullah SAW. Segala ajaran yang dibawa
baginda mengandungi segala aspek kehidupan dan memberikan pedoman hidup demi
kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Dengan mengikuti sunnah Rasulullah SAW maka
setiap individu telah menempuh jalan kebenaran dan akhirnya akan memperoleh
tempat kembali yang mulai di akhirat kelak iaitu syurga.

Ajaran Islam yang dibawa oleh ulama Sunni maksudnya ulama yang menjalankan
Islam mengikuti Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Kebenaran dan nilai
ajarannya tidak mengandung khurafat dan taksuf yang berlebih-lebihan terhadap
seseorang sehingga mengatasi kelebihan yang Rasulullah SAW. Sedangkan
kebanyakan ajaran yang terkandung di dalam ajaran Syiah lebih
mengagung-agungkan orang-orang tertentu dan bahkan menganggap malaikat Jibril
telah tersilap dalam menyampaikan wahyu kepada Nabi Muhammad. Menurut
sebahagian mereka, yang berhak menerima wahyu dan menjadi nabi bukanlah Nabi
Muhammad tetapi orang lain.

Banyak lagi ajaran-ajaran yang mereka bawa merupakan rekaan di kalangan ulama
mereka yang tidak arif tentang agama. Mungkin juga tujuan asal kerana politik
dan sebagainya sehingga kesannya begitu mendalam terhadap umat Islam itu
sendiri. Untuk lebih memahami akan hakikat Syiah dan Sunni tidak memadai dalam
ruangan tanya jawab ini, ada baiknya membaca buku-buku yang membahas perkara
tersebut dan merujuk kepada ahli agama yang arif tentang masalah ini.

Masuklah dan peluklah agama Islam, insya Allah, anda akan menemukan sesuatu yang
berharga dalam hidup anda. Pelajari Islam dengan sebenarnya dan jangan sekedar
menilai Islam ini dari sikap dan tingkah laku segelintir umatnya yang sekarang
ini telah banyak yang ingkar, tapi nilailah ajaran Islam itu secara jujur iaitu
menurut konsep dan asas serta pokok-pokok ajarannya. Pelajarilah Islam yang
dibawa dan dikembangkan oleh ulama Sunni, terutama di daerah kita konsep
Ahlussunnah wal Jamaah (Sunni) lebih jelas dan mudah difahami sehingga tidak
mengelirukan fikiran yang ingin mempelajarinya. Wallahu A'lam.

28. Soalan:
[b]Apakah dia tiga wiritan atau amalan apa yang dapat menjadikan kekuatan buat
diri kita agar kebal dari guna-guna/santet dan sebagainya?

Jawapan:
Bagi menghindari gangguan ilmu sihir ataupun guna-guna, amalkanlah
membaca ayat Kursi, surah Al Falaq dan surah An Nas serta berdoa memohon
perlindungan daripada Allah SWT dengan penuh keyakinan. Insya Allah kita akan
terhindar dari gangguan makhluk yang durjana.

p/s: sama2 lah bertanya jika tak tau.. mungkin dalam ni pon ade yang leh tolong jawab..

_________________________________________________






Last edited by peace™ on Fri Jun 26, 2009 11:00 pm; edited 1 time in total
Back to top Go down
View user profile
wcx_yamaha
Moderator
Moderator


Posts : 228
Join date : 2009-04-26
Age : 27
Location : kuala lumpur

PostSubject: Re: soalan dan jawapan..   Fri Jun 26, 2009 9:23 pm

wah pening pale bace post nie
pape pown bgos
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: soalan dan jawapan..   Today at 7:19 pm

Back to top Go down
 
soalan dan jawapan..
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
perak1 :: .::INFORMASI::. :: ::SUDUT AGAMA:: .::RELIGION SITE::.-
Jump to:  
Top posters
peace™ (1529)
 
miss-lady (1280)
 
sriteddy™ (1157)
 
salju (1063)
 
lipanx_laut (970)
 
macan_sparrow (742)
 
kuyie (668)
 
raffey-sama (509)
 
arb_mtq (432)
 
luvfama (297)
 
LATEST MOVIE TODAY
.:Sila click pada gambar dibawah untuk download boxoffice movie perak1 semoga terhibur :.